Pages

Friday, July 31, 2009

Dari Mukjizat al-Quran

Ayat al-Quran yang dibaca dari kanan ke kiri, dan juga dapat dibaca dari kiri ke kanan jika kita terbalikkan, iaitu ayat 3 surah al-Muddaththir ;

وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ - ٣

"And thy Lord do thou magnify! (3)"

"Dan Tuhanmu, maka besarkanlah (ingatlah kebesaranNya) (3)"

Jika kita amati, dengan mengabaikan huruf waw و (dan), kita akan dapati ayat tersebut dapat diterbalikkan dan memberi kalimah-kalimah yang juga sama. Lihat sepertimana berikut;

ر - ب - ك - ف - ك - ب - ر

Cuba baca terbalik. Subhanallah.. Allahu Akbar!!

Thursday, July 30, 2009

Tembok Zul Qarnain & Ya'juj dan Ma'juj

Matan Hadith:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَتَحَ اللَّهُ مِنْ رَدْمِ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مِثْلَ هَذَا وَعَقَدَ بِيَدِهِ تِسْعِينَ. البخاري: 3098

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW sabdanya: "Allah telah membuka daripada tembok Ya'juj dan Ma'juj sebesar ini", sambil baginda menunjukkan dengan tangannya kiraan 90 (cara hitungan orang Arab dahulu, iaitu isyarat lubang bulat dengan jari telunjuk dan ibu jari).

Syarah Hadith:

Menurut Ibn Hajar, Ya'juj dan Ma'juj adalah dua kabilah dari keturunan Yafith bin Nuh AS, yakni mereka adalah keturunan manusia. Pada zaman Zul Qarnain, mereka amat banyak membuat kerosakan dan pembunuhan sehingga Zul Qarnain terpaksa membina tembok bersaiz mega bagi menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat onar dan kebinasaan.

Tembok ini sangat besar dan kukuh serta dapat tahan sehinggalah ke hari ini, cuma tempatnya tidaklah dapat diketahui secara pasti. Imam al-Bukhari ada menyebut hadith secara mu'allaq (tanpa sanad) di dalam Sahihnya bahawa seorang sahabat Nabi SAW telah berkata kepada baginda: "Aku telah melihat tembok tersebut yang rupanya umpama sebidang kain yang diukir/bercorak (tentunya bersaiz giga)". Balas baginda SAW: "Kamu telah melihatnya". Dalam keterangan Ibn Hajar, riwayat hadith tersebut juga ada menyebut ; umpama sebidang kain yang diukir/bercorak dengan jalur merah dan jalur hitam, yang menunjukkan ianya campuran dari tembaga dan besi.


Di akhir zaman nanti, tembok yang teguh tersebut akan runtuh dan akan keluarlah Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan sekali lagi sebagai tanda hampirnya hari kiamat. Namun usaha-usaha tetap dilakukan oleh mereka untuk keluar sehinggalah pada masa sekarang. Buktinya pada masa Nabi SAW, ia telah terbuka sebesar lubang kecil sehingga baginda SAW merasa agak terkejut dan mengucap; (لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَيْلٌ لِلْعَرَبِ مِنْ شَرٍّ قَدْ اقْتَرَبَ), "Tiada tuhan melainkan Allah. Binasalah bagi bangsa Arab dari keburukan yang semakin hampir!" (al-Bukhari dan Muslim)

Kedudukan Tembok Zul Qarnain menurut Prof. Abul Kalam Azad.

------------------------------------------------------------

Di bawah menunjukkan kawasan pergunungan di sempadan tiga buah negara; Armenia, Azerbaijan dan Georgia yang didakwa kawasan tembok berkenaan.



Wednesday, July 29, 2009

Pesta Buku.. Beli Buku.. Baca Buku..

Pesta buku memang sering diadakan, sama ada peringkat IPT, negeri mahupun antarabangsa. Namun, ironinya untuk mencari buku-buku ilmiah khususnya dalam bahasa Malaysia (bukan Indon) agak susah dan tidak begitu banyak ditemui. Inilah pengalaman saya apabila nak mencari buku-buku agama yang berbentuk ilmiah (bukan buku agama biasa yang kadang-kadang penyusunnya pun menggunakan nama samaran). Jika adapun, harganya terlalu mahal kerana ianya dicetak dalam kuantiti yang sedikit. Ini mungkin disebabkan permintaan yang memang kurang kerana budaya membaca di kalangan masyarakat yang begitu rendah.

Banyak dah saya mendengar khabar tentang budaya membaca di kalangan masyarakat Barat dan Jepun. Tidak kurang juga budaya membaca di kalangan masyarakat Arab. Namun, budaya membaca di kalangan masyarakat Melayu, khususnya Malaysia, masih sangat mengecewakan. Kelas budaya membacanya masih di peringkat rendah. Bahan-bahan bacaan yang banyak dibaca hanya terbatas kepada surat khabar, majalah, novel satira dan hiburan. Masyarakat Malaysia secara umumnya masih tidak berani meneroka bacaan-bacaan yang lebih ilmiah, kritikal dan mencabar minda. Antara kesannya, ramai penulis-penulis ilmiah yang tidak berani menerbitkan tulisan mereka kerana tiada siapa yang ingin membeli dan membacanya. Sesetengah tulisan ilmiah pula terpaksa diolah menjadi kurang ilmiah bagi mengikut selera masyarakat. Begitu juga laman-laman sesawang dan blog-blog ilmiah tidak selaris laman-laman sesawang dan blog-blog satira, politik dan hiburan. Jika keadaan ini berterusan, masyarakat Malaysia mungkin lambat lagi nak menjadi masyarakat yang setaraf dengan masyarakat maju.

Raja Abdullah Menziarah Maqam Nabi SAW

Dalam youtube yang saya sertakan ini merakam al-Malik Abdullah, raja Arab Saudi, berdoa menghadap kubur Nabi SAW. Sedangkan orang-orang 'Wahabi' ni, bila lihat orang berdoa menghadap kubur Nabi SAW diherdiknya dan disuruh menghadap ke kiblat supaya membelakangi kubur baginda. Katanya: "Is'alillah!" (Minta pada Allah), "Syirk..syirk" dan sebagainya. Apakah orang-orang ini menjunjung konsep sad al-zara'i' (menutup punca rosak) dengan begitu tinggi sekali sehingga mengharuskan mereka meneka-neka hati orang? Tentunya akal seperti ini bukannya akal fiqh yang dipuji oleh syarak. Apa pula kata mereka apabila melihat raja mereka ini membuat perkara yang mereka tegah..?


Tuesday, July 28, 2009

Mempertahan Tasawuf yang Dizalimi (2)

Tasawuf adalah suatu ilmu yang suci bersih. Diambil daripada Kitab Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Orang yang mengingkari tasawuf sebenarnya orang yang menghukum berdasarkan zahir sahaja. Apabila dia melihat beberapa orang yang tersesat kerana bertasawuf, lalu terus dibuat rumusan bahawa tasawuf adalah suatu benda yang tidak elok dan merosakkan. Maka orang seperti ini ibarat seorang yang mendapati beberapa biji epal yang busuk dalam sebakul epal yang elok, cantik lagi manis, lalu dibuang kesemua epal dalam bakul tersebut kerana menyangka kesemuanya busuk belaka. Tentunya tindakan sedemikian bukanlah suatu tindakan yang bijak dan betul.

Orang yang cerdik tidak membuat keputusan berdasarkan zahir semata-mata tanpa membuat penelitian yang mendalam. Orang yang hendak membuat penelitian mendalam pula perlulah mempelajarinya daripada orang yang arif tentangnya. Ini kerana setiap ilmu itu perlu dirujukkan kepada ahlinya. Maka tidak memadai jika penelitian dibuat berdasarkan kajian dan akal sendiri, kerana orang yang mencari ilmu dengan akalnya sendiri semata-mata seolah-olah membiarkan syaitan menjadi guru dan pemimpinnya. Lantas disangka dia telah membuat suatu kebaikan, padahal dia telah membantu syaitan dalam mencetuskan perpecahan dan perbalahan.

