Alhamdulillah ... saya menganggap fatwa/pandangan terkini ustaz berkenaan yang dikeluarkan pada hari ini dalam Utusan Malaysia sebagai qawl jadid yang memansukhkan qawl qadim. Atau beliau menyebut kedua-dua pandangan ; yakni pandangan yang mensabitkan pada minggu lalu, dan pandangan yang menafikan pada minggu ini. Secara umumnya, beliau seperti memilih pandangan al-Hafiz al-Sakhawi rahimahullah iaitu tawaqquf.
Petikan:
Huraian ibu bapa nabi dalam syurga
SOALAN:
Saya membaca dengan teliti jawapan tentang status ibu bapa Nabi dalam jawapan minggu lalu. Cuma, ada pendapat yang mengatakan ibu bapa Nabi berada dalam syurga. Boleh ustaz huraikan?
JAWAPAN:
PENDAPAT ulama yang mengatakan ibu bapa nabi SAW di dalam syurga. Kebanyakan ulama tidak suka berbincang topik ini termasuklah saya atas dua alasan. Yang pertama apa kepentingan tajuk ini, dan keduanya apa manfaat yang diperolehi sesudah kita bincangkan suatu yang menjadi hak Allah SWT.
Namun, minggu lepas soalan ini dijawab. Sebenarnya, soalan sebegini dikhuatiri akan menyinggung Rasulullah SAW....... baca selanjutnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.