Pages

Wednesday, July 23, 2014

Jawapan Ringkas Terhadap Tulisan Firanda (Isu Yaqazah)


بسم الله الرحمن الرحيم

Tulisan ini merupakan jawapan ringkas kepada kemusykilan yang ditujukan kepada al-faqir tentang isu yaqazah (bertemu dengan Nabi SAW secara jaga).


Saya telah membaca apa yang ditulis oleh Firanda dalam tulisannya: “Ternyata Ada Sahabat Nabi dari Indonesia !!! (Fenomena Guru Ijai Al-Banjari dan Habib Munzir)”

Antara isi pentingnya & jawapan saya:

-          Mula-mula sekali beliau membicarakan tentang “definisi sahabat iaitu –sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Hajar al-'Asqolaani (seorang ulama besar madzhab Syafi'i) adalah : Orang yang bertemu dengan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam keadaan beriman kepadanya dan meninggal dalam keadaan beriman kepadanya pula”.

Jawapan:
Secara mudah, definisi al-Hafiz Ibn Hajar itu dapat kita fahami bahawa ia bagi mereka yang hidup di zaman Nabi SAW sahaja. Buktinya al-Hafiz Ibn Hajar menyebut dalam kitabnya Nuzhah an-Nazar (hlm. 70):
يُعْرَفُ كَوْنُه صحابياً:
1- بالتواتر.
2- أو الاستفاضة أو الشهرة.
3- أو بإخبارِ بعضِ الصحابةِ.
4- أو بعضِ ثقاتِ التابعين.
5- أو بإِخباره عن نفسه بأنه صحابي، إذا كانت دعواه ذلك تدخل تحت الإمكان.اهـ
Maksudnya: “Diketahui seseorang itu sahabat dengan cara tawatur (riwayat ramai orang), atau istifadhah (maklum secara meluas) atau masyhur, atau dengan pemberitahuan sebahagian sahabat yang lain, atau sebahagian tabiin yang thiqah atau dengan pemberitahuan daripada dirinya sendiri bahawa dia adalah sahabat, jika dakwaannya itu termasuk di bawah kemungkinan”.

Jelas bahawa tidak disebut termasuk sahabat itu orang yang bertemu dengan Nabi SAW secara jaga selepas wafatnya. Malah, tiada siapa pun ahli sufi yang hak yang mendakwa dakwaan karut sebagai sahabat Nabi SAW.

-          Menyebut beberapa tokoh yang bertemu dengan Nabi SAW secara jaga iaitu Guru Ijai Al-Banjari, Habib Munzir, Ahmad At-Tijaani, Ahmad Ar-Rifaa'i dan Dr. Ali Jum'ah.

Jawapan:
Ukuran untuk menerima atau menolak dakwaan sebegini ialah sejauhmana kepercayaan dan keyakinan kita kepada orang yang mendakwa. Jika kita mengatakan mereka berbohong, maka kita turut meyakini mereka sebagai pendusta. Begitu sebaliknya, jika kita mengatakan mereka benar, maka kita turut meyakini apa yang mereka dakwa. Syeikh Ahmad At-Tijaani, Ahmad Ar-Rifaa'i, Habib Munzir dan Dr. Ali Jum'ah adalah tokoh-tokoh alim sufi yang benar, soleh dan warak menurut orang yang menerima ketokohan mereka. Namun, saya tidak pernah mendengar seblum ini tentang Guru Ijai Al-Banjari, justeru saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai beliau.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna apa sahaja yang mereka dakwa diterima atau didengar daripada Nabi SAW itu tidak perlu ditimbang dengan neraca syarak. Para ulama sufi menegaskan bahawa apa yang mereka dakwa daripada Nabi SAW itu mesti ditimbang dengan neraca syarak, ia boleh diterima jika bertepatan dengan syarak dan wajib ditakwil atau ditolak jika tidak bertepatan dengannya, yang sebenarnya disebabkan oleh ketidak-sempurnaan pada sifat orang yang mendakwa dan bukannya kekurangan pada sifat Nabi SAW. Amatilah hal ini secara cermat.. janganlah cepat menuduh-nuduh orang lain, apatah lagi orang soleh dan orang alim sebagai pendusta, pembohong dan sebagainya. (Tidak dinafikan bahawa memang ada orang yang SUFI PURA-PURA yang mendakwa dengan pelbagai dakwaan palsu yang luar biasa. Orang seperti ini yang sering mencemarkan imej golongan sufi yang hak.. والله المستعان)