Orang yang mengingkari tasawuf ini kerana jahilnya, kadangkala mencampur adukkan perkara-perkara yang sepatutnya diasing-asingkan. Lalu diborong kesemuanya masuk dalam perbahasan akidah, sedangkan ia hanya berupa masalah khilafiyyah. Disangka ianya perbincangan usul, sedangkan ianya persoalan furu'. Dicanang bahawa ianya adalah pokok agama, sedangkan ianya adalah isu fiqh (kefahaman).

من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين

"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan dirinya kebaikan, Dia akan memberi kefahaman (fiqh) kepadanya dalam agama".

Pedang-pedang Rasulullah SAW







Monday, July 27, 2009

Khurasan.. Daerah yang Dilupakan

Nama Khurasan, sepertimana nama Hijjaz dan Syam, adalah antara nama daerah-daerah kuno yang disebut dalam sejarah silam yang sudah tidak dipakai lagi dalam sempadan politik moden hari ini. Dalam hadith Nabi SAW, ada dinyatakan beberapa kali nama daerah Khurasan ini. Antaranya ialah dua hadith da'if dan sebuah hadith hasan di bawah ;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَخْرُجُ مِنْ خُرَاسَانَ رَايَاتٌ سُودٌ لَا يَرُدُّهَا شَيْءٌ حَتَّى تُنْصَبَ بِإِيلِيَاءَ . هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ
Daripada Abu Hurairah RA: Sabda Rasulullah SAW: "Akan keluar daripada Khurasan panji-panji hitam, tidak ada sesuatupun yang dapat menghalangnya sehinggalah ia dipacakkan di Iliya' (Baitul Maqdis)".
عَنْ ثَوْبَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّايَاتِ السُّودَ خَرَجَتْ مِنْ قِبَلِ خُرَاسَانَ فَأْتُوهَا وَلَوْ حَبْوًا ، فَإِنَّ فِيهَا خَلِيفَةَ اللَّهِ الْمَهْدِيَّ . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ ، وَلَمْ يُخْرِجَاهُ ، وهو أيضا في مُسْنَدُ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ ، مُسْنَدُ الْأَنْصَارِ ، وَمِنْ حَدِيثِ ثَوْبَانَ ، رقم الحديث: 21890
Daripada Thawban RA ; sabda Rasulullah SAW: "Apabila kamu melihat panji-panji hitam keluar daripada arah Khurasan, maka datanglah kepadanya walaupun secara merangkak. Sesungguhnya di sana ada khalifah Allah al-Mahdi".

Kedudukan Khurasan dalam peta dunia antara Iran dan Afghanistan.
عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا : خُرَاسَانُ ، يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ المَجَانُّ المُطْرَقَةُ . وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَائِشَةَ، وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ ، وهو أيضا في سُنَنُ ابْنِ مَاجَهْ ، كِتَابُ الْفِتَنِ ، بَابُ فِتْنَةِ الدَّجَالِ ، وَخُرُوجِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ، وَخُرُوجِ يَأْجُوجَ ، رقم الحديث : 4104
Daripada Abu Bakar al-Siddiq RA: Sabda Rasulullah SAW: "Dajjal akan keluar dari sebuah negeri di Timur, yang dipanggil Khurasan. Ia akan diikuti oleh sekumpulan kaum yang wajah mereka seakan-akan perisai besi yang dibalut kulit".

Nampaknya, daerah Khurasan dalam hadith-hadith tersebut lebih dikaitkan dengan peristiwa akhir zaman.

Saturday, July 25, 2009

Islam di Amerika Sebelum Columbus

[Artikel ini dipetik dari laman sesawang Nahdhatul Ulama dan telah diolah semula dari bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia]

Menemukan Jejak Islam di Amerika (22/07/2009)

Judul buku : Colombus Menemukan Jejak Islam
Penulis : Wisnu Arya Wardhana
Penerbit : Pustaka Pelajar
Cetakan : I, tahun 2009
Tebal : xxvii+276 Halaman
Pengulas : Fuad Hasan*

Percayakah anda bahawa orang yang pertama kali menemukan Benua Amerika bukanlah Christopher Columbus (1451 – 1506)? Dikesan di benua itu, sekitar abad ke–5 M, tepatnya semenjak 700 tahun sebelum Columbus datang, ia telah dihuni oleh orang-orang Indian dari suku Cherokee yang menganut sistem pemerintahan Islam.

Bermula dari negara Sepanyol, atas perintah Raja Ferdennand, Columbus mengadakan perjalanan mengharungi luasnya lautan dengan bertujuan mencari daerah baru. Mereka berangkat terus menuju ke barat dan terlantar ke berbagai pulau hingga mendarat di ‘Pulau Baru’, yang kini disebut Amerika. Sekitar abad ke–5, jauh sebelum Columbus mendarat di benua baru tersebut, orang-orang Islam telah menginjakkan kaki di benua itu, mereka disambut dengan hangat oleh penduduk setempat yang merupakan keturunan dari benua Afrika. Orang Islam yang datang dengan kedamaian, membuatnya mudah diterima, bahkan senang diterap kepada penduduk secara cepat. Mereka juga berjaya menyebarkan agama Islam bersama ilmu pengetahuannya. Di benua ini, Islam telah lama diamal hingga mencipta peradaban penduduk yang tinggi. Itulah mengapa sebabnya di Amerika ketika Columbus datang, sudah banyak berdiri bangunan dan masjid-masjid yang berciri Arab.

Beberapa fakta yang membuktikan bahwa Columbus bukan orang pertama menemukan benua Amerika adalah kajian ahli sejarah, Abu Bakar Ibnu Umar Al-Guttuya. Beliau telah menemukan fakta sejarah bahawa pada masa Khilafah Islam di Sepanyol yang dipimpin oleh Khalifah Hisyam II, berkuasa pada tahun 976-1009 M, seorang pelayar muslim bernama Ibnu Farrukh telah belayar ke arah barat Sepanyol. Ibnu Farrukh berangkat dari pelabuhan Chadiz pada bulan Februari 999 M, dan belayar ke arah barat menuju lautan Atlantik. Dalam perjalanannya beliau singgah di pulau Canary dan sempat bertemu dengan Raja Guanariga. Ia juga menemukan dua pulau yang belum bernama dan berpenghuni, kemudian ia memberikannya nama Pulau Capraria dan Pulau Pluitana. Juga tercatat, bahawa Ibnu Farrukh pernah singgah di pulau Indian (Amerika). Pada waktu itu, armada Islam dan armada China adalah yang paling maju daripada mana-mana armada laut lain, terutama dalam bidang pelayaran. Dalam ‘Dokumen Sung’, memuat informasi tentang pelayaran orang-orang muslim. Menurut catatan 'Dokumen Sung', pelaut muslim diakui sebagai pelaut yang sangat hebat, kerana telah berhasil mengharungi berbagai macam samudera. Dalam dokumen ini juga, dikatakan bahawa pelaut muslim telah berlayar hingga ke 'Pulau Baru' atau Amerika, yang oleh orang China dinamakan 'Mu Lan Pi'.

Menurut catatan sejarah, China telah mengenal agama Islam pada abad ke-14 M. Pada masa itu, laksamana laut yang sangat terkenal dari China yang bernama Cheng Ho sudah memeluk agama Islam memimpin armada China hingga sampai ke Asia Selatan dan Barat, antara lain sampai ke Annam, Kemboja, Thailand, India, Ceylon, dan Indonesia (Nusantara). Cheng Ho telah datang ke Indonesia dan mendarat di Semarang serta mendirikan rumah peribadatan Cheng Ho sebagai kenang-kenangan yang sekarang bangunan tersebut dijadikan Cagar Budaya Nasional.

