Saturday, May 28, 2011

Bolehkah Berpegang Dengan Penilaian Hadis al-Albani? (4)

Sekadar perkongsian, disajikan artikel lama Ustaz Adlan Abd. Aziz yang agak panjang mengenai isu ini (sumber asal). Kesemua isi kandungannya adalah mencerminkan pendirian beliau yang bersifat sederhana. Anda boleh menerima atau menolaknya selamamana ianya di atas dasar ilmiah.


---------------------------------------------------------------------

ADAKAH KAJIAN AL-ALBANI PERLU DITERIMA?


Bagi sesiapa sahaja yang membaca buku-buku berkaitan hadith dan mengambil tahu tentang persoalan berkaitan hadith-hadith sahih serta dhaif, pasti akan mengenali nama seorang pengkaji hadith terkemuka – Muhammad Nasiruddin al-Albani. Beliau merupakan seorang pengkaji hadith yang telah meninggal pada tahun 1999.

Persoalan yang ingin dijawab di sini ialah – adakah segala hasil kajian al-Albani perlu diterima? Bagaimanakah sepatutnya kita berinteraksi dengan hasil karya al-Albani? Adakah hasil kajian beliau tepat? Adakah hasil kajian beliau benar-benar diiktiraf oleh para pengkaji hadith yang lain? Bagi mereka yang sering membaca buku-buku al-Albani mungkin ada yang menjawab – ya, memang kajian beliau perlu diterima kerana kajiannya adalah ilmiah. Sebahagian yang lain pula mungkin menyatakan – kita perlu kaji dahulu sebelum menerima. Tetapi hakikatnya, mereka tidak mengkaji dan terus menerima kerana tidak mahu lagi mengkaji hasil pengkaji lain yang tidak setanding dengan al-Albani. Bagi mereka yang kurang mengenali al-Albani pula, mereka mungkin akan menolak semua hasil kajian al-Albani dengan alasan – siapa al-Albani? Ramai lagi muhaddith lain termasuk muhaddith silam yang lebih hebat daripada al-Albani. Dan begitulah antara respon yang mungkin kita dengar daripada pelbagai jenis manusia terhadap kajian al-Albani dan persoalan sejauh mana kita menerimanya.

Friday, May 27, 2011

Bolehkah Berpegang Dengan Penilaian Hadis al-Albani? (3)

Barangkali sudah menjadi ketetapan, orang yang ingin membicarakan soal kajian hadis pada masa kini tidak dapat lari lagi dari menyebut nama ‘al-Albani’ dan membicarakan hasil-hasil penilaian hadisnya. Ia kemungkinan adalah kesan dari penyebaran karya-karya beliau secara besar-besaran oleh pihak yang mendokong pemikirannya. Malah kebanyakannya dapat diperoleh secara percuma melalui atas talian sahaja.

Apa yang dikhuatirkan ialah akan berlaku 'kemandulan’ dalam soal penilaian hadis. Justeru, hadis yang telah dinilai hukumnya oleh al-Albani itu sahaja yang harus diterima dan dipegang kuat-kuat, walaupun sarjana-sarjana besar hadis menilai hukum sebaliknya. Maka penilaian al-Tirmizi, atau al-Daraqutni, atau al-Baihaqi, atau al-’Iraqi, atau al-Zahabi, atau Ibn Hajar, atau al-Busiri, atau al-Haythami, atau selain mereka sudah tidak ada nilai apa-apa, jika al-Albani sudah menghukum sebaliknya.

Apakah sampai begitu?

Syeikh Ahmad Kamil Darwisy, murid al-Hafiz ‘Abdullah al-Ghumari telah meneliti kira-kira 55,446 buah hadis di dalam kajiannya mengenai manhaj Syeikh al-Albani dalam memberi penilaian terhadap hadis. Beliau telah menyatakan pandangannya yang saya rumuskan sepertimana berikut;

1. al-Albani telah meneliti dan memberi penilaian ke atas sekitar 55,000 buah hadis termasuk hadis yang berulang-ulang, dan telah mendaifkan lebih kurang 16,000 buah hadis darinya. Jumlah ini meliputi lebih dari 50 buah karya yang telah diterbitkan.

2. Beliau telah menukilkan dan mengikut kira-kira 3,000 (tepatnya 3,088) hukum hadis dari al-Tirmizi, dan menyanggah pula lebih dari 700 hukum hadis (antara 766 - 781) yang telah dinyatakan oleh al-Tirmizi.

3. Beliau banyak menukilkan dan memetik sahaja hukum hadis yang diberikan oleh Syeikh Habib al-Rahman al-A’zami tanpa sebarang komentar yang berjumlah hampir 800 buah hadis (tepatnya 782).

4. Dari jumlah kira-kira 55,000 hadis, sekitar 8,000 (tepatnya 8,266) hadis dalam Sahih al-Jami’ al-Saghir wa Ziyadatih adalah yang paling kurang kesilapannya, iaitu kurang dari 35 hadis. Di dalamnya, beliau hanya menurut sekitar 2,000 hukum hadis al-Tirmizi dan sekitar 800 hukum hadis Habib al-Rahman al-A’zami.

5. Baki dari 55,000 hadis, iaitu kira-kira 47,000 hadis mengandungi kelemahan dan kemudaratan. Maka perlu berhati-hati dengan hukum hadis yang ada di dalam kitab-kitab beliau, selain dari kitab Sahih al-Jami’ al-Saghir wa Ziyadatih dan Da’if al-Jami’ al-Saghir wa Ziyadatih. Al-Albani sendiri banyak merujukkan hukum hadis kepada kedua-dua kitab ini, iaitu sebanyak 15,758 hukum hadis telah dipetik darinya. Namun sebanyak 107 hukum hadis darinya dibantah oleh al-Hafiz ‘Abdullah al-Ghumari. Manakala sebanyak 14,527 buah hadis darinya adalah mengikut hukum para muhaddithin.

6. Lebih afdal bagi seorang penuntut ilmu hadis mempelajari Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Muwatta’ Malik, Musnad Ahmad, al-Mukhtarah, al-Kutub al-Sittah dan seumpamanya berbanding mempelajari hadis dari kitab-kitab al-Albani.

7. al-Albani telah memberi dua atau beberapa hukum yang berbeza pada hadis yang sama, yang berjumlah sebanyak 4,013 hukum hadis. Ini menunjukkan seolah-olah beliau lebih mementingkan kuantiti, dan bukannya kualiti.

8. Berikut adalah jadual kekerapan hukum hadis yang disebut oleh al-Albani;

Darjat hadis

Jumlah

موضوع

3,421

منكر

785

شاذ

47

باطل

212

ضعيف

14,587

صحيح (وحسن بنوعيه)

34,512

غريب

1,384

Jumlah

54,948

* Data angka ini menurut kajian Syeikh Ahmad Darwisy


Perubahan Hukum Hadis al-Albani

Sebagai tambahan kepada kajian Syeikh Ahmad Darwisy di atas, Syeikh al-Albani dikatakan telah menarik balik semula sebahagian penilaian hadisnya (tashih dan tad‘if) yang diberikan kepada sesetengah hadis. Jumlahnya adalah kira-kira 222 buah hadis yang telah dihimpunkan oleh Muhammad Hasan al-Syaykh dalam kitab (تراجع العلامة الألباني فيما نص عليه تصحيحا و تضعيفا), terbitan Maktabah al-Ma‘arif: Riyadh, 2002.


