Pages

Saturday, April 19, 2014

KAJIAN SANAD KISAH TELAGA BARAHUT



Teks kisah (daripada fb Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri):

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 10,000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: “Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu”.

Akhirnya, orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah (dalam riwayat Abu al-Laith: para fuqaha’ Mekah) dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: “Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu”.

Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu; innalillahi wainna ilaihi raji'un. “Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barahut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?”

Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barahut itu. Akhirnya, dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: “Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu?”

Orang itu menjawab: “Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu”.

Kemudian orang kaya itu bertanya: “Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu?” Maka orang itu menjawab: “Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam”.

Ulasan:

1. Alhamdulillah, isu kisah telaga Barahut yang tiba-tiba melonjak ini telah dijelaskan dengan baik oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan juga sahabat saya, al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis. Namun, di sini saya ingin mengupas dari sudut kajian sanad kerana sudut ini tidak dibincangkan, sehingga ada yang mendakwa ia serupa kisah ‘kartun’ yang direka-reka.

2. Menurut Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sumber kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi. Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir.

3. Ustaz Raja Ahmad Mukhlis menambah, ia juga dicatat oleh al-Imam Muhammad al-Safarini dalam kitab Ghiza' al-Albab fi Syarh Manzumah Al-Adab. Beliau menukilkannya daripada pengarang az-Zawajir dan lain-lain daripada para imam yang muktabar. Ini menunjukkan kisah ini memang masyhur, malah ia sebenarnya berlaku lama dahulu dalam kurun kedua hijrah.

4. Asal kisah ini sebenarnya telah diriwayatkan secara bersanad oleh Imam Abu al-Laith Nasr bin Muhammad as-Samarqandi (w. 373H) di dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin (hlm. 137) daripada Yahya bin Sulaim, iaitu pencerita asal kisah berkenaan sepertimana berikut;
حَدَّثَنِي أَبِي, قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ بْنُ حَمْزَةَ أَبُو الْحُسَيْنِ الْفَرَّاءُ الْفَقِيهُ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ الطُّوسِيُّ، حَدَّثَنَا حَامِدٌ بْنُ يَحْيَى الْبَلْخِيُّ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمٍ, قَالَ: "كَانَ عِنْدَنَا بِمَكَّةَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ خُرَاسَانَ، وَكَانَ رَجُلًا صَالِحًا، وَكَانَ النَّاسُ يُودِعُونَهُ وَدَائِعَهُمْ، فَجَاءَ رَجُلٌ فَأَوْدَعَهُ عَشْرَةَ آلَافِ دِينَارٍ، وَخَرَجَ الرَّجُلُ فِي حَاجَتِهِ فَقَدِمَ الرَّجُلُ مَكَّةَ....إلخ