Jejak Islam di Amerika

Pada tahun 1492, setelah Chistopher Columbus menginjakkan kakinya di ‘pulau baru’ tersebut, ia menyangka bahawa pulau tersebut masih baru ditemui dan belum berpenghuni sama sekali. Mereka bercadang menjadikan pulau tersebut sebagai jajahan wilayah Sepanyol. Tetapi setelah meneroka masuk, Columbus terkejut menemukan bangunan yang sama pernah ia lihat sebelumnya ketika mendarat di Afrika. Bangunan megah itu adalah masjid yang dipakai oleh orang-orang Islam untuk beribadah. Columbus disambut dengan ramah oleh suku Indian. Tetapi setelah diketahui niat buruknya datang ke pulau itu, Colombus banyak mendapat tentangan dari penduduk setempat. Beberapa armada kapal milik rombongan Colombus ditenggelamkan oleh suku Indian disebabkan mereka merasa terganggu dan terancam oleh kedatangannya.

Buku karya Wisnu Arya Wardhana ini, merupakan salah satu kejutan untuk para sejarahwan yang percaya bahwa Christopher Columbus adalah orang yang pertama kali menemukan Benua Amerika. Penulis menghuraikan bagaimana sejarah yang selama ini berlaku adalah keliru. Beliau membetulkannya semula dengan bukti dan fakta dari berbagai sumber yang sangat konkrit dan jelas serta dapat dipertanggungjawabkan.

Buku ‘Columbus Menemukan Jejak Islam’ ini, akan mampu mengubah persepsi orang yang selalu membuat tohmahan bahawa Islam sinonim dengan kejumudan, kemunduran, kekumuhan, arogan dan lainnya. Dengan wawasan yang luas, buku ini patut dibaca oleh semua untuk dijadikan renungan dan kajian, baik oleh umat Islam sendiri, atau mereka yang berminat dengan pemurnian sejarah.

* Pengulas adalah pustakawan Pesantren Al-Mukarromah, PATI.

p/s: Isu ini juga pernah dibentangkan oleh Dr. 'Ali al-Muntasir al-Kattani (rahimahullah), seorang pakar sejarah, dalam salah satu kuliahnya pada tahun 2000. (Lihat sini)

Friday, July 24, 2009

Selawat Sayidina 'Ali RA

Selawat ini diriwayatkan daripada Sayidina 'Ali RA oleh Ibn Abi Syaibah. Bagaimanapun terdapat dalam sanadnya perawi yang tidak disebutkan nama. Maka secara asasnya athar ini adalah daif. Jika ia thabit ia termasuk bukti keharusan menggubah selawat yang memuji dan menyanjung junjungan baginda Nabi SAW.

روى ابن أبي شيبة في مصنفه - ج 6 / ص 66
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ الْأَسَدِيِّ ، عَنْ رَجُلٍ ، عَنْ عَلِيٍّ ، قَالَ : كَانَ يَقُولُ :

اللَّهُمَّ يَا دَاحِيَ الْمَدْحُوَّاتِ ، وَيَا بَانِيَ الْمَبْنِيَّاتِ ، وَيَا مُرْسِيَ الْمُرَسِّيَاتِ ، وَيَا جَبَّارَ الْقُلُوبِ عَلَى فِطْرَتِهَا ،
شَقِيِّهَا وَسَعِيدِهَا ، وَيَا بَاسِطَ الرَّحْمَةِ لِلْمُتَّقِينَ ، اجْعَلْ شَرَائِفَ صَلَوَاتِكَ ، وَنَوَامِي بَرَكَاتِكَ ، وَرَأْفَاتِ تَحِيَّتِكَ ، وَعَوَاطِفَ زَوَاكِي رَحْمَتِكَ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ، وَالْخَاتَمِ لِمَا سَبَقَ ، وَفَاتِحِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ، وَدَامِغِ جِيشَاتِ الْأَبَاطِيلِ كَمَا حَمَّلْتَهُ ، فَاضْطَلَعَ بِأَمْرِكَ مُسْتَنْصِرًا فِي رِضْوَانِكَ ، غَيْرَ نَاكِلٍ عَنْ قَدَمٍ ، وَلَا مُئِنٍّ عَنْ عَزْمٍ ، حَافِظٍ لِعَهْدِكَ ، مَاضٍ لِنَفَاذِ أَمْرِكَ ، حَتَّى أَرَى أَنْ أَرَى فِيمَنْ أُفْضِي إِلَيْكَ تَنْصُرُ بِأَمْرِكَ ، وَأَسْبَابِ هُدَاةِ الْقُلُوبِ ، بَعْدَ وَاضِحَاتِ الْأَعْلَامِ إِلَى خَوْضَاتِ الْفِتَنِ ، إِلَى نَائِرَاتِ الْأَحْكَامِ ، فَهُوَ أَمِينُكَ الْمَأْمُونُ ، وَشَاهِدُكَ يَوْمَ الدِّينِ ، وَبَعِيثُكَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ ، اللَّهُمَّ فَسِّحْ لَهُ مُفْسَحًا عِنْدَكَ ، وَأَعْطِهِ بَعْدَ رِضَاهُ الرِّضَى مِنْ فَوْزِ ثَوَابِكَ الْمَحْلُولِ ، وَعَظِيمِ جَزَائِكَ الْمَعْلُولِ ، اللَّهُمَّ أَتْمِمْ لَهُ مَوْعِدَكَ بِابْتِعَاثِكَ إِيَّاهُ مَقْبُولَ الشَّفَاعَةِ ، عَدْلَ الشَّهَادَةِ ، مَرَضِيَّ الْمَقَالَةِ ، ذَا مَنْطِقٍ عَدْلٍ ، وَخَطِيبٍ فَصْلٍ ، وَحُجَّةٍ وَبُرْهَانٍ عَظِيمٍ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا سَامِعِينَ مُطِيعِينَ ، وَأَوْلِيَاءَ مُخْلِصِينَ ، وَرُفَقَاءَ مُصَاحِبِينَ ، اللَّهُمَّ بَلِّغْهُ مِنَّا السَّلَامَ ، وَارْدُدْ عَلَيْنَا مِنْهُ السَّلَامَ

10 Masa Rahmat Allah SWT Begitu Hampir



Allah SWT telah mengkhususkan beberapa masa di mana pada waktu itu manusia begitu hampir dengan rahmat Allah SWT dan kurnia-Nya. Pada masa-masa ini manusia begitu dekat dengan Allah SWT, di mana pintu-pintu langit terbuka dan doa-doa diterima. Antaranya ada 10 masa sepertimana yang dapat dihimpunkan daripada hadith-hadith Nabi SAW, iaitu;


1. Masa daripada gelincir matahari pada hari Jumaat sehingga terbenamnya matahari. Yakni antara selepas masuknya waktu zohor hari Jumaat sehingga masuknya waktu maghrib. Ini berlaku hanya seminggu sekali.


2. Masa ketika dinihari, iaitu satu pertiga malam yang akhir, atau waktu suhur sebelum masuk waktu fajar. Yakni antara pukul 2/3 pagi sehingga pukul 5/6 pagi lebih kurangnya.


3. Masa sujud, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat.


4. Masa selepas azan berkumandang, iaitu antara azan dan iqamah.


5. Masa selepas setiap solat fardhu.


6. Masa orang yang berpuasa berbuka puasa.


7. Masa turunnya hujan.


8. Masa berlakunya peperangan fi sabilillah. Ini jarang-jarang berlaku.


9. Masa malam Lailatul Qadar. Ini berlaku hanya setahun sekali, iaitu dalam bulan Ramadhan.


10. Masa hari Arafah, yakni ketika jemaah haji berwuquf di sana pada 9 Zulhijjah. Ini juga berlaku setahun sekali. Saya berpendapat (berdasarkan hadith-hadith), masa mustajab berkenaan adalah mengikut jemaah haji berwuquf di Arafah, walaupun kiraan hisab dalam taqwim tempatan kita masih menunjukkan 8 Zulhijjah.


