Pages

Tuesday, December 16, 2014

Hadis-Hadis al-Malhamah al-Kubra


1- Enam Peristiwa Penting Sebelum Kiamat 

عن عَوْف بْن مَالِكٍ قَالَ: أَتَيْتُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - فِى غَزْوَةِ تَبُوكَ، وَهْوَ فِى قُبَّةٍ مِنْ أَدَمٍ فَقَالَ: «اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَىِ السَّاعَةِ، مَوْتِي، ثُمَّ فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ، ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الْغَنَمِ، ثُمَّ اسْتِفَاضَةُ الْمَالِ حَتَّى يُعْطَى الرَّجُلُ مِائَةَ دِينَارٍ فَيَظَلُّ سَاخِطًا، ثُمَّ فِتْنَةٌ لاَ يَبْقَى بَيْتٌ مِنَ الْعَرَبِ إِلاَّ دَخَلَتْهُ، ثُمَّ هُدْنَةٌ تَكُونُ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ بَنِى الأَصْفَرِ فَيَغْدِرُونَ، فَيَأْتُونَكُمْ تَحْتَ ثَمَانِينَ غَايَةً، تَحْتَ كُلِّ غَايَةٍ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا». وفي رواية: عمران بيت المقدس، وفي رواية: وفِتنةٌ تكُونُ بَيْنكُم لاَ يبقَى بَيْتُ مُسلِمٍ إلاَّ دَخَلَتْهُ. أخرجه البخاري (3/1159، رقم 3005)، وابن ماجه (2/1341، رقم 4042)، وأحمد (6/22، رقم 24017)، وابن أبى شيبة (7/480، رقم 37382) والطبراني (18/42، رقم 72)، والحاكم (4/465، رقم 8295) وصححه، وغيرهم.
Terjemahan:
Dari 'Auf bin Malik RA berkata: "Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: "Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari Kiamat; iaitu kematianku, kemudian pembebasan Baitul Maqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitul Maqdis), kemudian kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba, kemudian melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun ia masih marah (merasa kurang), kemudian timbulnya fitnah sehingga tidak ada satupun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya, kemudian perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri dari dua belas ribu (12,000) tentera". (HR al-Bukhari 2940, Ibn Majah, Ahmad, Ibn Abi Syaybah, al-Tabarani, al-Hakim dan lain-lain)

Berdasarkan fakta sejarah, tentera Islam berjaya menakluk Baitul Maqdis pada tahun 638M (16H) semasa zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA.[1] Namun pada tahun 1099M, tentera Salib berjaya merampas Baitul Maqdis dari tangan umat Islam sehinggalah muncul Salahuddin al-Ayyubi yang berjaya menewaskan mereka dan menawan semula Baitul Maqdis pada tahun 1187M (583H).[2] Berdasarkan realiti semasa pula, Baitul Maqdis kini tidak lagi dikuasai umat Islam dan berada di bawah kekuasaan tentera Israel. Mereka mengawalnya secara ketat dan umat Islam tidak mempunyai kebebasan mutlak terhadapnya. Maka, hadis di atas dan hadis sebelumnya membuktikan pembebasan atau pemakmuran Baitul Maqdis itu akan berlaku apabila menjelang hampirnya hari Kiamat.

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ، وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ، وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ، وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ ». أخرجه أبو داود (4/110، رقم 4294)، وابن أبي شيبة (7/491، رقم 37477)، وأحمد (5/245، رقم 22174)، والطبراني (20/108، رقم 214).
Terjemahan:
Dari Muaz ibn Jabal r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: "Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib, kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-malhamah, permulaan al-malhamah merupakan tanda pembebasan Kostantinopel, pembebasan Kostantinopel merupakan tanda kemunculan Dajjal". (HR. Abu Dawud dan lain-lain). Yathrib ialah al-Madinah al-Munawwarah.