5. Analisa sanad Imam Abu al-Laith:
  • (أَبِي) – bapa beliau, iaitu Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim as-Samarqandi. Secara zahir, Imam Abu al-Laith menerima dan mempercayai riwayat bapanya.
  • (مُحَمَّدٌ بْنُ حَمْزَةَ أَبُو الْحُسَيْنِ الْفَرَّاءُ الْفَقِيهُ) - Imam Abu al-Laith atau bapanya menggelar Muhammad bin Hamzah sebagai al-faqih yang menunjukan tahap keilmuannya yang tinggi. Bahkan, beliau tidak berseorangan menyampaikannya kerana riwayat beliau telah disokong oleh Ahmad bin Muhammad an-Naisaburi pengarang kitab al-Hikayat, sepertimana yang dinukilkan daripadanya oleh al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam Ahwal al-Qubur (hlm 187) dan Imam al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur (hlm 247). Berikut teks sanad dalam kedua-duanya:
-         قال ابن رجب: وفي كتاب حكايات لأبي عمرو أحمد بن محمد النيسابوري حدثنا بكر بن محمد بن عيسى الطرطوسي حدثنا حامد بن يحيى بن سليم قال:...إلخ
-         قال السيوطي: وفي كتاب الحكايات لأبي عمر أحمد بن محمد النيسابوري حدثنا أبو بكر بن محمد بن عيسى الطرسوسي حدثنا حامد بن يحيى بن سليم قال:...إلخ
Barangkali secara teknikal penyalin tersilap dalam menyalin sanad ini, terutama pada nama pencerita asal. Ia bukan Hamid bin Yahya bin Sulaim kerana Imam Abu al-Laith jelas menyebut: Hamid bin Yahya al-Balkhi yang mengambil daripada Yahya bin Sulaim.
  • (أَبُو بَكْرٍ الطُّوسِيُّ) – berdasarkan nukilan al-Hafiz Ibn Rajab dan as-Suyuti di atas beliau ialah Abu Bakar Muhammad bin ‘Isa at-Tarasusi, bukan at-Tusi (w. 276H). Kredibiliti beliau diperselisihkan oleh ahli hadis, namun yang pasti beliau bukanlah seorang pendusta atau dituduh berdusta. al-Hafiz az-Zahabi mengkategorikannya dalam kalangan al-Huffaz dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz (no. 625). Antara katanya:
-         الحافظ البارع أبو بكر محمد بن عيسى بن يزيد التميمي الطرسوسي رحال جوال.
-         قال الحاكم: هو من المشهورين بالرحلة والفهم والتثبت.
Antara yang disebut pula dalam Lisan al-Mizan oleh al-Hafiz Ibn Hajar (no. 7290):
-         قال ابن عَدِي: هو في عداد من يسرق الحديث وعامة ما يرويه لا يتابعونه عليه.
-         وذكره ابنُ حِبَّان في الثقات فقال: يروي، عَن أبي نعيم، وَأبي اليمان دخل ما وراء النهر فحدثهم بها, يخطىء كثيرا.
-         وقد روى عن الطرسوسي أبو عوانة في صحيحه وأبو مسعود الرازي مع تقدمه.
  • (حَامِدٌ بْنُ يَحْيَى الْبَلْخِيُّ) – beliau  disebut dalam Taqrib at-Tahzib (no. 1068) sebagai thiqah, hafiz (w. 242H). Kata al-Hafiz az-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz (no. 492):
-         حامد بن يحيى بن هانئ الحافظ المكثر الثقة أبو عبد الله البلخي نزيل طرسوس.
  • (يَحْيَى بْنُ سُلَيْمٍ) – nisbah beliau at-Ta’ifi, termasuk dalam kalangan rijal al-Bukhari dan Muslim (w. 195H). Ramai yang mengatakannya thiqah, namun beliau disebut dalam Taqrib at-Tahzib (no. 7563) sebagai benar, namun buruk hafazan (صدوق سيء الحفظ). Antara kata al-Hafiz az-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz (no. 309):
-         يحيى بن سليم الحافظ الإمام أبو زكريا القرشي الطائفي الحذاء الخراز نزيل مكة.
-         قال ابن سعد: ثقة كثير الحديث. وعن الشافعي قال: كان يحيى بن سليم فاضلا كنا نعده من الأبدال.

6. Walaupun ada sedikit kelemahan pada sanad tersebut, seperti pada Abu Bakar Muhammad bin ‘Isa at-Tarasusi. Namun, jelas bahawa tiada periwayat yang dapat kita kecam dan tuduh sebagai pereka-reka cerita. Perlu juga diingat, penilaian terhadap sesuatu hikayat biasa tidak semestinya seketat penilaian terhadap hadis Nabi SAW, apatah lagi ia hanya sekadar berbentuk peringatan. Kerana itu imam-imam memandangnya elok untuk direkodkan dalam kitab-kita mereka. Malah, jika kita andaikan Ibn ‘Adi agak berlebihan dalam mengkritik Abu Bakar Muhammad bin ‘Isa at-Tarasusi yang sebenarnya hanya disebabkan kesilapan sebagai manusia biasa, sanad tersebut mungkin mempunyai sedikit kekuatan berdasarkan penilaian al-Hakim, Ibn Hibban dan Abu ‘Awanah terhadap beliau.