Menurut Ustaz Adlan Abd. Aziz dalam satu tulisannya: "Di antara orang-orang yang berusaha untuk memberikan maklumat tentang hadith-hadith yang telah diubah penilaian terhadapnya oleh al-Albani ialah:

Pertama, buku yang ditulis oleh Abu Malik ‘Audah Ibn Hasan yang dicetak oleh Dar al-Nafa'is, Jordan (setahu saya, ia adalah di bawah seliaan salah seorang murid al-Albani iaitu Dr. Umar al-Asyqar) pada tahun 2003. Ia mengumpulkan 500 hadith yang telah dinilai kembali hukumnya (sahih atau dhaif dan sebagainya) oleh al-Albani dan beliau mengubah pendapat yang lama kepada yang baru. Di dalam buku ini hanya ada sebanyak 250 hadith kerana buku ini adalah bahagian pertama. Saya belum menemui bahagian keduanya setakat ini.

Buku kedua yang mengumpulkan perubahan pendapat al-Albani ialah buku hasil karya Muhammad Kamal al-Suyuthi, cetakan Dar Ibn Rajab, Mesir pada tahun 2004. Ia mengumpulkan sebanyak 307 hadith".

Kata beliau lagi: "Kedua-dua buku ini amat penting bagi mereka yang seringkali membuat rujukan dengan menggunakan buku-buku al-Albani. Jangan pula kita tersalah dalam menggunakan pandangan beliau yang lama atau kita tersalah anggap bahawa berlakunya percanggahan dalam penilaian al-Albani. Apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau menarik balik pendapatnya setelah beliau bertemu dengan pendapat yang lebih tepat". - Sumber


Mengakui kesilapan memang akhlak yang dipuji. Namun dalam soal penilaian hadis ini, apatah lagi jumlahnya mencecah ratusan hadis, menyebabkan kurangnya kebolehpercayaan terhadap keseluruhan atau sebahagian besar penilaian seseorang itu. Hal ini pernah berlaku kepada al-Hakim al-Naisaburi dan Ibn al-Jawzi - رحمهما الله. Malah hukum-hukum baru al-Albani itu pun masih dapat dinilai dan dibincang semula. Dari tersalah memilih penilaian hadis al-Albani yang terakhir, lebih baik tidak berpegang dengannya, atau mesti membanding dan menggandingkannya dengan pakar-pakar hadis yang jauh lebih hebat.


Ulama yang mengkritik Syeikh al-Albani dan karya-karya mereka:

Berikut pula disenaraikan para ilmuwan dari pelbagai aliran pemikiran – termasuk aliran Salafiyyah sendiri - yang ada mengkritik Syeikh al-Albani yang berpunca dari perbezaan pandangan terhadap hukum hadis. Mereka ialah;

  1. Syeikh Isma’il bin Muhammad al-Ansari, yang menyusun kitab (إباحة التحلي بالذهب المحلق للنساء والردّ على الألباني في تحريمه), (الانتصارُ لشيخ الإسلام محمد بن عبد الوهاب بالردِّ على مجانبة الألباني فيه الصواب), (تصحيحُ حديث صلاة التراويح عشرين ركعة والردّ على الألباني في تضعيفه) tentang kesahihan tarawih 20 rakaat dan penolakan terhadap al-Albani yang mendaifkannya, (تعقباتٌ على: سلسلة الأحاديث الضعيفة والموضوعة للألباني) dan (نقدُ تعليقات الألباني على شرح الطحاوية) sanggahan terhadap al-Albani atas ulasannya pada Syarah at-Tahawiyyah.

  1. Syeikh ’Abdullah bin Soleh al-’Ubaylan, yang menulis kitab (التعقباتُ المليحة على: (السلسلة الصحيحة)) mengkritik al-Albani yang menyandarkan hadis dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah kepada selain al-Sahihain sedangkan ia ada di dalam kedua-duanya atau salah satu darinya, dan kitab (إتمام الحاجة إلى صحيح سنن ابن ماجه) mengkritik al-Albani yang menyandarkan hadis dalam Sahih Sunan Ibn Majah kepada selain al-Sahihain sedangkan ia ada di dalam kedua-duanya atau salah satu darinya.

  1. Syeikh Ramadhan Mahmud ’Isa, yang menulis kitab (الأحاديثُ الضعيفة في سلسلة الأحاديث الصحيحة) mengkritik secara khusus jilid pertama kitab Silsilah al-Ahadith al-Sahihah.

  1. Syeikh Khalid bin Ahmad al-Mu’azzin, yang menulis kitab (إقامةُ البرهان على ضعف حديث: استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان. وفيه الرد على العلامة الشيخ محمد ناصر الدين الألباني).

  1. Syeikh ‘Abd al-Mun’im Mustafa Halimah Abu Basir, yang menulis kitab (حكم تارك الصلاة), dan (الانتصارُ لأهل التوحيد والرد على من جادل عن الطواغيت ملاحظات وردود على شريط: (الكفر كفران) للشيخ محمد ناصر الدين الألباني).

  1. Syeikh Badr al-Din Hasan Diyab al-Dimasyqi, yang menyusun kitab (أنوارُ المصابيح على ظلمات الألباني في صلاة التراويح).

  1. Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz, bekas Mufti Saudi yang menyusun risalah (أينَ يضع المصلي يده في الصلاة بعد الرفع من الركوع) yang dicetak di bawah tajuk (ثلاث رسائل في الصلاة).

  1. Syeikh ‘Adil bin ‘Abdullah al-Su’aydan, yang menulis kitab (بذلُ الجهد بتضعيف حديثي السوق والزهد).

  1. Syeikh Soleh bin ‘Abd al-‘Aziz Al al-Syaykh, yang menyusun kitab (التكميلُ لما فاتَ تخريجه من: (إرواء الغليل)).

  1. Syeikh ‘Abdullah bin Muhammad al-Duwaisy, yang menyusun kitab (تنبيهُ القارئ [على] تقوية ما ضعفه الألباني) dan (تنبيهُ القارئ لتضعيف ما قواه الألباني).

  1. Syeikh Hamud bin ‘Abdullah al-Tuwaijiri, yang menyusun kitab (التنبيهاتُ على رسالة الألباني في الصلاة).

  1. Syeikh Bakr bin ‘Abdullah Abu Zaid, yang menyusun risalah (جزءٌ في كيفية النهوض في الصلاة وضعف حديث العجن).

  1. Syeikh Mamduh Jabir ‘Abd al-Salam, yang menyusun kitab (حول مسألة تارك الصلاة) antara kandungannya mengkritik risalah al-Albani yang berjudul (حُكم تارِكِ الصَّلاةِ).

  1. Syeikh ‘Abd al-Qadir bin Habibullah al-Sindi, yang menulis kitab (رَفْعُ الْجُنَّةِ أمام: (جلباب المرأة المسلمة في الكتاب والسنة) mengkritik kitab al-Albani yang berjudul (جلباب المرأة المسلمة).