(Faedah disaring daripada kitab al-Wasiyyah al-Nabawiyyah lil-Ummah al-Islamiyyah fi Hajjah al-Wada' oleh Prof. Dr. Faruq Hamadah, hlm. 168-174)

Wednesday, July 22, 2009

Ensiklopedia Tawassul

[Masalah Tawassul]

Saya tidak punya banyak kesempatan untuk menulis tentang masalah ini secara panjang lebar. Dengan makluman bahawa dalam perkara-perkara khilafiyyah (perselisihan pandangan) seperti ini selagi masih bersandarkan kepada dalil, yang kata A tetap kata A, dan yang kata B tetap kata B. Namun bagi menghimpun dan merekod maklumat ttg tawassul pro & kontra yang banyak tersebar di internet, saya catatkan entri ini.

-----------------------

Karya-karya berkaitan dengan masalah tawassul antara pro dan kontra yang terdapat di internet (sila klik untuk baca/muat turun);
محق التقول في مسألة التوسل للشيخ الإمام الكوثري - من أحسن ما كتب عنه والرسالة متوفرة في النت:
التوصل إلى حقيقة التوسل للشيخ نسيب الرفاعي:
مفاهيم يجب أن تصحح للشيخ محمد علوي المالكي:
بعض الكتب عن التوسل في مكتبة الحقيقة التركية :
التوسل بين الكتاب والسنة وأفعال الأمة. للدكتور عمر عبد الله كامل- تحميل
إرغام المبتدع الغبي بجواز التوسل بالنبي له أيضا تحقيق الشيخ حسن السقاف - أو هنا للتحميل
الصارم المنكي في الرد على السبكي للمحدث ابن عبد الهادي:
التوسل أنواعه وأحكامه للشيخ الألباني:
هذه مفاهيمنا للشيخ صالح آل الشيخ:
هدم المنارة للشيخ عمرو عبد المنعم سليم - مقتطفات - 1 - 2
تحفة القاري في الرد على الغماري للشيخ حماد الأنصاري:
شبهات وردود حول التوسل والاستغاثة أو الردود الدمشقية على الشبهات الحبشية
بحث الدكتور عبدالعزيز بن محمد العبداللطيف في كتابه "دعاوى المناوئين لدعوة الشيخ محمد بن عبد الوهاب: عرض ورد" مبحث التوسل:
بحث الدكتور عبد الله بن صالح بن عبد العزيز الغصن في كتابه "دعاوى المناوئين لشيخ الإسلام ابن تيمية: عرض ورد" مبحث التوسل:
من الموسوعة الفقهية الكويتية - المشاركة رقم 2 - بواسطة الأزهري الأصلي
الوسيلة بين الصوفية والسلفية للدكتور محمد البنا: بحث من رسالته (الاختلافات الفقهية بين الاتجاهات الإسلامية المعاصرة) عرض فيها الآراء بحيادية مبالغ فيها:

Oleh kerana sebahagiannya saya hanya nukil sahaja dari sini, mungkin ada pautan-pautan di atas yang tidak lagi berfungsi.

----------------------

Huraian-huraian penting Syeikh Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Makki RAH tentang masalah tawassul di sini atau sini atau juga sini.
------------------------
Perdebatan mengenai masalah tawassul (pro dan kontra) di laman forum al-Hiwar al-Islami di sini.
-----------------------
Entri-entri menarik berkaitan tawassul oleh Ustaz Abu Muhammad dalam blog beliau Bahrus Shofa di sini.
------------------------
Secara kesimpulannya, isu tawassul adalah isu yang sepatutnya sudah reda dan tidak perlu diperbesarkan kerana sudah terlalu banyak perbahasan dan perbincangan yang dilakukan. Karya-karya yang membolehkan bertawassul dengan para Nabi AS dan para salihin RAH sahaja sebagaimana yang telah saya temukan judulnya ada lebih daripada 60 buah sama ada tipis atau tebal. Khusus di dalam laman forum Rawd al-Rayyahin pula, sejak 2001 hingga 2009, amat banyak entri-entri yang berhubung isu ini walaupun ada yang berulang-ulang, antaranya (sila klik untuk baca);

رَدُّ فِرْيَةِ تحريمِ الإمامِ أبي حنيفة التوسل
التوسل و التبرك في القرآن الكريم
التوسل عند ابن عقيل الحنبلي
التوسل بسيدنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
الإسعاد في جواز التوسل والاستمداد للشيخ الخرسة
مراد الأصحاب في التوسل عند الشيخ بن سعدي
جمع ادلة التوسل والتبرك
مقالان عن : التوسل والاستغاثة
تعريف الأنام فى التوسل بالنبى وزيارته عليه الصلاة والسلام
دليل صحة حديث التوسل
التوسل للدكتور محمود احمد الزين باحث في اوقاف دبي
التوسل بسيدنا رسول الله فعل مشروع
شعر التوسل عند القاضي عياض، دراسة لغوية
كلام ( ابن الحاج ) في التوسل بسيد المرسلين
قصيدة مباركة في التوسل باسماء الله الحسنى
التوسل و الاستغاثة وموضوع متكامل يستحق منكم التأمل
محق التقوّل في مسألة التوسل للإمام العلامة الكوثري - هنا أيضا
الأدلة في جواز التوسل برسول الله صلى الله عليه وسلم
من ينفي التوسل هو المطالب بالبينة على دعواه
ماذا يقول علماء أهل السنة في التوسل بالنبي
التوسل بجاه الرسول الأعظم صلى الله عليه وسلم
التوسل: فتوى للشيخ صالح النعمان أمين فتوى حماه
عالم موريتاني بارز يرد على الشيخ الددو في قضية التوسل
مشروعية جواز التوسل
هل هذا الحديث الصحيح يقطع حجج مجيزي التوسل ؟
رفع المنارة لاحاديث التوسل و الزيارة
هل أحاديث التوسل ضعيفة واهية
التوسل بالنبي الأعظم محمد صلى الله عليه وسلم
التوسل بالأنبياء والصالحين
الاستدلال من كلام الوهابية انفسهم في جواز الاستغاثة
العلامة البوطي والتوسل
هل يجوز التوسل والتبرك بالصالحين ؟
ما صحة قصة عثمان بن حنيف مع الرجل الذي علمه التوسل؟
التوسل والوسيلة للجمل النقشبندى
التوسل والاستغاثة - روابط
أدب التوسل والإبتهال إلي الله سبحانه وتعالي
ما الفرق بين التوسل والإستغاثة - روابط
أدلة جواز التوسل والتبرك مجموعة في قصيدة واحدة - روابط
من أجمل ما قيل في حقيقة التوسل
الحشوية يتهكمون حتى بالتوسل بالعمل الصالح
مناقشة حول التوسل بين عامي والأستاذ الوهابي
رسائل العلامة الدجوي في التوسل
فتوى الشيخ عجيل النشمي حفظه الله في التوسل
ابن قدامة المقدسي يرى جواز التوسل
التوسل بالنبي صلى الله عليه وآله وسلم عند الإمام أحمد
أغيثوني يا عباد الله..هل التوسل شرك
رأي الإمام أحمد في التبرك والتوسل
كلام العلامة محمد بن علي الشوكاني في مشروعية التوسل
رد الى منكري التوسل بالمصطفى عليه الصلاة والسلام
جواز التوسل بالنبي
ابن الجوزي يجيز التوسل
ماهي أدلة جواز التوسل إلى الله بجاه النبي
التوسل - أول مشاركة عنه
--------------------------
Sumber-sumber rujukan penting berhubung dengan isu tawassul di sini.
-------------------------
[Definisi Tawassul]:
Meskipun banyak tulisan mengenainya secara jelas dan lengkap, namun masih ramai yang keliru mengenai konsepnya. Cth, menurut Kamus Dewan Edisi Empat, tawassul ialah perihal berhubung dgn Allah SWT dgn mengamalkan ibadat khusus mahupun umum: dlm terminologi Islam, ~ bererti men­de­­katkan diri kpd Allah dgn mentaati dan beribadah kpd-Nya; bertawassul, melakukan tawassul: Islam melarang ~ dgn menggunakan perantara yg ditegah oleh syarak.

