Friday, March 30, 2012

Kemangkatan Raja Ashman رحمه الله

Raja Ashman Ibni Sultan Azlan Shah merupakan khalifah Tariqat Naqsyabandiyyah ‘Aliyyah pimpinan Syeikh Muhammad Nazim al-Haqqani, Cyprus. Almarhum merupakan seorang kerabat diraja yang soleh, warak dan kuat beramal yang amat jarang ditemukan tolok bandingnya pada masa sekarang ini. Semoga Allah SWT mengampuni dan melimpahkan rahmat-Nya ke atas roh Almarhum.

----------------------------------------------

2012/03/30 - BH Online

KUALA KANGSAR: Kerabat diraja dan orang kenamaan, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarahi jenazah anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini.

Raja Ashman, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini akibat serangan asma.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara bersama-sama kesemua anggota keluarga diraja itu berada di Istana Iskandariah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir turut berada di ruang berkenaan.

Bacaan ayat suci al-Quran juga diperdengarkan oleh hadirin yang menziarahi jenazah Almarhum.

Perasaan hiba dan sayu menyelubungi suasana di istana berkenaan terutama balu baginda, Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin dan putera mereka, Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia. Turut kelihatan ibu bapa dan keluarga Noraini Jane.

Orang awam tidak putus-putus menziarahi jenazah Almarhum sejak 11 pagi. Terdahulu, turut menziarahi ialah Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

- BERNAMA


Thursday, March 15, 2012

Prof. Dr. Muhibbuddin Waly رحمه الله تعالى

Oleh: Abu Muhammad (Bahrusshofa)












Ese telah dimaklumkan oleh seorang sahabat dari seberang bahawa guru kami al-Mursyid Prof. Dr. Teungku Muhibbuddin Waly al-Khalidy telah berpulang ke rahmat Allah subhanahu wa ta`ala sekitar jam 10 malam semalam (7 Mac 2012). Buya Muhibbuddin adalah anakanda kepada Syaikh Mudo Waly al-Khalidy rahimahullah, ulama besar Aceh Darus Salam yang merupakan antara sahabat sepengajian Syaikh Yaasin al-Fadani rahimahullah. Beliau adalah graduan al-Azhar dari sarjana muda sehinggalah selesai PhD. dalam bidang Syariah dengan thesis berkaitan ijtihad - jodol thesisnya ese dah lupa, tebalnya kalau hempok kat kepala boleh bawak umur kata orang kampung ese. Beliau pernah menjadi ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia dan pernah juga menjadi pensyarah di Kuliyyah Undang-Undang & Syariah Universiti Islam Antarabangsa.

Selain bidang Syariah, beliau juga terkenal dalam ilmu tasawwuf dan thariqat. Dalam ilmu thoriqat, beliau adalah mursyid Thoriqat Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah al-Waliyyah. Beliau diangkat menjadi mursyid mulanya oleh guru ayahanda beliau, Syaikh Abdul Ghani al-Kampariy rahimahullah. Di antara karya yang beliau tinggalkan buat umat adalah "Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf (Syarah al-Hikam)", "Tafsir Waly", "Fathul Waly (Syarah kitab Jauharatut Tawhid)" dan "Nahjatun Nadiyah ila Martabatis Shufiyyah". Buya Muhibbuddin hingga akhir hayatnya tidak pernah berhenti berkhidmat kepada agama, nusa, dan bangsa, beliau selalu menyempat diri melayani umat, meskipun terpaksa dipapah. Beliau mudah memberikan hidangan ilmu dari ceramah-ceramahnya. Sebagai ulama beliau telah mendedikasikan hidupnya dalam dunia ilmu dan dakwah. Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang sentiasa tenang, bicaranya lembut dan jarang sekali marah.

Tanggal 7 Mac 2012 menyaksikan pemergian ulama besar ini di Tanah Serambi Makkah, Aceh Darussalam. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Fakinah, Banda Aceh sekitar jam 10 malam wib. dalam usia 75 tahun. Mudah-mudahan Allah ta`ala mencucurkan rahmatNya yang tiada berkesudahan kepada Buya Muhibbuddin Waly dan menempatkan beliau bersama para kekasihNya dalam syurga yang penuh kenikmatan. Pemergianmu kuiringkan dengan al-Fatihah .....Selamat Jalan Buya.

_______________

P/S: Oleh kerana pelbagai kesibukan, sudah seminggu baru saya dapat tahu tentang pemergian beliau. Alhamdulillah kami sempat mengambil sedikit ijazah daripada beliau ketika kunjungannya ke KUIS satu masa dahulu.

