Ketika keluar buku sulung INHAD (Institut Kajian Hadis Selangor, KUIS) pada bulan Mei 2009 lalu dan diedarkan secara percuma ke surau-surau dan masjid-masjid Selangor, mungkin ramai juga yang tertanya siapa Umar bin Mowaffaq al-Nashuqati, penyusun buku tersebut? Saya sendiri tidak pernah mendengar namanya. Jika INHAD yang menerbitkan pastinya beliau juga seorang ulama hadith.
Melalui carian di internet, dapat juga saya tahu serba sedikit bahawa beliau ialah seorang alim dan ahli hadith dari Syria. Selain buku (برنامج اتباع السنة النبوية في الحياة اليومية) yang diterjemahkan oleh INHAD ini, beliau juga menyusun kitab berikut (مجموع الأثبات الحديثية لآل الكزبري الدمشقيين وسيرهم وإجازاتهم). Syeikh Umar juga ada menulis biografi ringkas bapanya, Syeikh Muwaffaq bin Muhammad Ruslan bin Umar al-Nasyuqati al-Dimasyqi al-Hanafi al-Qadiri, seorang pakar ulum al-hadith di Syria. (Klik sini)
Antara isi penting dari biografi tersebut : Bapanya, Syeikh Muwaffaq telah meninggal dunia pada tahun 1421H/2000M. Beliau adalah salah seorang ulama keluaran Maahad al-Fath al-Islami di bawah bimbingan Syeikh Muhammad Salih al-Farfur. Dari Maahad tersebut, beliau dapat terus ke tahun 4 di Universiti al-Azhar, Mesir.
p/s: Sesiapa yang nak buku di atas secara percuma (kalau ada lagi) boleh berhubung dengan INHAD.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.