2- Ghutah Kubu Kuat Islam

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ فُسْطَاطَ الْمُسْلِمِينَ يَوْمَ الْمَلْحَمَةِ بِالْغُوطَةِ إِلَى جَانِبِ مَدِينَةٍ يُقَالُ لَهَا دِمَشْقُ مِنْ خَيْرِ مَدَائِنِ الشَّامِ. وفي رواية: خير منازل المسلمين يومئذ. أخرجه أبو داود (4/111، رقم 4298) وأحمد (5/197، رقم 21773) والطبرانى فى الأوسط (3/296، رقم 3205)، والحاكم (4/532، رقم 8496) وقال: صحيح الإسناد.
Terjemahan:
Dari Abu Darda’ ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pangkalan (kubu) kaum muslimin saat terjadinya peperangan besar berada di Ghutah, suatu tempat berdekatan sebuah kota yang dipanggil dengan nama Dimasyq, antara kota terbaik di daerah Syam." Dalam riwayat lain: “…sebaik-baik tempat tinggal kaum muslimin pada masa itu”. (HR Abu Daud, Ahmad, at-Tabarani dan al-Hakim)

روي عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ: حَدَّثَنَا رَجُلٌ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: سَتُفْتَحُ عَلَيْكُمْ الشَّامُ، فَإِذَا خُيِّرْتُمْ الْمَنَازِلَ فِيهَا فَعَلَيْكُمْ بِمَدِينَةٍ يُقَالُ لَهَا دِمَشْقُ، فَإِنَّهَا مَعْقِلُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ الْمَلَاحِمِ، وَفُسْطَاطُهَا مِنْهَا بِأَرْضٍ يُقَالُ لَهَا الْغُوطَةُ. أخرجه أحمد (4/160، رقم 17505) قال الهيثمى (7/289): فيه أبو بكر بن أبى مريم، وهو ضعيف، ويقويه حديث أبي الدرداء.
Terjemahan:
Dari Jubair bin Nufair ia berkata, "Telah menceritakan kepada kami seorang lelaki daripada sahabat Nabi Muhammad SAW, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Syam akan dibukakan untuk kalian, maka jika kalian diberi kebebasan untuk memilih tempat tinggal di dalamnya, maka pilihlah sebuah kota yang bernama Dimasyq. Sesungguhnya ia adalah benteng kaum muslimin dari peperangan-peperangan yang dahsyat, dan pangkalannya terletak di suatu tempat bernama al-Ghutah." (Musnad Ahmad 16825)

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-: «إِذَا وَقَعَتِ الْمَلاَحِمُ بَعَثَ اللَّهُ بَعْثًا مِنَ الْمَوَالِى، هُمْ أَكْرَمُ الْعَرَبِ فَرَسًا، وَأَجْوَدُهُ سِلاَحًا، يُؤَيِّدُ اللَّهُ بِهِمُ الدِّينَ». وفي رواية: المَوَالي مِن دمشقَ. أخرجه ابن ماجه (2/1369، رقم 4090)، ونعيم بن حماد فى الفتن (2/474، رقم 1334)، والحاكم (4/591، رقم 8646) وقال: صحيح على شرط البخاري.
Terjemahan:
Dari Abu Hurairah katanya, "Rasulullah SAW bersabda: "Jika terjadi peperangan-peperangan yang besar, maka Allah akan mengutus satu kumpulan daripada para al-mawali (golongan yang berjanji taat setia, dari Dimasyq), mereka adalah orang Arab yang paling mulia kudanya dan yang paling bagus senjatanya. Dengan merekalah Allah menguatkan agama ini." (HR Ibnu Majah 4080, Nu‘aym bin Hammad dan al-Hakim)