Definisi Kamus Dewan di atas agak kurang tepat dengan konsep tawassul yang sebenar. Berdasarkan banyak rujukan, tawassul sepatutnya didefinisikan sepertimana berikut; "membuat atau menyebut sesuatu yang diyakini oleh seseorang itu atau berat pada sangkaannya bahawa ianya disukai oleh Allah SWT, yang dapat menjadi wasilah yakni qurbah bagi mendekatkan diri kepada-Nya".

Kepada orang-orang yang arif, saya mohon tunjuk ajar bagi memperbetulkan definisi berkenaan jika punya kelemahan. Dalam bahasa Arabnya lebih kurang begini;
فعل الشيء أو ذكره من حيث يبلغ في اليقين أو غلبة الظن أنه محبوب عند الله تعالى ليكون وسيلة أي قربة للتقرب بها إليه سبحانه وتعالى

Wallahu a'lam.

Tuesday, July 21, 2009

Mempertahan Tasawuf yang Dizalimi

[Menolak Athar Ibn Mas'ud Sebagai Hujah]

Antara hujah mereka yang menolak tasawuf ialah athar Ibn Mas'ud RA yang menunjukkan bidaahnya berzikir secara berjemaah dan dengan bilangan tertentu pula. Kata mereka :

"Suatu hadis yang tidak asing lagi dalam menolak hujah mereka yang mengatakan zikir berjemaah adalah sunnah adalah hadis yang diriwayatkan oleh ad-Darimi dalam musnadnya menunjukkan bahawa zikir secara berjemaah adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah sahabat r.a.

Daripada ‘Amr bin Salamah (seorang tabi’i) katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman (gelaran kepada ‘Abd Allah bin Mas’ud) telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya. Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”. Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?” Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka (ini merupakan salah satu sifat khawarij seperti diterangkan dalam hadis-hadis). Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi. Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.” (Hadis riwayat ad-Darimi di dalam Musnadnya dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadis as-Sahihah jilid 5, ms 11)" (Rujuk sini)

Kritikan :

Mereka yang menolak tasawuf ini begitu teruja dan seronok membantai ahli-ahli sufi dengan athar Ibn Mas'ud di atas. Namun dakwaan mereka itu dapat ditolak dengan beberapa perkara berikut;

1. Athar Ibnu Mas'ud di atas adalah khabar mawquf, dan ianya perlu ditafsir apabila berhadapan dengan hadith-hadith Nabi SAW yang zahirnya bertentangan dengan athar Ibn Mas'ud tersebut. Menurut Dr. Mahmud al-Tahhan, khabar mawquf pada asalnya tidak dapat bertindak sebagai hujah, iaitu bukan sepertimana hadith-hadith Nabi SAW. (Lihat sini)

2. Meskipun ianya dihukumkan sahih sanadnya oleh 'geng' mereka, namun ianya tidak lari daripada pertikaian kerana sanadnya dihukumkan oleh ulama lain pula sebagai da'if. Maka ia tidak dapat dijadikan hujah langsung bagi mereka yang melihat ianya adalah athar da'if. (Lihat sini, sini, sini atau sini)

3. Dalam athar tersebut, jika ianya benar, Abu Musa al-Asy'ari RA tidak melihat perbuatan yang dilakukan itu sebagai suatu bidaah yang buruk. Namun, beliau meminta juga pandangan Ibn Mas'ud sebagai pakar rujuk ketika itu. Kemudian Ibn Mas'ud RA menempelak mereka dan menyuruh mereka mengira dan menghitung dosa-dosa mereka sendiri. Di sini timbul persoalan, kenapa Ibn Mas'ud tidak menyebut hadith sebagai petunjuk dari Rasulullah SAW yang sepatutnya dilakukan oleh mereka? Bagaimanakah cara/kaifiat untuk menghitung dosa-dosa seperti yang disarankan oleh Ibn Mas'ud itu? Ini kerana ianya bersifat nisbi dan dapat dilakukan beberapa minit sahaja sekurang-kurangnya berbanding zikir yang dapat dilakukan sehingga beberapa jam. Bukankah dengan berzikir dapat menggilap kekaratan hati dan turut dapat menghapuskan dosa-dosa?

4. Kemungkinan tidak sampai kepada Ibn Mas'ud RA hadith-hadith yang menunjukkan mengenai berzikir secara berjemaah, dan juga berzikir dengan bilangan tertentu. Atau kemungkinan Ibn Mas'ud RA sudah mempunyai firasat tentang hal keadaan sebenar mereka, sebab itu beliau menyuruh agar mereka menghitung dosa-dosa mereka sendiri. Perawi juga menyebut bahawa kebanyakan orang-orang tersebut adalah bersama dengan puak Khawarij. Maka benarlah firasat Ibn Mas'ud tersebut dan sebagai suatu karamah bagi beliau. Justeru, athar tersebut adalah khusus bagi situasi sebenar yang berlaku pada masa itu. Andaian-andaian ini berdasarkan pendapat yang mengatakan athar tersebut adalah sahih, bagaimanapun kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakannya da'if.

Wallahu a'lam.

Friday, July 17, 2009

Lagu Rasmi KUIS



Semalam 16hb. Julai 2009, dilancarkan secara rasmi lagu rasmi KUIS sempena Ekstival Konvo kali ke-12. Lagu ini ditulis liriknya oleh Rektor KUIS sendiri, Dato' Haji Mohd. Adanan bin Isman. Apa pun saya ucapkan tahniah pada Dato' kerana menggubah lirik lagu yang baik di atas. Moga liriknya dihayati oleh seluruh warga KUIS..

Terutama rangkap ketiga.. Tapi masa dilagukan saya dapati ada sedikit tambahan, iaitu imbuhan 'kan' pada kalimah-kalimah berikut ; Berpaksikan iman yang kental.. Berbekalkan jiwa perkasa..

Thursday, July 16, 2009

Keajaiban Isra' dan Mi'raj

Lihat jarak antara Makkah dan Baitul Maqdis.


Saya rasa seluruh kalendar Islam di seluruh dunia mencatitkan 27 Rejab sebagai hari memperingati peristiwa Isra' dan Mi'raj. Secara tak langsung seluruh umat Islam menerima tarikh tersebut meskipun ada banyak riwayat tentang perselisihan tarikhnya. Namun, perselisihan tersebut tidak sepenting kejadian benar yang penuh dengan keajaiban itu. Antara munasabah penting peristiwa Isra' dan Mi'raj dengan isu semasa ialah;

  • Menyegar semula keyakinan terhadap perkara-perkara ghaib
  • Memperingatkan tanggungjawab sebagai muslim sejati
  • Galakan meneroka alam kosmos dan mendalami astronomi.
  • Berusaha meningkatkan kemajuan teknologi .
  • Mengenang Masjid al-Aqsa yang dirampas Yahudi.
  • Menginsafi diri sebagai makhluk kerdil yang lemah.
  • Motivasi bagi mempertingkatkan tahap kerohanian ummah.

Batu tempat Mi'raj naik ke langit.

