Tuesday, June 30, 2009

Hadith-hadith Nabi SAW Mengenai Taun dan Wabak (1)

Berikut merupakan hadith-hadith Rasulullah SAW berkaitan taun dan wabak secara umum untuk kita lihat apakah petunjuk dan panduan baginda SAW jika kita berhadapan situasi tersebut.

Hadith 1
:

حَدِيث أَبِي مُوسَى رَفَعَهُ " فَنَاء أُمَّتِي بِالطَّعْنِ وَالطَّاعُون . قِيلَ : يَا رَسُول اللَّه هَذَا الطَّعْن قَدْ عَرَفْنَاهُ , فَمَا الطَّاعُون ؟ قَالَ : وَخْز أَعْدَائِكُمْ مِنْ الْجِنّ , وَفِي كُلّ شَهَادَة " أَخْرَجَهُ أَحْمَد والْبَزَّار وَالطَّبَرَانِيُّ وَقَدْ صَحَّحَهُ اِبْن خُزَيْمَةَ وَالْحَاكِم وَأَخْرَجَاهُ
قال الحافظ: يُحْكَم لَهُ بِالصِّحَّةِ لِتَعَدُّدِ طُرُقه إِلَيْهِ

Terjemah matan: "Binasa umatku dengan sebab dibunuh dan taun". Baginda ditanya: Ya Rasulullah, makna dibunuh kami sudah tahu, apa pula makna taun? Jawab baginda: "Iaitu 'tikaman' musuh kamu dari kalangan jin. Dan setiap satu tadi dikira mati syahid".

Hadith 2:


أَخْرَجَ أَحْمَد وَصَحَّحَهُ الْحَاكِم عَنْ أَبِي بُرْدَة بْن قَيْس أَخِي أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيّ رَفَعَهُ " اللَّهُمَّ اِجْعَلْ فَنَاء أُمَّتِي قَتْلًا فِي سَبِيلك بِالطَّعْنِ وَالطَّاعُون "

Terjemah matan: "Ya Allah, jadikanlah kebinasaan umatku dengan cara dibunuh di jalan-Mu dengan tikaman dan juga taun".

Hadith 3:


عن ‏سَعْد ‏ ‏عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَنَّهُ قَالَ : ‏ ‏إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا . رواه البخاري - 5287.- 5289 عن ‏عبد الرحمن بن عوف

Terjemah matan: "Apabila kamu mendengar tentang taun di sebuah negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Dan apabila sudah berlaku di sebuah negeri pula dan kamu di dalamnya, maka janganlah kamu keluar daripadanya".

Hadith 4:

َأَخْرَجَ الْبُخَارِيّ وَمُسْلِم وَالنَّسَائِيُّ عَنْ عَامِر بْن سَعْد " أَنَّهُ سَمِعَ أَبَاهُ يَسْأَل أُسَامَة بْن زَيْد : مَاذَا سَمِعْت مِنْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الطَّاعُون ؟ فَقَالَ أُسَامَة : قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الطَّاعُون رِجْس أُرْسِلَ عَلَى طَائِفَة مِنْ بَنِي إِسْرَائِيل , أَوْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلكُمْ " الْحَدِيث" .

Terjemah matan: 'Amir bin Saad mendengar bapanya bertanya kepada Usamah bin Zaid: Apa yang kamu pernah dengar dari Rasulullah SAW mengenai taun? Jawab Usamah: Sabda Rasulullah SAW: "Taun adalah satu 'kekotoran' yang diutus ke atas satu golongan dari Bani Israil, atau diutus ke atas kaum yang sebelum kamu".

Hadith 5:

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لَا يَدْخُلُ ‏ ‏الْمَدِينَةَ ‏ ‏المَسِيحُ ‏ ‏وَلَا الطَّاعُونُ - رواه البخاري - 5290

Terjemah matan: "Tidak akan masuk ke Madinah al-Masih al-Dajjal dan juga taun".
أَخْرَجَ أَحْمَد مِنْ رِوَايَة أَبِي عَسِيب رَفَعَهُ " أَتَانِي جِبْرِيل بِالْحُمَّى وَالطَّاعُون , فَأَمْسَكْت الْحُمَّى بِالْمَدِينَةِ وَأَرْسَلْت الطَّاعُون إِلَى الشَّام "

Terjemah matan: "Jibril telah datang kepadaku dengan penyakit demam dan taun. Lalu aku pilih penyakit demam di Madinah dan aku utuskan penyakit taun ke Syam".

Hadith 7:

عن ‏أَنَس بْن مَالِكٍ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ‏ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏الطَّاعُونُ شَهَادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ - رواه البخاري - 5291

Terjemah matan: "Taun adalah syahadah (jaminan syahid) bagi setiap muslim".

Hadith 8:

‏عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ أَنَّهَا سَأَلَتْ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَنْ الطَّاعُونِ فَأَخْبَرَهَا نَبِيُّ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَنَّهُ كَانَ عَذَابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ فَلَيْسَ مِنْ عَبْدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَنْ يُصِيبَهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الشَّهِيدِ - رواه البخاري - 5293

Terjemah matan: 'Aisyah bertanya Rasulullah SAW mengenai taun, lalu dikhabarkan kepadanya oleh baginda SAW ; "bahawa ia adalah suatu azab yang diutuskan Allah ke atas sesiapa yang dikehendaki-Nya. Lalu dijadikannya oleh Allah sebagai rahmat untuk orang mukminin. Maka tidaklah seorang hamba itu ditimpa taun lalu dia duduk menetap di negerinya dengan sabar, dan dia tahu bahawa tidak akan ada yang menimpanya kecuali apa yang telah dituliskan oleh Allah kepadanya, melainkan baginya seumpama pahala mati syahid".
حَدِيث اِبْن عُمَر , أَخْرَجَهُ اِبْن مَاجَهْ وَالْبَيْهَقِيُّ بِلَفْظِ " لَمْ تَظْهَر الْفَاحِشَة فِي قَوْم قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُون وَالْأَوْجَاع الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافهمْ " الْحَدِيث ,
قال الحافظ: وَفِي إِسْنَاده خَالِد بْن يَزِيد بْن أَبِي مَالِك وَكَانَ مِنْ فُقَهَاء الشَّام , لَكِنَّهُ ضَعِيف عِنْد أَحْمَد وَابْن مَعِين وَغَيْرهمَا , وَوَثَّقَهُ أَحْمَد بْن صَالِح الْمِصْرِيّ وَأَبُو زُرْعَة الدِّمَشْقِيّ وَقَالَ اِبْن حِبَّانَ : كَانَ يُخْطِئ كَثِيرًا

Terjemah matan: "Tidaklah zahir suatu kemungkaran dalam sesuatu kaum sehinggalah mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan akan tersebar di kalangan mereka itu penyakit taun dan juga penyakit-penyakit yang tidak pernah terjadi di kalangan nenek-moyang mereka dahulu".

Hadith 10:

‏عَنْ ‏ ‏جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏قَالَ ‏ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏ ‏غَطُّوا الْإِنَاءَ ‏ ‏وَأَوْكُوا ‏ ‏السِّقَاءَ ‏ ‏فَإِنَّ فِي السَّنَةِ لَيْلَةً يَنْزِلُ فِيهَا وَبَاءٌ لَا يَمُرُّ بِإِنَاءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ غِطَاءٌ أَوْ ‏ ‏سِقَاءٍ ‏ ‏لَيْسَ عَلَيْهِ ‏ ‏وِكَاءٌ ‏ ‏إِلَّا نَزَلَ فِيهِ مِنْ ذَلِكَ الْوَبَاءِ- رواه مسلم - 3758

Terjemah matan: "Tutuplah bekas makanan dan minuman. Sesungguhnya dalam satu tahun ada satu malam yang turun padanya suatu wabak. Ia tidak melalui mana-mana bekas makanan atau bekas minuman yang tidak ditutup melainkan akan masuk ke dalamnya daripada wabak tersebut".

bersambung...

