Pages

Monday, May 26, 2014

telah terbit majalah tasawuf islami bil. 5




  • Majalah Tasawuf Islami ini diterbitkan oleh PUSTAKA JAWAMI' AL-KALIM di bawah 'Pertubuhan Sahah Syeikh Soleh Al-Ja'fari, Negeri Sembilan'
  • Majalah ini khusus membincangkan semua yang berkaitan bidang tasawuf, kerohanian, tazkiyah dan dakwah
  • Hubungi: 017-396 1535
  • Harga: RM 8.00

  • Sokongan anda amat dihargai.
    Terima kasih.

    Friday, May 16, 2014

    Syeikh Hisyam al-Burhani


    Al-‘Allamah al-Faqih Syeikh Hisyam al-Burhani telah meninggal dunia dalam usia 82 tahun pada waktu fajar hari Ahad selepas berwuduk sebelum solat subuh tanggal 27-04-2014 bersamaan 27 Jumadal Akhir 1435H.

    Nama lengkapnya Syeikh Muhammad Hisyam bin Syeikh Muhammad Sa‘id bin ‘Abdur Rahman bin Muhammad Sa‘id al-Burhani ad-Daghistani al-Hanafi. Beliau dilahirkan di Dimasyq, Syria pada tahun 1932.

    Bapanya, al-‘Arif billah Syeikh Muhammad Sa‘id al-Burhani adalah seorang ulama terkenal di Dimasyq, mursyid Tariqat Syaziliyyah selepas guru beliau al-‘Arif billah Syeikh Muhammad al-Hasyimi. Beliau banyak menimba ilmu daripada bapanya, selain mengaji dengan guru-guru yang lain seperti Syeikh ‘Abdul Wahhab Dibs Wazait al-Hafiz, Dr. Mustafa as-Siba‘i, Syeikh Muhammad al-Mubarak, Dr. Ahmad Fahmi Abu Sinnah, Syeikh Muhammad al-Muntasir al-Kattani, Syeikh Mustafa az-Zarqa, Syeikh Abu al-Yusr ‘Abidin dan lain-lain.

    Pada tahun 1961, beliau melanjutkan pelajarannya ke Mesir ke peringkat Master di Fakulti Darul Ulum, Kaherah di bawah seliaan Dr. Mustafa Zaid dan judul tesisnya: (سد الذرائع في الشريعة الإسلامية) dan tamat dengan keputusan mumtaz.

    Sekembalinya ke Dimasyq tahun 1968, beliau mengajar di Fakulti Syariah, Dimasyq. Kemudian dari tahun 1975 hingga tahun 1993, beliau dipinjamkan ke Imarat sebagai penyelidik dan pembimbing di Kementerian Keadilan, Hal Ehwal Islam dan Wakaf. Setelah pulang, beliau terus mengajar di Fakulti Syariah Dimasyq sehingga tahun 2004.

    Antara karya-karya beliau:
    1- (علم تجويد القرآن الكريم)
    2- (المختصر في علم التجويد)
    3- (الأدب المفرد – تحقيق)
    4- (سلسلة رسائل في العبادات: الصلاة / الصيام / الزكاة / الحج)
    5- (فقه الصيام على المذاهب الأربعة (بالاشتراك))
    6- (فهرس أبجدي عام لموسوعة الفقه الظاهري "المحلى لابن حزم" (بالاشتراك))
    7- (مذكرة الفقه الحنفي لطلاب السنة الأولى)
    8- (مناسك الحج على المذاهب الأربعة)

    Beliau adalah antara ulama Syria yang terpaksa mendiamkan diri di bawah tekanan Rejim Asad, namun beliau terus memberikan khidmatnya mengajar, berkhutbah, berdakwah, membantu dan membela golongan yang susah. Beliau sangat benci dengan ulama yang suka membodek pemerintah yang zalim.

    رحمه الله تعالى



    Wednesday, May 14, 2014

    Syeikh Muhammad Nazim Haqqani


    Syeikh Muhammad Nazim Adil al-Qubrusi al-Haqqani atau biasa disebut Syeikh Nazim Haqqani telah meninggal dunia pada Rabu 7 Mei 2014 bersamaan 7 Rajab 1435 H di Cyprus pada usia 92 tahun. Jenazah beliau disembahyangi di Masjid Salamiya di Lefkosa dan dikebumikan di Lefke, Turkish-Cyprus. Beliau adalah syeikh Tariqat Naqsyabandiyyah ‘Aliyyah, selepas guru beliau Syeikh Abdullah Fa’iz al-Daghistani. Syeikh Nazim terkenal dengan usaha dakwahnya hingga dapat mengislamkan lebih puluhan ribu orang. Beliau dilahirkan pada 21 April 1922 di Larnaca, Cyprus.

    Antara karyanya:
    1. Mercy Oceans: The Teachings of Maulana Abdullah al-Faizi ad-Daghestani. 1980.
    2. Mercy Oceans: Emeralds of Eden. 1991.
    3. The Divine Kingdom. 1993.
    4. Rubies of Resplendence. 2001.
    5. Defending Truth, about "Circle of devils around every saint".
    6. Mystical Secrets of the Last Days.
    7. Pink Pearls.
    8. Divine Lovestreams.
    9. When Will Peace Come to Earth?
    10. Endless Horizons.
    11. Unity Oceans.
    12. Gold and Silver.
    Ramai ilmuwan yang mengucapkan takziah atas pemergian beliau, antaranya Syeikh Muhammad Abul Huda al-Yaqoubi, Syeikh Sayyid Muhammad bin Yahya al-Ninowi, Syeikh Sayyid Afeefuddin al-Gaylani, Syeikh Sayyid Hashimuddin al-Gaylani, Syeikh Muhammad Zahid Sultani Kashmir, pemikir terkenal Harun Yahya (Adnan Oktar) dan lain-lain.



    Syeikh Nazim merupakan tokoh ke-42 daripada 50 orang tokoh Islam yang paling berpengaruh di dunia. (rujuk: http://themuslim500.com/2013-2/the-top-50)

    Beliau juga merupakan tokoh sufi kontroversi yang mengundang banyak kritikan ulama terhadapnya, hinggakan di Malaysia Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Malah diseru pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat dan semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

     Habib 'Ali bertemu dengan Syeikh Nazim

    Mudah-mudahan ada penjelasan lebih telus dan toleran berdasarkan segenap aspek daripada yang benar-benar ahli (berdasarkan sumber sahih+fiqh+usul+tasawuf+dakwah). Bukan hanya berdasarkan nukilan, cakap lawan dan ustaz youtube

    Wallahu a‘lam.

    رحمه الله وغفر له