Selawat Ibrahimiyyah .. Yang Paling Afdhal


Selawat Ibrahimiyyah adalah selawat yang paling afdhal menurut ijmak ulama' kerana ia diperturunkan sendiri oleh Rasulullah SAW. Selawat inilah yang sentiasa dibawa dalam solat ketika tahiyyat. Namun, ianya mempunyai banyak lafaz. Maka tidak semestinya kita hanya membaca satu jenis Selawat Ibrahimiyyah sahaja (seperti lafaz di atas yang banyak diamalkan orang), bahkan kita boleh menukar lafaz-lafaznya yang warid dari Rasulullah SAW. Antaranya;


اللهم صل على محمد وعلى أهل بيته وعلى أزواجه وذريته كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد وبارك على محمد وعلى أهل بيته وعلى أزواجه وذريته ، كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد . رواه الإمام أحمد . ورواه البخاري ومسلم دون ذكر : أهل بيته .

--------------------


اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد . رواه البخاري ومسلم .

-------------------


اللهم صل على محمد النبي الأمي وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم ، وبارك على محمد النبي الأمي كما باركت على آل إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد . رواه مسلم .

------------------


اللهم صل على محمد عبدك ورسولك كما صليت على آل إبراهيم وبارك على محمد عبدك ورسولك وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم .

-----------------


اللهم صل على محمد وأزواجه وذريته كما صليت على آل إبراهيم وبارك على محمد وأزواجه وذريته كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد .

-----------------


اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وآل إبراهيم إنك حميد مجيد . رواه النسائي .

-----------------


اللهم صل على محمد عبدك ورسولك كما صليت على إبراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وآل إبراهيم . رواه البخاري .


Selain dalam solat, Selawat Ibrahimiyyah juga boleh diamalkan sebagai amalan selawat harian, terutama malam dan hari Jumaat yang sabit fadhilat membanyakkan selawat padanya.


Jubah Siti Fatimah (عليها السلام)

Ada orang yang bersikap biasa sahaja dan hatinya tidak begitu teruja apabila diperlihatkan kesan-kesan peninggalan orang-orang soleh dan solehah. Bagi mereka sama sahaja antara barang peninggalan orang paling fasiq sekalipun dalam dunia dan barang peninggalan orang yang paling soleh dalam dunia. Mungkin juga mereka berpendapat ianya tidak memberi apa-apa kesan langsung bagi kita di akhirat sama ada suka ataupun tidak.

Namun, sikap kebanyakan orang-orang yang alim dan soleh yang banyak ditulis tidak begitu. Mereka adalah orang-orang yang berhati lembut dan sentimental terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan peninggalan orang-orang soleh dan solehah. Maka timbullah apa yang diistilahkan sebagai 'tabarruk' (mengambil barakah). Perkara ini sudah banyak dibincangkan oleh para ulama. Mereka yang memandangnya sebagai satu perbuatan bidaah dan tidak harus dilakukan, tidaklah perlu menghentam pandangan mereka yang mengharuskannya. Dalil-dalil sangat banyak di dalam lembaran sejarah para sahabat, tabiin dan salafus soleh R.A.

Ini adalah jubah peninggalan Siti Fatimah AS binti Rasulillah SAW. yang tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki. Pakaian yang asalnya tersimpan dalam kotak ini telah dipamer dan ditunjukkan kepada orang ramai yang menziarahi muzium berkenaan.

Mereka yang sudah membaca kisah Siti Fatimah AS sudah tentu bertambah tersentuh apabila melihat pakaian yang sudah lusuh tersebut. Ini kerana beliau tidak dimanjakan oleh bapanya (Penghulu Jin dan Manusia SAW) dengan harta mewah, intan berlian dan emas permata, tetapi dengan susah-payah, kelaparan dan pengorbanan. Kepada para muslimat yang belum membacanya, silalah cari dan baca kisahnya. Di kala hidup anda mewah dengan kesenangan dan emas berlian di badan, cubalah renung kehidupan Penghulu Seluruh Kaum Hawa ini. رضي الله تعالى عنها (Tetapi awas.. jangan baca yang versi Syiah punya, kerana riwayat mereka tidak diiktiraf oleh Ahlus Sunnah.. banyak tokok tambah)


p/s: Imam al-Bukhari apabila menulis nama Fatimah AS di dalam Sahihnya akan menyebut (عليها السلام). Maka tiada kaitan dengan pengaruh Syiah di sini.

Tuesday, July 14, 2009

Tahniah .. Nasihat .. Buat Pelajar-pelajar Saya


Istiadat Konvokesyen KUIS 2009 akan diadakan pada hari Sabtu, 18hb. Julai 2009 ini. Bagi semua pelajar yang bergraduan, ustaz ucapkan tahniah. Secara khusus juga diucapkan tahniah kepada semua pelajar yang pernah ustaz ajar. Secara istimewa pula kepada pelajar-pelajar Jabatan al-Quran dan al-Sunnah seperti berikut;

IS14 - Diploma in Islamic Studies (Al-Quran & As-Sunnah)

FAIZAH BINTI ABDUL HAMID, NURDINI BINTI RIDZMAN, ASMIRAN BIN SARAMAN, MUHD. FAKHRULHIKMI BIN ABDUL HAMID, SITI MAISARAH BINTE MOHD ISMAIL, NAZHATUL SHIMA BINTI AHMAD ZAKE, NADZIRAH BINTI ABD. RAHMAN, ABD. RA'UF BIN ABD. RAHMAN, IRA FAZLIANA BINTI SADELI, AMAL BINTI JAMALI, MOHAMAD FARIS BIN AB. MALEK, NURUL HANIS BINTI ROSLI, NUR FAIZAH BINTI SHARIR, NOOR AIN BTE RAZALI, NUR SYAHADA BINTE MISAWAL, NURUL YANI BTE ABDUL MALIK, NURULHUDA BINTI ISMAIL, MASHITA BINTI BAHARIN, SOLEHAH BINTI MUHAMAD SHUKRI, NURUL HAFIZAH BINTI HAJI MUHAMAD, MOHD. AZHAR BIN SALIM, SURAIDA AE-THONG, FADZIRUL AKMAL BIN MOHD SHARIF, NOOR SALWA BINTI SHOMUM, NORIZAH BINTI MHD. NAWAWI, UMMU HABIBAH BINTI ABDUL AZIZ, NUR AKMAL BINTI YAAKUB, NURHAYATI BINTI MANSHOR, NOR AIN BINTI ABDULLAH, MOHD. FAHMI BIN SIRUN, NADIAH BTE RAHMAT, SITI AISHAH BINTI KAMARUDDIN, dan NOR ADILA BINTI ABD. MUTALIB.

Semoga segala ilmu yang dicurahkan kepada kalian dan ditimba oleh kalian sepanjang di KUIS ini diamalkan dan dimanfaatkan. Beristiqamahlah kerana perjalanan hidup ini masih panjang..

Monday, July 13, 2009

Syeikh Ibn Jibrin Meninggal Dunia



Selepas zohor tadi, Isnin 13hb. Julai 2009, Syeikh 'Abdullah ibn Jibrin, salah seorang anggota Majlis Ulama Besar Arab Saudi telah meninggal dunia. Jenazahnya akan disembahyangkan zohor esok, Selasa. (Klik sini). Meskipun dia dianggap oleh pengkritiknya sebagai salah seorang tokoh 'Wahabi' kontemporari, namun kita tidaklah berbuat sepertimana yang dibuat oleh orang-orang 'Wahabi' apabila wafatnya tokoh-tokoh sufi dengan bergembira dan bersyukur, tetapi dengan mengucap 'rahimahullah ta'ala' (رحمه الله تعالى وغفر له).

Meskipun beliau telah meninggal dunia, fatwa-fatwa dan pemikiran-pemikirannya masih tinggal di dalam karya-karya yang diterbitkan. Saya menyeru kepada para pengkritik, jika kritikan-kritikan ditujukan kepada beliau bukanlah ditujukan kepada sahsiahnya, tetapi adalah kepada pemikirannya. Ini kerana kritikan yang berbaur kutukan, cacian, makian dan seumpamanya terhadap sahsiah seseorang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala di akhirat kelak. Apa yang diharuskan oleh para ulama Islam dalam sesuatu perselisihan pandangan ialah kritikan terhadap pemikiran lawan semata-mata. Inilah yang dilakukan oleh para ulama kita. Demikian juga pendirian kami terhadap tokoh-tokoh 'kontroversi' seperti Ibn Taymiyyah misalnya.

