Pages

Saturday, February 22, 2014

Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan رحمه الله

Sumber: www.ismaweb.net
YAMAN, 27 Jan – Seorang tokoh ulama dan pemikir Islam, Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan telah meninggal dunia di bandar San’aa’, ibu negara Yaman.
Beliau yang berasal dari Iraq meninggal dunia ketika umurnya 97 tahun. Beliau telah menetap di Yaman dan mengajar di Universiti Iman semenjak tahun 90an.
 Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan terkenal sebagai tokoh dakwah dan pemikir Islam, menjadi pakar rujuk dan telah menulis puluhan karya dalam perundangan, syariah dan pendidikan Islam.
Syeikh Abdul Karim juga dianggap sebagai seorang ulama yang hebat, berani mempertahankan Islam dalam apa-apa isu dan sangat menitikberatkan kesatuan rakyat Iraq.
Kematian Syeikh Abdul Karim merupakan satu kehilangan besar kepada umat Islam sedunia secara umum, dan kepada bumi Iraq secara khusus kerana usaha beliau yang tidak pernah jemu dalam menghadapi penjajahan Amerika yang mengancam kedaulatan bumi Iraq.
Biografi Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan
Beliau dilahirkan pada tahun 1917 di Baghdad. Pendidikannya bermula di pusat-pusat pengajian Al-Quran di masjid-masjid di kampungnya. Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Fakulti Undang-undang di sebuah universiti di Baghdad. Selepas itu beliau menyambung pengajian sarjananya di Universiti Kaherah dan berjaya mendapat keputusan Imtiaz. Pada tahun 1962, beliau berjaya mendapat keputusan Imtiaz tahap pertama dalam pengajian doktor falsafah di universiti yang sama.
Semasa berada di Maahad Syariah Islamiyah di Universiti Kaherah, beliau mengikuti pengajian khas dalam Fiqh Islami dan rujukan utamanya ialah buku-buku Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Beliau juga menyertai pengajian dan perbincangan-perbincangan fiqh semasa.
Beliau kemudiannya dilantik menjadi pensyarah Syariah Islamiyah dan Ketua Jabatan Syariah Islamiyah di Fakulti Undang-undang di Baghdad, kemudian menjadi Ketua Jabatan Agama di Fakulti Adab Universiti Baghdad. Selepas itu menjadi pensyarah Syariah Islamiyah di Fakulti Pengajian Islam lalu menjadi dekan di fakulti tersebut.
Pada 1992, beliau meninggalkan Iraq dan dilantik menjadi pensyarah Syariah Islamiyah di Jabatan Pengajian Islamiyah dan pensyarah pengajian sarjana dan doktor falsafah di Universiti San’aa’ dan kekal di universiti itu sehingga meninggal dunia.
Beliau juga menjadi pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Iman di San’aa’.
Sejak tahun 70an, beliau dilantik menjadi anggota beberapa majlis ulama dan majlis fiqh Islami sedunia.
Beliau telah dikurniakan anugerah khas Raja Faisol Arab Saudi di atas penulisannya yang hebat iaitu “Al-Mausu’ah” atau Ensiklopedia berkenaan hukum-hakam wanita dan baitul muslim.
Beliau juga telah menulis banyak karya ilmiah yang hebat dan banyak di antaranya telah dijadikan silibus universiti-universiti.
Antara hasil penulisan beliau ialah:
 بحوث فقهية معاصرة
 الوجيز في أصول الفقه
موجز الأديان في القرآن
 المفصل في أحكام المرأة والبيت المسلم ويقع ب(11) جزءاً
 المستفاد من قصص القرآن للدعوة والدعاة
 الإيمان بالقضاء والقدر
 أصول الدعوة
 (اللقطة وأحكامها في الشريعة، (مجموعة بحوث فقهية
 القيود الواردة على الملكية الفردية
القصاص والديات في الشريعة الإسلامية
 المدخل لدراسة الشريعة الإسلامية
 الوجيز في شرح القواعد الفقهية
 نظرات في الشريعة الإسلامية مقارنة بالقوانين الوضعية
 نظام القضاء في الشريعة الإسلامية
أثر القصود في التصرفات والعقود
اللقطة وأحكامها في الشريعة الإسلامية
أحكام اللقيط في الشريعة الإسلامية
حالة الضرورة في الشريعة الإسلامية
الشريعة الإسلامية والقانون الدولي العام
الاختلاف في الشريعة الإسلامية
عقيدة القضاء والقدر وآثرها في سلوك الفرد
العقوبة في الشريعة الإسلامية
حقوق الأفراد في دار الإسلام
القيود الواردة على الملكية الفردية للمصلحة العامة في الشريعة الإسلامية
Semoga Allah memasukkan beliau dalam golongan para anbiya’ dan solihin dan diharapkan akan lahir lebih ramai ulama yang hebat seperti beliau untuk memenangkan agama ini.
Mohd Firdaus Salleh Hudin
Wartawan ISMA

Monday, February 10, 2014

Telah Terbit Majalah Tasawuf Bil. 4



  • Majalah Tasawuf Islami ini diterbitkan oleh PUSTAKA JAWAMI' AL-KALIM di bawah 'Pertubuhan Sahah Syeikh Soleh Al-Ja'fari, Negeri Sembilan'
  • Majalah ini khusus membincangkan semua yang berkaitan bidang tasawuf, kerohanian, tazkiyah dan dakwah
  • Hubungi: 017-396 1535
  • Harga: RM 8.00

  • Sokongan anda amat dihargai.
    Terima kasih.