Jawatankuasa Ulama Besar Al-Azhar yang dipengerusikan oleh Syeikh
Al-Azhar al-Imam al-Akbar Dr. Ahmad Tayyib pada
hari Isnin lepas telah memilih Dr. Syawqi
Ibrahim ‘Abdul Karim ‘Allam sebagai Mufti Republik Arab Mesir yang baru
menggantikan Dr. ‘Ali Jum‘ah yang dijangka tamat tempoh perkhidmatannya akhir
bulan ini.
Dr. Syawqi Ibrahim adalah seorang profesor dan ketua Jabatan Fiqah Perbandingan di Universiti Al-Azhar cawanganTanta .
Beliau telah memperoleh undian tertinggi semasa proses pengundian
yang dijalankan oleh Jawatankuasa Ulama Besar Al-Azhar tersebut.
Dr. Syawqi Ibrahim adalah seorang profesor dan ketua Jabatan Fiqah Perbandingan di Universiti Al-Azhar cawangan
Selain beliau, Dr. ‘Atiyyah Sayyid, profesor
Fiqah Perbandingan di Universiti Al-Azhar Kaherah dan Dr. Farhat ‘Abd al-‘Ati,
profesor Fiqah Perbandingan di Universiti Al-Azhar masing-masing mendapat
tempat ke-2 dan ke-3 dalam proses pengundian tersebut. Jawatankuasa
Ulama Besar Al-Azhar telah menetapkan beberapa syarat dalam proses pemilihan mufti yang baru. Antaranya, calon mestilah
berlatarbelakangkan pendidikan al-Azhar semenjak kecil, mahir berbahasa
Inggeris, seorang profesor dalam bidang syariah Islam, mempunyai pengetahuan Islam
am yang luas, dan tidak melebih umur 60 tahun.
Majlis Jawatankuasa Ulama Besar Al-Azhar tersebut turut
dihadiri oleh Dr. ‘Ali Jum‘ah dan Dr. Yusuf
al-Qaradawi. Dimaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan Mufti terdahulu, Dr. ‘Ali Jum‘ah
akan tamat akhir bulan ini kerana beliau telah mencapai usia 61 tahun. Dr.
Syawqi Ibrahim bakal diangkat menjadi Mufti Mesir yang ke-19.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.