  1. Dr. Ibrahim al-Subayhi, yang menulis risalah (عددُ صلاة التراويح).

  1. Syeikh Mustafa al-‘Adawi, yang menulis kitab (المؤنقُ في إباحة تحلي النساء بالذهب المحلق وغير المحلق) dan (نظراتٌ في: (السلسلة الصحيحة) للشيخ محمد ناصر الدين الألباني) menganalisa 100 hadis pertama dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, yang disusun bersama-sama dengan Syeikh Khalid Ahmad al-Mu’azzin.

  1. Syeikh ‘Abdullah bin Mani‘ al-‘Utaybi, yang menulis kitab (ملحوظاتٌ على كتاب: (الصلاة) للعلامة محمد ناصر الدين الألباني).

  1. Syeikh Fahd bin ‘Abdullah al-Sunaid, yang menyanjung al-Albani tetapi telah menulis kitab (الإعلامُ في إيضاح ما خفي على الإمام).

  1. Syeikh Ahmad ‘Abd al-Ghafur ‘Attar, yang menulis kitab (ويلك آمن، تفنيد بعض أباطيل ناصر [الدين] الألباني).

  1. Syeikh Dahhan Abu Salman, yang menulis kitab “al-Wahmu wat-Takhlit ‘ind al-Albani fil Bai’ bit-Taqsit” tentang keraguan dan kekeliruan al-Albani dalam jual beli secara ansuran.

  1. Habib ‘Ali bin Muhammad bin Yahya al-’Alawi, yang menulis kitab “Hidayatul Mutakhabbitin Naqd Muhammad Nasir al-Din”.

  1. Syeikh Muhammad ‘Awwamah, yang menulis kitab “Athar al-Hadith al-Syarif fi Ikhtilaf al-A’immah al-Fuqaha’”.

  1. Dr. Salahuddin bin Ahmad al-Idlibi, yang menulis kitab (كشف المعلول مما سمي بسلسلة الأحاديث الصحيحة).

  1. Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, yang menyusun kitab (خطبةُ الحاجة ليست سنة في مستهل الكتب والمؤلفات) dan (كلماتٌ في كشف أباطيل وافتراءات ) penolakan terhadap kebatilan dan tohmahan al-Albani dan sahabatnya Zuhair al-Syawisy serta pendukung mereka.

  1. Syeikh ‘Abdullah al-Harari al-Habasyi, yang menyusun kitab (التعقّبُ الحثيث على من طعن فيما صحَّ من الحديث) dan lampirannya (نصرةُ: (التعقب الحثيث) على من طعن فيما صح من الحديث).

  1. Syeikh As’ad Salim Tayyim, yang menyusun kitab (بيانُ أوهام الألباني في تحقيقه لكتاب فضل الصلاة على النبي -صلى الله عليه وسلم- للقاضي إسماعيل بن إسحاق الأزدي) dan (تخريجُ حديث أوسٍ الثقفي في فضل الجمعة وبيان عِلّتِه).

  1. Syeikh Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari yang menulis risalah (بيانُ نكث الناكث المتعدي بتضعيف الحارث) dan (الباحث عن علل الطعن في الحارث).

  1. Syeikh Dr. Mahmud Sa’id Mamduh, muhaddith Mesir yang menyusun kitab (التعريفُ بأوهام من قسم (السنن) إلى صحيح وضعيف) penjelasan tentang kekeliruan al-Albani yang memisahkan kitab-kitab Sunan kepada sahih dan da’if, yang terdiri dari 6 jilid, (التعقيب اللطيف والانتصار لكتاب التعريف), (تنبيهُ المسلم إلى تعدي الألباني على: (صحيح مسلم) dan juga kitab (وصولُ التهاني في إثبات سُنِّيَّة السُّبْحة والرَّدِّ على الألباني).

  1. al-Hafiz Syeikh ’Abdullah bin Muhammad bin al-Siddiq al-Ghumari, muhaddith besar Maghribi yang menyusun kitab (القولُ المقنع في الرد على الألباني المبتدع) mengkritik sebahagian tahkik al-Albani terhadap kitab (بداية السُّول في تفضيل الرسول صلى الله عليه وسلم للعز بن عبد السلام), dan risalah kecil (إرغامُ المبتدع الغبي بجواز التَّوسّل بالنبي في الردِّ على الألباني الوبي) yang judul asalnya ialah (جزءٌ فيه الردّ على الألباني وبيان بعض تدليسه وخيانته). al-Hafiz ’Abdullah al-Ghumari tidak pernah mengkritik orang lain secara kasar kecuali terhadap al-Albani.

  1. Syeikh Habib al-Rahman al-A’zami, muhaddih besar India yang menyusun kitab (الألباني شذوذه وأخطاؤه) tentang penyimpangan dan kesalahan al-Albani dalam 4 juzuk. Namun cetakan awalnya menggunakan nama samaran, iaitu ‘Arsyad al-Salafi’.

  1. Sayyid Hasan bin ’Ali al-Saqqaf, orang yang paling banyak mengkritik al-Albani secara keras sebagai refleksi dari gaya bahasa al-Albani sendiri. Beliau telah menyusun banyak kitab dalam mengkritiknya, iaitu (إبطال التصحيح الواهن لحديث العاجن), (وهم سيء البخت الذي حرَّم صيام السبت), (القول المبتوت في صحة صلاة الصبح بالقنوت), (اللجيف الذعاف للمتلاعب بأحكام الاعتكاف) menolak dakwaan al-Albani bahwa tidak harus beriktikaf kecuali dalam tiga masjid sahaja, (احتجاج الخائب بعبارة من ادَّعى الإجماع فهو كاذب), (قاموس شتائم الألباني وألفاظه المنكرة في حق علماء الأمة وفضلائها وغيرهم), (الشهاب الحارق المنقض على إيقاف المتناقض المارق), (الأدلةُ الجليّة لسنة الجمعة القبلية), (إعلام المبيح الخائض بتحريم القرآن على الجنب والحائض), (البشارةُ والإتحاف فيما بين ابن تيمية والألباني في العقيدة من الاختلاف), (تحذير العبد الأوّاه من تحريك الإصبع في الصلاة), (تناقضاتُ الألباني الواضحات فيما وقع له في تصحيح الأحاديث وتضعيفها من أخطاء وغلطات), (تنقيح الفهوم العالية بما ثبتَ وما لمْ يثبتْ من حديث الجارية), (الشماطيط فيما يهذي به الألباني في مقدماته من تخبطات وتخليط) menyanggah isi mukadimah dalam juzuk pertama kitab Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah, (حاشية على إرغام المبتدع للغماري) dan (صحيح صفة صلاة النبي صلى الله عليه وآله وسلَّم). Sebahagian orang melihat kritikan Sayyid Hasan ini seolah-olah agak berbentuk peribadi, meskipun fakta-faktanya boleh diambil kira.

Demikianlah sebahagian ilmuwan yang telah mengkritik, menolak pendapat atau membetulkan kesilapan al-Albani.

