Pages
▼
Thursday, February 3, 2011
Penunjuk Perasaan VS Pro-Mubarak
Mungkin ada pembaca yang hairan apasal saya agak 'obses' dengan isu krisis di Mesir ni. Bukan apa, cuma firasat saya cuba merasakan sesuatu. Kita tunggu sahajalah apa yang telah dirancang oleh Allah SWT di samping doa kita buat rakyat Mesir..
Terbaru golongan pro-Mobarak yang terdiri dari polis dan kumpulan yang digelar 'Baltagiyya' cuba mengkucar-kacir dan menyuraikan penunjuk perasaan dengan merempuh mereka dengan menunggang kuda dan unta, di samping membawa cemeti, senjata dan membaling batu. Ratusan penunjuk perasaan mengalami kecederaan teruk dan serius. Mereka juga mula menembak penunjuk perasaan dengan peluru hidup yang menyebabkan beberapa kematian.
Beberapa kumpulan pro-Mubarak yang ditangkap dan dibelasah oleh penunjuk perasaan mengaku mereka diupah untuk berbuat demikian dengan bayaran antara 500-1000 genih (pound Mesir: kira-kira sama kot dengan RM). Sehingga kini Hosni Mubarak masih degil tidak mahu berganjak dari kerusi Presidennya sedangkan tekanan datang dari pelbagai pihak... Memang liat betullah..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.