-          Membawa Pengingkaran Ulama Syafi'iyah Terhadap Khurofat Ini iaitu: Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani (yg memetik kata-kata Abu Bakr bin al-'Arobi dan Al-Qurthubi), Adz-Dzahabi (dalam menyentuh biografi Ar-Robii' bin Mahmud Al-Mardini), Al-Hafiz Ibnu Katsir (menukilkan kata-kata Ibnul Jauzi tentang Abul Fath At-Thuusy Ahmad bin Muhammad bin Muhammad), As-Sakhoowi (tetapi memetik kata-kata Al-Qostholaani).

Jawapan:
Jika semua ulama bersepakat dalam isu ini dan tiada berlaku sebarang perselisihan mengenainya, maka sudah tentu hal seperti ini disebut ijmak atau kesepakatan ulama. Padahal sejak dari awal lagi isu bertemu dengan Nabi SAW secara jaga ini kita tahu merupakan khilaf ulama. Secara mudah, orang yang tidak pernah mengalami situasi berkenaan cuba untuk menafikan dakwaan orang yg mengalami situasi berkenaan. Sudah tentu kondisi kedua-duanya berbeza dan tidak sama. Ibarat orang yang hendak menafikan kemanisan madu sedangkan ia belum pernah merasainya..

Penulis tidak amanah dan tidak cermat apabila menyebut ‘Pengingkaran Ulama Syafi'iyah Terhadap Khurofat Ini’. Ini kerana ada ulama Syafi’iyah yang menafikan dan ada juga ulama Syafi’iyah yang mengatakan atau mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu dengan Rasulullah s.a.w. secara jaga, antara mereka ialah;
  1. al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari (ini pendirian beliau yang sebenarnya).
  2. al-Hafiz as-Suyuti dalam Tanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa al-Malak.
  3. Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.
  4. Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal.
  5. Imam ‘Afif al-Din al-Yafi‘i dalam Raudh ar-Rayyahin.
  6. Imam Tajuddin as-Subki.
  7. Imam ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam dalam al-Qawa'id al-Kubra.
  8. Imam Ibn Daqiq al-‘Id.
  9. Imam ‘Abd al-Wahhab as-Sya‘rani.
  10. Imam Ibn Hajar al-Haytami dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah.
  11. Al-‘Allamah ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi dalam Faydh al-Qadir.
  12. Syeikh ‘Abdul Qadir al-‘Idrus dalam al-Nurus Safir ‘an Akhbaril Qarnil ‘Asyir.
  13. Imam al-Qastallani dalam al-Mawahib al-Laduniyyah.
  14. Al-‘Allamah Syeikh Ibn ‘Allan as-Siddiqi.
  15. Syeikh Yusuf al-Nabhani dalam Sa‘adah al-Darayn dan lain-lain.
  16. Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam Syarh al-Syama’il.
  17. Dan ramai lagi.

-          Menyenaraikan 10 bantahan iaitu: (1) Ruh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bisa berjumlah ganda, (2) Meyakini ruh Nabi masih bisa berjalan-jalan diatas muka bumi melazimkan kita masih bisa berkomunikasi dengan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, meminta Nabi untuk memberi solusi tentang permasalahan-permasalahan yang dihadapi, (3) jika ruh Nabi hanya muncul di acara maulid, tentunya para sahabat akan sangat bersemangat untuk mengadakan acara maulidan, (4) melazimkan orang yang bertemu tersebut adalah para sahabat, (5) buku-buku hadits yang ada sekarang ternyata masih jauh dari kelengkapan, (6) mengumpulkan hadits-hadits Nabi merupakan pekerjaan yang tolol dan membuang-buang waktu dan energi serta biaya, (7) kalau hadits-hadits ‘sahabat baru' ini dikumpulkan maka lebih shahih daripada kitab Shahih Al-Bukhari, (8) buat apa para sahabat menangis dan bersedih tatkala meninggalnya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, (9) kenapa Umar bin Al-Khottob tidak langsung saja ketemu ruh Nabi dan meminta Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam untuk berdoa agar Allah menurunkan hujan, (10) orang-orang yang menziarahi kuburan Nabi dan memberi salam kepada Nabi ternyata hanyalah menziarahi jasad Nabi yang kosong dari ruhnya.

