Respon terhadap artikel: Benarkan hanya azan di pembesar suara, dalam malaysiakini.com, 15 Jan. 2011.
Isu Pembesar Suara
Isunya adalah tentang bacaan-bacaan - selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai, yang kononnya telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan. Objektif penulisnya barangkali ialah untuk menjaga hati orang bukan Islam dan agar agama Islam tidak dipandang serong oleh mereka. Namun huraian, penghujahan dan konklusi yang diketengahkan olehnya memerlukan kepada sedikit penilaian semula. Alat pembesar suara sudah tentu tidak wujud pada zaman Nabi SAW, namun apa yang ditinggalkan oleh baginda kepada kita ialah hukum mengangkat dan merendahkan suara, yang akan dibincangkan dalam artikel ini.
Antara ‘penyakit’ sesetengah ahli ilmu ialah terburu-buru dalam mengeluarkan hukum atau fatwa tanpa melihat terlebih dahulu dengan teliti dan mendalam terhadap masalah yang dibahaskan. Hanya mengguna pakai sebuah dalil sahaja tanpa melihat dalil-dalil yang lain atau meninggalkan dalil-dalil yang lain, maka terus diputuskan hukum atau fatwa darinya. Kebelakangan, perkara sebegini semakin kerap berlaku baik di kaca tv, radio, akhbar, internet, masjid, dan lain-lain.
Dalil-Dalil Larangan dan Ulasannya
Saya tidak akan mengupas atau mengulas satu persatu isi kandungan artikel tersebut kerana ia akan mengambil ruang yang panjang. Apa yang akan kita bincangkan di sini ialah dari sudut pendalilan yang diguna pakai iaitu tentang kadar suara dalam melaksanakan ibadah, seumpama solat, membaca al-Quran, zikir, doa, azan dan sebagainya.
Antara hujah yang dibangkitkan oleh mereka yang melarang dari mengangkat suara dalam beribadah ialah hadis sahih riwayat Abu Dawud dalam Sunannya (no. 1135):
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخدري قَالَ: اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ: أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ: فِي الصَّلَاةِ. وفي مسند أحمد (رقم 11461) ومصنف عبد الرزاق (رقم 4216): وَهُوَ فِي قُبَّةٍ لَهُ فَكَشَفَ السُّتُورَ.
Terjemahan:
Dari Abu Sa'id al-Khudri katanya: “Pernah Nabi Muhammad SAW beriktikaf dalam masjid, lalu baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran atau solat) lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: “Ketahui sesungguhnya setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan, atau sabdanya: dalam solat”. Dalam riwayat Musnad Ahmad dan Musannaf ’Abd al-Razzaq ditambah: ”Sedangkan ketika itu baginda berada di qubbah (tempat ibadah) baginda, lalu baginda pun menyingkap tirai-tirai...”.
Hadis ini perlu diteliti dari pelbagai aspek. Selain tekstual hadis perlu juga dilihat dari sudut kontekstual hadis. Perlu juga ditinjau dengan membuat komparatif dengan nas-nas lain, serta situasi ‘urf. Demikian kaedah yang perlu dipraktikkan bagi mengeluarkan sebuah hukum atau fatwa, tidak semata-mata berpegang kepada sebuah teks yang terhad. Adakalanya teks yang terhad hanya mampu menghasilkan pedoman dan panduan semata-mata, tetapi belum dapat membentuk sebuah hukum yang releven dan fatwa yang autentik.
Tanda-tanda pada zahir hadis tersebut seperti sedang beriktikaf, bermunajat, dan kadar suara yang mengganggu menunjukkan bahawa situasi pada masa itu ialah waktu malam yang bersuasana sunyi dan hening. Penulis berpendapat, agak jauh untuk dikatakan hadis tersebut diucapkan pada waktu siang kerana suasananya agak berlainan dan kadar suara biasanya tidak begitu mengganggu. Siang adalah masa berkerja dan malam adalah masa beristirehat, maka amat sesuailah pada masa itu dielakkan sebarang gangguan dan amat tepatlah teguran Nabi SAW kepada para sahabatnya itu. Justeru menggunakan hadis ini bagi mengeluarkan hukum umum tanpa ada sebarang pengecualian atau perbezaan perlulah diteliti semula.
