Terjemahan: "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan untuknya jalan keluar (dari masalah hidup). Dan memberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". (al-Talaq:2-3)
Ada diceritakan sebab ayat ini diberi nama 'Ayat 1000 Dinar', iaitu kerana seorang saudagar telah membayar sebanyak 1000 dinar untuk mendapatkan ayat ini dari seorang yang wara', dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan si-pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang melalui laut, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Maka dengan izin Allah s.w.t. hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana maut itu. Bagaimanapun, saya masih belum menemui sumber asal kisah berkenaan. Jika ada sesiapa yang tahu, sila beritahu al-faqir ini.
Dikatakan antara pengamalan Ayat 1000 Dinar ini ialah dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara, dapat menghilangkan keresahan bila dibaca waktu gelisah, juga dibaca ketika bila-bila dirasakan perlu dan lain-lain lagi. Saya telah menemukan dalilnya daripada sebuah hadith Nabi s.a.w. iaitu;

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
إِنِّي لَأَعْلَمُ آيَةً لَوْ أَخَذَ بِهَا النَّاسُ لَكَفَتْهُمْ : وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا.
Terjemahan : Daripada Abu Zar katanya: Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya aku tahu satu ayat yang jika manusia mengambilnya, nescaya akan dapat mencukupi mereka semua, iaitu wa man yattaqillah....".
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Darimi dalam Sunannya (no. 2725 atau 2609). Mafhum yang sama juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya (no. 4220) dan Imam Ahmad dalam Musnadnya (5/178). Namun menurut al-Sindi: "Dalam kitab al-Zawa'id disebut: Hadith ini semua para perawinya thiqah tetapi sanadnya terputus, iaitu Abu al-Salil tidak pernah bertemu dengan Abu Zar, menurut kitab al-Tahzib". Maka sanad hadith ini adalah daif. Walau bagaimanapun, daif seperti ini dapat diamalkan dalam bab fadha'il amal.
Apa yang sedihnya, apabila ayat ini popular sebagai ayat pelaris, lalu ia hanya digantung di dinding-dinding kedai, sedangkan tuan pemiliknya tidak menyediakan pun ruang untuk bersolat di dalam kedainya sama ada untuk dirinya ataupun pekerjanya!! Kadang-kadang tandas pun tak ada air!! Mana tuntutan yang terdapat dalam kandungan Ayat 1000 Dinar tadi?..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.