Sumber: my.news.yahoo.com
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat,
Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan
jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bukit Besi jam 4.30 pagi tadi.
Pada masa ini, jenazah bekas Exco
Terengganu (1999-2004) itu masih berada di Hospital Hulu Terengganu.
Abu Bakar merupakan bekas calon
naib presiden pada muktamar tahun lalu dan pernah menjawat jawatan ketua Pemuda
PAS.
Abu Bakar dipercayai dalam
perjalanan pulang dari Kuala Lumpur
selepas menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kereta yang
dinaikinya melanggar sebuah van jenis Vannete yang dinaiki enam penumpang.
Timbalan Pesuruhjaya PAS
Terengganu Yahaya Ali berkata, kereta dinaiki Abu Bakar melanggar sebuah van
yang berhenti di tepi jalan di LPT berhampiran Bukit Besi menuju Ajil. Sebaik
sahaja beliau dan pembantunya Hasmizi Hasan dibawa keluar, kereta yang
dinaikinya itu terbakar.
Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke
hospital. Abu Bakar meninggalkan seorang balu, Zaitun Salleh dan lapan anak.
Jenazah Abu Bakar akan dibawa balik dari
Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman Tok Jiring, Kuala
Terengganu untuk disembahyang dan dikebumikan selepas solat Asar hari ini. – 23
Jun, 2014.
------------------------------
Biodata DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR BIN CHIK
(Sumber: abubakarchik.blogspot.com)
Merupakan anak kelahiran Kg. Masjid Tepoh, Kuala Terengganu. Beliau
dilahirkan pada 18 Ogos 1950. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama
dengan To’ Puan Zaitun Binti Salleh dan dikurniakan 8 orang zuriat iaitu 5
lelaki dan 3 perempuan.
Berkelulusan Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM) pada
tahun 2011-2012; melawat sambil belajar Bahasa Arab di Jami’ah Afriqiyyah
Alamiyyah (1995-1996); melawat sambil belajar Bahasa Inggeris di Fort Wayne
Community College, Indiana, USA (1987-1988); dan Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian
Islam (Syariah) serta Diploma Pendidikan UKM (1973-1977).
Pengalaman Kerja
1977 – 1981 : Pengetua Institut
Berakan, Kuala Terengganu
1982 – 1986 : Wakil Rakyat (ADUN
Jeram), Terengganu
1997 – 1999 : Pengarah Urusan Ilmu
Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian
Sek. Rendah
Islam Pintar (SRIP)
1999 – 2004 : Exco Pertanian &
Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu
2000 – 2004 : Pengerusi Ladang
Rakyat Terengganu
2004 – Kini : Pengerusi Maahad
Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)
2008 – Kini : Jawatankuasa
Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi
Dan
Teknologi Hijau Negeri Kelantan
Politik
1981 : Menyertai Parti
Islam Semalaysia (PAS)
1984 – 1986 : Tahanan Politik (ISA) Di
Kem Tahanan Kemunting
1989 – 1999 : Ketua Dewan Pemuda PAS
Pusat Ke- 13
1999 – 2011 : Timbalan Pesuruhjaya
PAS Terengganu
2000 – Kini : Ahli Jawatankuas PAS
Pusat
2000 – 2007 : Pengerusi JK Pertanian
& Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat
2007 – Kini : Timbalan Pengerusi
Lujnah Tarbiyah PAS Pusat
2008 – Kini : Pengerusi Lajnah
Pendidikan PAS Pusat
Kegiatan Pelajar & Belia
1968 – 1970 : Setiausaha Gabungan
Pelajar Islam Terengganu
1975 – 1977 : Naib Presiden
Persatuan Mahasiswa UKM
1976 – 1977 : Presiden Persatuan
Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM
1977 – 1981 : Setiausaha
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Terengganu & Negeri Terengganu.
Kegiatan Kemasyarakatan & Pendidikan
1979 : Mengasaskan Pusat
Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM
1983 : Mengasaskan
Maahad Darul Quran, Terengganu
1987 : Mengasaskan Pusat
Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu
1989 – 1999 : Pengerusi PASTI
Malaysia
2006 – 2008 : Penasihat (Luar) Yayasan
Amal Malaysia
2009 – Kini : Timbalan YDP
Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)
2013 : Pengerusi Majlis
Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN)
Kegiatan Antarabangsa
1989 : Ahli Persidangan
Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan
1989 & 1993 : Pengarah Ijtima’ Perpaduan
Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2
1994 - 1996 : Ahli Persidangan
Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki
1997 & 1998 : Anggota JK
Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan.
2003 : Ahli Persidangan Islamic Development Bank,
Tajikistan & Uzbekistan
2005 – 2013 : Presiden AFMY
2007 : Mengasaskan
Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)
Penulisan Buku
1987 : Individu Muslim
Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd
1998 : Ketahanan
Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd
1999 : Al Hizbul Islami
Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan
2007 : Pilihanraya: Satu
Tuntutan Jihad – Pustaka Damai, MTT.
2011 : PAS 60 Tahun –
Pustaka Damai, MTT.
2013 : Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed
Qutb – Pustaka Damai, MTT
Darjah Kebesaran & Anugerah Tokoh
2002 : Setia Mahkota
Terengganu (SMT)
2003 : Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)
2003 : Anugerah Tokoh
Sempena Sambutan Jubli Emas
Dewan Pemuda
PAS Trg
2003 : Anugerah Tokoh
Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas
Dewan Pemuda PAS Pusat
2009 : Tokoh PASTI
Malaysia
2 comments:
Assalamualaikum ustaz. Saya nak minta ustaz tolong takhrij hadis ni:
ما فرقوا بين المسلم والمنافق الا بترك الصلاة فان ترلها جاحدا لوجوبها كان كافرا
وعليكم السلام ورحمة الله
Rasanya itu kalam ulama..
Hadis2 ttg hukum meninggal solat adalah spt berikut:
عن جابرٍ - رضي الله عنه - ، قال : سمعت رَسُول اللهِ - صلى الله عليه وسلم - ، يقول : (( إنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ والكفر ، تَرْكَ الصَّلاَةِ )) رواه مُسلِم .
وعن بُرَيْدَة - رضي الله عنه - ، عن النبيِّ - صلى الله عليه وسلم - ، قَالَ : (( العَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ الصَّلاَةُ ، فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ )) رواه التِّرمِذِيُّ ، وَقَالَ : (( حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح )) .
عن شقِيق بن عبدِ الله التَّابِعيِّ المتفق عَلَى جَلاَلَتِهِ رَحِمهُ اللهُ ، قَالَ : كَانَ أصْحَابُ محَمَّدٍ - صلى الله عليه وسلم - لا يَرَوْنَ شَيْئاً مِنَ الأعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ . رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ في كِتابِ الإيمان بإسنادٍ صحيحٍ .
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.