Dalam entri tentang saman melampau, mesej dan isu utama yang saya nak bawakan ialah tentang 'ego'. Namun ada juga yang melihat isu dan mesej besarnya ialah 'simpati'. Ini tidak tepat, kerana kes tersebut belum selesai dan baru bermula. Ertinya belum ada pihak yang tewas untuk disimpatikan. Yang perlu dirisaukan ialah palitannya pada imej ulama di mata masyarakat. Apakah ulama semakin gemar bercakaran secara terang-terangan berbanding berselisihan secara harmoni? Jadi, apakah definisi 'ego'? Merujuk kepada Kamus Dewan ;
- Ego - (égo) persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaan ~nya sangat kuat. (Kamus Dewan Edisi Empat).
- Keegoan - perihal mementingkan diri sendiri: ia menceritakan segala kesenangannya, dan lebih jauh drpd itu memperlihatkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Empat)
- Egois - (égois) orang yg suka mengutamakan (menonjolkan) diri serta bermegah-megah: sbg ~, kita tidak suka dikritik. (Kamus Dewan Edisi Empat)
Ego bersinonim dengan 'ujub' iaitu - (Ar) kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak, ego: ikhlas akan tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ~. (Kamus Dewan Edisi Empat).
Namun dalam Kamus Dewan tidak pula dinyatakan 'ego' bersinonim dengan 'sombong'. Sombong pula bersinonim dengan - angkuh, bongkak, tinggi hati, congkak, pongah, riak, takbur, cakap besar, hidung tinggi, megah, aga, peteras, kocak, congah, bongak, uju, ujub, songor, songar, maghrur, hagas, leweh, panggak, umuk, agul-agul, anggak, gaduk, burakah, dan pondik. (DBP online)
Bagaimanapun pemakaian perkataan 'ego' dengan makna 'sombong' juga banyak digunakan dalam percakapan biasa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.