Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA
Menggali dan mengeluarkan mayat daripada
kubur tanpa sebab yang kuat adalah perbuatan yang tidak harus. Ia adalah
perbuatan yang tidak beradab dan tidak menghormati mayat. Apatah lagi jika mayat
tersebut adalah orang yang mempunyai kedudukan dalam bidang ilmu atau medan jihad.
Sebagaimana kedudukannya yang mulia dan dihormati sewaktu dia hidup begitu juga
apabila ia telah meninggal dunia kedudukannya tetap sama. Perlu dijaga
kehormatan dan kedudukan mulianya.
Di atas pelbagai sebab, sering juga berlaku
dalam kalangan masyarakat Islam proses menggali dan mengeluarkan mayat daripada
kubur. Hukumnya harus jika bertujuan untuk menyelamatkan mayat tersebut dari bahaya
dan hukumnya haram jika tujuannya untuk menghinakan mayat tersebut.
Terkini
pada 27 April 2013, kubur
sahabat Nabi SAW bernama Hujr ibn ‘Adi @ ‘Udai al-Kindi RA didakwa telah digali dan
jasadnya dikeluarkan oleh sekumpulan penentang Rejim Asad di Syria. Makamnya dirobohkan
dan jasadnya telah dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui. Mereka mendakwa
makam tersebut sebelum ini telah menjadi pusat pemujaan kelompok Syiah.
Sebaliknya,
ada yang menafikan dan mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh tentera Rejim Asad sendiri untuk mencari benda berharga yang disimpan
di makam tersebut atau memang sengaja untuk melarikan jasadnya. Kemudian jasadnya telah dipindahkan ke tempat kelompok Syiah. (islamsyria.com)
Dikatakan
jasad Hujr ibn ‘Adi RA itu masih utuh walaupun sudah berlalu sekitar 1400 tahun.
Lalu tersebar kini di internet imej jasad yang didakwa milik Hujr ibn ‘Adi RA. Ada
yang percaya dan ada yang tidak serta mendakwa itu hanyalah jasad salah seorang
rakyat Syria yang terkorban.
Laporan Laman Islamindonesia.co.id (dengan
suntingan)
Jika
dilihat dari keterangan sejarah ada disebutkan Hujr meninggal dalam kondisi
terpenggal kepalanya. Itu seperti disebutkan dalam sebuah karya klasik
Ibnu Hajar berjudul Al Isabah Fi Tamyiz As Sahabah.
Dikisahkan Hujr bin ‘Adi yang merupakan seorang sahabat yang kritis
terhadap pemerintahan Muawiyah serta pernah turut serta dalam Perang
Qadisiyah, tewas dibunuh atas perintah Khalifah Muawiyah pada 51 H.
Konon
sebelum dipenggal lehernya, Hujr meminta para algojo untuk membiarkan dirinya
berwudhu’ dan solat dua rakaat terlebih dahulu. Usai bersolat, para
algojo lantas menggiringnya ke sebuah kawasan di pinggiran kota Dimasyq.
Di sana sudah disiapkan sebuah kuburan yang menganga dan kain
kafan untuk jasadnya. “Engkau telah berkata bahwa engkau tidak gentar?” kata
salah seorang algojonya setengah mengejek.
Alih-alih
menjadi marah dan panik, Hujr dengan tenang menjawabnya dengan kalimat, “Aku
tidak akan gentar walaupun telah kulihat kubur yang telah tergali, kafan yang
telah terbentang, dan pedang yang telah terhunus!“ Kemudian seorang algojo maju
ke hadapannya dan berkata, “Hulurkan lehermu!” Ia menjawab, “Aku tidak akan
membantu pembunuhan terhadap diriku.” Maka secepat kilat, algojo itu
memenggal lehernya.
Mengacu
kepada kisah di atas, penampakan foto jasad Hujr ibn ‘Udai ini bisa jadi hanya hoax
semata-mata alias berita dusta. Kerana jika itu benar jasad beliau,
tentunya keadaannya harus terpisah antara badan dengan lehernya. Kecuali ada
dua kemungkinan cerita sejarah itu hanya karangan atau telah terjadi suatu
keajaiban. Wallahu a'lam.
Hujr
ibn ‘Adi RA juga dikenali sebagai Hujr al-Khair. Beliau memeluk Islam ketika
masih muda. Beliau dan saudaranya, Hani bin ‘Adi berkunjung ke Madinah bertemu
Nabi SAW di penghujung hayat baginda SAW. Beliau seorang yang soleh, zuhud dan
warak serta pejuang yang berani. Al-Hakim dalam al-Mustadrak 3/468
menulis: “Dia adalah rahib para sahabat Muhammad SAW”. Di dalam peperangan
Siffin, beliau bersama Khalifah ‘Ali bin Abi Talib RA sebagai salah seorang
ketua tentera. Beliau dibunuh pada tahun 51 H dan dikebumikan di ‘Azra’,
Dimasyq.
Makam Hujr sebelum dirobohkan.
Kelompok
Syiah menjadikan pembunuhan Hujr ibn ‘Adi RA sebagai satu rekod hitam buat Khalifah
Mu‘awiyah RA. Namun, ulama Ahlus Sunnah tidak membenarkan fail pertelingkahan
di kalangan para sahabat RA ini dibuka kerana ia akan hanya membuka pintu
fitnah kepada umat Islam. Mereka menetapkan bahawa setiap para sahabat yang
terlibat dalam pertelingkahan tersebut adalah di atas ijtihad mereka dan segala
urusan mengenai mereka selanjutnya perlu diserahkan kepada Allah SWT. Ini adalah lebih selamat bagi agama setiap muslim baik di dunia mahupun di akhirat kelak.
___________________
* Klip video dengan bahasa apatah...?
2 comments:
ragam fakta penghancuran makam dan situs Islam dapat diakses di:
www.wahabigointernasional.blogspot.com
SAKING ALASAN PEMURNIAN TAUHID...PENGIKUT WAHABI SAMPAI HARUS MEMBONGKAR MAKAM PARA WALI,ULAMA DAN BAHKAN NABI UNTUK MEMBUNGKAM KEBIASAAN UMAT ISLAM BERZIARAH KEPADA MAKAM TERSEBUT.
SESUNGGUHNYA EKTRIMIS WAHABI SEJATINYA DIBENTUK ATAS KONSPIRASI PENGUASA SAUDI ARABIA, CIA, QATAR DAN JARINGAN ISLAM EKSTRIM UNTUK MENGHANCURKAN CITRA ISLAM DARI DALAM.
KUNJUNGI www.wahabigointernasional.blogsot.com
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.