إنا لله وإنا إليه راجعون
Tuan Guru Hj. Yahya Zikri Telok
Intan, 91 tahun, murid Syeikh Abdul Qadir al-Mandili telah wafat pada jam 12 tengah
hari Khamis, 24hb. Sept. 2015 bersamaan 10 Zulhijjah 1436H. Beliau meninggal
dunia di Hospital Putrajaya. Kemudian jenazahnya telah dikebumikan di tempat
asalnya, Kampung Chopin Kanan, Parit, Perak.
Beliau adalah antara tokoh ulama di negeri Perak. Beliau pernah ke Makkah
pada tahun 1951 dan pulang ke tanah air tahun 1962. Di sana, beliau telah
berguru dan belajar dengan ramai guru-guru handal ketika itu seperti Syeikh
Abdul Qadir al-Mandili, Syeikh Ahyad Bogor, Syeikh Hasan al-Masysyat, Syeikh Muhammad
‘Arabi al-Tabbani dan lain-lain. Beliau juga pernah berguru dengan Tuan Guru Hj
Muhammad Yunus di Bunut Payung. Namun antara ramai gurunya, dengan Syeikh Abdul
Qadir al-Mandili yang paling banyak beliau menadah kitab.
Di antara kerjaya beliau adalah sebagai guru agama Tabung Haji bagi negeri
Perak. Beliau pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi daerah Hilir
Perak tahun 1416H. Beliau mempunyai sebuah keluarga yang agak besar, di mana
beliau telah dikurniakan seramai 12 orang anak.
Tuan Guru Hj. Yahya Zikri pernah
menulis sedikit mengenai perihal dirinya sepertimana berikut: “Hj. Yahya Zikri
bin Hj. Alang Mat Piah nama panggilannya. 1342 H bersamaan 1924 M tahun lahirnya. Chopin Kanan kampung asal tumpah darahnya. Belanja nama
mukimnya. Kuala Kangsar pula nama jajahannya. Perak Darul Ridhuan itulah
negerinya. Makkah al-Mukarramah akhir dan kesudahan menuntut ilmunya. Alim
ulama tempat rujukan dan gurunya - al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas. Ahlus
Sunnah wal Jamaah itulah amalan dan iktikadnya. Al-Imam as-Syafii al-Qurasyi
ikutan dan mazhabnya. Kitab-kitab al-muktabar pula tempat ambilan dan
pegangannya. Kampung Bahagia, Lorong Menteri, rumah tangga kampung halaman,
tempat kediamannya. Telok Intan pula nama pekan dan bandarnya. Peliharaan Allah
azza wa jalla dan limpah kurniaNya itulah doa dan permohonnya...”
Dalam menangisi pemergiannya,
Syeikh Mohammed Daniel daripada Cordoba
Academy menulis: “We
remain indebted to the honourable Shaikh for the sacrifices and dedication he
showed us. He was a hidden gem and was staunch in adopting the Sunnah into his
life. A famous Ustadh who studied with the Shaikh in the 80s and 90s told me
that when he visited the Shaikh a few months ago wearing a pinkish/orange
garment the Shaikh affectionately disapproved of the colour and told him to
wear white or a colour suitable for men as this was the sunnah. Subhan Allah!”
*Sumber: http://forum.cordobaacademy.com/topic/19404777/Passing-away-of-senior-Shaikh-Tuan-Guru-Yahya-alZikri#.VgkQCtKqqkp
Dalam sekali pertemuan bersama Tuan
Guru Hj. Yahya Zikri, beliau telah bertanya mengenai nama-nama anak penulis. Lalu
penulis menyebutnya satu persatu. Namun, apabila didengar tidak ada nama
Muhammad, beliau terus menegur secara spontan supaya memberi nama Muhammad
bersempena nama Nabi SAW!
Beliau telah menghasilkan beberapa karya penulisan, antaranya:
1. Kemuliaan dan Keistimewaan Tanah Suci Makkah al-Mukarramah.
2. Sampaikan Pahala Kepada Orang Mati.
3. Risalah Makna Syahadatain.
رحمه الله تعالى رحمة واسعة وأسكنه
فسيح جناته
8 comments:
وعليكم السلام ورحمة الله
Selalu menulis.. cuma tak publish di sini krn komitmen2 lain..