7. Justeru, bagaimana ada yang mendakwa cerita ini langsung tidak berasas dan 'kartun'. Andaian kita boleh pergi panggil roh-roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang, bukan hujah untuk menolak asal cerita. Bahkan boleh saja kita berbuat demikian dan tiada siapa pun yang menghalang. Namun, perlu ingat jika ia tidak dizinkan oleh Allah SWT, maka ia tidak akan berlaku. Manakala, cerita berkenaan bolehjadi ketika itu memang atas izin Allah Taala jua. Maka, untuk mengatakan cerita di atas itu palsu dan direka perlulah diteliti semula. Lebih-lebih lagi ianya hanya berbentuk peringatan dan motivasi.

8. Kemungkinan kejadian serupa pernah berlaku beberapa kali. Menurut Syeikh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati seorang lelaki di kalangan Yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahui di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari Sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana. Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu. Dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Di manakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Di bawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.

9. Sesuatu cerita memang perlu dinilai keselarasannya dengan Al-Quran dan as-Sunnah, namun tidak semestinya ia wajib meraikan logik akal manusia yang dangkal. Kerana sesuatu yang dirasakan tidak logik oleh sesuatu pihak (misalnya para pengingkar karamah wali), boleh jadi ianya logik dan dapat diterima oleh pihak yang satu lagi (para pemercaya karamah wali). Justeru, pendapat yang mengatakan bahawa perkara yang tidak logik dan menyanggah akal waras tidak mungkin hendak dikaitkan dengan Islam adalah satu pendapat yang relatif yang perlu dirujuk kepada para ulama jua. Begitu juga pendapat bahawa Islam agama yang rasional dan penuh dengan alasan yang munasabah bagi setiap perkara bukanlah terbuka dalam bentuk umum begitu sehingga sesiapa sahaja dengan sesuka hati boleh menolak apa sahaja yang dirasakannya tidak rasional menurut akalnya sendiri.

Wallahu a'lam.



14 comments:

Unknown said...

Ulasan yang penuh ilmiah, berhikmah lagi berhemah...sgt berbeza dgn cara pihak yg menuduh....tahniah!!

Unknown said...

Asssalamualaikum wa rahmatullah
Tuan blog yang dihormati,

Kitab Tanbihul Ghafilin telah mendapat kritikan beberapa ulama termasuk Imam az-Zahabi sendiri.

قال الإمام الذهبي عنه في السير (16/323 ) عند ترجمة مؤلفه : وتروج عليه الأحاديث الموضوعة

1) Imam az-Zahabiy rahimahullah (w. 748H ) : Penulis memenuhi kitabnya dgn hadits2 palsu (Siyar A’lam Nubalaa ) 16/323).
وقال في ” تاريخ الإسلام ” في ترجمته ( حوادث 351 – 380 هـ ، ص 583 ) : وفي كتاب تنبيه الغافلين موضوعات كثيرة

2 ) Kata beliau lagi di dalam buku Taarikh ul-Islam di dalam terjemahannya (Cerita 351-380H ), m/s 583 ) : Dan di dalam Kitab Tanbiihul Al-Ghafilin banyak kisah-kisah palsu.
وقال أبو الفضل الغماري في ” الحاوي ” (3/4) : ” وكتاب ” تنبيه الغافلين ” يشتمل على أحاديث ضعيفة وموضوعة ، فلا ينبغي قراءته للعامة ، لا يعرفون صحيحه من موضوعه ” .

3) Bahkan Berkata Abu Al-Fadl Al-Ghumari Al-Maghribi rahimahullah (w. 1993H ) dalam kitabnya Al-Hawi : Buku ini penuh dengan hadits yang palsu dan dhaif . Maka orang awam tidak layak membaca kitab ini kerana mereka tidak tahu membezakan hadits yang sahih dan hadits yang palsu.

