Pages

Monday, July 25, 2011

Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar رحمه الله تعالى

Dipetik dan diringkaskan dari Blog al-Fanshuri


Belasungkawa:

Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar adalah seorang ulama ‘senior’ Kedah. Beliau telah kembali kerahmatuLlah pada jam 5 pagi 23 Sya’ban 1432/25 Julai 2011, di Hospital Sultanah Bahyah Alor Setar, Kedah. Beliau dilahirkan pada 23 Januari 1928 di Kampung Jerai, Mukim Kupang, Kedah. Dalam usia yang lebih kurang 7 tahun beliau di bawa ke Mekah oleh keluarga beliau untuk belajar ilmu agama. Beliau belajar di Madrasah Darul 'Ulum ad-Diniyyah di Makkah dan di Masjidil Haram. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar [Fakulti Usuluddin].

Di antara kerjaya beliau: Menjadi Mudir Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyyah, Guar Cempedak, Guru Penolong di Ma’had di Johor, Guru Penolong di Ma’had Mahmud Alor Setar dan Guru Di Ma’had Tahfiz al-Qur’an. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau juga seorang yang banyak menghasilkan karya penulisan. Hampir 70 buah buku agama beliau hasilkan. Beliau seorang yang sangat gigih di dalam menyampaikan ilmu agama melalui majlis-majlis pengajian di masjid-masjid dan juga di radio.

Antara guru beliau adalah Syeikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani al-Makki (Pak Da El), Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdul Mutthalib al-Mandili al-Makki, Syeikh Yasin bin ‘Isa al-Fadani dan lain-lain.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam di Kedah khususnya dan di Malaysia umumnya. Semoga Allah merahmati beliau dan memberi sebaik-baik ganjaran kepada beliau. Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah kepada al-Marhum Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar serta mendoakan beliau.

Al-Fatihah ...

-----------------------------------

Karya-Karya Beliau

Berikut adalah antara hasil karya-karya beliau di dalam pelbagai displin ilmu:

Al-Quran

1- Pelajaran Ilmu Tajwid

2- Muzakkirah fi ‘Ulum al-Quran

3- Muzakkirah fi al-Tafsir

4- Muzakkirah fi Usul al-Tafsir

5- Terjemahan Kitab al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran oleh al-Nawawi.

Akidah

6- Al-Nujum al-Sati’ah fi ’Aqidah Ahlis Sunnah wal-Jama’ah

7- Sullam al-Tawhid

8- Madkhal al-Tawhid

9- Aqidah al-Mu’minin

10- Muzakkirah fi al-Tawhid

Fiqh

11- Hidayah al-Talibin

12- Al-Mursyid al-Amin: Panduan Tuan Imam

13- Sullam al-Fiqh

14- Tauladan Haji, Umrah dan Ziarah

15- Matla’ al-Nurain – Menghuraikan Ibarat Matla’ al-Badrain

16- Terjemahan Kitab Fath al-Mu’in oleh al-Malibari

17- Al-Risalah al-Wahbah al-Ilahiyyah oleh Syeikh Muhammad Mukhtar ‘Atarid – Menyatakan Fidyah Puasa dan Sembahyang (pembaharuan bahasa).

Tasawuf

18- Al-Jawahir al-Sufiyyah – Huraian Qatr al-Ghaythiyyah

19- Senjata Mukmin

20- Perisai Mukmin

21- Terjemahan Kitab Minhaj al-‘Abidin oleh Imam al-Ghazali

22- Terjemahan Kitab Tanbih al-Ghafilin oleh al-Samarqandi

23- Terjemahan Kitab al-Azkar oleh al-Nawawi

24- Amalan Sehari Semalam

25- Risalah Wirid-Wirid Lepas Sembahyang

26- Kaifiat Beramal Tariqat Ahli al-Syattar – Silsilah Syeikh Pak Da El Fatani.

27- Terjemahan Kitab Bidayah al-Hidayah oleh Imam al-Ghazali

Hadis

28- Mutiara Hadis-hadis Pilihan dari al-Jami’ al-Saghir oleh al-Suyuti

29- Al-Idhah fi Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah

Mantiq

30- Al-Tafkir al-Salim fi al-Mantiq al-Qadim

31- Al-Tafkir al-Sadid fi al-Mantiq al-Jadid

Bahasa Arab

32- Mari Belajar Bahasa Arab


Senarai karya beliau di akhir terjemahan kitab al-Tibyan



رحمه الله تعالى رحمة واسعة

2 comments:

anasriz said...

Terima kasih kerana memberi penghormatan yang tinggi kepada Arwah.

Muhammad said...

Macammana nak daptkan terjemahan kitab at-tibyan dan al-azkar?

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.