Tidak dinafikan banyak kitab-kitab yang telah dikarang oleh peminat-peminat Syeikh al-Albani bagi membela dan mempertahankan beliau. Namun, kebanyakan dari kitab-kitab tersebut agak lemah dari segi hujah-hujah yang dikemukakan, dan tidak dapat mematahkan hujah-hujah kritikan dengan cara ilmiah. Ia hanya sekadar suatu sanggahan dan bantahan bagi menonjolkan kehebatan al-Albani. Sedangkan pada hakikatnya ia bukanlah begitu 'kebal’.

Oleh kerana hasil-hasil karya beliau sudah tersebar dengan begitu banyak dan meluas dalam pelbagai bahasa, sama ada dapat diperolehi dengan kos ataupun secara percuma, maka atas sebab itulah perlu ditulis sesuatu mengenainya kerana ia melibatkan hadis-hadis Junjungan Nabi SAW. Bagaimanapun, jika ada yang tidak mahu menerima, maka itu terpulang pada dirinya. Asalkan jangan menyalahkan dan menyesatkan orang lain dalam soal-soal khilafiyyah hanya kerana perbezaan hukum hadis.

عفا اللهُ عنه ورَحِمَهُ.


Wallahu a'lam

Wednesday, May 25, 2011

Bolehkah Berpegang Dengan Penilaian Hadis al-Albani? (2)

Oleh kerana mulai semester ini saya mengajar subjek dirasat al-asanid (kajian sanad hadis), mungkin entri-entri kali ini akan banyak mengenai kajian-kajian sanad dan tokoh-tokohnya.

Tugas mengkaji dan meneliti sanad bukan suatu tugas yang mudah. Ia memerlukan ketekunan dan kesabaran yang digabungkan dengan pengetahuan serta pengalaman. Untuk menghukum hadis sama ada sahih atau tidak berdasarkan kajian sanad perlu kepada pengumpulan jalan-jalan riwayatnya serta membuat perbandingan di antaranya.

Namun, hukum yang dibuat oleh Syeikh al-Albani رحمه الله ke atas hadis-hadis sebahagiannya berdasarkan satu jalan riwayat sahaja. Justeru, cara sedemikian akan menghasilkan suatu hukum yang kurang tepat ke atas sesuatu hadis. Bahkan bercanggah antara satu hasil karya dengan satu hasil karya yang lain.

Maka, bagaimana orang yang memegang satu hasil karyanya sahaja dapat berasa yakin dengan hukum hadis yang diberikan di dalamnya?

Berikut adalah contoh-contohnya yang diambil dari enjin carian hukum hadis di www.dorar.net. Sebuah laman web yang bermanfaat kendalian orang salafi, namun saya kira ianya amanah dalam menukilkan data-data (kalau tak amanah, jadi salahpi pulak).

Contoh 1:

Contoh 2:
Contoh 3:
Contoh 4:
Contoh 5:
Contoh 6:


Contoh 7:
Contoh 8:

Contoh 9:
Demikianlah antara contoh-contoh perbezaan dan percanggahan hukum bagi hadis yang sama makna di sisi Syeikh al-Albani. Mungkin anda boleh rujuk secara lebih mendalam dalam tulisan-tulisan Syeikhuna Dr. Mahmud Sa'id Mamduh, Sayyid Hasan al-Saqqaf, Dr. Salahuddin al-Idlibi dan lain-lain.

Bagi setengah contoh di atas, jalan-jalan riwayat sesuatu hadis sebenarnya dapat saling kuat-menguatkan antara satu sama lain. Ungkapan lafaz yang berbeza bukan suatu masalah, asalkan maknanya sama dan tidak lari. Maka tidak sepatutnya kita memberikan hukum sesuatu hadis berdasarkan satu jalan riwayat sahaja dan 'memaksa' orang lain untuk menerima ataupun menolak hadis tersebut. Sedang ianya hukum yang belum mantap dan muktamad.

Wallahu a'lam.

ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا


Bolehkah Berpegang Dengan Penilaian Hadis al-Albani?

Pandangan Syeikhuna al-'Allamah al-Muhaddith Mahmud Sa'id Mamduh حفظه الله mengenai hukum berpegang dengan tashih dan tad'if al-Albani رحمه الله.




* Sila klik pada tajuk berikut sekiranya ingin men'download' kitab besar Syeikhuna berhubung masalah tashih dan tad'if al-Albani berjudul: (التعريف بأوهام من قسم السنن إلى صحيح وضعيف) yang terdiri dari 6 jilid, serta mendengar rakaman ulasan beliau mengenai kitabnya.


Monday, May 23, 2011

Kedudukan Hadis Solat Hifz al-Quran

Soalan:

Bagaimanakah kedudukan solat hifz al-Quran? Apakah ada hadis yang menganjurkannya? Bolehkah kita mengamalkannya?

Jawapan:

Solat hifz al-Quran, iaitu bagi mudah menghafal al-Quran, ataupun hadis, pelajaran dan lain-lain itu ada dianjurkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas r.a. sepertimana berikut:

- Matan Hadis:

قال الترمذي (رقم: 3493): حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الْحَسَنِ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ وَعِكْرِمَةَ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ فَقَالَ: بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي تَفَلَّتَ هَذَا الْقُرْآنُ مِنْ صَدْرِي فَمَا أَجِدُنِي أَقْدِرُ عَلَيْهِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَبَا الْحَسَنِ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ اللَّهُ بِهِنَّ وَيَنْفَعُ بِهِنَّ مَنْ عَلَّمْتَهُ وَيُثَبِّتُ مَا تَعَلَّمْتَ فِي صَدْرِكَ. قَالَ: أَجَلْ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَعَلِّمْنِي. قَالَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَقُومَ فِي ثُلُثِ اللَّيْلِ الْآخِرِ فَإِنَّهَا سَاعَةٌ مَشْهُودَةٌ وَالدُّعَاءُ فِيهَا مُسْتَجَابٌ وَقَدْ قَالَ أَخِي يَعْقُوبُ لِبَنِيهِ { سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي } يَقُولُ حَتَّى تَأْتِيَ لَيْلَةُ الْجُمْعَةِ فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقُمْ فِي وَسَطِهَا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقُمْ فِي أَوَّلِهَا فَصَلِّ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي الرَّكْعَةِ الْأُولَى بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَةِ يس وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَحم الدُّخَانِ وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّالِثَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَالم تَنْزِيلُ السَّجْدَةِ وَفِي الرَّكْعَةِ الرَّابِعَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَتَبَارَكَ الْمُفَصَّلِ فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ التَّشَهُّدِ فَاحْمَدْ اللَّهَ وَأَحْسِنْ الثَّنَاءَ عَلَى اللَّهِ وَصَلِّ عَلَيَّ وَأَحْسِنْ وَعَلَى سَائِرِ النَّبِيِّينَ وَاسْتَغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلِإِخْوَانِكَ الَّذِينَ سَبَقُوكَ بِالْإِيمَانِ ثُمَّ قُلْ فِي آخِرِ ذَلِكَ: اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ مَا لَا يَعْنِينِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ يَا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِي وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَى النَّحْوِ الَّذِي يُرْضِيكَ عَنِّيَ اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ يَا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي وَأَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عَنْ قَلْبِي وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَنْ تَغْسِلَ بِهِ بَدَنِي فَإِنَّهُ لَا يُعِينُنِي عَلَى الْحَقِّ غَيْرُكَ وَلَا يُؤْتِيهِ إِلَّا أَنْتَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ. يَا أَبَا الْحَسَنِ تَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا تُجَبْ بِإِذْنِ اللَّهِ وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ مَا أَخْطَأَ مُؤْمِنًا قَطُّ. قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ: فَوَاللَّهِ مَا لَبِثَ عَلِيٌّ إِلَّا خَمْسًا أَوْ سَبْعًا حَتَّى جَاءَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مِثْلِ ذَلِكَ الْمَجْلِسِ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ فِيمَا خَلَا لَا آخُذُ إِلَّا أَرْبَعَ آيَاتٍ أَوْ نَحْوَهُنَّ وَإِذَا قَرَأْتُهُنَّ عَلَى نَفْسِي تَفَلَّتْنَ وَأَنَا أَتَعَلَّمُ الْيَوْمَ أَرْبَعِينَ آيَةً أَوْ نَحْوَهَا وَإِذَا قَرَأْتُهَا عَلَى نَفْسِي فَكَأَنَّمَا كِتَابُ اللَّهِ بَيْنَ عَيْنَيَّ وَلَقَدْ كُنْتُ أَسْمَعُ الْحَدِيثَ فَإِذَا رَدَّدْتُهُ تَفَلَّتَ وَأَنَا الْيَوْمَ أَسْمَعُ الْأَحَادِيثَ فَإِذَا تَحَدَّثْتُ بِهَا لَمْ أَخْرِمْ مِنْهَا حَرْفًا. فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: مُؤْمِنٌ وَرَبِّ الْكَعْبَةِ يَا أَبَا الْحَسَنِ. قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ الْوَلِيدِ بْنِ مُسْلِمٍ.