Kata al-Syeikh Abu Syahbah: “Kitab Tanbih al-Ghafilin karangan al-Samarqandi; wajib pembaca berhati-hati terhadap hadis-hadis palsu dan Israiliyyat di dalamnya. Juga kitab Bustan al-‘Arifin yang juga karangannya patut pembaca berjaga-jaga.” (Rujukan: Muhammad Muhammad Abu Syahbah, Al-Wasit fi ‘Ulum wa Mustalah al-Hadis, hlm. 354, Kaherah: Dar al-Fikr.)

Lihat juga perbincangan di Multaqa ahl al-hadith..
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=268805

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

وعليكم السلام ورحمة الله

Kitab Tanbih al-Ghafilin juga mengandungi banyak hadis-hadis yang sahih dan sabit. Imam Abu al-Laith juga banyak membawakan riwayat-riwayat secara bersanad. Maka, tugas kita untuk menilai sanad-sanad tersebut.

Ada pun kritikan umum tokoh-tokoh tersebut kerana hadis-hadis palsu yang terdapat di dalamnya, bukan bermakna keseluruhan isinya hanya hadis palsu. Ini perlu difahami..

Saya memiliki kitab yang telah ditakhrij hadis2nya, secara kasar saya katakan lebih 50% hadis2nya adalah sabit serta daif yang ringan.

Tuan,
Apa yang dititik beratkan oleh ahli hadis ialah sanad, tidak kira di dalam kitab mana sekali pun.

Jika kita guna kaedah umum tersebut, maka kita akan menolak kitab2 Imam at-Tabari, Imam Ibn Abi ad-Dunya, Imam Abu Nu'aim, al-Hafiz ad-Dailami, al-Hakim at-Tirmizi, al-Khatib al-Baghdadi dan banyak lagi.. Sedangkan ini bukan metod ahli hadis.

Semoga Allah SWT mengganjari mereka yang membela hadis Nabi-Nya SAW.

Maaf atas kekhilafan.

JomFikir said...

Assalamu'alaikum ustaz, ada pertanyaan mengenai ini :

https://www.facebook.com/notes/muhamad-rozaimi/persoalan-tentang-kajian-sanad-kisah-seru-nama-di-telaga-barahut/639435286126181

JomFikir said...

Dan juga di sini ustaz :

https://www.facebook.com/AbuAnasMadani/posts/868448319848470?stream_ref=10

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

Al-Hafiz Ibn ‘Adi (277-365H) tidak pernah bertemu dengan Abu Bakar Muhammad bin ‘Isa at-Tarasusi (w. 276H). Maka, hukumnya itu berdasarkan istiqra’. Boleh jadi lengkap, boleh jadi ada kekurangan. Ada sebahagian hadis yang diriwayatkan melalui at-Tarasusi yang tidak ditolak oleh sebahagian ulama hadis, spt hadis-hadis yang disahkan oleh al-Hakim dan turut dipersetujui oleh az-Zahabi.

Mengenai kemu‘tadilan Ibn ‘Adi ada kutipan berikut;

