Pages

Thursday, October 22, 2009

35 Sejadah Berdiri...


"20 Oktober - Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat". (Laporan Malaysiakini, Utusan online dan lain-lain)

Kejadian 'paranormal' di Malaysia jika direkodkan agak banyak juga. Sebahagiannya ada yang berkait dengan amalan dan pegangan agama, seperti ayat al-Quran hilang daripada mashaf, objek-objek bergambar di langit dan juga sejadah berdiri. Dalam kejadian pelik begini seperti biasa ada pelbagai reaksi dan tafsiran orang.

1- Ada yang percaya, tanpa ambil iktibar.
2- Ada yang percaya dan mengambil iktibar.
3- Ada yang percaya ia hanya buatan orang semata-mata.
4- Ada yang percaya ianya 'mainan' makhluk halus.
5- Ada yang tidak percaya dan tidak mahu ambil iktibar.
6- Ada yang tidak pasti, sama ada mahu percaya atau tidak, tanpa ambil iktibar.
7- Ada yang tidak pasti, sama ada mahu percaya atau tidak, tetapi mengambil iktibar.

Di manakah anda???


p/s: Pautan berkaitan yang lain di sini.

5 comments:

Unknown said...

Hehe. Salam Ustaz. Sepatutnya, kami yang bertanya, apa pula pendirian ustaz? Hehe, nahnu tolibun wa antum mudarrisun

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

Dalam disiplin pengkritikan hadis, berita hanya dapat dipercaya dan diterima dari orang yang boleh dipercayai. Jika tidak pasti, kita tangguhkan dulu. Dalam hal ini, saya tidak pasti kerana belum lagi menemui (al-liqa') orang yang saya percayai (thiqah).

Namun ianya tidak mustahil, kerana saya dah mendengar perkara-perkara yang lebih ajaib lagi daripada itu dari orang yang saya percayai...

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

Misalnya, ayat al-Quran hilang daripada mushaf. Peristiwa ini berlaku pada ustazah saya sendiri yang terkenal dengan warak dan solehah ketika beliau membaca al-Quran. Ketika itu saya masih awal remaja di SMAT Hishamuddin Kg. Jawa, Klang. Saya masih ingat, mushaf yang ditunjukkan kosong sebahagian helaiannya.

والله أعلم

Anonymous said...

kalau ada yang nampak sejadah tu tengah berdiri macam ystazah ustaz nampak masa tengah baca Quran ok gak. tapi yang nampak semua dah siap berdiri.
nanti ada lak yang nak amik sejadah tu pasal berkat = dah jadiisu aqidah lak
rase ni kerja setan. tapi setan di kalangan manusia la

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

Saya tetap tawaqquf...tidak kata apa-apa. Jika banyak kali terjadi, secara bersiri, macam dibuat-buat, mungkin boleh kita kata buatan manusia.

Kebanyakan perkara 'pelik' ini tidak terjadi berlanjutan macam objek-objek bergambar di langit dulu. Takda sapa boleh tiru, buat setahun sekali ke contohnya..

Tetapi perlu ingat, akan banyak lagi kejadian-kejadian pelik akan berlaku sehinggalah yang paling besar sekali di antaranya turunnya Nabi ISA a.s. (Sila baca hadis-hadis akhir zaman).

Masalah ambil berkat (tabarruk), itu adalah masalah lain. Antara berlakunya suatu kejadian atau tidak, dan kesan yang berlaku hasil suatu kejadian serta hukumnya, adalah dua perkara yang berbeza.

Nabi SAW mengkhabarkan dalam hadis sahih bahawa ada binatang yang akan dapat berkata-kata nanti. Kalau ada orang nak sembah binatang tu.. maka ini adalah satu masalah lain yang perlu ditangani.

Kejadian-kejadian akhir zaman adalah juga bagi menguji keutuhan iman manusia... Hanya orang-orang mukmin sejati sahaja yang dapat melepasi tapisan tersebut.
والله أعلم

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.