3- Perjanjian Damai Antara Islam dan Kristian

عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ: انْطَلِقْ بِنَا إِلَى ذِي مِخْبَرٍ - رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم - فَأَتَيْنَاهُ فَسَأَلَهُ جُبَيْرٌ عَنِ الْهُدْنَةِ فَقَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ: « سَتُصَالِحُونَ الرُّومَ صُلْحًا آمِنًا، فَتَغْزُونَ أَنْتُمْ وَهُمْ عَدُوًّا مِنْ وَرَائِكُمْ، فَتُنْصَرُونَ وَتَغْنَمُونَ وَتَسْلَمُونَ، ثُمَّ تَرْجِعُونَ حَتَّى تَنْزِلُوا بِمَرْجٍ ذِى تُلُولٍ، فَيَرْفَعُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ النَّصْرَانِيَّةِ الصَّلِيبَ، فَيَقُولُ: غَلَبَ الصَّلِيبُ! فَيَغْضَبُ رَجُلٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ فَيَدُقُّهُ، فَعِنْدَ ذَلِكَ تَغْدِرُ الرُّومُ وَتَجْمَعُ لِلْمَلْحَمَةِ ». وفي رواية: فَيَقُومُ إِلَيْهِ رَجُلٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ فَيَقْتُلُهُ، فَعِنْدَ ذَلِكَ تَغْدِرُ الرُّومُ وَتَكُونُ الْمَلَاحِمُ، فَيَجْتَمِعُونَ إِلَيْكُمْ، فَيَأْتُونَكُمْ فِي ثَمَانِينَ غَايَةً، مَعَ كُلِّ غَايَةٍ عَشْرَةُ آلَافٍ. أخرجه أبو داود (4/109، رقم 4292)، وابن ماجه (2/1369، رقم 4089)، وأحمد (4/91، رقم 16872)، وابن حبان (15/102، رقم 6709)، والطبراني (4/235، رقم 4230)، والحاكم (4/467، رقم 8298) وقال: صحيح الإسناد.
Terjemahan:
Dari Jubair bin Nufair katanya: Kami pernah pergi untuk menemui Dhi Mikhbar - seorang sahabat Nabi SAW - hinggalah kami menemuinya. Lalu Jubair pun bertanya tentang perjanjian. Maka katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Kalian akan mengadakan satu perjanjian perdamaian dengan bangsa Rom. Lalu kalian akan berkerjasama dengan mereka melawan suatu musuh yang datang dari belakang kalian. Maka kalian akan diberi kemenangan dan selamat, kemudian kalian akan pulang sehinggalah berhenti pada suatu padang rumput yang luas dan berbukit-bukit. Tiba-tiba, ada seorang lelaki daripada kaum Nasrani (Kristian) mengangkat salibnya seraya berkata; “Salib telah menang!”. Maka berasa marahlah seorang lelaki dari kalangan kaum muslimin, lalu ia pun menumbuknya. Disebabkan itu, bangsa Rom pun berkhianat dan berhimpun untuk peperangan”. Dalam riwayat lain: “Maka seorang lelaki dari kalangan kaum muslimin pun menuju kepadanya, lalu membunuhnya. Disebabkan itu, bangsa Rom pun berkhianat sehingga terjadilah peperangan-peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kalian dan datang di bawah 80 panji-panji dan bersama-sama setiap satu panji terdapat 10,000 tentera”. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).

