Pages

Sunday, September 25, 2011

Muktamar Tasawuf Antarabangsa Kaherah

Alhamdulillah, banyak pertemuan-pertemuan yang ‘barakah’ pada hari Sabtu lepas. Yang terbesar ialah Muktamar Tasawuf Antarabangsa di al-Azhar, Mesir. Ia berlangsung selama tiga hari, semalam, hari ini, dan esok. Walaupun tak dapat hadir, sekurang-kurangnya dapat mengikuti berita pun dah rasa cukup gembira. Tema muktamar, "Tasawuf: Manhaj Tulen Kepada Islah". Muktamar ini dianggap pertama kali dalam sejarahnya diadakan oleh al-Azhar secara internasional.

Antara para pembicara muktamar ialah Prof. Dr. Hasan al-Syafi’i, Prof. Dr. Muhammad al-Qawsi, Mufti Mesir Prof. Dr. ‘Ali Jum’ah, Syeikhul Azhar Ahmad al-Tayyib, Prof. Dr. Nasr Farid Wasil, al-Muhaddith Syeikh Muhammad ‘Abd al-Ba’ith al-Kattani, al-Habib ‘Ali Jufri (Yaman), Prof. Dr. ‘Abd al-Nasir Jabri (Lubnan), dan Syeikh ‘Abd al-Razzaq Qasum (presiden Persatuan Ulama Algeria). Turut berbicara ialah Syeikh Muhammad Hassan (beraliran salafi) dan Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Mahdi (presiden al-Jam’iyyah al-Syar’iyyah juga beraliran salafi). Ini satu petanda baik. Ucapan al-Habib ‘Ali Jufri menerima banyak sanjungan dan pujian kerana memberi kesan yang mendalam kepada para hadirin.

Muktamar ini dihadiri oleh para pembentang dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Antara tajuk-tajuk kertas kerja yang dibentang pada hari pertama: (تأثير التصوف في المجتمعات الأوروبية) oleh Prof. Dr. Fawziyyah al-’Asymawi (Mesir), (ضرورة التصوف في أصلاح الفرد والمجتمع) oleh Prof Dr. Deen Muhammad Meera (Srilanka), (الحاجه الى الاصلاح ودواعى الاصلاح فى المجتمعات العربيه) oleh Dr. Hamzah Zib (Jordan), (بناء الإنسان المتصوف و أثره في بناء الحضارات) oleh Dr. Muhammad bin Buraykah (Algeria), (ماهية المنهج الصوفي في الإصلاح) oleh Prof. Dr. al-Sayyid ‘Ali al-Hasyimi (Emiret), (الشروط الشعيبية لإصلاح الراعي والرعية) oleh Dr. Denis Gril (Perancis), (الحاجة إلي الإصلاح) oleh Prof. Dr. Ahmad Mahmud Karimah (Mesir) dan (نظرية التصوف والإصلاح) oleh Prof. Dr. Ridwan Sa’id al-Kurdi (Jordan).

Antara tajuk-tajuk kertas kerja yang dibentang pada hari kedua: (التأصيل الشرعي للتصوف) oleh Syeikh ’Abdullah bin Bayyah (Mauritania), (تجديد التصوف) oleh Prof. Dr. ‘Isam al-Basyir (Sudan), (تقريب الخطاب الصوفي ونشر ثقافته الأخلاقية والمعرفية) oleh Prof. Dr. Amin Yusuf ‘Awdah (Jordan), (العلاقة بين التوحيد والحرية في فكر التصوف الإسلامي) oleh Prof. Dr. Ramadan Tinatasy (Turki), (La reconnaissance de l’autorité spirituelle comme remède au chaos social - Chez René Guénon @ Cheikh Abd el-Wahid Yahyâ) oleh Dr. Eric Le Doze (Perancis), (دور الأدب الصوفي في إصلاح المجتمع في شبه القارة الهندية الباكستانية) oleh Prof. Dr. Thana’ullah al-Azhari (Pakistan), (التصوف والإصلاح السياسي- فلسطين نموذجا) oleh Prof. Dr. ‘Abd al-Rahman Ahmad ‘Ata (Palestin), (الطريق إلي بناء الفرد الصوفي من خلال فكر الإمام الشعراني) oleh Prof. Dr. Huzaifah al-Masir (Mesir), (Integrated Islam and Juridical Sufism: Zarruq’s Application of the Legal and Theological Qawaid genre on Sufism) oleh Dr. Shamsur Rahman (Pakistan), (التصوف والاصلاح الاجتماعى حجة الاسلام الامام الغزالى والامام الرائد محمد زكى ابراهيم نموذجا) oleh Prof. Dr. ‘Amir al-Najjar (Mesir), (L'ijthad sprituelle) oleh Dr. Eric Geoffroy (Perancis), (التصوف والإصلاح السياسي على يد الشيخ احمد بن عبد الأحد السرهاندي الشهير بالمجدد للالف الثاني) oleh Syeikh Ikram al-Haq al-Azhari (Paksitan), (المعتزلة الزهاد الأوائل ودورهم في إصلاح المجتمع) oleh Prof. Dr. Sayyid Baghajwan (Turki) dan (دراسة لمنهج الصوفية في الدعوة إلى الله في عالم المالايو) oleh Dr. Sulayman Ibrahim al-Baruhi (Malaysia).