- Terjemahan:

Daripada Ibn ’Abbas r.a. katanya: Ketika kami bersama-sama dengan Baginda s.a.w., tiba-tiba datang ’Ali bin Abi Talib r.a. mengadu kepada Baginda s.a.w.: Demi ibu bapa-ku untukmu, aku secara tiba-tiba tidak mampu untuk mengingati al-Quran yang telah dihafaz, telah aku cuba untuk mengingatinya tetapi aku tidak mampu. Sabda Rasulullah s.a.w.: Wahai Abu al-Hasan, mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimah yang mana ianya akan memberikan faedah kepadamu dan kepada orang yang kamu ajari serta mengukuhkan lagi ingatanmu terhadap apa yang engkau pelajari? Kata ’Ali r.a.: Tentu sekali ya Rasulallah, ajarkanlah aku perkara tersebut. Sabda Baginda s.a.w.: Bilamana tiba malam Jumaat maka jika kamu mampu untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir, yang mana waktu tersebut adalah waktu terakhir yang akan disaksikan oleh para malaikat, dan waktu yang mustajab doanya, sesungguhnya saudaraku Ya’qub a.s. telah berkata kepada anaknya maksudnya: Aku akan memohon ampun bagimu kepada Allah Taala (surah Yusuf: 98) dan dia menyebut: Sehingga sampai malam Jumaat nanti. Tetapi jika kamu tidak mampu untuk bangun pada waktu tersebut, maka (bolehlah untuk kamu) bangun pada pertengahan malam, dan jika tidak juga mampu, maka bolehlah bagimu bangun pada permulaan malam. Dan dirikanlah solat sebanyak 4 rakaat. Bacalah pada rakaat yang pertama dengan surah al-Fatihah dan Surah Yaasin. Dan pada rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah dan Surah al-Dukhan, dan pada rakaat ketiga bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Sajdah dan pada rakaat keempat bacalah Surah al-Fatihah dan surah al-Mulk. Apabila kamu telah selesai tasyahhud, maka berzikirlah memuji Allah Taala, kemudian pujilah Dia dengan sebaik-baik pujian, dan selawatlah kamu ke atas aku dengan sebaik-baik selawat dan selawat juga ke atas para Nabi dan mohonlah keampunan ke atas golongan mukminin dan mukminat dan kepada saudara-saudaramu yang telah mendahului kamu dengan keimanan mereka kepada Allah Taala dan kemudian sebutkanlah olehmu pada akhirnya dengan doa ini:

اللهم ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا ما أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ ما لَا يَعْنِينِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كما عَلَّمْتَنِي وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ على النَّحْوِ الذي يُرْضِيكَ عَنِّيَ اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي وَأَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عن قَلْبِي وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَنْ تعمل بِهِ بَدَنِي لأنه لَا يُعِينُنِي على الْحَقِّ غَيْرُكَ ولا يُؤْتِيهِ إلا أنت ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Sabda Baginda s.a.w. lagi: Wahai Abu al-Hasan, lakukanlah olehmu solat ini pada tiga kali Jumaat, atau lima Jumaat , atau tujuh Jumaat. Dengan Izin Allah akan mustajab doamu tersebut. Demi Tuhan yang mengutuskan aku dengan kebenaran, tidak akan tersalah sedikitpun seorang mukmin (yang beramal dengannya). Kata Ibn ‘Abbas r.a.: Demi Allah, tidak lama selepas ‘Ali melaksanakannya lebih kurang lima kali atau tujuh kali, maka beliau sekali lagi datang bertemu Baginda s.a.w. di dalam majlis yang seumpama sebelumnya dan beliau berkata: Ya Rasulallah, aku sebelum ini hanya mampu menghafaz empat ayat dan seumpamanya sahaja, bila aku membaca semula maka ianya akan hilang, tapi sekarang aku sudah mampu menghafaz 40 ayat dan seumpamanya. Bilamana aku membacanya semula aku mendapati seolah-olah al-Quran berada di depan mataku. Begitu juga dengan hadis, bila aku mengulang-ulangnya maka sekejap sahaja ianya akan hilang daripada ingatanku, tetapi sekarang, aku mendengar banyak hadis, maka tiada satu huruf pun daripadanya hilang dari ingatanku. Sabda Baginda s.a.w. setelah mendengar perkara tersebut: Kamu adalah mukmin, demi Tuhan Pemilik Kaabah, wahai Abu al-Hasan. (HR al-Tirmizi, katanya: Hasan gharib)

Penjelasan:

Bagaimanapun, kedudukan hadis solat hifz al-Quran ini terdapat perselisihan di kalangan ulama hadis. Ia diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas r.a. melalui dua jalan riwayat, yang akan saya nukilkan keterangannya dari perbahasan para pengkaji hadis sebelum ini, iaitu sepertimana berikut;

- Jalan Riwayat 1:

Jalan riwayat (سليمان بن عبد الرحمن الدمشقي عن الوليد بن مسلم : حدثنا ابن جريج عن عطاء بن أبي رباح وعكرمة مولى ابن عباس عن ابن عباس). Antara ahli hadis yang meriwayatkan hadis ini melaluinya ialah:

  1. al-Tirmizi: الترمذي (2/ 275) (5/563 رقم 3570) وقال "حديث حسن غريب لا نعرفه إلا من حديث الوليد بن مسلم" وقد نقل ابن عساكر عبارة الترمذي المذكورة دون لفظة : "حسن" وكذلك الحافظ الضياء .
  2. al-Hakim: الحاكم قال : "هذا حديث صحيح على شرط الشيخين" (1/461 رقم 1190) (1/ 316-317)
  3. al-Asbahani: الأصبهاني في "الترغيب" (127/ 2)
  4. Ibn ‘Asakir: ابن عساكر في "جزء أخبار حفظ القرآن" (ق84/ 2-86/ 1) وقال في تاريخ دمشق: ليس يرجع من هذا الحديث إلى صحة ثم نقل عن الترمذي قوله: غريب، بدون لفظة: حسن.
  5. al-Diya’ al-Maqdisi: الضياء في "المختارة" وقال : "وقد ذكر شيخنا أبو الفرج ابن الجوزي أن هذا الحديث لا يصح لتفرد الوليد ابن مسلم به . وقال : قال علماء النقل: كان يروي عن الأوزاعي أحاديث ، هي عند الأوزاعي عن شيوخ ضعفاء ، عن شيوخ قد أدركهم الأوزاعي ، مثل نافع والزهري فيسقط أسماء الضعفاء ، ويجعلها عن الأوزاعي عنهم . قلت: وهذا القول لم يذكر شيخنا من قاله [بل قاله الدارقطني كما في "التهذيب"]، وقد اتفق البخاري ومسلم على إخراج حديثه في "صحيحيهما" ... وقد رواه الطبراني من غير حديثه" . (65/ 64/ 1-2)
  6. al-Daraqutni: الدارقطنى في الأفراد
  7. al-Khatib al-Baghdadi: الخطيب فى الجامع لأخلاق الراوى وآداب السامع (2/259 ، رقم 1792)
  8. al-Syajari dalam al-Amali (1/113-114).

- Jalan Riwayat 2:

Jalan riwayat (هشام بن عمار: حدثنا محمد بن إبراهيم القرشي : حدثنا أبو صالح عن عكرمة عن ابن عباس). Antara ahli hadis yang meriwayatkan hadis ini melaluinya ialah:

  1. Ibnu al-Sunni: ابن السني في "عمل اليوم والليلة" (572)
  2. al-Tabarani: الطبراني في "المعجم الكبير"(11/367 رقم 12036) (3/ 144/ 2)
  3. al-‘Uqaili: العقيلي في "الضعفاء" و قال : "ليس يرجع من هذا الحديث إلى صحة ، وكلا الحديثين ليس له أصل ، ولا يتابع عليه" (ص 2/ 369 / 1)
  4. Abu Ahmad al-Hakim:أبو أحمد الحاكم في "الكنى" (ق235/ 1-2) وقال : "وهذا حديث منكر ، وأبو صالح هذا رجل مجهول وحديثه هذا يشبه حديث القصاص" .

Sanad kedua ini agak sukar dikuatkan kerana dikatakan bahawa Abu Soleh ialah Ishaq bin Nujaih al-Malti yang dihukum oleh ramai ulama hadis sebagai matruk, pendusta atau pemalsu. Ia hanya dapat diambil kira sebagai satu kemungkinan sahaja bahawa perawi yang lemah itu bolehjadi telah meriwayatkan hadis secara benar, tanpa ada sebarang kesilapan atau pembohongan. Wallahu a’lam. Maka perbincangan selanjutnya adalah lebih tertumpu pada jalan riwayat pertama di atas.

Ulama Yang Menilai Sebagai Palsu Atau Hampir Palsu

Antara ulama hadis yang menilai hadis ini sebagai palsu atau hampir palsu (munkar atau mawdu’) melalui salah satu jalan riwayat di atas atau kedua-duanya sekali ialah:

1. al-Zahabi:الذهبى في تلخيص المستدرك: "هذا حديث منكر شاذ ، أخاف أن يكون (وفي نسخة: أن لا يكون) موضوعاً ، وقد حيرني والله جودة سنده" وقال في الميزان (7/142): و[هو] من أنكر ما أتى به الوليد بن مسلم. وقال أيضاً (2/213): وهو مع نظافة سنده حديث منكر جداً، في نفسي منه شيء، فالله أعلم.

2. Ibn al-Jawzi: ابن الجوزي في "الموضوعات" الذي أورده من طريق الطبراني والدارقطني لا طريق الترمذي والحاكم وقال: لا يصح

3. al-‘Uqaili dalam al-Du’afa’.

4. al-Syawkani dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah.

5. Syeikh al-Albani dalam Silsilahnya dan lain-lain.

Ulama Yang Menilai Sebagai Tidak Palsu

Antara ulama hadis yang menilai hadis ini tidak palsu (sahih, hasan atau daif sahaja) atau mengikut sahaja ulama yang menilainya demikian, ataupun yang menganjurkan pengamalannya ialah:

1. al-Tirmizi dalam Sunannya.

2. al-Hakim dalam al-Mustadrak.

3. al-Diya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtarah.

4. al-Suyuti dalam al-Jami’ al-Saghir (no. 2883). Beliau mengisyaratkannya sebagai daif dengan katanya: Ibn al-Jawzi memuatkannya dalam al-Mawdu’at, namun tidak mengena tepat. : السيوطي في "اللآلي المصنوعة" (2/ 67)

5. al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib: قال المنذرى (2/236) : طريق أسانيد هذا الحديث جيدة ومتنه غريب جدًّا

6. Abd al-Haq al-Isybili (w. 581) dalam al-Ahkam al-Kubra.

7. al-Sakhawi (menurut nukilan Ibn ‘Arraq).

قال السخاوي - بعد نقل كلام المنذري - والحق أنه ليست له علة إلا أنه عن ابن جريج عن عطاء بالعنعنة أفاده شيخنا يعني ابن حجر وأخبرني غير واحد أنهم جربوا الدعاء به فوجدوه حقا انتهى كما في تنزيه الشريعة المرفوعة لأبي الحسن علي بن محمد بن عرّاق الكناني (2/131).

8. al-Munawi dalam Faid al-Qadir (3/137) yang menyetujui pendapat al-Suyuti.

9. Ibn al-Athir (w. 606) dalam Jami’ al-Usul fi Ahadith al-Rasul.

10. al-Muttaqi al-Hindi (w. 975) dalam Kanz al-‘Ummal (no. 3112).

11. al-Mulla ‘Ali al-Qari dalam Mirqat al-Mafatih (4/480).

12. al-Jazari dalam Hisn al-Hasin.

13. Syeikh Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri dalam al-‘Arf al-Syazi (3/456). Katanya setelah membawakan penilaian al-Zahabi sebagai munkar: “Sanad hadis ini adalah amat sahih sekali”.

14. Syeikh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi dalam Fada’il al-Quran.

15. Syeikh Muhammad ‘Abd al-Rahman al-Mubarakpuri dalam Tuhfah al-Ahwazi (10/16).

Dan lihat juga pensyarah-pensyarah kitab al-Tirmizi yang lain.