* Lihat juga Blog Pondok Tampin.

SEMINAR ANTARABANGSA MANHAJ NABAWI


Tokoh-tokoh Undangan:

Friday, March 2, 2012

Syeikh Ahmad Mukhtar Ramzi رحمه الله تعالى


Wafatnya Syeikh Ahmad Mukhtar Ramzi

Oleh: al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting (sumber asal)


Saya merasa sedih sekali ketika Syeikh Usamah Sayyid Mahmud al-Azhari menyampaikan berita duka cita tentang wafatnya seorang ulama besar yang tidak pernah terlihat di majlis-majlis besar, beliau adalah Syeikh Ahmad Mukhtar Ramzi yang tidak mau mengejar dunia dan isinya, begitulah yang saya tahu dari kehidupannya, beliau sibuk menulis di rumahnya dan tidak banyak keluar dari rumahnya.

Berawal dari perkenalan saya dengan beliau ketika ingin belajar ilmu hadis, tetapi Syeikh Ahmad berpindah rumah sehingga kami menunggu berita darinya, setelah saya tanyakan keberadaan beliau yang tinggal sementara di rumahnya yang terletak di Iskandariyah, maka saya pun berangakat menuju Iskandariyah, setelah masuk dan bersalaman dengan beliau, kemudian beliau pun memulai ceritanya, beliau cerita tentang pengalamannya dengan Syeikh Hasan al-Banna, setelah itu beliau menceritakan kesesatan kaum Wahabi, dari ceritanya yang berjam-jam dapat saya simpulkan betapa bencinya beliau dengan Wahabi, sehingga sampai maghrib beliau hanya menceritakan kesesatan wahabi dan bahaya pemikirannya.

Biografi Syeikh Ahmad Mukhtar Ramzi

Nama lengkap dan kelahiran

al-Alim al-Allamah al-Musnid al-Kabir Muhaddis al-Muhaqqiq Syeikh Ahmad Mukhtar bin Usman bin Muhammad Ramzi al-Hanafi , berasal dari Turki, warga negara Mesir.

Beliau dilahirkan pada 6 Zulqa`dah 1342 H.

Keluarga beliau merupakan keluarga yang soleh dan taat beribadah, membuat Syeikh Ahmad terpengaruh dengan keadaan mereka, dari kecilnya orang tua beliau telah memberikan perhatian yang cukup besar terhadap pendidikkannya dan tarbiyahnya, membuat Syeikh Ahmad tumbuh dan berkembang menjadi seorang anak yang kuat dengan agamanya.

Pendidikannya

Setelah beliau mengecap pendidikkan sekolah dasar, maka beliau melanjutkan pendidikkannya di sekolah tsanawiyah Khedewiyah, kemudian beliau bertemu dengan Syeikh Hasan al-Banna dan menyempatkan diri untuk belajar langsung dengan beliau, baru saja beliau mendudukki bangku sekolah tsanawiyah sudah memiliki semangat untuk terus bersama dengan Syeikh Hasan al-Banna, membuat beliau memiliki segudang memory dengan Syeikh Hasan al-Banna.

Perkenalan beliau dengan Syeikh Hasan al-Banna membuahkan hasil pemahaman beliau tentang kesyumulan Islam, banyak pengajaran yang beliau dapati dari Syeikh Hasan al-Banna, persahabantan beliau dengan Syeikh Hasan al-Banna terputus setelah Syeikh Hasan al-Banna meninggal dunia di tembak oleh orang yang tak dikenal, membuat kepergiannya ditangisi oleh Syeikh Ahmad Mukhtar dan umat Islam.

Syeikh dan para guru beliau

Disamping itu beliau mengaji dengan Syeikh-syeikh besar seperti Imam al - Akbar Syeikhul Azhar Muhammad al-Khadhar Husein, Muhaddis Syeikh Muhammad Hafizh al-Tijani, Syeikh Muhammad Muhammad al-Audan, Syeikh Musthafa Abu Saif al-Himami, Syeikh Mansur Ali Naashif , Syeikh Abdus Salam al-Munir, Syeikh Amin Mahmud Khithab as-Subki, Syeikh Umar Wajdi al-Kurdi, tapi sayang ketika itu beliau tidak begitu memperhatikan ijazah dan sanad sehingga tidak mendapat ijazah riwayat dari para gurunya, hal ini beliau merasa sangat menyesal sekali dengan hal tersebut, bagaimana beliau bisa keluar masuk ke Masyaikh Azhar ( Kantor Syeikh Azhar Muhammad al-Khadhar Husein ) tanpa meminta ijazah ammah darinya, penyesalan ini selalu beliau ungkapkan, dan hal ini juga yang membuat penulis menjadi begitu semangat untuk menghasilkan ijazah ammah dari ulama-ulama besar.

