Pages

Wednesday, January 29, 2014

Kiyai Haji Muhammad Ahmad Sahal رحمه الله

Oleh: Ustaz Abu Muhammad (Bahrus shofa)

Hari ini (Jumaat, 24 Januari 2014) telah berpulang seorang lagi ulama iaitu al-Mukarram Kiyai Haji Muhammad Ahmad Sahal bin Abu Hasyim Muhammad Mahfudh Salam rahimahullah. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mbah Sahal adalah seorang adalah Rois Aam Syuriah Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (NU), pemimpin Pondok Pesantren Maslakul Huda dan pernah menjadi ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI). Beliau dilahirkan pada 17 Disember 1937 di Kajen, Kabupaten Pati, Jawa Tengah. Beliau terkenal alim dalam ilmu-ilmu Islam terutama sekali fiqh dan usul fiqh. Dalam bidang penulisan, beliau giat menulis karya - karya samada berbahasa `Arab maupun Indonesia, antaranya:-
  1. Faidlul Hajaa ‘alaa Nayl al-Rajaa Mandhumah Safinah al-Najaa.
  2. Thariqah al-Hushul ila Ghayah al-Ushul;
  3. al-Bayan al-Mulamma`;
  4. ats-Tsamah al-Hajainiyah;
  5.  Luma` al-Hikmah ila Musalsalat al-Muhimmat;
  6. al-Faraid al-`Ajibah;
  7. Nuansa Fiqh Sosial;
  8. Pesantren Mencari Makna;
  9. Telaah Fikih Sosial;
  10. Ensiklopedi Ijma`;
  11. Dialog Problematika Umat.
Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmatNya yang berkekalan ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama para shalihin..... al-Fatihah.

al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Tamrin Al-Banjari رحمه الله

Oleh:  al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting

Hari sabtu tanggal 2 Rabi`ul Awwal 1435 H, bertepatan tanggal 4 Januari 2014 telah berpulang ke rahmatullah Syeikh kami Allamatu Indonesia dan Musnidnya Syeikh Muhammad Husni Tamrin bin Jefri Al-Banjari Al-Indonesi ad-Dari Al-Azhari As-Syazuli.

Nama dan tarikh lahir

Al-`Alim Al-Allamah Al-Musnid Al-Faqih Ar-Rawiyatu An-Nabih Muhammad Husni Tamrin bin Jefri Al-Banjari Al-Indonesi, Ad-Dari Al-Azhari As-Syafi`i al-Asy-`Ari As-Syadzuli.

Beliau di lahirkan pada tanggal 13 Sya`ban 1362 H bertepatan pada 1943 di Ambaraya Banjarmasin, dinamakan oleh Sayyid Muhammad Amin dengan Muhammad.

Bermukim di Makkah

Pada tahun 1367 beliau berangkat ke Makkah, setelah melaksanakan Haji dan Ziarah Nabi SAW beliau tinggal dan bermukim di Makkah, setelah itu beliau memasuki bangku sekolah di Darul Ulum Makkah, sekolah ini tempatnya anak-anak Indonesia dan Melayu, selain mengikuti pelajaran di sekolah Darul Ulum beliau juga menyempatkan waktu untuk mengaji dengan ulama-ulama Makkah terlebih-lebih dengan Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani, beliau sangat melazimi Syeikh Yasin sehingga Syeikh Yasin sangat sayang kepada beliau.

Kepada Syeikh Yasin beliau mendengarkan Kutubus Sittah dan hadis-hadis Musalsal, terlebih-lebih musalsal yang jarang-jarang diriwayatkan oleh orang, bahkan beliau dipercayakan untuk menulis sebahagian kitab-kitab Syeikh Yasin Al-Fadani.

Setelah tamat sekolah Dar Ulum beliau berangkat ke Mesir dan melanjutkan pelajarannya di Universitas Al-Azhar Syarif, di Fakultas Usuluddin sehingga mendapat ijazah Lisence ( B.A ), kemudian berlanjut meneruskan pelajarannya di Azhar sehingga menyelesaikan Magester bahagian Aqidah, di antara teman beliau dulu di Mesir adalah Dr. Aziz Hanafi dari Kedah Malaysia, di tengah pengajian beliau di Mesir beliau selalu menziarahi Syeikh Hasanain Makhluf, sebab keeratan hubungan gurunya dengan Syeikh Hasanain Makhluf.