Analisa Ringkas Jalan Riwayat al-Tirmizi:

Istimewanya sanad ini dikhususkan ialah semua para rijal-nya (para perawinya) adalah rijal Sahih al-Bukhari. Sehinggakan orang yang melihatnya sepintas lalu akan menyangkakan ianya sahih tanpa sebarang ’illah (kecacatan). Tetapi hakikat sebenarnya tidak sedemikian.

Secara ringkasnya, dinyatakan kedudukan setiap rijal berikut berdasarkan al-jarh wa al-ta’dil:

  1. (أَحْمَدُ بْنُ الْحَسَنِ) – ثقة حافظ.
  2. (سُلَيْمَانُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الدِّمَشْقِيُّ) – ثقة تكلم فيه.
  3. (الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ) – ثقة لكنه كثير التدليس والتسوية.
  4. (ابْنُ جُرَيْجٍ) – إمام أهل الحجاز في عصره، ثبت لكنه يدلس.
  5. (عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ) – ثقة فقيه لكنه كثير الإرسال.
  6. (عِكْرِمَةَ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ) – ثقة ثبت.
  7. (ابْنِ عَبَّاسٍ) – sahabat Nabi s.a.w.

Secara kasar, kesemua rijal tersebut diberikan martabat thiqah dan dipercayai, meskipun pendetailannya agak berbeza daripada zahirnya. Perbincangan lanjutnya – terutama perawi no. 2, 3 dan 4 - adalah dalam sub-topik berikut.

Komentar Terhadap Penilaian al-Albani

Syeikh al-Albani dalam kitab Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah menghukum hadis ini sebagai mawdu’ (palsu) yang dibina atas satu kelemahan al-Walid bin Muslim iaitu kerana tadlis al-taswiyah, iaitu menggugurkan perawi daif selain gurunya dari sanad dan menjadikan sanad tersebut nampak sahih. Beliau membawakan pendapat al-Zahabi dalam al-Mizan, katanya: “Jika al-Walid berkata: ‘Dari Ibn Juraij’ atau, ‘Dari al-Awza’i’, maka dia tidak boleh dipegang, kerana dia melakukan tadlis dari beberapa orang pendusta. Jika dia berkata: ‘Beliau memberitakan pada kami’, maka dia adalah hujjah”. Teks lengkapnya :

"قلت : إذا قال الوليد : عن ابن جريج ، أو : عن الأوزاعي ؛ فليس بمعتمد ؛ لأنه يدلس عن كذابين ، فإذا قال : حدثنا ؛ فهو حجة ، وقال أبو مسهر : كان الوليد يأخذ من ابن السفر حديث الأوزاعي ، وكان ابن السفر كذاباً ، وهو يقول فيها : قال الأوزاعي . وقال صالح جزرة : سمعت الهيثم بن خارجة - وهو ثقة من شيوخ البخاري - يقول : قلت :للوليد بن مسلم : قد أفسدت حديث الأوزاعي ! قال : وكيف ؟ قلت : تروي عنه عن نافع ، وعنه عن الزهري ، وعنه عن يحيى ، وغيرك يدخل بين الأوزاعي وبين نافع : عبد الله بن عامر الأسلمي ، وبينه وبين الأوزاعي : قرة ، فما يحملك على ذلك ؟ قال : أنبل الأوزاعي أن يروي عن مثل هؤلاء (!) . قلت : فإذا روى الأوزاعي عن هؤلاء وهم ضعفاء [ أحاديث ] مناكير ، فأسقطتهم وصيرتها من رواية الأوزاعي عن الأثبات ضعف الأوزاعي ! فلم يلتفت إلى قولي" .

- [al-Walid bin Muslim]

Merujuk biografi al-Walid dalam kitab-kitab al-rijal memang agak menghairankan. Walaupun beliau seorang yang thiqah dan merupakan dari rijal al-Sahihain, tetapi beliau banyak melakukan tadlis dan taswiyah sepertimana menurut Ibn Hajar dan lain-lain.

Bagaimanapun, contoh tadlisnya yang disebut dalam al-Mizan dan lain-lain di atas adalah berkaitan riwayatnya dari al-Awza’i, sedang hadis yang dibincangkan pula adalah riwayatnya dari Ibn Juraij. Dan al-Walid ada menyebut secara sama’ dari Ibn Juraij dalam hadis solat al-hifz riwayat al-Hakim. Maka, ini serba sedikit telah menghilangkan kekhuatiran terhadap sifat tadlisnya dan menguatkan jalan riwayat hadis tersebut. Manakala pendapat al-Zahabi (إذا قال الوليد : عن ابن جريج ، أو : عن الأوزاعي ؛ فليس بمعتمد ؛ لأنه يدلس عن كذابين ، فإذا قال : حدثنا ؛ فهو حجة) tidak semestinya diterima bulat-bulat, sepertimana al-Albani juga berbuat demikian.

Ini kerana mungkin dapat melibatkan juga riwayat al-Bukhari atau Muslim yang boleh dinilai sebagai daif kerana al-Walid menyebut secara ’an’anah dari al-Awza’i dalam sebuah riwayat al-Bukhari (no. 1987) dan 10 riwayat Muslim sekurang-kurangnya, meskipun banyak pada bab mutaba’at. Maksudnya, kaedah al-Zahabi tersebut sebenarnya ada pengecualian, bukan mutlak. Al-Walid juga bukan semata-mata dituduh melakukan tadlis dari pendusta, tetapi juga dari perawi yang bukan pendusta.

Al-Albani tidak menerima kata-kata al-Zahabi (" .... فإذا قال : حدثنا (ابن جريج) ، فهو حجة") dan berpendapat mesti mensyaratkan sama’ dari guru dan semua perawi yang di atasnya agar berasa selamat dari keburukan tadlisnya. Apabila beliau melihat Ibn Juraij tidak berbuat demikian, beliau mengandaikan kemungkinan ada perawi daif antara Ibn Juraij dengan ’Ata’ dan ’Ikrimah yang ditadliskan oleh al-Walid. Dan ini sekadar satu kemungkinan sahaja.

Syarat al-Albani ini begitu ketat sekali dan kemungkinan banyak hadis al-Walid yang boleh dihukum mawdu’, walaupun dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim sekalipun! Sedangkan hadis solat al-hifz ini dapat dikategorikan dalam bab fada’il yang boleh dilonggarkan syaratnya kerana ia tidak menetapkan sebarang hukum apa pun, kecuali kaifiatnya sahaja yang dilihat ‘pelik’ sebagaimana juga isu solat tasbih yang turut menjadi pertikaian.

Al-Albani juga tidak menerima kata-kata al-Zahabi yang tidak jazam dalam menghukum hadis ini sebagai palsu, berdasarkan keterangan al-Mizannya sendiri tentang al-Walid. Beliau juga mengkritik Ibn Kathir yang hanya mengikut al-Zahabi dalam ("فضائل القرآن" (ص92)), meskipun jazam terhadap sifat gharibnya, bahkan munkarnya. Beliau turut mengkritik al-Suyuti yang tidak mengamati tadlis al-Walid. Namun, apa pun andaian (zan) dan kecurigaan semata-mata ini tidak melayakkan beliau untuk menilai hadis ini sebagai palsu secara pasti (qat’i).