Antara karya-karya Syeikh Ibn Jibrin ialah;


  1. البحث المقدم لنيل درجة الماجستير في عام 1390هـ (أخبار الآحاد في الحديث النبوي) وقد حصل على درجة الامتياز

  2. التدخين مادته وحكمه في الإسلام

  3. الجواب الفائق في الرد على مبدل الحقائق

  4. الشهادتان معناهما وما تستلزمه كل منهما، وطبع في عام 1410هـ في مطابع دار طيبة في 90صفحة من القطع الصغير

  5. التعليقات على متن اللمعة - متن لمعة الاعتقاد لابن قدامة

  6. ،تحقيق شرح الزركشي على مختصر الخرقي، وهو أشهر شروحه التي تبلغ الثلاثمائة بعد المغني لابن قدامة واقتصر في الرسالة على أول الشرح إلى النكاح دراسة وتحقيقا ، ثم كمل تحقيق الكتاب وطبع في مطابع شركة العبيكان للنشر والتوزيع في سبعة مجلدات كبار

  7. الإسلام بين الإفراط والتفريط

  8. طلب العلم وفضل العلماء

  9. الإجابات البهية في المسائل الرمضانية، نشر دار العاصمة مطابع الجمعة الإلكترونية عام 1413هـ 103 صفحة .

  10. شرح البيقونية

p/s: Boleh sedekah al-Fatihah atau bacaan al-Quran kepada beliau kerana dalam fatwa beliau mengharuskannya. (klik sini)

Sunday, July 12, 2009

Pohon Tempat Rasulullah SAW Berteduh?


Pokok ini didakwa sebagai pokok yang pernah Rasulullah SAW berteduh di bawahnya. Ia terletak di sebuah padang pasir di Jordan. Jika benar, maka usianya sudah mencecah lebih daripada 1400 tahun! (entri asal) Tetapi tak disebut pula pokok apa.

Saya pernah dengar yang pokok zaitun mampu hidup hingga ribuan tahun, malah ada yang sudah berusia 2000 tahun masih mengeluarkan buah, dan minyak zaitun dari pokok tersebut dikatakan minyak zaitun yang paling mahal sekali harganya hingga mencecah ratusan, malah ribuan ringgit sebotol! Dikatakan di Greece ada pokok zaitun yang sudah berusia 3500 tahun! Ini merupakan salah satu keajaiban makhluk Tuhan daripada spesis tumbuh-tumbuhan, dan juga rahsia kenapa ianya disebut dalam al-Quran. Tentu ada hikmah yang perlu kita renung-renungkan.. سبحان الله

Sepohon pokok zaitun yang dikatakan berusia 2000 tahun.

Saturday, July 11, 2009

Sedekah Pahala Untuk si-Mati (2)

[Fokus Kepada Mazhab al-Syafi'i]
Saya nukilkan pula di sini dari kitab Fatawa al-Imam al-Nawawi (hlm. 83):
Terjemahan :
"Masalah: Adakah sampai kepada si-mati pahala apa yang disedekahkan untuknya, doa, ataupun bacaan al-Quran?

Jawapan: Sampai kepadanya pahala doa dan pahala sedekah dengan ijmak ulama. Dan mereka berselisih pula tentang pahala bacaan al-Quran. Maka kata Ahmad dan sebahagian sahabat al-Syafi'i: Ia sampai. Manakala kata al-Syafi'i dan kebanyakan ulama: Tidak sampai".

Sebelum saya hurai selanjutnya, perlu diingat kalimah-kalimah berikut "doa", "sedekah" dan "bacaan al-Quran" dalam fatwa di atas. Telah saya nyatakan sebelum ini bahawa Imam al-Syafi'i menyatakan bahawa si-mati memperolehi manfaat daripada bacaan al-Quran orang yang masih hidup. Namun di sini disebut apa yang masyhur daripada beliau iaitu pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si-mati. Perlu diingat, dua pendapat yang zahirnya bertentangan dari sesetengah mujtahid itu memang banyak berlaku. Maka, menjadi kewajipan ulama-ulama mazhabnya untuk menjelaskannya. Justeru apakah penjelasan munasabah bagi isu ini? (Ini kerana ia tidak termasuk dalam perbincangan qawl qadim dan qawl jadid dalam mazhab al-Syafi'i)

Ulama Syafii menjelaskan, bahawa maksudnya ialah jika ia membaca al-Quran tetapi tidak berdoa supaya disampaikan pahalanya kepada si mati, maka pahala tersebut tidak akan sampai. Namun jika ia berdoa mohon disampaikan, nescaya si-mati akan memperolehi manfaat daripada bacaan al-Quran tersebut. Ulama-ulama Syafi'i menyatakan, perlu berdoa selepas bacaan al-Quran tersebut agar disampaikan pahalanya kepada si-mati, kerana dengan doa yang dipohonkan itu akan sampai kepada si-mati secara ijmak ulama. Dan inilah yang diamalkan oleh kebanyakan orang yang mengharuskan amalan tersebut, iaitu berdoa mohon disampaikan pahala amalan yang dilakukan kepada si-mati. Selain bacaan al-Quran, termasuk juga bacaan tahlil, zikir dan juga selawat. Ini berdasarkan hadith yang menyebut bahawa kalimah yang baik itu juga merupakan sedekah (الكلمة الطيبة صدقة). Dan sedekah juga sampai kepada si-mati secara ijmak ulama.

Apa salahnya ulama-ulama Syafi'i mensistem dan mendetilkan pendapat Imam mereka hingga dicemuh kerana tidak mengikutinya? Mungkin cemuhan tersebut tidak lain hanya bermaksud untuk mencela ulama-ulama bermazhab yang tidak mahu menjadi 'anti-mazhab' seperti mereka..

Ada juga sesetengah orang yang 'bakhil' mempersoalkan, pahala kita sudah cukup banyakkah sehingga mahu menyedekahkannya kepada orang lain? Sebenarnya orang yang membaca al-Quran dengan segala penumpuan (tawajjuh), peluh keringat, waktu yang diluang, bertajwid, berlagu dan juga tadabbur kemudian menyedekahkan pahalanya kepada si-mati, tidak sama pahala yang disedekahkan itu dengan pahala yang dia sendiri perolehi. Misalnya jika dia memperolehi pahala 100% dari hasil usahanya, maka pahala yang disedekahkan kepada si-mati itu tidak mungkin menjadi 100% kerana tidak ada sebarang usaha langsung daripada si-mati. Maka si-mati hanya memperoleh manfaat daripada pahala bacaan tersebut sahaja, tidak termasuk ganjaran susah-payah dan ikhlas orang tadi. Mungkin kita boleh umpamakan misalnya kita memberi sedekah RM100 kepada satu orang miskin, maka orang tersebut memperolehi RM100 juga yang boleh dimanfaatkannya, tetapi tidak memperolehi pahala mencari rezeki halal, pahala sedekah, membantu orang dan pahala ikhlas yang telah kita perolehi.

Bukankah dengan sedekah itu (tidak kira sedekah pahala atau harta) akan menambahkan rezeki dan barakah kepada kita? Kita sudah sedia maklum kedudukan hati orang 'bakhil' yang enggan langsung membantu orang lain ini...