Jawapan:
Penulis hanya membuat andaian dan sangkaan secara akli sahaja tentang ruh dan alam ruh tanpa sebarang dalil naqli, padahal Allah Taala berfirman;
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا.
Maksudnya: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". Al-Isra’: 85.

Dia juga mengkhayalkan ahli sufi mudah mendakwa bertemu dengan Nabi SAW, terutama dalam acara maulid tanpa perlu sebarang mujahadah-mujahadah yang berat. Juga mengandaikan kitab-kitab hadis belum lengkap dan ada hadis-hadis sahih yang baru muncul dan berbagai lagi khayalan dan andaian yang dibuat-buat atau sengaja difaham secara salah dan tidak berpaksi di bumi nyata serta andaian-andaian kosong yang tidak pun disebut atau didakwa oleh tokoh-tokoh sufi yang bertemu dengan Nabi SAW secara jaga itu. Dalam tulisan sebelum ini, saya telah pun menjawab sebahagian khayalan dan kekeliruan yang didakwakan di atas.

-          Mendakwa ia bertentangan dengan hadits berikut ini :
ألا وإن أول الخلائق يكسى يوم القيامة إبراهيم ألا وإنه يجاء برجال من أمتي فيؤخذ بهم ذات الشمال فأقول يا رب أصيحابي فيقال إنك لا تدري ما أحدثوا بعدك فأقول كما قال العبد الصالح { وكنت عليهم شهيدا ما دمت فيهم فلما توفيتني كنت أنت الرقيب عليهم وأنت على كل شيء شهيد } فيقال إن هؤلاء لم يزالوا مرتدين على أعقابهم منذ فارقتهم.
"Ketahuilah bahwasanya yang pertama kali dipakaikan pakaian pada hari kiamat adalah Ibrahim 'alaihis salam. Ketahuilah akan didatangkan beberapa orang dari umatku lalu di bawa ke arah kiri (ke neraka-pen). Maka aku berkata, "Wahai Robbi, mereka adalah para sahabatku yang sangat sedikit". Maka dikatakan kepadaku, "Sesungguhnya engkau tidak tahu apa yang telah mereka ada-adakan setelahmu". Maka akupun berkata sebagaimana perkataan seorang hamba yang sholeh (Nabi Isa-pen) : "dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan Aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. dan Engkau adalah Maha menyaksikan atas segala sesuatu" (QS Al-Maaidah : 117). Maka dikatakan : Sesungguhnya mereka selalu kembali ke belakang mereka (murtad) semenjak engkau berpisah dari mereka" (HR Al-Bukhari no 4652 dan Muslim no 2860)
Tentunya jika Nabi masih bisa berjalan-jalan setelah wafat beliau maka beliau akan mengetahui apa yang terjadi dengan sebagian sedikit orang-orang pernah bertemu dengannya lalu murtad setelah wafat beliau.

Jawapan:
Menurut saya, tidak ada sebarang pertentangan dengan hadis di atas. Secara akal waras dan sihat sebagai muslim kita sudah sedia maklum, Nabi SAW bukan tuhan sehingga perlu masuk campur dalam semua urusan Allah SWT. Baginda SAW hanyalah hamba dan utusan-Nya. Kesemua yang berlaku adalah atas izin Allah SWT belaka. Termasuk juga isu bertemu dengan Nabi SAW secara jaga ini.