Saturday, June 27, 2009

Wabak : Doa dan Selawat

Semakin banyak wabak menakutkan yang timbul, dari taun (wabak era klasik), virus nipah, japanese encephalitis (JE), selsema burung (H5N1), meningitis, hinggalah selsema babi (H1N1) sekarang ini. Ini sepatutnya menyedarkan kita dan mengembalikan diri kita kepada Tuhan. Namun, masih ramai mereka yang terus lalai dan jauh daripada-Nya. Wabak ini merupakan salah satu daripada makhluk Allah yang menjadi tentera-Nya secara senyap. Manusia sepatutnya mengambil iktibar dan pengajaran serta insaf dari perlakuan maksiat dan kemungkaran yang mereka lakukan. Ini kerana mati akan datang menjemput pada bila-bila masa sahaja.

Selain langkah-langkah pencegahan fizikal, langkah-langkah pencegahan spiritual sepatutnya dilaksanakan juga. Doa dan selawat perlu dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Kuasa, yang berkuasa untuk menahan dan menarik wabak ini. Doa adalah senjata orang mukmin, dan selawat pula dapat menarik rahmat Allah SWT ; sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW sekali, Allah SWT akan berselawat (memberi rahmat) ke atasnya sebanyak 10 kali.

Berikut adalah Selawat Badriyyah yang menghimpunkan antara selawat dan doa sekaligus:

Terjemahan:

"Selawat Allah, sejahtera Allah * atas Taha utusan Allah

Selawat Allah, sejahtera Allah * atas Yasin kekasih Allah

Kami bertawassul dengan Bismillah * dan al-Hadi Rasulillah

dan semua mujahid kerana Allah * dengan barakah ahli Badar, ya Allah

Tuhanku, selamatkanlah ummah * dari kebinasaan dan malapetaka

dan dari gelisah dan juga gundah * dengan barakah ahli Badar, ya Allah

Tuhanku, selamatkan kami dan jauhkan * segala marabahaya, dan hindarkan

tipu daya musuh, dan kasihanilah * dengan barakah ahli Badar, ya Allah

Tuhanku, lenyapkan bencana * dari orang-orang yang derhaka dan ingkar ini

dan juga segala bala dan wabak * dengan barakah ahli Badar, ya Allah"...

Friday, June 26, 2009

Ego Orang Jahil dan Ego Orang Alim (3)


Mengambil idea Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' 'Ulumiddin mengenai bahaya-bahaya perdebatan dan kesan buruknya terhadap kebinasaan akhlak, saya melihat bahawa ego orang alim dalam sesuatu perselisihan dapat membawa kepada 10 perkara-perkara mazmumah berikut;

1. Hasad dengki - dia akan berhasad terhadap lawannya dan suka mengharapkan hilang segala kenikmatan daripadanya, serta mengharap semua orang akan berpaling daripadanya kepada dirinya.

2. Takbur dan bermegah-megah terhadap orang lain - dia akan bermegah-megah diri terhadap kawan dan lawannya.

3. Dendam - dia akan menyimpan dendam terhadap lawannya. (Ada yang berdendam sampai mati. Wal 'iyazubillah)

4. Mengumpat - dia akan sentiasa menyebut dan mengutuk lawannya di belakang dengan melempar cemuhan seperti bodoh, jahil, bangang, lembab dan sebagainya.

5. Mengangkat diri sendiri dan mendabik dada - dia akan memuji dirinya sendiri sebagai kuat, mantap, dan lebih hebat daripada orang lain.

6. Mencari-mencari dan menyelidik aurat/keaiban lawannya - dia akan sentiasa menyiasat kelemahan dan keaiban lawannya, hatta mencari keaiban/kekurangan fizikal tubuh badannya.

7. Gembira jika lawannya kesusahan dan muram jika lawannya bergembira - dia akan begitu ceria dengan perkara-perkara yang menyakiti lawannya dan juga sebaliknya.

8. Bersifat munafik - adakalanya dia terpaksa menunjukkan rasa senang apabila bertemu dengan lawannya di khalayak ramai sedangkan hatinya amat berasa benci terhadapnya.

9. Enggan menerima kebenaran - dia enggan menerima hakikat kebenaran lawannya, dan sangat benci jika kebenaran atau perkara yang hak itu zahir di atas lidah lawannya.

10. Riya' dan menunjuk-nunjuk - dia akan berusaha untuk menarik hati dan wajah orang ramai kepadanya. Dia suka untuk menonjol dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain serta mengharap pujian mereka kepadanya.

Demikianlah 10 perkara yang amat dikhuatiri terhadap akhlak ulama kita pada masa kini. Bolehjadi dapat membawa kepada yang lebih buruk lagi di kalangan pengikut seperti berkelahi (di setengah negara membawa kepada berbunuh-bunuhan), saling memaki ibu bapa, guru-guru, tokoh-tokoh ulama, saling bersengketa dan keluarnya daripada hati rasa takut kepada Allah SWT (walaupun kononnya bertindak demi agama Allah), perasaan kasih sayang dan rasa khusyuk dalam beribadah. (Syarh al-Ihya', 1/470-491). Inilah tipu daya syaitan..


اللهم اغفر لنا ولخصومنا

Ego Orang Jahil dan Ego Orang Alim (2)

Setelah jelas dengan pentakrifan ego, maka perlu kita lihat perbandingan antara ego orang jahil dengan ego orang alim. Apa yang saya maksudkan ialah berkaitan dalam ilmu-ilmu agama sahaja. Boleh jadi orang yang jahil itu 'alim' dalam bidang pengkhususannya, seperti peniaga, doktor, jurutera, peguam, mekanik, programer dan sebagainya.

Ego orang jahil lazimnya merosakkan dirinya seorang sahaja, misalnya seorang perempuan yang disuruh memakai tudung tetapi kerana degil dan egonya dia enggan memakai tudung dan lebih suka berdandan dengan rambut warna-warninya. Ego ini hanya akan membinasakan dirinya sahaja di akhirat kelak.

Akan tetapi ego orang alim, bukan setakat memudaratkan dirinya sahaja, bahkan memudaratkan para pengikut dan murid-muridnya sekali. Apatah lagi apabila ajaran/fatwa yang disampaikan itu terang-terangan berlawanan dengan nas-nas syarak. Bukan dia sahaja yang mempertahankannya, bahkan para pengikut dan murid-muridnya akan bermati-matian mempertahankan ajaran/fatwa gurunya itu.

Adapun jika ajaran/fatwa tersebut hanya berbentuk masalah furu'/khilafiyyah, isu tidak timbul jika masing-masing memahami adab-adab ikhtilaf (perselisihan faham). Tetapi isu akan timbul apabila berlaku perbezaan pandangan dalam menganggap sesuatu masalah itu sebagai furu' ataupun usul. Masalah-masalah yang 'famous' dalam kategori ini ialah seperti persoalan takwil, bid'ah, tawassul, tabarruk, mawlid, tariqat dan seumpamanya. Akhirnya boleh berlaku juga perbalahan dan masing-masing mempertahankan pendapat masing-masing. Di sinilah bahayanya ego orang alim.. Bukan dia sahaja yang turun ke 'gelanggang' tetapi para pengikutnya pun 'tumpang sekaki'. Lebih membimbangkan apabila berlakunya bid'ah-membid'ah, sesat-menyesat dan kafir-mengkafir. Ini merupakan sesuatu yang serius. Inilah punca perbalahan dan perpecahan umat Islam..