Assalamualaikum ustaz, tumpang bertanya. Sahih tak hadis ni?
"Sesiapa membaca surah al-Ikhlas 50 kali nescaya diangkatkan baginya 50,000 darjat, dan dihilangkan daripadanya 50,000 kejahatan, dan disuratkan baginya 50,000 kebajikan. Dan barang siapa melebihi daripada yang demikian itu nescaya dilebihi oleh Allah SAW akan pahalanya itu".
Terima kasih.
[In reply to ﻣﺤﻤﺪ فردوس 786]
Keterangannya memerlukan kepada hadis berikut;
Daripada Abu Umamah RA katanya: Pernah Jibril datang kepada Rasulullah SAW semasa baginda berada di Tabuk, lalu dia berkata: “Ya Muhammad, saksikanlah jenazah Mu‘awiyah bin Mu‘awiyah al-Muzani”. Maka, Rasulullah SAW pun keluar dan Jibril telah turun dengan 70,000 malaikat. Lalu ia meletakkan sayap kanannya ke atas gunung-ganang sehingga ia merendah dan meletakkan sayap kirinya pula ke atas tanah-tanih sehingga ia menghampar sehinggakan baginda dapat melihat Makkah dan Madinah. Lantas Rasulullah SAW, Jibril dan para malaikat pun bersembahyang ke atasnya. Setelah selesai, baginda bertanya: “Ya Jibril, dengan sebab apa Mu‘awiyah bin Mu‘awiyah al-Muzani dapat mencapai kedudukan ini?” Jawabnya: “Dengan (banyak) membaca: ‘Qul Huwallahu Ahad’ sama ada semasa berdiri, duduk, menunggang kenderaan dan berjalan kaki”. (HR at-Tabarani dan lain-lain. Ia hadis hasan li-ghairih kerana turut diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, al-Hasan al-Basri secara mursal & Sa‘id bin al-Musayyib secara mursal)
Manakala hadis: "Sesiapa membaca surah al-Ikhlas 50 kali nescaya diangkatkan baginya 50,000 darjat, dan dihilangkan daripadanya 50,000 kejahatan, dan disuratkan baginya 50,000 kebajikan. Dan barang siapa melebihi daripada yang demikian itu nescaya dilebihi oleh Allah SAW akan pahalanya itu".
Ia merupakan rangkap tambahan yang didapati dalam salah satu jalur riwayat yang sampai kepada Anas bin Malik RA. Jalur riwayat ini sangat daif, bahkan ada yang mengatakannya palsu.
والله أعلم
قال في الدر المنثور: وأخرج ابن سعد وابن الضريس والبيهقي في الدلائل والشعب من وجه آخر عن أنس رضي الله عنه قال : « كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم بتبوك فطلعت الشمس ذات يوم بضياء وشعاع ونور لم نرها قبل ذلك فيما مضى ، فجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يعجب من ضيائها ونورها ، إذ أتاه جبريل فسأل جبريل : ما للشمس طلعت لها نور وضياء وشعاع لم أرها طلعت فيما مضى؟ قال : ذاك أن معاوية بن معاوية الليثي مات بالمدينة اليوم ، فبعث الله إليه سبعين ألف ملك يصلون عليه . قال : بم ذاك يا جبريل؟ قال : كان يكثر { قل هو الله أحد } قائماً وقاعداً وماشياً وآناء الليل والنهار استكثر منها فإنها نسبة ربكم ، ومن قرأها خمسين مرة رفع الله له خمسين ألف درجة ، وحط عنه خمسين ألف سيئة ، وكتب له خمسين ألف حسنة ، ومن زاد زاد الله له . قال جبريل : فهل لك أن أقبض الأرض فتصلي عليه! قال : نعم . فصلى عليه » .اهـ
قلت: وفيه العلاء بن زيد، ويقال: زيدل بزيادة لام، الثقفي أبو محمد البصري، متروك، ورماه أبو الوليد بالكذب.
Terima kasih
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.