Namun bukan berarti beliau mencampakkan begitu saja sisa hidup tanpa mendapatkan ijazah dari para ulama, bahkan beliau begitu semangat mengambil ijazah dari para ulama besar setelah itu, beliau tak ingin lagi menyesal seumur hidup, sehingga akhirnya beliau mendapat ijazah dari :

1 - Muhaddis Syeikh Abdul Fatah Abu Guddah.

2 - Syeikh Muhammad Abdur Rasyid an-Nukmani,

3 - Syeikh Muhammad Ali al-Murad .

4- Syeikh Abdurrahman bin Abi Bakar al-Mula.

5 - Syeikh Abdul Qadir Karamatullah al-Bukhari.

6 - Syeikh Abdul Fatah Husein Rawa al-Jawi al-Makki.

7 - Syeikh Malik Ibnu Arabi Sanusi.

8 - Syeikh Muhammad Taisir bin Taufiq al-Makhzumi.

9 - Syeikh Muhammad Mursyid Abidin.

10 - Syeikh Karim Rajih.

11 - Syeikh Muhammad Abu Bakar al-Habsyi.

Dan lain-lain.

Hasil karya Syeikh Ahmad Mukhtar Ramzi :

1 - Itihaful Anam Bi Asanidi al-Imam ( Abu Hanifah ).

2 - Hayatul Imam al-A`zhom ( Imam Abu Hanifah ).

3 - Fiqhu Imam al A`zhom ( Imam Abu Hanifah ).

4 - Marja`ul Hadis Fi Ulumi Sunnah Wa Musthalah Hadis.

5 - Ahkamu Tirkah Wal Mawarith.

6 - Aqa`id Ahli al-Kitab.

7 - Siyar A`lam al-Muhaddisin.

Dan lain-lain.

Murid-murid Beliau

1- Muhaddis Syeikh Usamah Said al-Azhari.

2 - Syeikh Muhammad bin Abdullah Ala Rasyid.

3 - Syekh Majid Hamid al-Iraqi.

4 - Syeikh Zakaria bin Ismail al-Makki al-Azhari.

5 - Syeikh Abu al-Husein Walid al-Hanafi al-Mesri al-Azhari.

6 - Syeikh Muhammad Sulthon Jad al-Azhari.

7 - Muhammad Husni Ginting al-Langkati al-Husofy al-Azhari.

8 - Muhammad Mohsen bin Sirun al-Qadahi al-Husofy al-Azhari.

9 - Muhammad Samsul Amir bin Ali Hasan al-Qadhahi al-Husofy al-Azhari.

10 - Muhammad Shahrizan bin Husein al-Peraqi al-Husofy al-Azhari.

11 - Muhammad Saiful Azim Asselangori al-Husofy al-Azhari.

Dan lain-lain.

Ulama-ulama yang telah menulis biografi Syeikh Mukhtar Ramzi :

1- Muhaddis Syeikh Usamah Said al-Azhari, didalam kitabnya : Mu`jam Syuyukh dan Asanid Mesriyyin.

2 - Syeikh Muhammad bin Abdullah Ala Rasyid, didalam kitabnya : Imdadul Fatah Bi Asanidi Wa Marwiyati Syekh Abdul Fatah.

3 - Muhammad Husni Ginting al-Langkati al-Husofy al-Azhari, didalam kitabnya : Ghayatur Rusukh Fi Mu`jami Syuyukh.

Beliau meninggal dunia pada hari Rabu 30 Rabiul Awwal 1433 Hijriyah bertepatan tanggal 22 Februari 2012 H, semoga Allah melimpahan rahmat dan kasih sayangnya kepada guru kami Syeikh Ahmad Mukhtar Ramzi.

رحمه الله تعالى رحمة واسعة

Thursday, March 1, 2012

Kriteria Hadis Palsu Perlu Jelas

Sebar Hadis Palsu Ibarat Pendustaan Terhadap Nabi - Ketua Pengarah JAKIM


"Jika mereka ini berniat jahat, ia boleh menyebabkan umat Islam hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap agama mereka," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha kepada Bernama.