Friday, July 10, 2009

Sedekah Pahala Untuk si-Mati (Polemik Klasik)

[Fokus Kepada Mazhab al-Syafi'i]

Masalah ini merupakan salah satu masalah yang selalu ditimbulkan dan dibahaskan, sedangkan para ulama telah membahaskannya dan selesai lama dahulu. Maksudnya, mereka yang tak bersetuju dengan sedekah pahala kepada si-mati tetap tidak bersetuju walau apa pun dalil yang diberi. Antara dalil kuatnya, ia tidak dilakukan oleh para sahabat dan tabiin (.. 'hipotesis' sebegini biasanya nampak kuat tapi adakalanya goyah kerana tidak detil). Begitu juga sebaliknya, mereka yang berpendapat boleh sedekah pahala kepada si-mati tetap mengatakannya boleh tanpa halangan selagi masih di dalam ruang lingkup nas-nas syarak.

Masalah timbul biasanya dari 'budak-budak' yang baru mengaji ABC dalam disiplin pengajian Islam di bawah satu aliran sahaja. Maka muncullah tuduhan bidaah, jahil, sesat dan sebagainya. Padahal perkara tersebut tidak perlu berlaku. Perselisihan dalam fiqh yang diiktiraf tidak termasuk dalam kemungkaran-kemungkaran yang wajib ditegah.

Dalam masalah ini, antara hujah mereka yang mengkritik pendapat ulama yang membenarkan sedekah pahala untuk si-mati, secara khususnya cemuhan yang dilontarkan ke atas ulama-ulama Syafi'i sepertimana di Nusantara ini, ialah mereka membelakangi Imam al-Syafi'i dan tidak bertaklid kepadanya dalam masalah ini kerana Imam al-Syafi'i mengatakan tidak sampai pahala kepada si-mati.

Adakah ini benar? Cuba perhatikan petikan-petikan ini yang saya kutip dari sini ;

قال النووي في المجموع: يستحب أن يمكث على القبر بعد الدفن ساعة يدعو للميت ويستغفر له نص عليه الشافعي واتفق عليه الأصحاب ، قالوا : ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرآن وإن ختموا القرآن كان أفضل. اهـ - كتاب الجنائز من المجموع باب حمل الجنازة والدفن، المستحب بعد الدفن أن يدعو للميت ويستغفر له: المسألة الثامنة. وهي عبارة محتملة.

وقال في رياض الصالحين آخر باب الدعاء للميت بعد دفنه والقعود عند قبره ساعة للدعاء له والاستغفار والقراءة: قال الشافعي رحمه اللَّه: ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرآن وإن ختموا القرآن كله كان حسناً.اهـ وفي العبارة تجوز كما سيتضح.

وقال في الأذكار: قال الشافعي والأصحاب: يستحب أن يقرؤوا عنده شيئا من القرآن، قالوا فإن ختموا القرآن كله كان حسنا.اهـ ولعل عبارته في الأذكار أدق من غيرها

وعبارة الشافعي في الأم كالتالي: وأحب لو قرئ عند القبر ، ودعي للميت. اهـ ذكر ذلك آخر باب عدد كفن الميت من كتاب الجنائز. وعزاه بعضهم للخلال في جزء القراءة عند القبور المطبوع (رقم 7) عن الشافعي

فظهر لنا أن أصل القراءة صحت عن الشافعي أما استحسان الختم فهي عن أصحابه رضي الله عنهم

قال الحسن الصباح الزعفراني: سألت الشافعي عن القراءة عند القبر فقال: لا بأس بها . - الروح لابن القيم (ص13) طبعة حيدر آباد

Secara umumnya, meskipun Imam al-Syafi'i tidak secara jelas mengatakan bahawa sedekah pahala sampai kepada si-mati, namun beliau berpendapat secara jelas bahawa si-mati memperoleh manfaat daripada amalan orang yang masih hidup. Nampak macam sama, tapi ada beza sikit meskipun tidak begitu jauh . Jika ada kelapangan saya akan sambung.

Thursday, July 9, 2009

Tahniah Syeikh 'Isam al-Zaftawi...

Semalam Rabu, 8hb. Julai 2009, Syeikh 'Isam Anas al-Zaftawi telah berjaya mempertahankan disertasi masternya dalam bidang falsafah Islam bertajuk (مناهج التصنيف فى الفلسفة الإسلامية) maknanya, "Metodologi Penulisan Dalam Falsafah Islam" di Kulliyyah Dar al-'Ulum, Universiti Kaherah, Mesir dan memperolehi keputusan cemerlang (imtiyaz). Kajian tersebut merupakan suatu kajian yang penting dalam disiplin falsafah Islam, ilmu kalam dan termasuk juga ilmu tasawuf.

Bagi yang ingin tahu isi kandungan disertasi tersebut, saya nukilkannya di sini dalam bahasa asal Arab;

فقد قسمنا البحثَ إلى تمهيدٍ وقسمين وخاتمةٍ :
يدورُ التمهيدُ عن مشكلةِ البحثِ وأهميتِه وأهدافِه ومجالِه وصعوباتِه ومنهجِه وخطتِه.

أما القسمُ الأولُ (التنظير) فقد أتى فى بابين كالتالى:
البابُ الأولُ: مناهجُ التصنيفِ من الخارجِ. وفيه فصلان:
الفصلُ الأولُ: أهميةٍُ منهجِ التصنيفِ ومقاصدُه ووظيفتُه والمؤثراتُ فيه.
الفصلُ الثانى: علاقاتُ منهجِ التصنيفِ وآثارِه.
البابُ الثانى: مناهجُ التصنيفِ منَ الداخلِ. وفيه فصلان أيضا:
الفصلُ الأولُ: تعريفُه وطبيعتُه وأجزاؤه.
الفصلُ الثانى: شروطُه وآفاتُه وطرقُه وأدواتُه وآدابُه ومشكلاتُه.

أما القسمُ الثانى (التطبيقُ) فأتى فى مدخلٍ وثلاثةِ أبوابِ، على النحوِ التالى: مدخلٌ: مناهجُ تصنيفٍ عامةٍ.
البابُ الأولُ: مناهجُ التصنيفِ فى الفلسفةِ الإسلاميةِ التقليديةِ (المشائيةِ). وفيه مدخلٌ وفصلان:
الفصلُ الأولُ: رصدٌ عامٌّ لأنواعِ مناهجِ التصنيفِ فى الفلسفةِ الإسلاميةِ.
الفصلُ الثانى: تحليلُ مناهجِ التصنيفِ لخمسِ شخصياتٍ فلسفيةٍ.
البابُ الثانى: مناهجُ التصنيفِ فى علمِ الكلامِ. وفيه مدخلٌ وفصلان أيضا:
الفصلُ الأولُ: رصدٌ عامٌّ لأنواعِ مناهجِ التصنيفِ فى علمِ الكلامِ.
الفصلُ الثانى: تحليلُ مناهجِ التصنيفِ لخمسةِ اتجاهاتٍ وشخصياتٍ كلاميةٍ.
البابُ الثالث:ُ مناهجُ التصنيفِ فى التصوفِ. وفيه مدخلٌ وفصلان أيضا:
الفصلُ الأولُ: رصدٌ عامٌّ لأنواعِ مناهجِ التصنيفِ فى التصوفِ.
الفصلُ الثانى: تحليلُ مناهجِ التصنيفِ لخمسِ شخصياتٍ صوفيةٍ.
ومداخلُ الأبوابِ الثلاثةِ تناولْنَا فيها بعضَ القضايا التى ظننا أنها تساعدُ على الاقترابِ من منهجِ التصنيفِ فى هذا العلمِ أو ذاك .

أما الخاتمةُ: فذكرنا فيها أهمَ نتائجِ البحثِ
.

Untuk keterangan lanjut secara panjang lebar dan mendapatkan disertasi tersebut, anda boleh klik di sini. Semoga Allah membalas keikhlasan Syeikh 'Isam dengan balasan yang setimpal. Bukan senang orang nak bagi hasil kajiannya secara free..

p/s: Atas permintaan Syeikh 'Isam melalui emelnya kepada al-faqir, maka saya berikan di sini pautan terus bagi sesiapa yang ingin memuat turun disertasi beliau;