Bersambung..

Thursday, June 25, 2009

Tokoh-tokoh Hadith Sufi (2)


SYEIKH MUHAMMAD AL-HAJJUJI AL-TIJANI AL-FASI (m. 1370H - rahimahullah)

Syeikhuna Dr. Hamzah al-Kattani, alim dan pakar rijal dari Maghribi, banyak memberi info dan input baru di dalam laman forum Rawd al-Rayyahin. Kali ini beliau menghebahkan sebuah penerbitan baru karya-karya Syeikh Muhammad al-Hajjuji al-Fasi. Oleh kerana saya baru dengar namanya, sebagai ahli hadith sufi, maka saya melihat perlu merekodkannya dalam blog ini. Ini menambahkan lagi pada senarai rekod ahli hadith sufi yang sekian ramai jumlahnya yang telah saya simpan. Syeikh al-Hajjuji adalah murid Imam Muhammad bin Ja'far al-Kattani.

Karya-karya Syeikh Muhammad bin Muhammad bin al-Mahdi al-Hajjuji al-Tijani yang diterbitkan tersebut ialah ;
  1. (مناهل الصفا بتراجم رجال الشفا),
  2. (المنح الوهبية شرح منظومة الشمائل النبوية) dan
  3. (كنز اليواقيت الغالية في الأسانيد العالية).
Ianya telah dicetak oleh Darul Kutub al-'Ilmiyyah di Beirut. (Kalaulah ada student Timur Tengah yang boleh tolong belikan..). Syeikh al-Hajjuji juga masih mempunyai banyak karya-karya hadith lain, antaranya; (الحلل السندسية، المحلية للفوائد الجليلة البهية) yang merupakan ulasan bagi kitab (شرح جَسُّوس على الشمائل الترمذية).

Ego Orang Jahil dan Ego Orang Berilmu (1)

Dalam entri tentang saman melampau, mesej dan isu utama yang saya nak bawakan ialah tentang 'ego'. Namun ada juga yang melihat isu dan mesej besarnya ialah 'simpati'. Ini tidak tepat, kerana kes tersebut belum selesai dan baru bermula. Ertinya belum ada pihak yang tewas untuk disimpatikan. Yang perlu dirisaukan ialah palitannya pada imej ulama di mata masyarakat. Apakah ulama semakin gemar bercakaran secara terang-terangan berbanding berselisihan secara harmoni? Jadi, apakah definisi 'ego'? Merujuk kepada Kamus Dewan ;
  • Ego - (égo) persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaan ~nya sangat kuat. (Kamus Dewan Edisi Empat).
  • Keegoan - perihal mementingkan diri sendiri: ia menceritakan segala kesenangannya, dan lebih jauh drpd itu memperlihatkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Empat)
  • Egois - (égois) orang yg suka mengutamakan (menonjolkan) diri serta bermegah-megah: sbg ~, kita tidak suka dikritik. (Kamus Dewan Edisi Empat)
Ego bersinonim dengan 'ujub' iaitu - (Ar) kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak, ego: ikhlas akan tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ~. (Kamus Dewan Edisi Empat).

Namun dalam Kamus Dewan tidak pula dinyatakan 'ego' bersinonim dengan 'sombong'. Sombong pula bersinonim dengan - angkuh, bongkak, tinggi hati, congkak, pongah, riak, takbur, cakap besar, hidung tinggi, megah, aga, peteras, kocak, congah, bongak, uju, ujub, songor, songar, maghrur, hagas, leweh, panggak, umuk, agul-agul, anggak, gaduk, burakah, dan pondik. (DBP online)

Bagaimanapun pemakaian perkataan 'ego' dengan makna 'sombong' juga banyak digunakan dalam percakapan biasa.

Wednesday, June 24, 2009

Falsafah di Sebalik Capal Nabi SAW (2)


Ulasan Hadith :

Dalam entri lepas yang saya petik dari blog Bahrusshofa ada dinyatakan: "Kemuliaan baginda tiada tara, sehingga baginda bertemu Rabbul 'Izzah, capal baginda masih berada di tapak kaki. Sehebat-hebat mahkota para raja dan pemerintah tidak dapat melawan kemuliaan yang telah dicapai oleh capal Junjungan s.a.w.".

Atas dasar setiap ilmu perlu dirujukkan kepada ahlinya, maka perlulah kita lihat apa kata ahli hadith tentang pernyataan di atas. Pernyataan tersebut cuma saya petik sahaja dari blog berkenaan sehinggalah saya menjumpai kitab "Ghayah al-Maqal fi ma Yata'allaq bin-Ni'al" oleh Imam 'Abdul Hayy al-Laknawi (m.1304H). Al-Laknawi menukilkan daripada kitab Fathul Muta'al oleh al-Maqqari yang mengulas dengan panjang bahawa pernyataan tersebut tidak terdapat dalam mana-mana riwayat hadith pun walaupun yang daif, dan ia adalah kisah palsu yang direka-reka. Beliau bersependapat dengan al-Maqqari dan lain-lain ulama bahawa ianya tidak sabit dan patut ditinggalkan. (Lihat hlm. 41-42)



Walaupun secara logik kita dapat membayangkan bahawa Nabi SAW diisrakkan dan dimi'rajkan dengan berpakaian lengkap, termasuk capalnya. Namun, ulama hadith sangat berhati-berhati dalam perkara menyandarkan sesuatu kepada zat Nabi SAW meskipun sesuatu yang kelihatan remeh, sebab khuatir termasuk ke dalam senarai para pendusta. Riwayat israk dan mi'raj telah diriwayatkan oleh sekitar 40 orang sahabat, tetapi tidak ada satu pun yang menyentuh perihal capal baginda SAW. Wallahu a'lam.



Tuesday, June 23, 2009

Membantai Tasawuf Kerana Jahil

(Reaksi kepada gerakan pembantaian senyap terhadap ilmu Tasawuf yang semakin marak)

al-Din ini berdiri di atas tiga pokok utama; al-Iman, al-Islam dan al-Ihsan. Secara umum, al-Iman telah melahirkan ilmu Tauhid, al-Islam telah melahirkan ilmu Fiqh, dan al-Ihsan telah melahirkan ilmu Tasawuf. Peranan masing-masing ialah ; ilmu tauhid mengurus hal-hal berkaitan akal dan kepercayaannya, ilmu Fiqh mengurus hal-hal berkaitan jasmani dan perlaksanaannya, dan ilmu Tasawuf mengurus hal-hal berkaitan rohani dan penyuciannya. Imam al-Ghazali, tokoh agung Islam telah menggabung dan menghuraikan ketiga-tiga asas penting ini di dalam kitabnya yang mengkagumkan; 'Ihya' 'Ulum al-Din'.

Oleh kerana kejelasan ilmu Tauhid dan ilmu Fiqh, maka tidak ada yang menafikan kewujudan dan kepentingannya. Ini berbeza dengan ilmu Tasawuf, oleh kerana ia bersifat alam rohani dan zauq, maka ada sebilangan orang yang menafikan wujudnya, dan hanya selesa dengan istilah yang lebih jelas iaitu 'ilmu akhlak'. Bagaimanapun 'ilmu akhlak' tafsiran mereka ini dari segi praktisnya tidak ada pun direkodkan mampu mencapai hakikat sabdaan Nabi SAW yang amat dalam dan penuh dengan rahsia, iaitu ; (أن تعبد الله كأنك تراه) "Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya"!