4- Sekatan Ekonomi Dari Pihak Kristian

عَنْ أَبِي نَضْرَةَ، قَالَ: كُنَّا عِنْدَ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ فَقَالَ: يُوشِكُ أَهْلُ الْعِرَاقِ أَنْ لَا يُجْبَى إِلَيْهِمْ قَفِيزٌ وَلَا دِرْهَمٌ، قُلْنَا: مِنْ أَيْنَ ذَاكَ؟ قَالَ: مِنْ قِبَلِ الْعَجَمِ، يَمْنَعُونَ ذَاكَ، ثُمَّ قَالَ: يُوشِكُ أَهْلُ الشَّأْمِ أَنْ لَا يُجْبَى إِلَيْهِمْ دِينَارٌ وَلَا مُدْيٌ، قُلْنَا: مِنْ أَيْنَ ذَاكَ؟ قَالَ: مِنْ قِبَلِ الرُّومِ، ثُمَّ سَكَتَ هُنَيَّةً، ثُمَّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي خَلِيفَةٌ يَحْثِي الْمَالَ حَثْيًا، لَا يَعُدُّهُ عَدَدًا» قَالَ قُلْتُ لِأَبِي نَضْرَةَ وَأَبِي الْعَلَاءِ: أَتَرَيَانِ أَنَّهُ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ فَقَالَا: لَا. أخرجه مسلم وأحمد (3/317، رقم 14446)، وابن حبان (15/75، رقم 6682)، والحاكم (4/501، رقم 8400) .
Terjemahan:
Dari Abu Nadhrah berkata: Kami berada di sisi Jabir bin Abdullah, ia berkata: Hampir sahaja penduduk Iraq tidak akan dibawa masuk kepada mereka sebarang takar makanan mahu pun sekeping dirham. Kami bertanya: Dari manakah puncanya? Beliau menjawab: Dari pihak bangsa ‘Ajam, merekalah yang menahannya. Setelah itu beliau berkata: Hampir sahaja penduduk Syam tidak akan dibawa masuk kepada mereka sekeping dinar mahu pun sebarang takar makanan. Kami bertanya: Dari manakah puncanya? Beliau menjawab: Dari pihak bangsa Rom. Kemudian beliau diam sejenak, lalu berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Akan ada di akhir umatku nanti seorang khalifah yang membahagi harta tanpa menghitungnya." Aku berkata kepada Abu Nadhrah dan Abu al-‘Ala`: Apakah kalian berpendapat dia ialah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz? Kedua-duanya menjawab: Tidak. (HR Muslim 5189, Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنَعَتِ الْعِرَاقُ دِرْهَمَهَا وَقَفِيزَهَا، وَمَنَعَتِ الشَّأْمُ مُدْيَهَا وَدِينَارَهَا، وَمَنَعَتْ مِصْرُ إِرْدَبَّهَا وَدِينَارَهَا، وَعُدْتُمْ مِنْ حَيْثُ بَدَأْتُمْ، وَعُدْتُمْ مِنْ حَيْثُ بَدَأْتُمْ، وَعُدْتُمْ مِنْ حَيْثُ بَدَأْتُمْ» شَهِدَ عَلَى ذَلِكَ لَحْمُ أَبِي هُرَيْرَةَ وَدَمُهُ. أخرجه مسلم (4/2220، رقم 2896)، وأبو داود (3/166، رقم 3035) وأحمد (2/262، رقم 7555)، وغيرهم.
Terjemahan:
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Iraq akan menahan dirham dan takaran makanannya, Syam juga akan menahan takaran makanan dan dinarnya, dan Mesir juga akan menahan takaran makanan dan dinarnya. Kamu sekalian akan kembali sepertimana kalian mula dahulu, kamu sekalian akan kembali sepertimana kalian mula dahulu, kamu sekalian akan kembali sepertimana kalian mula dahulu." Abu Hurairah berkata: “Daging dan darah Abu Hurairah bersaksi atas yang demikian ini”. (HR Muslim 5156)