Sambil melahirkan rasa bimbang terhadap penggunaan hadis palsu yang kini menular di Internet, beliau berkata ia boleh menyebabkan umat Islam beramal dengan suatu syariat yang salah kerana hadis berkenaan tidak berlandaskan sumber rujukan yang diperakui kesahihannya.

Othman berkata, mereka yang terlibat menggunakan hadis daif dan palsu disebarkan melalui blog atau laman sosial peribadi ini, kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai hadis.

"Ada pula yang tidak dapat membezakan antara kata-kata sahabat atau hukamak (cendekiawan) dengan hadis Nabi. Mereka menganggap semua itu sama sahaja daripada segi statusnya," katanya.

Beliau berkata, jika hendak menyebarkan sesuatu hadis kepada umum, sama ada melalui media cetak, media eletronik atau media baru, ia mestilah terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang arif tentang hadis atau daripada sumber yang muktabar.

Kesalahan menyebarkan hadis palsu boleh dikenakan tindakan mengikut pelbagai seksyen seperti mencerca agama dan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak.

Kesalahan ini terletak di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, Seksyen 13 (1).

Othman berkata, tindakan boleh juga diambil mengikut Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri.

Memandangkan kesalahan ini dilakukan di alam siber, pihak berkuasa agama negeri perlu mendapat kerjasama daripada pihak yang mempunyai bidang kuasa dan kepakaran khususnya Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), katanya.

"Perbuatan ini seolah-olah menyebarkan fitnah dan pendustaan terhadap Rasulullah SAW kepada seluruh umat manusia dan merosakkan aqidah umat Islam dan kewibawaan nas-nas syarak itu sendiri," katanya. - BERNAMA (dengan ringkasan)

------------------

Ulasan:


Saya menyokong dan mengalu-alukan usaha untuk membendung penyebaran hadis palsu seperti yang disuarakan oleh ketua pengarah Jakim itu. Hukum memang jelas, sesiapa yang mencipta, mengguna dan menyebarkan hadis palsu secara sengaja dianggap telah melakukan pendustaan besar terhadap baginda Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanapun, usaha tersebut perlu dilaksanakan dengan perancangan yang teliti kerana masih ramai masyarakat yang masih cetek pengetahuannya tentang kedudukan hadis-hadis yang disandarkan kepada Nabi SAW. Dan masalah ini perlu diselesaikan dahulu. Sejumlah dana memang sangat diperlukan untuk kerja-kerja penyelidikan, sebaran dan penerbitan, sebagai contoh, untuk mentahkik dan mentakhrij hadis kitab-kitab jawi lama. Ini amat penting difikirkan oleh pihak Jakim sendiri.

Kesedaran di kalangan masyarakat masih rendah. Justeru amat perlu terlebih dulu usaha menyedarkan masyarakat mengenai peri pentingnya menghindari hadis-hadis palsu serta menyekat penyebarannya. Ini juga menjadi tanggungjawab para alim ulama untuk menjelaskannya kepada masyarakat.

Tidak menjadi masalah jika hadis palsu itu disepakati kepalsuannya oleh para sarjana yang berkeahlian. Apa yang menjadi persoalannya, bagaimana dengan hadis yang diperselisihkan kedudukannya antara palsu dan tidak? Apakah kriteria yang menjadi rujukan untuk hadis yang seperti ini? Misalnya, ada penulis yang membukukan tentang 40 hadis palsu, sedangkan di antaranya ada hadis-hadis yang tidak palsu dan hanya sekadar daif, bahkan ada yang dapat meningkat kepada darjat hasan menurut sebahagian ulama yang lain.

Justeru, penentu kepalsuan sesuatu hadis itu perlulah disepakati oleh mereka yang mahir dengan ilmu hadis serta cabang-cabangnya, faham tentang takhrij dan kajian sanad, serta mendalami selok-belok ilmu rijal, dan bukannya sekadar taklid. Di samping mengetahui tentang ilmu fiqh dan usul fiqh. Jika tidak, dikhuatiri akan lebih memberi kekeliruan kepada masyarakat. Apatah lagi jika ada yang suka membataskan hak untuk menghukum hadis sebagai palsu ini kepada kumpulannya sahaja dan terus tergesa-gesa untuk menghukum para pengamalnya sebagai ahli bidaah... الله المستعان...

Wallahu a'lam.


(Versi Melayu) Injil 1,500 tahun ditemui di Ankara, Turki mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW


ANKARA, TURKI: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. (Namun kajian lanjut tentang usia manuskrip tersebut masih dijalankan dan keraguan mengenai keasliannya juga belum dibuktikan)

- Agensi