Oleh kerana kejahilan mereka tentang hakikat Tasawuf dan halusnya, (dan barangkali kerana malas beramal ibadat, lalu tanpa disedari mereka menjadi alat syaitan dalam menyeru agar manusia semua malas beramal ibadat) mereka membantai ahli-ahli Tasawuf. Kata-kata ahli sufi yang bersifat zauq dan majazi disukat dengan kefahaman syariat mereka yang dangkal. Maka berlakulah tafsiran-tafsiran yang seolah-olah mereka telah 'membelah dada' ahli sufi tersebut bagi memastikan nawaitunya!

Misalnya, mereka merumuskan bahawa ahli sufi ini menganggap diri mereka lebih mulia daripada para nabi AS, apabila Abu Yazid al-Bustami berkata: “Kami telah mengharung samudera yang para nabi berdiri di tebingnya". Bagaimana kata-kata dalam situasi jazbah (keadaan diri yg sedar bahawa Allah mendahului segala-galanya apabila melihat sesuatu - Kamus Dewan) ini dianggap sebagai bukti ampuh? Apakah tidak boleh ditafsirkan, 'kami telah mengharung samudera yang sudah pun dilalui oleh para nabi dahulu, dan mereka telah pun sampai serta berdiri di tebingnya menanti kami'... ? Bukankah lebih baik jika kita tidak tahu, katakan sahaja : "Saya tak tahu sebenarnya". Ego sangatkah kita??

اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون

Monday, June 22, 2009

Saman-Menyaman Melampau Budaya Barat?


Firman Allah SWT dalam Surah Fatir ayat 28:

Terjemahan: "Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya ialah ulama".

Undang-undang, sama ada samawi ataupun duniawi secara umum adalah bertujuan antara lain bagi menjaga dan melindungi hak manusia. Penghakiman dilakukan bagi mengembalikan sesuatu hak kepada yang berhak. Ini dapat difahami jika ia berkaitan dengan tubuh badan, maruah diri, harta, tanah, aset, kewangan dan seumpamanya. Maka yang berhak akan memperolehi haknya mengikut keterangan zahir.

Namun, dalam kes konflik kefahaman antara mazhab atau aliran pemikiran agama, mungkin ia sukar 'difahami'. Lebih-lebih lagi berlaku di kalangan golongan ahli ilmu (atau ulama?). Keegoan adakalanya memainkan peranan di sini. Bagaimana agaknya penghakiman kes tersebut? Apakah ada peruntukkan rang undang-undang berkaitan kepelbagaian mazhab atau aliran pemikiran ini? Apakah pernah berlaku atau dilakukan oleh para ulama dahulu? Maka siapa yang kalah akan membayar saman kepada yang menang? Maka menangnya itu menunjukkan mazhab atau aliran pemikirannya adalah yang paling betul dan rajih? Atau kemenangannya itu dengan dipalit didahinya rasa bongkak dan sombong? Apatah lagi bila melibatkan sejumlah tuntutan yang tidak dimiliki oleh pihak yang disaman.. atau sejumlah tuntutan yang ibarat 'menyembelih' saudara sendiri..

Saya berpendapat ini bukanlah daripada akhlak dan jalan para ulama kita dahulu. Contoh tauladan yang sangat membanggakan dan mengkagumkan kita. Kebanyakan mereka bersifat sabar dengan sebarang dugaan getir dan pahit, cekal hati, sentiasa redha dengan qadha' dan qadar Allah SWT, bersifat pemaaf, tidak takabbur dan angkuh, serta suka bertolak-ansur. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang saya bawakan di atas tadi.

Justeru, jalan apa yang kita lalui jika bukan jalan para ulama kita? Budaya siapa yang sebenarnya kita ikut jika bukan budaya al-Quran dan al-sunnah? Apakah saman-menyaman melampau itu bertepatan dengan petunjuk al-Quran dan al-sunnah yang kita dakwa mendokong kedua-duanya? Apakah kita berpendapat Nabi s.a.w. patut 'menyaman' orang-orang yang menuduhnya sebagai ahli sihir, pendusta, tukang syair, orang gila dan sebagainya? Inilah tipu daya syaitan. Adakalanya tanpa kita sedari kita sedang mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani.. Tundukkanlah rasa keegoan. Perbanyakkanlah sifat tawadhu'/rendah diri yang semakin pupus di zaman mutakhir ini. لا حولا ولا قوة إلا بالله

Jika tidak dapat dielakkan, gunakanlah gelanggang perdebatan ilmiah, bukannya gelanggang mahkamah. Dalam isu ini, penulis mengambil sabdaan Nabi SAW : (انصر أخاك ظالما أو مظلوما) "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang dizalimi". Namun, setakat ini sahaja yang mampu penulis buat .. اللهم وحد كلمة المسلمين

Saturday, June 20, 2009

Kubur Para Nabi ('Alaihimus Salam)?


Para ahli sejarah Islam mengatakan tidak ada kubur seorang nabi pun yang dapat diyakini kedudukannya secara pasti yakin 100% kecuali kubur Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini masih ada sebahagian kubur-kubur para nabi a.s. yang didakwa sebagai kubur nabi-nabi berkenaan masih diziarahi orang.

Foto-foto ini dikutip daripada sebuah entri laman forum Rawd al-Rayyahin untuk dikongsi dengan mereka yang tak dapat mengikuti perkembangan laman-laman web Arab kerana masalah bahasa (entri asal) :

Makam Nabi Ibrahim a.s. di Palestin

Makam Nabi Ayyub a.s. di Oman

Makam Nabi Daud a.s. di Palestin

Makam Nabi Hud a.s. di Hadramaut, Yaman.

Juga didakwa makam Nabi Hud a.s., bersama makam Nabi Salih a.s. di Najaf.

Makam Nabi Yusuf a.s. di Nablus.

Makam Nabi Nuh a.s.

Makam Nabi Sulaiman a.s. di Palestin.

Makam Nabi Uzair a.s.

Makam Nabi Yahya a.s.

Makam Nabi Ya'qub a.s.


Makam Nabi Yusya' a.s. di Mesir.
(Saya dah pergi dah, namun pakar sejarah Mesir tidak mengesahkannya sebagai tepat)

Makam Nabi Zulkifli a.s.



Sebulan Berblog...


Alhamdulillah, diam tak diam sudah sebulan saya berblog di alam internet ni (mula 20 Mei 2009 lepas). Bilangan pantauan (hit counter) pun dah cecah lebih daripada 1,000 kali (termasuklah saya sendiri yang entah berapa puluh kali pantau).


Bagi saya ini adalah satu misi berdakwah dan berjihad melalui penulisan. Memang sudah banyak blog yang berbentuk ilmu/agama dalam bahasa Melayu, namun blog yang berbentuk bukan ilmu bilangannya lebih besar lagi (tak kira blogspot, wordpress atau lain-lain...). Rasa ketinggalan juga apabila melihat blog-blog orang lain sudah masuk tahun ke-3, tahun ke-4, dan seterusnya...


Namun, adakalanya saya tertanya juga berapa lama agaknya tempoh jangka hayat blog ini di alam siber, 10 tahun, 20 tahun, ..., entahlah. Jika sesuatu berlaku pasti hilang banyak perkara penting. Moga dijauhkan Allah dari rasa kecewa dan gundah gulana.

Thursday, June 18, 2009

Buku Terbaru Dalam Koleksi al-Faqir


Oleh kerana saya baru beli buku ini, suka saya nak menguar-uarkan cetakan terbaru buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa’-doa’ Mustajab' di atas (yang sudah cetakan keenam - Mei 2009!). Cetakan baru edisi kedua ini adalah versi dikemaskini daripada buku edisi pertama (April 2008) dan edisi kedua (November 2008).