Taklid al-Huwaini Terhadap al-Albani

Syarat ketat ini diikuti oleh murid al-Albani, Syeikh Abu Ishaq al-Huwaini. Beliau turut menukilkan dari Ibn Hajar dalam Lisan al-Mizan yang mengandaikan kemungkinan al-Walid mentadliskan hadis ini dari Ibn Juraij. Namun, andaian tersebut bertukar pula menjadi hukum yang yakin dan pasti di sisi al-Huwaini, dan mengisytiharkan secara jazam bahawa al-Walid telah melakukan tadlis terhadap hadis ini! (lihat Laman web Syeikh Abu Ishaq al-Huwaini)

Seperti yang disebut di atas, al-Walid ini adalah tergolong dalam rijal al-Sahihain (al-Bukhari dan Muslim). Menurut al-Albani, kemungkinan al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkan hadisnya melainkan hadis yang dirasakan selamat dari sifat tadlisnya. Ini benar.

- [Sulaiman bin ’Abd al-Rahman al-Dimasyqi]

Namun setelah percubaan beliau untuk mensabitkan tadlis secara pasti dalam hadis ini dirasakan tidak muktamad, beliau beralih pula kepada muridnya, Sulaiman bin ’Abd al-Rahman al-Dimasyqi. Al-Albani mengatakan ia bukan dari rijal al-Bukhari dan Muslim, dan beliau bertaraf saduq, ada tersalah, seperti dalam al-Taqrib. Namun, al-Albani kurang cermat dan tidak menyebut bahwa beliau adalah thiqah menurut al-Zahabi dan tergolong dalam rijal al-Bukhari, meskipun ada dikritik dari sudut hafalannya.

Mengenai hadis ini, al-Zahabi hanya mengandaikan kemungkinan Sulaiman telah terkeliru. Bagaimanapun, Sulaiman tidak bersendirian meriwayatkannya dari al-Walid, kerana Hisyam bin ‘Ammar turut meriwayatkannya dari beliau dalam riwayat al-Daraqutni. Hisyam adalah saduq, namun tidak begitu teliti setelah agak berusia. Ibn al-Jawzi cuba melemahkan riwayat al-Daraqutni ini dengan menuduh guru beliau, Muhammad bin al-Hassan al-Muqri’ al-Naqqasy. Namun dipertahankan oleh Ibn Hajar dan menyatakan al-Naqqasy bebas dari tuduhan tersebut kerana al-Tirmizi telah meriwayatkannya dalam Jami’-nya dari jalan riwayat al-Walid. (lihat Tuhfah al-Ahwazi, 10/16)

- [Ibn Juraij]

Abu Ishaq al-Huwaini pula telah membawa ‘illah lain, iaitu sifat tadlis pada Ibn Juraij, dan mendakwa kemungkinan Ibn Juraij telah menggugurkan dari sanad berkenaan seorang perawi daif yang menjadi puncanya. Seolah-olah sifat tadlis sahaja sudah memadai untuk menghukum hadis seseorang perawi itu sebagai mawdu’, bukan sekadar daif. Persoalannya, apakah andaian (zan) semata-mata ini melayakkan beliau berhak menilai hadis solat al-hifz ini sebagai palsu secara yakin? Memang ada dikatakan oleh al-Daraqutni bahawa tadlis Ibn Juraij ini adalah tadlis yang buruk, namun beliau telah meriwayatkannya dari dua tokoh tabi’in, bukan seorang sahaja, iaitu ‘Ata’ bin Abi Rabah dan ‘Ikrimah mawla Ibn ‘Abbas r.a. Sekurang-kurangnya ini dapat mengurangkan sedikit keburukan tadlisnya. Menuduh seorang pentadlis sebagai pendusta adalah tidak harus, lebih-lebih lagi ia dari kalangan ulama besar. (Lihat al-Ta’nis oleh Syeikh ‘Abd al-’Aziz al-Ghumari, hlm. 113)

Kesimpulannya:

Jelasnya, kritikan-kritikan al-Albani dan al-Huwaini yang dibina atas kemungkinan-kemungkinan pada al-Walid, Sulaiman dan Ibn Juraij, sebenarnya tidak mengukuhkan mereka untuk menilai hadis solat al-hifz ini sebagai mawdu’ secara yakin dan pasti. Mereka dilihat hanya cuba menguatkan andaian Ibn al-Jawzi dalam Mawdu’atnya, sedangkan Ibn al-Jawzi tidak meneliti dan menilai sanad al-Tirmizi atau al-Hakim. Mereka juga terkesan dengan kata-kata al-Zahabi yang khuatir hadis tersebut adalah palsu kerana keghariban matannya, sepertimana pendirian al-Zahabi juga terhadap hadis solat tasbih.

Bagaimanapun, tidak ada ulama hadis yang menghukum hadis tersebut melalui jalan riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim sebagai mawdu’ secara jazam dan yakin sekali, kecuali al-Albani dan mereka yang bertaklid dengannya sahaja. Seolah-olah hadis ini seperti telah diriwayatkan oleh rantaian para pemalsu hadis dan pendusta. Belum ada ulama terdahulu sejak zaman al-Tirmizi yang menghukum sebagai bidaah orang yang mengamalkannya kecuali setengah ‘cerdik-pandai’ zaman kini saja!

Maka dapat dirumuskan, bahawa hadis ini tidak sampai ke taraf palsu sebagaimana pendapat al-Albani dan para pentaklidnya. Ia juga tidak sampai ke taraf sahih sepertimana pendapat al-Hakim dan al-Kasymiri. Berdasarkan perbahasan di atas, kita dapat memahami sedikit sebanyak mengapa al-Tirmizi yang dikatakan sedikit tasahul (longgar) menilainya sebagai hasan. Meskipun dalam nuskhah yang lain, dikatakan lafaz ’hasan’ itu tidak ada.

Justeru disebabkan oleh kecurigaan terhadap tadlis al-Walid dan Ibn Juraij serta sedikit kritikan terhadap Sulaiman dan Hisyam di atas, hadis tersebut adalah daif sepertimana menurut al-Suyuti dan lain-lain yang dapat diamalkan dalam bab fada’il. Kemujarabannya pula sepertimana yang disebut oleh al-Sakhawi menurut hemat saya dapat menyokong situasi hadis ini. Menurut Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam al-Mughni tentang solat tasbih: “Jika seseorang melakukannya, maka tidaklah ada halangan, sesungguhnya perkara-perkara sunat dan fadilat tidak disyaratkan padanya kesahihan hadis”.

وَإِنْ فَعَلَهَا إنْسَانٌ فَلَا بَأْسَ ؛ فَإِنَّ النَّوَافِلَ وَالْفَضَائِلَ لَا يُشْتَرَطُ صِحَّةُ الْحَدِيثِ فِيهَا . [المغني لموفق الدين عبد الله بن أحمد الشهير بابن قدامة المقدسي (المتوفى : 620هـ) (3/324) (1 / 438) (2 / 133). الفِقْهُ الإسلاميُّ وأدلَّتُهُ : أ.د. وَهْبَة الزُّحَيْلِيّ (2/255)].

Wallahu a’lam.


Tambahan:

- Ulasan Ustaz Mohd. Nazrul Nasir.

- Kaifiat Solat Hifz.