Setelah mendapatkan Magester dari Azhar beliau kembali bermukim di Makkah, dan meneruskan pengajiannya bersama Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, dan beliau berkhidmah dengan Syeikh Yasin sehingga Syeikh Yasin meninggal dunia pada tahun 1410 H bertepatan dengan 1990 M,

Menghidupkan majlis Syeikh Yasin

Setelah Syeikh Yasin meninggal dunia  majlis beliau diteruskan oleh anak murid beliau dan yang dipimpin oleh Syeikh Mukhtar Al-Falimbani, setelah Syeikh Mukhtar meninggal dunia majlis dipimpin oleh Syeikh Sayyid Haid bin Alawi Al-Kaaf, dan Syeikh Husni Tamrin ikut serta dalam menghidupkan majlis pengajian itu, terlebih-lebih majlis pembacaan Sohih Al-Bukhari pada bulan Ramadhan yang terus berjalan, sehingga akhirnya beliau pulang ke kampung halamannya Banjar Baru.

Di antara guru-guru beliau yang memberi ijazah ammah adalah : Syeikh Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki, Syeikh Hasan Masyath Al-Maliki, Syeikh Ismail Zein Al-Yamani, Syeikh Muhammad Amin Al-Kutubi, Syeikh Abdurrahman Al-Juhani, Muhaddis Abdul Aziz Al-Ghumari, Syeikh Ahmad Damanhuri Al-Banteni, Syeikh Hasanain Makhluf dan lain-lainnya.

Pulang ke Indonesia

Sekitar tahun 2008 Syeikh Husni Tamrin meninggalkan kota suci Makkah dan kembali ke tanah airnya, sebab banyak di kalangan ulama Banjar yang memohon Syeikh pulang ke Banjarmasin, terlebih-lebih setelah wafatnya Syeikh Zaini Abdul Ghani Al-Banjari, akhirnya beliau pun pulang ke Indonesia dengan berat hati, beliau tinggal di daerah Banjar Baru, di sana beliau membuka pengajian kitab-kitab yang berbahasa arab, banyak para pelajar dan ulama yang hadir ke majlis beliau, pengajian beliau terus berjalan sehingga beliau jatuh sakit pada tahun 2012 M, ketika ini pengajian beliau sudah tidak berjalan lancar lagi, pada tahun 2013 beliau terkena sakit strok sehingga lumpuh tidak berjalan lagi sehingga mesti duduk di kursi roda, tetapi pada saat itu beliau masih mampu membaca hadis-hadis musalsal.

Wafatnya sang alim yang tawaduk

Pada bulan Ramadhan penulis - Muhammad Husni Ginting, red - menyempatkan diri untuk menjumpai Syeikh Husni Tamrin, ketika itu kami sempat mendapat musalsal Mud dan So`, tetapi pada tanggal 27 Ramadhan 1434 H, merupakan akhir pertemuan saya dengan Syeikh tercinta setelah saya mendapat musalsal Takbir mengkhatam Al-Qur`an, pada dasarnya tanggal 1 Syawal saya sangat berharap dapat bertemu dengan Syeikh untuk mendengar musalsal Aidil Fitri, tetapi setelah saya sampai di rumahnya beliau tidak dapat keluar karena sakit, akhirnya saya pulang dan berangkat ke Air Port karena keberangkatan saya ke Jakarta pukul 13.00 waktu Indonesia tengah, pertengahan bulan Syawal saya mendapat kabar dari anak beliau bahwa beliau masuk rumah sakit lagi, begitulah keadaan beliau keluar masuk rumah sakit, hingga akhirnya pukul 13.00 waktu Indonesia tengah pada tanggal 2 Rabi`ul Awwal 1435 H beliau menutupkan nafas terakhirnya.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Syeikh kami dan memasukkannya ke dalam surga, Aamiin.


Rujukkan :
- Ghayatur Rusukh Fi Mu`jami Syuyukh  : 279
- Al-Arba`ina Azhariyah : 74