Buku ini adalah terbitan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’). Harga jualan runcit buku ini ialah RM15 di Semenanjung Malayisa dan RM16 di Sabah & Sarawak. Buku ini boleh dibeli terus di pejabat Darussyifa’ Bandar Baru Bangi atau di cawangan-cawangan Darussyifa’ seluruh Malaysia. (Rujuk: http://www.darussyifa.org/).

Bagaimanapun antara pesan Tuan Guru: "Belajar ilmu pengubatan seelok-eloknya mendapatkan ijazah daripada guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh saya daripada semua guru-guru saya termasuk daripada ayahanda saya sendiri. Sebagai mengambil contoh, Imam as-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi' mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam as-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja".

وفاة الشيخ صالح الحموي

Syeikh Salih al-Hamawi (rahimahullah) duduk dalam salah satu kuliahnya.
قال شيخنا محمد آل رشيد -

انتقل إلى رحمة الله تعالى فضيلة الشيخ صالح الحموي الدمشقي الحنفي الشاذلي وصلي عليه اليوم في جامع بني أمية بدمشق بعد صلاة العصر ، وهو من مشايخ الطريقة الشاذلية الدرقاوية ، مجاز بها من العلامة الفقيه الشيخ محمد سعيد البرهاني ، وكان يقيم الدرس وحلقة الذكر في جامع بحي العمارة ، وله أسلوب جميل ولطيف في طريقة وعظه رحمه الله وأثابه رضاه وإنا لله وإنا إليه راجعون . الأربعاء 24 جمادى الآخرة 1430 هـ الموافق 17 / 6 / 2009 م .

http://cb.rayaheen.net/showthread.php?tid=24673&page=1#p148309

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم وإنا لله وإنا إليه راجعون

[Syeikhuna Syeikh Muhammad Al Rasyid, pakar sanad dan rijal di Riyadh menghebahkan yang maksud ringkasnya saya bagi lebih kurang: Semalam telah berpulang ke rahmatullah Syeikh Salih al-Hamawi di Dimasyq, Syria. Seorang guru Tariqat Syaziliyyah Darqawiyyah, yang merupakan murid Syeikh Muhammad Sa'id al-Burhani - rahimahumallah]

Wednesday, June 17, 2009

Berpurdah Wajib, Ustaz..?


Ada seorang pelajar bertanya saya apabila melihat semakin ramai pelajar perempuan di kolej ini mengenakan purdah, apakah ianya wajib? Bagi saya benda yang baik tak perlu dihalang. Fenomena ini lebih baik daripada fenomena semakin ramainya pelajar perempuan yang bertudung jarang, kecil dan bentuk tiga segi.. yang menyalahi peraturan kod etika pakaian pelajar kolej!!

Dulu hanya ada seorang dua yang pakai purdah, tetapi sekarang semakin ramai. Jangan ada 'agenda' tertentu sudah.. Sebagai jawapannya saya menyebut apa yang pernah saya tulis kira-kira 11 tahun lalu di dalam 'Suara Kampus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) - Edisi Tanta, bil. 3, April 1998. Antaranya:

Pemakaian hijab (tudung) adalah wajib secara ijma' ulama tanpa khilaf tentang hukumnya. Ia disebut secara sarih (jelas) melalui al-Quran dan as-sunnah. Hanya para ulama berkhilaf tentang hukum pemakaian niqab, atau yang kita sebut sebagai purdah. Syeikhul-Azhar Jadul Haq 'Ali Jadul Haq (rahimahullah) telah mentarjihkan (memilih) pendapat yang tidak mewajibkan menutup muka dan tapak tangan, selepas beliau membentangkan pendapat-pendapat dan dalil-dalil yang kuat para ulama yang mengharuskan membuka kedua-duanya. (Rujuk: Haula Ittifaqiyyah al-Qadha' 'ala Asykal al-Tamyiz, hlm. 47-60) Demikian juga fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam Fatawa Mu'asarahnya (juz. 1, hlm. 429-433)

Syeikh 'Atiyyah Saqar di dalam fatwanya pula telah memberikan khulasah (rumusan) begini; Selama mana perkara ini merupakan perkara khilaf, maka tidak wajar menghukum kebatalan salah satu dari pendapat-pendapat tersebut, dan tidak wajar juga terlalu taksub kepada salah satunya. Seorang insan itu mempunyai kebebasan memilih. Bagaimanapun, keseluruhan khilaf ini berakhir apabila seseorang wanita itu sangat cantik rupa parasnya dan dikhuatiri berlaku fitnah, maka dia wajib menutupnya. (Lihat: Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, jld. 4, hlm. 53)

Saya turut menulis: Usahlah kita disibukkan antara hukum wajib berniqab atau tidak, sedang mutabarrijat jahiliyyah (bersolek gaya Jahiliah) terus berleluasa, hinggakan timbulnya gejala-gejala sosial seperti bohsia dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya. Musykilah (permasalahan) di sini adalah kualiti iman. Iman yang membenarkan di dalam hati dan perkataan serta melaksanakannya dengan perbuatan. Iman yang membenarkan kewajipan berhijab (bertudung) dengan hati dan perkataan, serta melaksanakannya dengan memakai hijab. Lelaki (bapa, suami, atau yang berkuasa setaraf) sebagai pemimpin wanita adalah bertanggungjawab dalam hal ini. Di sinilah yang mustahaknya dahulu. (Suara Kampus, hlm. 20-21)

* Perkataan dalam warna kelabu adalah tambahan baru.

Fesyen Afghan

Fesyen Salafi

Fesyen Arab


Fesyen Kasymir


Seorang Bangla di Arab Saudi yang ditangkap kerana menyamar dengan berpurdah.

Perbezaan Keluasan Ilmu Setiap Manusia (3)

Setelah disentuh tentang medan pembacaan, ada seperkara lagi yang membezakan keluasan ilmu antara manusia, iaitu daya intelektual. Secara umum, ada tiga tahap daya intelektual manusia;
1. tahap tinggi
2. tahap sederhana
3. tahap rendah

Perbezaan daya intelektual ini merupakan sunnatullah yang disuratkan Allah SWT pada kejadian makhluk-Nya. Namun, berapa tingginya daya intelektual seseorang itu bukanlah ukuran bagi Allah SWT untuk memasukkannya ke dalam syurga. Ini kerana berapa ramai orang yang genius di dunia, tetapi mereka sangat bodoh untuk akur dan mengaku bahawa Allah adalah Pencipta yang Esa. Berapa ramai orang beriman yang bijak-pandai, tetapi mereka sangat malas untuk beramal ibadat. Kayu ukurnya di sisi Allah SWT ialah taqwa.

Kita amat berbangga kerana banyak didapati di sepanjang sejarah Islam, kemunculan ramai intelektual Islam yang menggabungkan antara ketinggian daya intelek dan sifat taqwa, seumpama Abu Hanifah, Malik, al-Syafi'i, Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu al-Hasan al-Asy'ari, al-Tahawi, al-Bayhaqi, al-Ghazali, al-Dhahabi, Ibn Hajar, al-Suyuti dan ramai lagi, sekadar menyebut beberapa nama di sini.

Einstein lambang kegeniusan Barat

Maka, perbezaan daya intelektual ini juga membezakan sejauhmana keluasan ilmu antara setiap insan. Walaupun begitu, tidak bermakna bahawa semua yang diluahkan oleh kumpulan intelek tahap tinggi itu mesti betul, dan semua yang dilontarkan oleh kumpulan intelek tahap rendah itu mesti salah. Ini kerana ada setengah lontaran fikiran dari pihak intelek tahap rendah itu lebih baik malah lebih tepat dari apa yang diluahkan oleh pihak intelek tahap tinggi.