Antara tajuk-tajuk kertas kerja bagi hari ketiga: ( الإمام محمد زكي إبراهيم: جهوده ومنهجه في الإصلاح) oleh Syeikh Muhyiddin al-Isnawi (Mesir), (الإمام الرفاعي والإصلاح) oleh Prof. Dr. ‘Abd al-Hakim Anis (Syria), (دور علماء الطريقة التيجانية في الإصلاح الإجتماعي والسياسي) oleh Prof. Dr. Hasabullah Mahdi (Chad), (منهج الأصلاح الصوفي عند الإمام الرائد الشيخ محمد زكي الدين إبراهيم) oleh Prof. Dr. Muhammad Salim (mesir), (ملامح الإصلاح الصوفي عند المشارقة و المغاربة الطريقة الكتانية و العشيرة المحمدية - بحث مقارن) oleh Prof. Dr. Muhammad Yahya al-Kattani (Mesir), (الشيخ احمد بن إدريس : لمحة عن حياتة وآثاره في العالم الإسلامي) oleh Prof. Dr. ‘Abd al-Baqi Miftah (Algeria), (مفهوم التصوف ونماذج من أعلام الصوفية في إصلاح الناس) oleh Prof. Dr. ‘Abd al-Hadi al-Kurdi (Iraq), (المشروع الإصلاحي الديني للشيخ أحمد زروق) oleh Prof. Dr. ‘Aziz al-Kubaiti (Morocco) dan (How Tasawwuf can help Islamic and Arabic societies as well Western societies) oleh Dr. Gualini Silvio (Itali).

Muktamar ini adalah hasil dari kegigihan dan kesatuan fikiran sarjana-sarjana, alim ulama dan ahli-ahli tasawuf pasca-Mubarak di al-Azhar. Ia merupakan satu perkembangan yang baik dan menginspirasi. Semoga kesatuan fikiran yang terorganisasi sedemikian turut wujud antara sarjana-sarjana dan ahli-ahli tasawuf di Malaysia ini, secara khususnya berkaitan perlaksanaan Enakmen Tarekat Tasawuf. Matlamatnya demi mengembalikan semula fungsi tarekat-tarekat tasawuf yang sebenar dalam penyebaran dakwah dan islah yang selama ini telah sering dipandang serong oleh banyak pihak. Pemilihan tema muktamar di atas adalah satu pemilihan yang tepat.


Rujukan:

- Sufiacademy.net

- al-Syarq al-Awsat

- al-Youm al-Sabi’


Gambar-gambar sekitar muktamar:





2 comments:

Abu Dzar said...

Kami tiada apa-apa komen disini..Sila layari blog kami, http://wahabi-fuqah-tabligh-tasawwuf.blogspot.com/ disini mungkin ada sedikit pandangan mngenai risalah yang hendak disampaikan disebabkan perkataan Tasawwuf senang diperkatakan tapi hendak dilakonkan/diamalkan adalah terlalu sukar.. Wassalam

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

pandangan yang dimaksudkan telah saya baca. namun saya tidak setuju tentang 'serangan' yang dilakukan tanpa bertapak di atas realiti yang sebenar dan tanpa ilmu pengetahuan yang kukuh. terutama 'serangan' kepada para ulama Asya'irah dan Maturidiyyah serta ulama Gerakan Tabligh.

telah berlaku kesalahfahaman terhadap mereka. ini kerana ramai dari kalangan mereka juga adalah tokoh-tokoh sufi besar dan imam-imam tarikat yang tersohor. setengahnya pula dikatakan telah mencapai maqam qutbiyyah. misal yang sangat terang jelas, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali adalah beraliran Asya'irah. Begitu juga Syeikhul Islam Imam al-Sya'rani.

tentang tokoh-tokoh Tabligh pula, ramai dari kalangan mereka adalah ahli-ahli Tariqat Chistiyyah yang terbesar di India. Metode dakwah mereka sebenarnya diasaskan di atas metode tarbiyyah ahli sufi.

mohon merujuk semula kepada kitab-kitab dan banyak menelaah agar kita dapat menjaga lidah kita dari menyinggung para wali Allah tersebut..

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.