Ada seorang pelajar bertanya saya apabila melihat semakin ramai pelajar perempuan di kolej ini mengenakan purdah, apakah ianya wajib? Bagi saya benda yang baik tak perlu dihalang. Fenomena ini lebih baik daripada fenomena semakin ramainya pelajar perempuan yang bertudung jarang, kecil dan bentuk tiga segi.. yang menyalahi peraturan kod etika pakaian pelajar kolej!!
Dulu hanya ada seorang dua yang pakai purdah, tetapi sekarang semakin ramai. Jangan ada 'agenda' tertentu sudah.. Sebagai jawapannya saya menyebut apa yang pernah saya tulis kira-kira 11 tahun lalu di dalam 'Suara Kampus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) - Edisi Tanta, bil. 3, April 1998. Antaranya:
Pemakaian hijab (tudung) adalah wajib secara ijma' ulama tanpa khilaf tentang hukumnya. Ia disebut secara sarih (jelas) melalui al-Quran dan as-sunnah. Hanya para ulama berkhilaf tentang hukum pemakaian niqab, atau yang kita sebut sebagai purdah. Syeikhul-Azhar Jadul Haq 'Ali Jadul Haq (rahimahullah) telah mentarjihkan (memilih) pendapat yang tidak mewajibkan menutup muka dan tapak tangan, selepas beliau membentangkan pendapat-pendapat dan dalil-dalil yang kuat para ulama yang mengharuskan membuka kedua-duanya. (Rujuk: Haula Ittifaqiyyah al-Qadha' 'ala Asykal al-Tamyiz, hlm. 47-60) Demikian juga fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam Fatawa Mu'asarahnya (juz. 1, hlm. 429-433)
Syeikh 'Atiyyah Saqar di dalam fatwanya pula telah memberikan khulasah (rumusan) begini; Selama mana perkara ini merupakan perkara khilaf, maka tidak wajar menghukum kebatalan salah satu dari pendapat-pendapat tersebut, dan tidak wajar juga terlalu taksub kepada salah satunya. Seorang insan itu mempunyai kebebasan memilih. Bagaimanapun, keseluruhan khilaf ini berakhir apabila seseorang wanita itu sangat cantik rupa parasnya dan dikhuatiri berlaku fitnah, maka dia wajib menutupnya. (Lihat: Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, jld. 4, hlm. 53)
Saya turut menulis: Usahlah kita disibukkan antara hukum wajib berniqab atau tidak, sedang mutabarrijat jahiliyyah (bersolek gaya Jahiliah) terus berleluasa, hinggakan timbulnya gejala-gejala sosial seperti bohsia dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya. Musykilah (permasalahan) di sini adalah kualiti iman. Iman yang membenarkan di dalam hati dan perkataan serta melaksanakannya dengan perbuatan. Iman yang membenarkan kewajipan berhijab (bertudung) dengan hati dan perkataan, serta melaksanakannya dengan memakai hijab. Lelaki (bapa, suami, atau yang berkuasa setaraf) sebagai pemimpin wanita adalah bertanggungjawab dalam hal ini. Di sinilah yang mustahaknya dahulu. (Suara Kampus, hlm. 20-21)
* Perkataan dalam warna kelabu adalah tambahan baru.
Fesyen Afghan
Fesyen Salafi
Fesyen Arab
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.