Mungkin kisah ini dapat menjadi renungan, iaitu suatu ketika Sayidina Umar bin Khattab RA. mendengar seorang lelaki berdoa: “Ya Allah, jadikanlah aku termasuk golongan yang sedikit”. Mendengar itu, Umar terkejut dan bertanya: “Kenapa engkau berdoa demikian?” Sahabat itu menjawab: “Karena aku mendengar Allah berfirman; Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur, maka aku memohon agar aku termasuk yang sedikit tersebut".

Kisah lain, ada seorang lelaki di zaman al-Hasan al-Basri yang sentiasa menjauhi orang ramai. Lalu beliau bertanya kepadanya tentang hal keadaannya. Maka dijawab lelaki itu: Sesungguhnya aku setiap hari berada antara nikmat dan dosa, lalu aku mengadakan untuk nikmat tersebut pujian kepada Allah dan untuk dosa pula istighfar kepada-Nya, justeru itulah aku sibuk dengan urusan tersebut. Lantas jawab al-Hasan: Teruskanlah urusanmu itu, kamu bagiku lebih faqih (faham) daripada al-Hasan. (al-Hilyah, 2/361)

Inilah sunnatullah. Inilah anugerah dan hikmah-Nya. Maka janganlah mendabik dada. Si-penulis ini sendiri sangat menyedari bahawa beliau bukanlah dari golongan yang pertama..
والله هو الموفق والهادي

Monday, June 15, 2009

Menghidupkan Pengajian Sahih al-Bukhari (3)


Majlis Pengajian Sahih al-Bukhari Syeikh Na'im 'Araqsusi

Meskipun majlis ini sudah berlalu setahun (tahun 2008 lalu) namun ia merupakan gambaran kecintaan terhadap ilmu di kalangan masyarakat Arab Syria yang perlu kita sebagai orang Melayu renungkan. Mungkin sesetengah orang menganggap bahawa majlis-majlis ceramah yang banyak boleh didapati yang disampaikan oleh para penceramah secara 'pidato' atau 'motivasi' sudah memadai tanpa perlu mencari majlis-majlis 'menadah kitab dari kulit ke kulit'. Bagi saya tanggapan ini adalah silap. Meskipun sesetengah majlis 'menadah kitab' ini pula perlu 'disegarkan' semula kerana mengambil masa yang sangat lama hingga puluhan tahun untuk menghabiskan sebuah kitab yang kecil sebab gurunya sangat pandai berceloteh. Sedangkan banyak kitab lagi yang perlu disajikan demi mengayakan masyarakat dengan ilmu.

Berbalik kepada majlis Syeikh Na'im 'Araqsusi, salah seorang muridnya menceritakan, bahawa majlis pengajian kitab Sahih al-Bukhari ini dihadiri oleh ribuan orang yang datang dari berbagai tempat sekitar kota Damsyik, Syria. Mereka bertumpu ke Masjid al-Iman, tempat majlis tersebut diadakan. Kira-kira 6,000 orang menghadiri majlis pengajian berkenaan bagi mendapatkan ijazah sanad periwayatan Sahih al-Bukhari daripada Syeikh Na'im. Masing-masing terpaksa mengenepikan pelbagai urusan harian bagi mengikut majlis pengajian tersebut secara tetap kerana ia merupakan antara syarat pengijazahan. Dengan penuh tekun dan sabar mereka mendengar penyampaian Syeikh Na'im yang bermula daripada jam 2 petang dan berlangsung hingga jam 10 malam setiap hari, yang berlanjutan selama lebih kurang 2 bulan lamanya. Subhanallah!

Syeikh Na'im turut mensyarahkan hadith-hadith Sahih al-Bukhari.



Terjemahan Buku: Apa Ertinya Saya Menganut Islam?

Sila klik untuk baca:

Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam ?
Karangan: Dr. Fathi Yakan

Mukadimah

Bahagian Pertama:
Mukadimah Bahagian Pertama
Bab 1: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah
Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah
Bab 3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Aqidah
Bab 4: Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya
Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri
Bab 6: Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam

Bahagian Kedua:
Mukadimah Bahagian Kedua
Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam
Bab 2: Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib
Bab 3: Peranan, Ciri-ciri dan Persediaan Harakah Islamiah
Bab 4: Saya Mestilah Memahami Cara-cara Beramal Dalam Islam
Bab 5: Saya Mesti Memahami Sejauh Manakah
Bab 6: Saya Mesti Memahami Tentang Pemusatan Amal Islami
Bab 7: Saya Mesti Memahami Syarat-syarat Baiah dan Keanggotaan

Saturday, June 13, 2009

Belasungkawa - al-Marhum Syeikh Fathi Yakan




Seorang lagi tokoh Islam telah pergi kembali ke rahmatullah sebelum zohor tadi (Sabtu, 13hb. Jun 2009). Beliau ialah Syeikh Fathi Yakan yang terkenal dengan bukunya "Apa Ertinya Saya Memeluk Islam" (ماذا يعني انتمائي للإسلام؟) . Beliau adalah seorang pendakwah dari Lubnan yang banyak berjasa dalam membangun kesedaran Islam di kalangan golongan muda di seluruh dunia. Beliau dilahirkan pada tahun 1933 dan telah meninggal dunia dalam usia kira-kira 77 tahun. Beliau adalah pemegang ijazah kedoktoran dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab. رحمه الله تعالى رحمة واسعة

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 35 buah karya. Antara karya-karya beliau ialah:
مشكلات الدعوة والداعية.
كيف ندعو إلى الإسلام؟
نحو حركة إسلامية عالمية واحدة.
الموسوعة الحركية - جزءان.
ماذا يعني انتمائي للإسلام؟
حركات ومذاهب في ميزان الإسلام.
الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة.
نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر.
المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين.
الإسلام فكرة وحركة وانقلاب.
الشباب والتغيير.
المتساقطون على طريق الدعوة.
أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي.
قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية
.

Friday, June 12, 2009

Perbezaan Keluasan Ilmu Setiap Manusia (2)

Firman Allah SWT:

Dalam entri lepas telah saya sentuh tentang perbezaan ilmu setiap manusia secara umum. Kali ini ingin saya sentuh mengenainya dalam konteks yang lebih spesifik. Iaitu ilmu dapat diperolehi melalui pembacaan dan menelaah buku/kitab. Ini merujuk kepada ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan dengan lafaz 'Iqra'..'.

Berdasarkan pengalaman mengumpul kitab-kitab, ramai sahabat-sahabat yang saya kenal yang asyik dengan kitab-kitab. Walaupun ada setengah sahabat lain yang menganggap jika mengumpul banyak kitab nanti diumpamakan seperti himar (keldai) yang memikul barang-barang tanpa mengetahui apa barang yang dipikulnya. Itu pandangan masing-masing. Tetapi bagi pengumpul kitab yang saya kenal kebanyakannya tahu apa isi kandungan kitab yang mereka miliki walaupun secara umum sahaja.

Minat terhadap kitab ini menjadikan ada sesetengah kitab yang dianggap nadir atau sudah jarang ditemui ada dimiliki oleh sesetengah pengumpulnya. Al-marhum Ust. Wan Mohd. Saghir contohnya, adalah pengumpul kitab yang memiliki pelbagai manuskrip ulama Nusantara yang sudah jarang ditemui. Pak Matlob, pakar bahasa dari Johor juga memiliki sebuah khazanah kutubkhanah yang besar yang menyimpan pelbagai terbitan lama yang mungkin sudah sukar dicari di mana-mana. Sahabat saya, Ustaz Hj. Ahmad Shukri juga banyak menyimpan kitab-kitab nadir yang sudah sukar dijumpai. Dan banyak lagi tokoh yang hanya disebut beberapa orang sahaja di sini.