Realiti yang berlaku pasa masa kini, penggunaan pembesar suara biasanya selesai pada atau selepas waktu isyak, atau lebih sedikit jika ada penceramah yang melanjutkan celotehnya, dan bermula semula pada waktu pagi sebelum atau pada waktu fajar. Justeru, tidak berlaku sebarang gangguan pembesar suara antara waktu isyak sehingga subuh. Bagaimana situasi sedemikian dapat dikiaskan dengan hadis di atas yang barangkali ditujukan pada waktu dua pertiga malam, atau separuh malam ataupun sepertiga malam.
Manakala hadis yang berbunyi:
عن أَبِي مُوسى الأَشْعَرِيِّ رضي الله عنه، قَالَ: لَمَّا غَزَا رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم خَيْبَرَ، أَوْ قَالَ: لَمَّا تَوَجَّهَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم، أَشْرَفَ النَّاسُ عَلَى وَادٍ فَرَفَعُوا أَصْوَاتَهُمْ بِالتَّكْبِيرِ: اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ لاَ إِله إِلاَّ اللهُ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لاَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًا إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا، وَهُوَ مَعَكُمْ... (أخرجه البخاري ومسلم)
Terjemahan:
Dari Abu Musa al-Asy’ari RA katanya: Ketika Rasulullah SAW memerangi Khaybar, atau katanya: Ketika Rasulullah SAW menuju kepadanya, orang-orang telah melihat sebuah wadi, lalu mereka mengangkat suara mereka bertakbir; Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha illa Allah… Maka sabda Rasulullah SAW: Kasihanilah diri kamu sekalian, sesungguhnya kamu tidak menyeru yang tuli mahupun yang ghaib, sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar lagi Dekat, dan Dia bersama kamu sekalian...”.
Zahir hadis ini menunjukkan bahawa teguran tersebut adalah disebabkan kadar suara yang berlebih-lebihan dan melampaui had dalam mengeras dan meninggikannya. Nabi SAW sentiasa membimbing umatnya kepada sikap bersederhana, maka amat wajar baginda memberi teguran tersebut.
Kata Imam al-Nawawi: Maknanya ialah kasihanilah diri kamu dan rendahkanlah suara kamu. Perbuatan mengangkat suara biasanya dilakukan orang kerana jauhnya orang yang diajak bicara agar ia mendengarnya, sedangkan kamu menyeru Allah Taala dan Dia bukanlah pekak mahupun ghaib, bahkan Dia Maha Mendengar lagi Dekat, dan Dia bersama kamu dengan ilmu dan liputan pengetahuan-Nya. Maka pada hadis ini terdapat galakan agar merendahkan suara ketika berzikir jika keperluan tidak mendesak untuk mengangkatnya. Sekiranya suara direndahkan, itu lebih beradab dalam memuliakan dan mengagungkan-Nya. Manakala jika keperluan perlu untuk mengangkatnya, barulah diangkat sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis (seperti talbiah dan sebagainya).
Dalam hadis yang lain:
عن عقبة بن عامر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الجاهر بالقرآن كالجاهر بالصدقة. والمسر بالقرآن كالمسر بالصدقة)). رواه الترمذي، وأبوداود، والنسائي. وقال الترمذي: هذا حديث حسن غريب.
Terjemahan:
Dari ’Uqbah bin ’Amir katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang membaca kuat dengan al-Quran seperti orang yang berterang-terangan dalam bersedekah. Dan orang yang membaca perlahan dengan al-Quran pula seperti orang yang bersembunyi-sembunyi dalam bersedekah”.