-          Bantahan terhadap pendalilan dengan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam :
مَنْ رآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي الْيَقْظَةِ.
"Barang siapa yang melihatku dalam mimpi maka ia akan melihatku dalam keadaan terjaga" (HR Al-Bukhari no 6993 dan Muslim no 2266)
Beliau mendakwa para ulama telah menjelaskan maksud dan makna sebenar hadits ini, diantaranya Al-Imam An-Nawawi dlm syarahnya dan menyebut “karena kenyataannya, banyak orang yang bermimpi ketemu Nabi shallallahu 'alahi wa sallam dalam mimpi akan tetapi mereka tidak melihat Nabi dalam kondisi terjaga”.

Jawapan:
Sekali lagi penulis tidak amanah dalam menyebut ‘para ulama’ sehingga pembaca akan membayangkan pendirian kesemua para ulama, padahal hakikat sebenarnya para ulama berselisih pendapat tentang makna hadis ini. Lihatlah sendiri dalam kitab-kitab syarah hadis seperti Bahjah an-Nufus, al-Minhaj, Fath al-Bari dan lain-lain. Dan telah saya sebut sebelum ini, Imam an-Nawawi sebenarnya termasuk dalam kalangan ulama yang mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu dengan Rasulullah s.a.w. secara jaga, bukan sepertimana dakwaan penulis itu.
Penulis menukilkan daripada Al-Imam An-Nawawi rahimahullah, beliau berkata :
"...سيراني في اليقظة ففيه أقوال أحدها المراد به أهل عصره ومعناه أن من رآه في النوم ولم يكن هاجر يوفقه الله تعالى للهجرة ورؤيته صلى الله عليه وسلم في اليقظة عيانا والثاني معناه أنه يرى تصديق تلك الرؤيا في اليقظة في الدار الآخرة لأنه يراه في الآخرة جميع أمته من رآه في الدنيا ومن لم يره والثالث يراه في الآخرة رؤية خاصته في القرب منه وحصول شفاعته".
"…(Dia akan melihatku dalam keadaan terjaga), maka ada beberapa pendapat. 
Pertama : Maksudnya adalah orang-orang yang tinggal semasa dengan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Dan maknanya adalah : Barang siapa yang melihatnya di dalam tidur dan belum berhijroh, maka Allah akan memberikan taufiq kepadanya untuk berhijroh dan melihat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dalam kondisi terjaga .
Kedua : Maknanya adalah ia melihat kebenaran mimpi tersebut dalam kondisi terjaga di akhirat, karena semua umat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan melihat Nabi di akhirat, baik yang pernah melihatnya di dunia ataupaun yang tidak melihatnya di dunia
Ketiga : Ia akan melihat Nabi di akhirat dengan penglihatan yang khusus yaitu dekat dengan Nabi dan akan memperoleh syafa'atnya" (Al-Minhaaj syarh Shahih Muslim 15/26)

Demikian menurut Firanda. Sebenarnya terdapat ungkapan ayat yang hilang dalam nuskhah yang beliau gunakan tersebut. Al-Hafiz as-Suyuti menggunakan nuskhah manuskrip yang lebih tepat di mana beliau menukilkan daripada Imam an-Nawawi:
قال النووي (15 / 26): فيه أقوال، أحدها: المراد به أهل عصره ومعناه أن من رآه في النوم ولم يكن هاجر يوفقه الله سبحانه تعالى للهجرة ورؤيته صلى الله عليه وسلم في اليقظة عيانا، والثاني: معناه أن يرى تصديق تلك الرؤيا في اليقظة وصحتها وأبعد أن يكون معناه سيراني في الدار الآخرة لأنه يراه في الآخرة جميع أمته من رآه في الدنيا ومن لم يره، والثالث: يراه في الآخرة رؤية خاصة من القرب منه وحصول شفاعته ونحو ذلك، انتهى (الديباج على صحيح مسلم للسيوطي، 5/ 285)
Terjemahan: “…Kedua : Maknanya adalah ia melihat kebenaran mimpi tersebut dalam kondisi terjaga serta kesahihannya, dan amat jauh jika maknanya ia akan dapat melihatku di akhirat karena semua umat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan melihat Nabi di akhirat, baik yang pernah melihatnya di dunia ataupun yang tidak melihatnya di dunia…”.