Secara zahirnya, orang yang memiliki banyak buku dan banyak membacanya, sudah tentu ilmu pengetahuannya lebih daripada orang lain. Saya sendiri juga adakalanya melihat kitab-kitab koleksi sahabat-sahabat yang belum saya punyai, merasa sedikit cemburu kerana tidak memilikinya. Kadang-kadang kerana kepentingannya saya terpaksa fotostat sahaja. Sebaliknya, ada juga kitab-kitab dalam koleksi saya yang tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain.

Adakalanya kecenderungan terhadap bidang tertentu juga menjadikan kitab-kitab dalam bidang-bidang lainnya tidak diambil perhatian. Maka jelasnya, keluasan ilmu di antara setiap orang juga adalah berbeza berdasarkan perbezaan memiliki, menelaah dan membaca kitab-kitab. Kepada para pelajar, bacalah.. anda tidak akan rugi. Jadikanlah 'Kubuku Buku', bak kata seorang sasterawan daripada Indonesia.


Thursday, June 11, 2009

Tahniah Untuk Syeikh Sa'id Fudah

Syeikh Sa'id Fudah adalah seorang ulama muda dari Jordan yang disegani ramai, baik oleh kawan mahupun lawan. Ramai pihak lawannya yang telah 'tewas' dalam berdebat dengan beliau. Para pengikut beliau menggelarnya sebagai 'Saifus Sunnah'. Beliau asalnya adalah seorang engineer. Namun kemudian beralih ke bidang agama sehingga mahir tentang ilmu kalam, ilmu usul, mantiq, tasawwuf, falsafah Islam dan lain-lain disiplin ilmu. Beliau telah menghasilkan banyak buku-buku agama, dan sentiasa menyelia laman forumnya: Muntada al-Aslayn.

Pada bulan April 2009 lalu, beliau telah berjaya memperolehi ijazah master dalam bidang akidah daripada Universiti Jordan dengan tajuk disertasinya: (ابن رشد وآراؤه الفلسفية) "Ibn Rusyd dan Pandangan-Pandangan Falsafahnya". Alfu Mabruk ...

Falsafah di Sebalik Capal Nabi SAW

Saya amat tertarik membaca entri di dalam Muntadayat Rawd al-Rayyahin bertajuk: (فلسفة تعظيم نعل النبي صلى الله عليه وسلم عند السادة الصوفية والرد على الجهلة المنكرين).
http://cb.rayaheen.net/showthread.php?tid=24206

Dan antara objektif blog ini ialah memindahkan maklumat daripada laman-laman Arab ke bahasa Malaysia. Maka saya berfikir untuk memetik sebahagiannya. Namun, rupa-rupanya Ustaz Abu Muhammad juga telah menulis tentangnya dengan tajuk ‘Ni'al al-Musthofa s.a.w.’, tetapi di dalam lima entri. Maka saya ringkaskan tulisan beliau dengan sedikit olahan dan tambahan daripada al-faqir.
http://bahrusshofa.blogspot.com/search/label/Ni%60al

Capal atau ni`al Nabi s.a.w. menjadi simbol kepada para pencinta baginda bahawasanya segala tindak-tanduk, amal-perbuatan, bahkan apa saja hendaklah sentiasa di atas jalan dan di bawah jejak kaki Junjungan s.a.w. agar tidak tersimpang perjalanan dalam menuju keredhaan Allah. Kemuliaan baginda tiada tara, sehingga baginda bertemu Rabbul 'Izzah, capal baginda masih berada di tapak kaki. Sehebat-hebat mahkota para raja dan pemerintah tidak dapat melawan kemuliaan yang telah dicapai oleh capal Junjungan s.a.w.

Ulama melakar atau membuat imej sandal Junjungan s.a.w. demi kecintaan kepada baginda s.a.w. sehingga merasakan capal di telapak kaki Junjungan s.a.w. lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka. Hal ini mungkin payah untuk difahami oleh orang-orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana’ al-Rasul atau mencapai maqam al-‘Isyq al-Muhammadi. Perhatian diberikan hatta ke capal baginda s.a.w. bukan kerana capal tetapi kerana yang empunyanya, dan juga simbol kepada sifat tawadhu’.

Ramai ulama telah menulis, menggubah syair dan mengarang berbagai kitab mengenai capal atau ni`al al-Mustafa s.a.w. ini. Antaranya:
1. Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam kitabnya "Jawahirul Bihar" jilid 3.
2. Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi dalam kitabnya "Zadus Sa`id".
3. Imam Ibnu 'Asakir dalam kitabnya "Timthalu Na'l an-Nabiy".
4. Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya "Qurratul ‘Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na'layn".
5. Imam Abul ‘Abbas al-Maqqari dalam kitabnya "Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al".
6. Imam al-Qastallani dalam kitabnya "Mawahibul Ladunniyyah" dan ramai lagi.

Syaikhul Hadith Maulana Zakaria al-Kandahlawi dalam syarah kitab "Syama’il at-Tirmizi" menyatakan: "Gambar lakaran capal dan kelebihan serta keberkatannya telah diberikan dengan begitu terperinci di dalam kitab "Zadus Sa`id" karangan Maulana Asyraf 'Ali Thanwi (rahmatullah 'alaihi). Khasiatnya tidak putus-putus. Beliau telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata ; dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seseorang itu akan diberkati dengan ziarah bertemu Rasulullah, akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai kemasyhuran dan berjaya di dalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini. "

Kemuliaan Junjungan Nabi s.a.w. terlalu amat sehingga apa sahaja bersama baginda turut menjadi mulia. Kemuliaan, keberkatan dan keagungan baginda melebihi segalanya selain Allah s.w.t. Kemuliaan Junjungan tertumpah sehingga ke capalnya yang dibawa bersama menghadap Rabbul Jalil, dan sehingga lakaran capalnya yang dilakar demi kecintaan kepada tuan empunyanya mengandungi keberkatan dan berbagai rahsia. Antara kelebihannya ialah seperti diceritakan oleh Imam al-Qastallani dalam kitabnya "al-Mawahibul Ladunniyyah" (2/174):

Di antara kelebihannya yang telah dicuba manfaat dan keberkatannya ialah apa yang dikisahkan oleh seorang syeikh yang soleh, Abu Ja'far Ahmad bin Abdul Majid: “Aku telah membuat misal capal ini untuk seorang muridku, maka dia telah berjumpa denganku pada suatu hari dan berkata: "Kelmarin aku telah melihat keberkatan capal ini yang ajaib. Isteriku telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir mati, maka aku letakkan misal capal tersebut pada tempat sakitnya dan berdoa "Allahumma Ariniy Barakata Sohibi Hazan-Na'li" (Ya Allah, tunjukkanlah aku keberkatan tuan empunya capal ini, yakni Junjungan Nabi s.a.w.), lalu dia disembuhkan Allah pada waktu itu juga”. Telah berkata Abu Ishaq: "Telah berkata Abul Qasim bin Muhammad: "Di antara yang telah mujarrab keberkatannya ialah sesiapa yang membawanya bersama dengan niat untuk mengambil berkat, jadilah dia selamat daripada kejahatan penjahat, memperolehi kemenangan ke atas musuh dan mendapat penjagaan daripada syaitan yang jahat serta dipelihara daripada kedengkian orang-orang yang hasad. Dan jika dibawa oleh orang perempuan hamil yang sedang sakit hendak bersalin pada sebelah kanannya, nescaya dipermudahkan urusannya tersebut dengan pertolongan dan kekuatan Allah."

Rupa bentuk lakaran capal yang tercatat dalam kitab "Jawahirul Bihar" karangan Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani.



Lakaran capal Nabi s.a.w. yang dinisbahkan kepada Imam Ahmad Redha Khan Barelwi dan ditulis padanya bait-bait syair dalam bahasa Urdu.