Makna hadis ini menunjukkan kepada keutamaan (keafdalan) dalam membaca al-Quran dan bukannya menunjukkan kepada larangan meninggikan suara. Sedangkan Nabi SAW pernah memerintahkan Abu Bakar al-Siddiq RA agar meninggikan suara:
عن أبي قتادة - رضي الله عنه - أن النبيَّ -صلى الله عليه وسلم- قال لأبي بكر : «مررتُ بك وأنت تقرأُ، وأنت تخفض من صوتك؟» فقال : إني أسمعتُ من ناجيتُ ، قال : ارْفعْ قليلا ، وقال لعمر : مررت بك وأنت تقرأُ ، وأنت ترفع من صوتك؟ قال : «إني أُوقِظُ الوَسنان ، وأطردُ الشيطان، قال : اخفِض قليلا». وفي رواية: «يا أبا بكر ، ارْفع من صوتك شيئا ، وقال لعمر : اخفِضْ من صوتك شيئا». رواه الترمذي وأبو داود بإسناد صحيح.
Terjemahan:
Dari Abu Qatadah RA bahawa Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar RA: Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu merendahkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku hanya memperdengarkan kepada Siapa yang aku bermunajat kepada-Nya. Balas baginda: Angkatlah sedikit (suaramu). Dan baginda juga bersabda kepada ’Umar RA: Aku telah melintasi kamu ketika kamu sedang membaca, dan kamu mengangkatkan suara. Jawab beliau: Sesungguhnya aku ingin membangkitkan orang yang mengantuk dan mengusir syaitan. Balas baginda: Rendahkan sedikit (suaramu). Dalam riwayat lain: ”Wahai Abu Bakar, angkatlah suaramu sedikit, dan baginda bersabda kepada ’Umar: Rendahkanlah suaramu sedikit”.
Di sini, Nabi SAW menyuruh mengangkat suara jika ianya terlalu perlahan atau tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain, dan melarang mengangkatkan suara jika ianya melebihi had, atau kerana ia dapat menimbulkan sifat riyak dan ujub yang ditegah oleh syarak. Secara mafhumnya, baginda mengajarkan bahawa bersederhana itulah yang lebih utama.
Selain hadis Abu Bakar RA tersebut terdapat beberapa hadis lain yang membenarkan mengangkat suara seperti;
حديث أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: لَمْ يَأْذَنِ اللهُ لِشَيْءٍ مَا أَذِنَ لِلنَّبِيِّ أَنْ يَتَغَنَّى بِالْقُرَآنِ يَجْهَرُ بِهِ. (رواه البخاري ومسلم وغيرهما)
Terjemahan:
Dari Abu Hurairah RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: Allah tidak mengizinkan (meredhai) bagi sesuatu, apa yang telah diizinkan kepada Nabi agar berlagu dengan al-Quran, serta mengangkat suara dengannya”.
Kata Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar berkenaan dalil-dalil yang zahirnya saling bercanggahan ini: Pengharmonian antara kedua-duanya ialah bahawa suara perlahan itu lebih jauh dari sifat riyak, dan ianya adalah afdal bagi orang yang takutkan demikian. Jika tidak takut riyak pula, maka suara kuat itu lebih afdal dengan syarat tidak menyakiti orang lain seperti orang yang bersolat, tidur dan sebagainya. Maksudnya suara perlahan itu lebih afdal jika takutkan riyak atau menyakiti orang yang bersolat atau tidur dengan suara kuatnya. Suara kuat pula afdal dalam hal yang selain itu kerana amalan tersebut lebih besar, dan manfaatnya dapat dikongsi oleh orang lain sama ada dengan mendengar (dan banyak dalil menunjukkan ianya sebagai ibadah), belajar, mengikut, insaf atau ianya sebagai syiar agama. Ia juga dapat mengetuk hati si-pembaca, menumpukan perhatiannya untuk berfikir dan memfokuskan pendengarannya sendiri. Ia juga dapat menghalang rasa mengantuk, menambah rasa cergas, membangunkan orang lain yang tidur dan lalai serta menyegarkannya. Maka bila hadir salah satu niat-niat ini, maka suara kuat itu adalah lebih afdal.
