Al-Muqri’ Syeikh Bakri bin ‘Abd al-Majid bin Bakri al-Tarabisyi dianggap sebagai pemegang sanad al-Quran yang paling tinggi di dunia. Beliau adalah orang terakhir dalam peringkat ke-27 dalam bidang qiraat tujuh yang mutawatir melalui jalan al-Syatibi selepas Baginda Rasulullah SAW. Beliau meninggal dunia di
Beliau dilahirkan di Dimasyq pada tahun 1338H (1920). Bapanya adalah salah seorang ulama mazhab Hanafi di Dimasyq. Beliau telah menghafaz al-Quran semasa berusia 12 tahun. Antara guru-gurunya ialah al-Muhaddith Syeikh Badruddin al-Hasani, Syeikh ‘Abd al-Wahhab Dibs Wazait, Syeikh ‘Izzuddin ‘Araqsusi, Syeikh ‘Abd al-Qadir al-Sabbagh, Syeikh Muhammad Salim al-Hilwani yang mengijazahkannya qiraat tujuh, dan Syeikh Mahmud Fa’iz al-Dir‘atani yang mengijazahkannya qiraat sepuluh.
Antara murid-murid yang pernah bertalaqqi dengan beliau ialah Syeikh Muhammad Syaqrun (Emirates), Syeikh Hussam Sibsibi (Kuwait), Syeikh ‘Isam ‘Abd al-Mawla (Jordan), Syeikh Muhammad Burukkab (Algeria), Syeikh ‘Umar Da‘uq (Lubnan), Syeikh Muhyiddin Abu al-Hasan al-Kurdi (Dimasyq), Syeikh Muhammad Sukr (Dimasyq) dan lain-lain.
Beliau tidak meninggalkan sebarang karya penulisan kecuali tulisan-tulisan berkaitan pengijazahan sanad dan sebuah nazam yang terdiri daripada 40 bait tentang silsilah sanadnya. Syeikh Zuhayr al-Syawisy pernah menulis sebuah kitab berhubung ketinggian sanad Syeikh al-Tarabisyi yang berjudul (السندان الأعليان في تلاوة القرآن الكريم للشيخ بكري الطرابيشي). (Rujuk juga: تاريخ علماء دمشق , 2/600).
Rujukan:
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.