الجرح والتعديل بين النظرية
والتطبيق للدكتور أيمن محمود مهدي

وعدّ الذهبي وغيره : ابن عدي من المعتدلين (2) ، وإن كان الأصح عدُّه من المتشددين لأنه ذكر في كتابه : " الكامل في الضعفاء " كل من تُكلِّم فيه ولو كان من رجال الصحيحين ، وهذا منه تشدُّدٌ ومبالغة ، وإن كان يذكرهم ويدافع عنهم في أغلب الأحيان .
قال ابن الجوزي في ترجمة أبي القاسم البغوي : قال ابن عدي : رأيت العلماء ببغداد مجتمعين على ضعفه ، قال ابن الجوزي : وهذا تحاملٌ من ابن عدي وما للطعن فيه وجه (3) .
وقال الشيخ عبد الفتاح أبو غدة : في عدِّ ابن عدي من المعتدلين نظرٌ طويل إذ هو من المتعنتين على الحنفية وغيرهم ، فينبغي أن يُعدَّ ابن عدي في قسم المتعنتين (4) .
وقال الدكتور عزت عطية : لست أدري لماذا يُذكَر ضمن المعتدلين (5) .
__________
(2) الضعفاء والمتروكين لابن الجوزي ( 2 / 139 ) وراجع : ميزان الاعتدال ( 4 / 185) .
(3) ذكر من يعتمد قوله ( ص 172 ) .
(4) في تعليقه على كتاب الرفع والتكميل للكنوي ( ص 306 ) .
(5) الإرشاد في علوم الحديث ( ص 80 ) .

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

Mungkin sebab at-Tarasusi dijarhkan dengan berat oleh Ibn 'Adi adalah disebabkan ini:
وقال نا جعفر بن ادريس القزوينى قال نا محمد بن عيسى الطرسوسى قال سمعت سليمان الشاذكوني قال قال عيسى بن يونس
لاتتكلمن فى أبى حنيفة بسوء ولا تصدقن أحدا يسئ القول فيه فانى والله ما رأيت أفضل منه ولا أورع منه ولا أفقه منه

انظر:الانتقاء في فضائل الثلاثة الأئمة الفقهاء للإمام أبي عمر يوسف بن عبد البر
ص 212

Khairi Mohd said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Khairi Mohd said...

https://www.youtube.com/watch?v=gOmj2SW4bKc

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

Mohon beradab dan ilmiah dlm perbincangan..
al-Quran dan hadis bukan hak milik mutlak suatu pihak sahaja..
Riwayat hadis dan athar masih banyak utk dipertimbangkan..
Mohon jangan perlekehkan imam-imam sanad. Tanpa mrk bagaimana al-Quran dan hadis sampai kpd kita??

Alasan saya berkenaan ruh orang-orang mukmin dihimpun di telaga Zamzam:

Ia merupakan salah satu pendapat ulama. Kemungkinan pendapat ini dipakai oleh fuqaha’ Makkah pada masa itu (rujuk riwayat Abu al-Laith). Dalam kitab Syarh al-Sudur, al-Suyuti membawakan riwayat Ibn Abi al-Dunya daripada ‘Ali RA katanya: “Ruh orang-orang mukmin dihimpun di telaga Zamzam.” Jika pendapat ini ditolak sekalipun, memang tidak ada siapa pun yang menyahut lelaki tersebut semasa di telaga Zamzam kerana ia tidak berada di tempat yang sebenar.

Wallahu a'lam.

Sangga Buana said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sangga Buana said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

الله
الله
الله

اللهم إني أعوذ بك من جهل السفهاء وشرهم

ezabidin said...

SAYA mendapat hidayah dan ilmu selepas membaca kitab Tambihul Ghafilin.. dari kulit depan , isi buku hingga kulit akhir saya khatamkan.. itulah permulaan Islam saya walaupon dulu saya belajar selengkap2nya tentang Isla, dan dilahirkan sebagai Islam tetapi rohani saya tidak kenal Allah dan Rasul.. seterusnya dari kitab itulah, saya berguru dgn guru2 al-quran, guru2 feqah sehingga kini.. sebagai orang awam, kupasan dan cerita di dalam kitab tersebut banyak menyentakkan diri dan awal saya untuk terus sedar diri dan mencari hakikat diri kemana akhirnya 'aku' ini... jadi, saya tidak menolak segala kekurangan di dalamnya sekalipon orang lain mempertikaikannya.. Allah lebih tahu apa yang sesuai utk menusia dalam mendapat 'bentuk' hidayah, teguran dan ilmu dariNya

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.