Ada diriwayatkan oleh al-Daylami dalam Musnad al-Firdaus dari Ibn ’Umar secara marfu’:
السر أفضل من العلانية والعلانية أفضل لمن أراد الإقتداء به
Terjemahan: “Cara sembunyi itu lebih afdal dari cara terang-terangan, dan cara terang-terangan pula lebih afdal bagi orang yang mahu agar dicontohi”.
Maka kesimpulannya, tinggi atau rendah suara itu semua adalah bergantung kepada situasi, suasana, tuntutan dan juga keadaan. Selain perlu menitikberatkan kesederhanaan dalam semua aspek.
Sila rujuk dengan lebih lanjut tentang mengangkat suara dalam ibadah kepada kitab Sibahah al-Fikr fi al-Jahr bi al-Zikr oleh Imam ‘Abd al-Hayy al-Laknawi (w. 1304H), tahkik Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, dan kitab Natijah al-Fikr fi al-Jahr bi al-Zikr oleh Imam al-Suyuti (w. 911H). Namun menurut Syeikh Abu Ghuddah, kitab Imam al-Laknawi lebih detail dan lengkap perbahasannya.
Menangani Isu Sebenar
Isu sebenarnya bukan masalah penyalahgunaan pembesar suara, atau benarkan hanya azan sahaja di pembesar suara, tetapi adalah masalah kefahaman orang (terutama AJK masjid/surau) terhadap situasi yang mereka duduki. Kita ada pelbagai situasi, ada masjid yang jauh dari kawasan perumahan dan ada yang dekat, malah sebahagiannya berhimpit-himpit dengan rumah orang atau kedai. Ada masjid yang berdekatan dengan pusat maksiat. Ada masjid yang berdekatan dengan hospital. Ada masjid yang berada di kawasan yang majoritinya bukan Islam. Ada masjid bandar, dan ada masjid kampung. Ada masjid yang penduduk sekitarnya bersatu hati, dan ada masjid yang penduduk sekitarnya berbalah sesama sendiri. Suasana bandar yang sibuk pastinya berbeza dengan suasana kampung yang lebih tenang.
Peralatan pembesar suara juga perlu diambil kira. Ada pembesar suara yang mahal dan mengeluarkan suara yang enak dan merdu. Ada pembesar suara yang murah dan mengeluarkan suara yang ’serak’ dan berdesing sekali-sekala. Begitu juga hal dengan tugas bilal, ada bilal yang bersuara merdu dan sedap didengar, dan ada bilal yang bersuara kurang lemak merdu. Ada bilal yang melaungkan (atau memasang kaset) bacaan al-Quran atau zikir setiap lima waktu sebelum azan, dan ada bilal yang melaungkan (atau memasang kaset) bacaan al-Quran atau zikir pada waktu tertentu sahaja sebelum azan seperti waktu subuh dan maghrib misalnya. Dan sebagainya lagi.
Bayangkan sekiranya masjid tersebut terletak di kawasan yang majoritinya bukan Islam, atau sangat berhampiran dengan hospital, dan alat pembesar suaranya pula sering ’terbatuk-batuk’, dipasang pula alunan bacaan al-Quran atau zikir setiap lima waktu sebelum azan dan bilalnya pula bersuara ’serak-serak basah’. Apakah agaknya reaksi dan pendapat anda, jika dibandingkan dengan masjid yang terletak di kampung yang penduduknya sekitarnya bersatu hati dan sudah biasa dengan alunan bacaan al-Quran atau zikir pada waktu sebelum subuh dan maghrib, manakala bilalnya pula bersuara lemak merdu. Apakah sama situasinya?
Bagaimana pula sekiranya masjid tersebut berhampiran dengan pusat maksiat yang pengunjungnya tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid. Apakah tidak rugi jika semua ceramah-ceramah yang dijalankan di masjid itu hanya untuk orang di dalam masjid sahaja dan suara tidak keluar melebihi pintunya? Semuanya ini perlu diambil kira, bukannya mengeluarkan hukum secara pukul rata.
