Setelah disentuh tentang medan pembacaan, ada seperkara lagi yang membezakan keluasan ilmu antara manusia, iaitu daya intelektual. Secara umum, ada tiga tahap daya intelektual manusia;
1. tahap tinggi2. tahap sederhana
3. tahap rendah
Perbezaan daya intelektual ini merupakan sunnatullah yang disuratkan Allah SWT pada kejadian makhluk-Nya. Namun, berapa tingginya daya intelektual seseorang itu bukanlah ukuran bagi Allah SWT untuk memasukkannya ke dalam syurga. Ini kerana berapa ramai orang yang genius di dunia, tetapi mereka sangat bodoh untuk akur dan mengaku bahawa Allah adalah Pencipta yang Esa. Berapa ramai orang beriman yang bijak-pandai, tetapi mereka sangat malas untuk beramal ibadat. Kayu ukurnya di sisi Allah SWT ialah taqwa.
Kita amat berbangga kerana banyak didapati di sepanjang sejarah Islam, kemunculan ramai intelektual Islam yang menggabungkan antara ketinggian daya intelek dan sifat taqwa, seumpama Abu Hanifah, Malik, al-Syafi'i, Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu al-Hasan al-Asy'ari, al-Tahawi, al-Bayhaqi, al-Ghazali, al-Dhahabi, Ibn Hajar, al-Suyuti dan ramai lagi, sekadar menyebut beberapa nama di sini.
Einstein lambang kegeniusan Barat
Maka, perbezaan daya intelektual ini juga membezakan sejauhmana keluasan ilmu antara setiap insan. Walaupun begitu, tidak bermakna bahawa semua yang diluahkan oleh kumpulan intelek tahap tinggi itu mesti betul, dan semua yang dilontarkan oleh kumpulan intelek tahap rendah itu mesti salah. Ini kerana ada setengah lontaran fikiran dari pihak intelek tahap rendah itu lebih baik malah lebih tepat dari apa yang diluahkan oleh pihak intelek tahap tinggi.
Mungkin kisah ini dapat menjadi renungan, iaitu suatu ketika Sayidina Umar bin Khattab RA. mendengar seorang lelaki berdoa: “Ya Allah, jadikanlah aku termasuk golongan yang sedikit”. Mendengar itu, Umar terkejut dan bertanya: “Kenapa engkau berdoa demikian?” Sahabat itu menjawab: “Karena aku mendengar Allah berfirman; Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur, maka aku memohon agar aku termasuk yang sedikit tersebut".
Kisah lain, ada seorang lelaki di zaman al-Hasan al-Basri yang sentiasa menjauhi orang ramai. Lalu beliau bertanya kepadanya tentang hal keadaannya. Maka dijawab lelaki itu: Sesungguhnya aku setiap hari berada antara nikmat dan dosa, lalu aku mengadakan untuk nikmat tersebut pujian kepada Allah dan untuk dosa pula istighfar kepada-Nya, justeru itulah aku sibuk dengan urusan tersebut. Lantas jawab al-Hasan: Teruskanlah urusanmu itu, kamu bagiku lebih faqih (faham) daripada al-Hasan. (al-Hilyah, 2/361)
Inilah sunnatullah. Inilah anugerah dan hikmah-Nya. Maka janganlah mendabik dada. Si-penulis ini sendiri sangat menyedari bahawa beliau bukanlah dari golongan yang pertama..
والله هو الموفق والهادي
1 comment:
William James Sidis (April 1, 1898 – July 17, 1944) was an American child prodigy with exceptional mathematical and linguistic abilities. He first became famous for his precocity, and later for his eccentricity and withdrawal from the public eye.
He avoided mathematics entirely in later life, writing on other subjects under a number of pseudonyms.
With an estimated ratio IQ of 250-300[1], he is often cited in informal contexts as one of the most intelligent people who ever lived.
tu hah org paling tinggi IQ..dekat 300
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.