Beliau adalah antara tokoh ulama yang saya kagumi. Kemasyhurannya menjadikan beliau tidak perlu lagi disohorkan. Ilmunya amat luas dan baktinya terhadap ummah sangat banyak. Adakalanya lidah menjadi kelu untuk menuturkan pelbagai aspek ketokohan dan kewibawaan beliau. Kekuatan sahsiahnya mendorong saya untuk menjadikan beliau sebagai fokus kajian dalam disertasi saya (UM, 2008). Antara yang saya tulis di sana;
"Di dalam dunia keilmuan Islam, para sarjana Islam tidak sunyi daripada tiga jenis pemikiran golongan ulama berikut; pertama, golongan al-mutasyaddid iaitu golongan ulama yang bersikap agak keras, ketat serta tegas, kedua, golongan al-mu‘tadil iaitu golongan ulama yang bersikap sederhana dan boleh bertolak ansur, dan ketiga, golongan al-mutasahil iaitu golongan ulama yang bersikap longgar dan adakalanya mengambil mudah dalam sesuatu perkara. Ketiga-tiga pemikiran golongan ulama ini hakikatnya terdapat di dalam hampir setiap bidang pengajian Islam, sama ada fiqh, usul, akidah, ilmu kalam, bahasa Arab, tafsir mahupun hadith.
Pada hemat saya, pemikiran golongan ulama yang dianggap sederhana serta releven adalah golongan yang kedua, iaitu golongan al-mu‘tadil kerana mereka tidak terlalu keras sehingga menyukarkan sesuatu pihak dan tidak pula terlalu longgar sehingga ‘merosakkan’ pihak yang lain. Begitu juga di dalam pengajian hadith di mana kita akan dapati tiga jenis pemikiran ini. Menurut pengamatan penulis, di antara tokoh hadith dari golongan yang kedua itu pada zaman mutakhir ini ialah Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah. Ini kerana beliau cukup dikenal sebagai seorang ulama yang memiliki sikap sederhana dan suka bertolak ansur di dalam sesuatu permasalahan dan apa jua tindakan yang diambil. Justeru, tokoh ulama yang sedemikian menurut penulis amat wajar dikaji dan dibincangkan sama ada dari segi sahsiah, pemikiran, jasa serta sumbangan yang diberikan.
Berdasarkan faktor ini, dapatlah kita fahami kepentingan kajian sedemikian dilaksanakan. Umat Islam amat memerlukan kepada alim-ulama yang digelar sebagai ‘alim rabbani, iaitu mereka yang belajar, berilmu, beramal dengan ilmunya dan kemudian menyampaikan ilmunya kepada orang lain, ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Maka, alim-ulama yang sedemikian adalah wajar menjadi qudwah (role-model) kepada ummah".
Beberapa buku beliau telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh sahabat saya, Ustaz Shuhadak Mahmud.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.