Iktibar Dengan Situasi
Abu Dawud meriwayatkan dalam Sunannya dari Ghudhaif bin al-Harith, beliau pernah bertanya kepada ’A’isyah RA antaranya:
أَرَأَيْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَجْهَرُ بِالْقُرْآنِ أَمْ يَخْفُتُ بِهِ؟ قَالَتْ: رُبَّمَا جَهَرَ بِهِ وَرُبَّمَا خَفَتَ. قُلْتُ اللَّهُ أَكْبَرُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً. رواه أبو داود بإسناد صحيح.
Terjemahan:
Adakah puan pernah melihat Rasulullah SAW mengangkat suara dengan al-Quran ataupun memperlahankannya? Jawab beliau: Adakalanya baginda mengangkat suara dengannya dan adakalanya baginda memperlahankannya. Aku berkata: Allahu akbar, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dalam urusan (agama) ini keluasan.
Kata al-‘Allamah Badr al-Din al-‘Aini (w. 855H) mengulas hadis di atas: Sabit pilihan bagi si-pembaca (al-Quran atau zikir) sama ada antara mengangkat suara dengannya dan juga memperlahankannya. Diperkatakan, mengangkat suara lebih afdal. Juga diperkatakan, memperlahankan suara lebih afdal. Namun yang benar ialah; ianya terikat menurut iktibar dari segi masa si-pembaca, kedudukannya dan juga situasinya. Maka hendaklah dipelihara mengangkat suara dan memperlahankan suara berdasarkan iktibar tersebut.
Kata-kata Ghudhaif bin al-Harith RA: ”Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dalam urusan (agama) ini keluasan”, wajar direnung dan diambil iktibar. Perbezaan ‘urf dan situasi kerana peredaran zaman perlu juga diambil kira. Apa yang penting, bukan hukum menggunakan pembesar suara yang sudah menjadi ‘urf pada masa kini, tetapi adalah kefahaman orang (terutama AJK masjid/surau serta para pengunjung masjid/surau juga) terhadap situasi yang mereka duduki. Dan perbincangan ini secara umum meliputi situasi dalam dan juga luar masjid. Persoalannya, bagaimanakah harus mereka mengendalikannya? Jika penulis artikel tersebut menyemak semula masalah ini dan memikirkan semua faktor-faktor yang dijelaskan, pasti dia akan memperbetulkan semula kenyataannya atau menambah apa-apa kenyataan yang wajar dan lebih diterima. Mengeluarkan sesuatu kenyataan atau hukum secara terburu-buru bukanlah suatu tindakan yang bijak.
19 comments:
Tahniah,
Ulasan yang lengkap dan padu.
Semoga Allah merahmati kamu.
Masya-Allah, masya-Allah, maulana.
Tahniah. Kupasan yang menarik. Mohon izin utk berkongsi artikel ini. Barakallahu fikum.
salam
Ulasan yang teliti dan berintelektual..harap ramai lagi yang membaca blog ini, pada yang sudah berkenalan dengan blog ini, sebar2kan pada saudara muslim yang lain supaya pemikiran kita lebih cermat dan teliti dalam menilai sesuatu. natijahnya adalah kebenaran. Mohon izin pada penulis untuk berkongsi artikel2 dalam blog ini.
ummurifqah UUM.
BETUL JUGA TU KENA TENGOK URUF..TP KAN..KALAU BINCG BAB ADAB DGN AL-QURAN,KITA BILA DENGAR AL-QURAN KENA SENYAP & DENGAR DG PENUH PERHATIAN, MSLHNYA ORG YG PASANG PULA SEOLAH NAK PAKSA ORG LUAR DENGAR SDG MRK X BERSEDIA DENGAR...SUDAHNYA AL-QURAN DIBIARKAN BGT SHJ,DIBAZIRKAN..MCM TENGAH KITA DOK MENGAJAR,TP ANAK MURID DI DEPAN BUAT BENDA LAIN,ACUH X ACUH JE..TERASA OO,SIAPA PULA YG BERCAKAP BILA AL-QURAN DIBACAKAN?ALLAH TU..SO, ANA RASA SPEAKER LUAR UTK BACAAN AL-QURAN SBLM SOLAT DI MANA SHJ X ELOK DIPASANG KRN X DE JAMINAN ORG AKAN SENYAP & DENGAR DGN PENUH PERHATIAN..HUJUNG AYAT TU ALLAH KATA LA'ALLAKUM TURHAMUN (AL-A'RAF:204)..LWN RAHMAT APA YE?