Perhatikan ayat yang bergaris.. barulah nampak perbezaan antara pendapat kedua dan ketiga. Jika tidak, pendapat kedua itu akan kelihatan canggung kerana semua orang yang tidak bermimpi melihat Nabi SAW pun kemungkinan akan dapat melihat Nabi SAW di akhirat kelak. Justeru, apa istimewanya hadis tersebut?

Akhir sekali beliau mendakwabanyak orang yang bermimpi ketemu Nabi shallallahu 'alahi wa sallam dalam mimpi akan tetapi mereka tidak melihat Nabi dalam kondisi terjaga”. Padahal dakwaan seperti ini, realitinya amat sukar untuk dibuktikan dengan fakta jelas, siapakah dia orang yang bermimpi ketemu Nabi shallallahu 'alahi wa sallam dalam mimpi kemudian mereka tidak melihat Nabi dalam kondisi terjaga??? Bagaimana ini hendak dibuktikan? Bagaimana kalau ia memang benar-benar dapat bertemu Nabi SAW secara jaga, namun ia enggan memberitahunya kepada sesiapa pun? Atau benar-benar dapat bertemu Nabi SAW walaupun pada saat ia sedang nazak hampir mati? Apakah ia punya kesempatan memberitahu orang lain saat sakaratul maut bahawa ia dapat bertemu Nabi SAW secara jaga?? Kalau sekadar ia pernah melihat Nabi SAW di dalam mimpi, kemudian setelah berlalu 30-40 tahun dia masih belum bertemu Nabi SAW secara jaga belum lagi dapat menjadi bukti yang benar-benar kukuh dan ampuh.

Dakwaan penulis ‘banyak orang’ itu sebenarnya tidak disandarkan kepada fakta jelas. Beliau sebenarnya hanya memetik andaian musykil al-Hafiz Ibn Hajar, sedangkan al-Hafiz Ibn Hajar sendiri menutup andaian tersebut dengan kata-kata Imam Ibn Abi Jamrah yang tegas menyatakan harus bertemu Nabi SAW secara jaga. Kita tetap tidak menafikan bahawa ulama berselisih tentang makna hadis di atas. Maka, janganlah mendakwa seolah-olah tafsiran hadis ini hanya satu sahaja. Manakala di sini saya memilih tafsiran ulama yang menyatakan harus bertemu Nabi SAW secara jaga, malah sudah terbukti benar daripada pengalaman para wali dan para solihin. Terpulang jika anda menolaknya..

Wallahu a‘lam..



4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Ustaz ? kenapa ulamak2 Deoband memilih untuk menolak ketidakhadiran Baginda saw dalam sebarang majlis secara yakaza? seperti majlis maulid, majlis zikir dan sebagainya. Sedangkan umum kita mengetahui bahawa ulamak2 Deoband adalah ulamak aswj.

Bahkan antara ada kalangan mereka yang mengatakan haram terjadi perkara ini bagi nabi saw iaitu Hadhir dan Nadhir" .

Minta ustaz ulas sedikit?

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

وعليكم السلام ورحمة الله

Pada saya tiada yg muktamad dalam masalah tersebut baik yang menyokong mahu pun yg menolak..

Hanya orang yg punya rohani yang kuat shj yg mampu mengesan atau mengetahuinya. Ia bukan soal siapa yg paling tinggi ilmunya, ttp soal siapa yg paling tinggi rohaninya.. ia bukan soal siapa yg paling alim, tp soal siapa yg paling wali..

Sedang wali itu tersembunyi sifatnya...

Adalah biasa shj kalau kita tidak setuju @ berkhilaf dlm 2-3 perkara dengan mana-mana mazhab dlm aliran ASWJ..

Bersederhana itu lbh baik antara dakwaan org yang mendakwa Nabi SAW hadir dlm sebarang majlis maulid dsb & dakwaan org yg menolak hal tsb sama sekali..

Wallahu a'lam.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

بارك الله لك يا أستاذ وسدّد خطاك.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.