Pages

Saturday, May 30, 2009

Keajaiban Kamera?

Bercakap tentang alam ghaib, kita sebenarnya tidak punya pengetahuan yang banyak. Alam ghaib bagi kita adalah alam penuh mistik. Meskipun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun adakalanya ia dapat diperangkap masuk oleh kamera kita.

Ini adalah gambar-gambar orang berwuquf di padang 'Arafah pada Disember 2008 yang lalu yang tersebar melalui emel dan saya siarkan semula di sini. Namun sayang kerana tidak diketahui pengirim asal untuk memastikan keasliannya secara yakin 100%.

Adik saya juga pernah menunjukkan kepada saya imej lembaga perempuan berambut panjang yang diperangkap oleh kameranya ketika mengikuti satu latihan di sebuah kem di Hulu Langat dahulu. Namun saya tidak sempat 'menyimpan'nya ketika itu. Jika beliau masih menyimpannya saya akan cuba menyiarkannya di blog ini nanti.

3 comments:

Anonymous said...

tengok pada gambar tu,saya rasa lens dia yg bermasalah,saya pernah mengalami hal ini,jadi lens mesti di jaga dengan baik,bagi saya itu adalah wap yg terjadi dari lens camera je,kemungkinan besar camera yang digunakan tidak canggih

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

sebenarnya makkah ni adalah kawasan berdebu. Tambahan pula pada malam muzdalifah. Manusia yang bergerak menghasilkan debu2 yang berterbangan ke udara. Bulat2 itu terhasil daripada pancaran flash topup ataupun flash pada kamera PnS (point n shoot) yang dipancarkan tidak kuat pada debu2 yang berterbangan. Bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun, terima kasih kerana berkongsi.

Anonymous said...

Terima kasih kerana beri komen.. Bila saya tengok gambar ni di skrin cembung nampak macam biasa aje, seperti yang dikomen. Tapi gambar ni agak jelas bila di skrin flat, atau di dalam emel asal yang dikirim, iaitu terdapat banyak objek-objek bulat putih seperti awan yang menurut jurufotonya tidak ada dalam pandangan mata kasar.

Saya sendiri pernah melihat objek bulat berbentuk awan seperti ini terbang dengan laju di atas pokok-pokok kelapa dahulu.. Wallahu a'lam.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.