Pada saya, perbincangan di sini ialah mengenai konsep ketelitian dan kecermatan dalam menilai dan berhujah dengan sesuatu nas bukannya masalah kena guna speaker tak kena guna speaker.
ummurifqah UUM
Terima kasih kepada para asatizah yang memberi respon..
Apa yang ingin saya highlightkan - sebagai tambahan kepada respon Ustazah Ummu Rifqah UUM kepada Ustaz Abdullah UIAM - ialah ttg Fiqh al-Waqi' (فقه الواقع).
Bacaan Quran yang dialunkan melalui pembesar suara yang tidak mendapat respon masyarakat adalah disebabkan masalah kefahaman masyarakat itu sendiri yang sepatutnya menghormatinya sekalipun tidak faham maknanya. Jika dirasakan penyelesaiannya ialah tidak perlu memasang al-Quran, maka boleh dipasang selawat ataupun zikir. Jika tak pasang apa-apa pun, masyarakat pun tidak ambil pusing.
Ini masalah kefahaman masyarakat. Hatta azan itu sendiri pun mereka tidak memberi respon apa-apa, bahkan setengahnya langsung tidak ambil peduli dan sibuk dengan urusan sendiri. Bercakap-cakap kosong dan tidak menghormatinya. Sedangkan ia juga dapat menjadi ibadah apabila dihayati.
Apakah azan pun tak payah pakai pembesar suara juga seperti fatwa seorang ulama di Saudi kerana ianya bidaah?
Saya percaya tidak semua tempat masyarakatnya seperti yang kita sangkakan dan bayangkan, kerana ada setengah tempat yang suasana dan amalan rohaninya agak kuat. Masya' Allah.. Tabarak Allah.
Wallahu a'lam.
TQ..HMMM MEMANG BANYAK LAGI KERJA KITA ORANG AGAMA!!!CUMA YG X SEDAPNYA X ADA KESATUAN PADA ISU NI..ASRI & MUFTI PERAK KATA LAIN, KP JAKIM KATA LAIN...ELOK RASANYA KALAU SEBUAH AUTORITI AGAMA KELUARKAN KENYATAAN UTK ELAK ORG AWAM KELIRU
KEKELIRUAN DATANG DARIPADA PIHAK YANG KELIRU, MAKA MAHU TIDAK MAHU AKAN ADA PIHAK LAIN YANG MENDATANGKAN PENERANGAN-PENERANGAN YANG TERPERINCI UNTUK MENANGANI KEKELIRUAN YANG DIUJUDKAN
Bukan masalah tak tahu beri hukum. Masalahnya kita orang Melayu agama Islam negara Islam tetapi masih takut-takut dengan orang bukan Islam. Di Indonesia, rata-rata masjid tidak takut dengan orang cinanya. Azan juga di tengah-tengah bandar Jakarta dan tengah-tengah kawasan bukan Islam. Sebab mereka tahu tanah tumpah darah mereka. Kalau berkaroke kuat-kuat orang cinanya di kawasan Melayu, Melayu pakat diam.
'Urf tidak ada kena mengena dengan hadis larangan menguatkan al-Quran.
Dengar betul-betul ulasan mufti PP ustaz hasan.
'Urf tidak banyak boleh mengikat ibadah. Ibadah telah ditentukan para nabi. walaupun penulis sudah cuba menghuraikan dengan cermat, berdasarkan dalil, tetapi ternyata penulis sendiri sekadar membuat andaian tentang 'Urf.
Ulasan hadis Abu Daud juga tidak disandaran kepada penghurai hadis Abu Dawud. Sebab itu ada takwilan sedikit.