Logo Yayasan Sofa, N. Sembilan berasaskan bentuk capal Nabi s.a.w.

Tuesday, June 9, 2009

Baca Surah al-'Asr Akhir Majlis

Biasanya di akhir majlis, dibaca kaffaratul majlis (atau tasbih kaffarah) dengan surah al-'Asr. Namun yang dianjurkan oleh Nabi SAW ialah membaca kaffaratul majlis sahaja, kerana tidak ada riwayat daripada baginda SAW tentang anjuran membaca surah al-'Asr.

Bagaimanapun membaca surah al-'Asr bukanlah satu bidaah kerana ia bersandarkan kepada athar berikut yang diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat (5/215) no. hadith: 5124. Daripada Abu Madinah al-Darimi r.a. katanya:

كان الرجلان من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا التقيا لم يفترقا حتى يقرأ أحدهما على الآخر: { والعصر إن الإنسان لفي خسر.. } ثم يسلم أحدهما على الآخر.
Terjemahan: "Apabila dua orang sahabat Nabi SAW bertemu mereka tidak akan berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membacakan : Wal 'Asr, Innal Insan..., kemudian salah seorang daripada mereka akan memberi salam".

Kata al-Haythami dalam Majma' al-Zawa'id (10/307): Para periwayatnya adalah para periwayat Sahih kecuali Ibn 'A'isyah, beliau adalah thiqah. Maka sanad athar ini adalah sahih.

Ini juga merupakan bukti wujudnya bidaah hasanah!

Monolog Sang Ajengan

(Sebuah Cerpen Mini)

Sang Ajengan bukanlah orang yang semberani. Namun jiwa agamanya selalu memberontak bila melihat orang tidak ikut syara'. Apatah lagi jika yang tidak ikut syara' itu saudara mara, kaum kerabat, kenal-kenalan. Sang Ajengan tidak mahu kalau dikata orang, "Itu si hajinya diam saja.. tak mengapa".

Bila ada kenduri-kendara, banyak sekali berlaku perkara-perkara yang sang Ajengan tidak mahu lihat. Walaupun pada kebiasaannya memang berlaku sehari-hari. Namun jika ada kenduri-kendara semuanya itu berkumpul di satu tempat dan semuanya dapat dilihat. Yang tidak peduli dengan waktu solat kerana jarang-jarang membongkok kepada Tuhan. Yang suka memakai ketat-ketat kerana tidak betah memakai yang longgar-longgar. Yang mendedah-dedah aurat kerana tidak biasa menutupnya...

Tidak mungkin perkara-perkara asas seperti itu dijahili. Sang Ajengan mengeluh kerana dirinya terlalu naif. Mahu saja rasanya sang Ajengan bersuara: "Wahai sekalian saudara dan saudari, ikutlah perintah syara'. Takutlah kalian kepada Allah SWT. Janganlah kalian gemar derhaka kepada-Nya!". Mahu saja sang Ajengan meneriak lagi: "Jangan pula kalian nanti mencari-cari aku di Akhirat. Dan jangan pula menyalah-nyalahkan aku. Sesungguhnya aku tidak redha dengan apa yang kalian perbuat!".

Sang Ajengan bertekad untuk mewasiatkan pendiriannya di atas lembaran kertas. Mudah-mudahan ia menjadi saksi nanti di Akhirat.

Tafsir 'Istawa' yang Terbaik

هناك لطيفة من اللطائف جادت بها قريحة الشيخ العارف بالله تعالى سيدي عبد الوهاب الشعراني رضي الله عنه في كتابه آداب العبودية تتناول هذا البحث. قال رضي الله عنه فيما معناه : القائل بالاستواء جريا على ظاهر اللفظ مخطىء بكل وجه وذلك ان كلام الله تعالى قديم غير مخلوق باتفاق المسلمين الا المعتزلة فالله تعالى اخبر في كلامه القديم انه استوى على العرش قبل خلق العرش وقبل خلق المخلوقات باسرها فكيف يكون معنى الاستواء كما فسره المجسمين وهذه حجة ظاهرة على بطلان كلامهم بلا ريب . انتهى معنى كلامه رضي الله عنه، أنظر أيضا اليواقيت والجواهر - اضغط هنا

ومن أجمل و أصح ما قرأت في تفسير قوله تعالى (ثم استوى على العرش) شرحٌ لشيخ الإسلام أحمد رضا خان رحمه الله حيث قال

الاستواء بمعنى الفراغ و إتمام العمل، يعني أنه أتمَّ سلسلة الخلق على العرش و لم يُوجِدْ شيئا خارجا منه , ما كوِّن في الدنيا و الآخرة و ما سَيُكَوَّن ليس خارجا عن دائرة العرش , لأنه حول كل مخلوق .

و خير ما يُفسر القرءان ما كان من القرءان . الاستواء بمعنى التمام في نفس القرءان . قال الله تعالى : {وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَاسْتَوَى}[القصص : 14] . و كذلك في قوله تعالى : {كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ} [الفتح : 29].الاستواء عبارة عن حالة الكمال .

نقل هذا التأويل الإمام حافظ الحديث ابن حَجَر العسقلاني عن الإمام أبي الحسن بن خلف ابن بطال و هذا الكلام للإمام أبي طاهر القزويني أفاده في ((سراج العقول)) . و نقله الإمام عبد الوهاب الشعراني في كتابه ((اليواقيت و الجواهر )) المبحث السابع (1\102) .

أقول و على ذلك ذكر هذا الاستواء في القرءان العظيم في سبعة مواضع و في المواضع السبعة مع ذكر خلق السماوات و الأرض و بعده ذكر الاستواء بلا فصل قال في سورة الأعراف و في سورة يونس عليه الصلاة السلام : إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ [الأعراف : 54] , [يونس : 3] .و قال في سورة الرعد : اللّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ [الرعد : 2] .قال في سورة طه : تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى [4] الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى [طه : 5]قال في سورة الفرقان : الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ [الفرقان : 59] , [السجدة : 4]قال في سورة الحديد : هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ [الحديد : 4] .

انتهى ... قوارع القهار في الرد على المجسمة الفجار \ لشيخ الإسلام أحمد رضا خان .. ص 24 , 25 ...

http://cb.rayaheen.net/showthread.php?tid=24552&page=1#p147452

Saturday, June 6, 2009

Albani-Albani yang Bukan 'Salafi'


Albani adalah nisbah bagi seseorang yang dibangsakan kepada negara Albania. Selain nisbah 'Albani' ada juga yang menggunakan nisbah 'Arna'ut', iaitu orang Albania dalam bahasa Turki. Sewaktu kebangkitan golongan sekular Albania, ramai agamawan Albania yang berhijrah ke Turki dan negara-negara Arab kerana penindasan dan penafian hak.

Di tempat-tempat hijrah yang baru, mereka dapat membesarkan anak-anak mereka dengan pengaruh Islam yang lebih baik hinggakan tidak sedikit di antara mereka yang menjadi alim ulama. Alim ulama Albania yang berhijrah kebanyakannya bermazhab Hanafi, beraliran Maturidiyyah dan mengamalkan tasawwuf.

Di antara alim ulama Albania berfahaman demikian yang dapat disebutkan sama ada yang telah meninggal dunia ataupun masih hidup ialah;
1. Syeikh Nuh al-Albani, bapa kepada Syeikh Nasiruddin al-Albani, yang merupakan antara pakar rujuk agama di Albania, sebelum berhijrah ke Dimasyq, Syria.
2. Syeikh Wahbi Sulaiman Ghawuji al-Albani, pengarang banyak kitab-kitab akidah dan fiqh Hanafi.