Akhirnya atas tekanan yang sangat banyak datang dari pelbagai pihak, termasuk Amerika yang dok menyibuk, Hosni Mubarak meletakkan jawatan secara rasmi sebagai Presiden Mesir...Pentadbiran negara diambil alih sementara oleh tentera Mesir. Inilah kehebatan kuasa rakyat sekiranya bersatu padu. Semua penunjuk perasaan bersorak gembira setelah mendengar pengumuman tersebut. Malah ada yang pengsan kerana hampir tidak percaya..
Inilah hasil setelah berminggu-minggu, siang dan malam, mereka berkorban dan bersusah payah membuat protes dan demo menuntut perubahan. Tidak sedikit nyawa yang melayang dan anggota badan yang patah riuk..
Luar biasa..., luar biasa..., memang luar biasa semangat rakyat Mesir...
Namun, masih banyak persoalan yang tinggal. Apakah kerajaan yang ada benar-benar akan dibubarkan sepenuhnya bagi menjalankan pilihanraya umum semula? Apakah era pasca-Mubarak nanti berbeza dengan era Mubarak yang sudah berakar umbi selama 30 tahun? Atau sama sahaja tidak ada beza? Kerana tempoh 2 minggu lebih adalah cukup lama untuk pihak Mubarak dan mana-mana pihak terbabit mengatur strategi dan menyusun perancangan yang rapi dan licik bagi menjamin survival masing-masing.
Apakah Omar Suleiman sekutu Israel akan kekal di arena politik Mesir? Siapakah el-Baradei yang berani menawar diri mentadbir kerajaan sementara? Bagaimana kedudukan Ikhwan Muslimin yang amat ditakuti oleh anjing-anjing sekularis dan musuh-musuh Islam Israel dan Amerika? Apakah mereka diberi hak yang sewajarnya? Apakah 'Ikhwanofobia' juga ada dalam kalangan rakyat Mesir?
Bagaimana nasib rakyat yang menjadi penggerak dalam isu demonstrasi? Apakah pihak tentera Mesir akan 'bersandiwara'? Apakah polis yang melakukan keganasan dan kekejaman akan dibicarakan?... Dan bermacam lagi persoalan.
اللهم كن لنا ولإخواننا المصريين
Antara foto-foto menarik sepanjang protes rakyat:
Ramai pegawai kerajaan, termasuk para doktor, menyertai tunjuk perasaan.
'Kopiah merah' (ulama al-Azhar) turut membangkitkan semangat rakyat.
Rupanya bukan orang Islam saja, penganut Kristian pun rasa tertekan selama ni..
'Sindiran sinis' sebuah sepanduk: "Sebelum berambus, kami mahukan 70 billion dollar itu!"
Ucapan terakhir Mubarak merayu rakyat balik ke rumah dibalas dengan mengangkat kasut..
Jumaat demo terakhir di Medan Tahrir.
Banner besar mengandung senarai mereka yang mati syahid..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.