Apapun, artikel ini sudah sedikit cermat analisisnya, tidak gopoh. Cuma takwilan yang dibuat tidak disokong oleh asas yang kukuh.
Saya belum bersetuju dengan ustaz kerana perbincangan ini bukan tentang mengikat ibadah dengan 'Urf sehingga menjadikannya sunat atau wajib. 'Urf di sini ialah penggunaan pembesar suara, maka hukum asalnya adalah harus.
Takwilan saya didasarkan kepada nas-nas lain tentang mengangkat suara bacaan al-Quran. Selain zahir hadis yang bersifat khusus, dan diperkukuhkan dengan sejarah para sahabat di zaman Nabi SAW. "Fursan bin Nahar wa Ruhban bil Lail".
Kebanyakan ulamak2 sepakat bahawa sememangnya tidak digalakkan menggunakan pembesar suara untuk tujuan selain dari azan. Tidak kira di dalam apa sahaja kontek, samada di kampung, di bandar, di sebelah pusat maksiat dll kerana (1) Ada dalil yang menyebutnya, dan (2) Ianya memang berpotensi mengganggu orang di sekeliling yang pada ketika itu ada urusan masing2. Jadi dalil yang dinyatakan itu sebenarnya disokong oleh realiti kehidupan masyarakat semasa dan sesungguhnya itulah kehebatan agama islam yang kekal relevan sepanjang masa.
asslmlkm sheikh. Di masjidil haram dan Masjid Nabawi hanya ada laungan azan/iqomah dan hanya kedengaran khutbah jummat sahaja. Bacaan alquran dan ceramah agama tidak ada kedengaran wpon 100% ummat islam yang ada disekitar. Apa komen tuan ?
Bagi saya, bacaan2 quran atau ceramah tak perlu la pasang kuat sangat. Cukup sekadar orang2 di sekeliling dapat dengar ada aktiviti di surau. Saya nak tanya la bagi yg dok pertahankan sangat bacaan2 selain azan di surau2 atau masjid, ANDA BOLEH BAGITAU TAK BERAPA HAD MAKSIMUM VOLUME YANG BOLEH DIPULAS ORG YG MEMASANG TU? Tolong jawab yg ni dulu...Sebab biasanya ikut sedap hati org yg memasang je. Kalau kena jenis tok siak yg ada masalah pendengaran, dia gi pasang sampai maksimum, takkan itu pun anda nak gi pertahankan kot? Kalau azan tu lain la. Nak bagi maksimum pun takpe..
The " Tun Abdul Aziz Mosque "
( a.k.a. " Masjid Bulat " )
in Petaling Jaya (PJ) district,
should SERIOUSLY consider,
to stop playing
Qur'anic recitation MP3's,
on the loud-speaker system
(for approximately
a quarter of an hour;
by 4 times a day),
prior to the ' Call to Prayer '
( ' Adhaan ' ) ·
Just do a Quick Search,
on the Internet,
about the Mosque,
& the following search items
WILL appear :
" Masjid Bulat PJ bising "
" Tun Abdul Aziz Mosque is noisy "
" Masjid Tun Abdul Aziz PJ bising "
" Masjid Tun Abdul Aziz bising "
" Masjid Bulat bising "
- - -
[Q # 1] What special ' authority '
do They ( ' the management ' )
think They have,
that They can FORCE
every man, woman & child
(regard-less of Creed)
in the surrounding vicinity,
to listen to Qur'anic recitations,
coming from Their own mouths ?
[Q # 2] Shouldn't Qur'anic recitation
be an ' act of worship '
by an individual Muslim;
& NOT a source of public ' nuisance '
to the surrounding communities ?
- - -
Numerous Qur'anic verses &
Prophetic narrations can be found,
reminding the Muslims,
AGAINST un-justly treatments
to his / her neighbors.
Please, stop depriving Us,
of Our in-disputable RIGHTS,
to enjoy some
peace & tranquility,
in the comfort & luxury
of Our OWN homes.
Just a " soft reminder " to You.
Sincerely,
– Thy Dis-concerted Neighbor ·
.
.
.
The following Individuals
are responsible behind the
" REPETITIVE , DISRUPTIVE ,
REPULSIVE , & UN-WANTED
pattern of behavior "
exhibited by the Mosque ,
( i.e. Masjid Tun Abdul Aziz, PJ @
Masjid Bulat, PJ )
BEFORE the broad-cast
of Adhaan.
Since these People
BROAD-CAST Themselves
over the ' surrounding ' air
reciting The Noble Qur'an
( via the Mosque
loud-speaker system ) ,
I took the liberty
of EXPOSING Their identities
to the right-minded
Residents of Section 14 PJ.
Doing so,
I firmly believe that
They can no longer
ACT / HIDE
behind a Proxy / Entity
( i.e. the Mosque &
its Subsidiaries )
any-more.
- - -
Here's the list :
( in order of Name, Public capacity,
Role, Social Media account )
1] Mr. Mohd Yakub @ Zulkifli
bin Mohd Yusoff ·
Director, Academy of Islamic Studies,
Universiti Malaya ( UM )
Naadzir ( Leader ) ,
Tun Abdul Aziz Mosque
– AUTHORIZES the broad-casts
of Qur'anic recitation,
prior to the
Call to Prayer
@ facebook.com/Centre-of-Quranic-Research-CQR
# # #
2] Mr. Muhammad Lukman
bin Ibrahim ·
Lecturer, Universiti Sains Islam Malaysia
( USIM )
Guest Imaam * ,
Tun Abdul Aziz Mosque
– The voice of
RECORDED
Qur'anic recitation
( 80 % of the time )
@ facebook.com/DrMuhammadLukman
# # #
3] Mr. Wan Ainuddin Hilmi
bin Abdullah ·
Imaam * & Mu-adh-dhin * ,
Tun Abdul Aziz Mosque
Qur'anic Recitation Instructor
& Institute Director ,
Institut Pengajian al-Qur'an ( IPAQ )
– The voice of
LIVE & RECORDED
Qur'anic recitation
( 20 % of the time )
@ facebook.com/pages/Wan-Ainuddin-Hilmi-Abdullah
[ * Imaam = One who leads
the Prayers,
in a Mosque
* Mu-adh-dhin = One who issues
the Call to Prayer,
from a Mosque minarets ]
- - -
Realize that what You're doing
is DEFEATING Your Purpose
of calling People to Islam.
For the Muslims,
You prevent Us
from opening the Mus-haf
( Arabic for " Manuscript " )
by Our-selves ,
with Your LOUD Qur'anic recitation.
For the Non-Muslims,
You confuse Them
with the extra-lengthy
noise BEFORE the
Call to Prayer.
You cast the
seed of HATRED, towards Islam ;
& the worst part of it ?
You did so, KNOWING-LY ·
- - -
On a side note,
I leave the Readers
with an INTERESTING fact :
Those 3 said Individuals
are KELANTANESE.
I mean, it just doesn't
make sense.
The late Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
[ Spiritual Leader of the
Pan-Malaysian, Islamic Party ( PAS ) ]
DID support a SPECIFIC Ban,
on the use of external loud-speakers
of a Mosque,
for the purpose of " Tarhim "
( Qur'anic recitation
before Adhaan ) .
Now, isn't This
a case for Irony ·
.
.
.
.
.
.
The following Individuals
are responsible behind the
" REPETITIVE , DISRUPTIVE ,
REPULSIVE , & UN-WANTED
pattern of behavior " ,
exhibited by the
Tun Abdul Aziz Mosque ,
BEFORE the Call to Prayer :
# 01 ] Mr. Mohd Yakub @ Zulkifli
bin Mohd Yusoff
# 02 ] Mr. Muhammad Lukman
bin Ibrahim
# 03 ] Mr. Wan Ainuddin Hilmi
bin Abdullah
- - -
So much for the
" Religious Freedom " Thing
going on ,
in Petaling Jaya , Selangor ,
Malaysia ·
.
.
.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.