5-Pertempuran Tentera Kristian dan Tentera Islam


Dinyatakan bahawa al-Malhamah al-Kubra akan terjadi di A'maq atau Dabiq, nama dua buah tempat berdekatan Halab, Syria dan Antakia, Turki. Ini merupakan pertempuran terdahsyat antara tentera Islam dengan tentera Kristian, di mana mereka mengerahkan 80 pasukan tentera yang setiap satu terdiri dari 12,000 tentera. Bermakna mereka mempunyai kekuatan seramai 960,000 orang perajurit.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ الرُّومُ بِالْأَعْمَاقِ أَوْ بِدَابِقٍ، فَيَخْرُجُ إِلَيْهِمْ جَيْشٌ مِنَ الْمَدِينَةِ، مِنْ خِيَارِ أَهْلِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ، فَإِذَا تَصَافُّوا، قَالَتِ الرُّومُ: خَلُّوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الَّذِينَ سَبَوْا مِنَّا نُقَاتِلْهُمْ، فَيَقُولُ الْمُسْلِمُونَ: لَا، وَاللهِ لَا نُخَلِّي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ إِخْوَانِنَا، فَيُقَاتِلُونَهُمْ، فَيَنْهَزِمُ ثُلُثٌ لَا يَتُوبُ اللهُ عَلَيْهِمْ أَبَدًا، وَيُقْتَلُ ثُلُثُهُمْ، أَفْضَلُ الشُّهَدَاءِ عِنْدَ اللهِ، وَيَفْتَتِحُ الثُّلُثُ، لَا يُفْتَنُونَ أَبَدًا فَيَفْتَتِحُونَ قُسْطَنْطِينِيَّةَ، فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْغَنَائِمَ، قَدْ عَلَّقُوا سُيُوفَهُمْ بِالزَّيْتُونِ، إِذْ صَاحَ فِيهِمِ الشَّيْطَانُ: إِنَّ الْمَسِيحَ قَدْ خَلَفَكُمْ فِي أَهْلِيكُمْ، فَيَخْرُجُونَ، وَذَلِكَ بَاطِلٌ، فَإِذَا جَاءُوا الشَّأْمَ خَرَجَ، فَبَيْنَمَا هُمْ يُعِدُّونَ لِلْقِتَالِ، يُسَوُّونَ الصُّفُوفَ، إِذْ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ، فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَمَّهُمْ، فَإِذَا رَآهُ عَدُوُّ اللهِ، ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ، فَلَوْ تَرَكَهُ لَانْذَابَ حَتَّى يَهْلِكَ، وَلَكِنْ يَقْتُلُهُ اللهُ بِيَدِهِ، فَيُرِيهِمْ دَمَهُ فِي حَرْبَتِهِ ". أخرجه مسلم (4/2221، رقم 2897) والحاكم (4/529، رقم 8486) وقال: صحيح على شرط مسلم.
Terjemahan:
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga bangsa Rom akan turun berhimpun di A'maq atau Dabiq, lalu keluar menghadapi mereka sekelompok askar dari Madinah antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa Rom berkata: 'Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami! 'Kaum muslimin menjawab: 'Tidak, demi Allah, kami tak akan membiarkan kalian memerangi saudara-saudara kami.' Maka terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah di mana Allah tak akan mengampuni dosa mereka untuk selamanya, dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik para syuhada' di sisi Allah, dan sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan. Mereka tak akan ditimpa sebarang fitnah selamanya, lalu mereka akan menakluki Kostantinopel. Kemudian ketika mereka sedang membahagi-bahagi harta rampasan perang di mana mereka telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun, tiba-tiba syaitan meneriak terhadap mereka: 'Sesungguhnya Al-Masih (Dajjal) telah muncul dalam kalangan keluarga kalian’, maka mereka pun segera keluar, sedangkan itu hanyalah satu kebohongan. Apabila mereka mendatangi Syam, ia pun muncul. Maka ketika mereka sedang mempersiapkan diri untuk peperangan dan merapikan barisan, tibalah waktu solat. Lalu turunlah Nabi Isa bin Maryam sallallahu 'alaihi wasallam, lalu ia mengimami mereka. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihatnya, nescaya ia akan mencair sebagaimana garam mencair di dalam air. Seandainya ia membiarkannya sahaja nescaya ia juga akan mencair sehingga binasa, akan tetapi Allah ingin membunuhnya dengan tangannya, lalu baginda memperlihatkan kepada mereka darahnya yang melekat di tombaknya.” [HR. Muslim no.5157]

Peperangan ini akan terjadi pada masa kemunculan Imam al-Mahdi yang berlaku secara sengit sehingga mengambil masa yang agak panjang dan mengorbankan begitu banyak jiwa.
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله  - صلى الله عليه وسلم - : تجيشُ الرُّوم على والٍ من عِترَتي، اسمُهُ يواطىء اسمِي، فيقبلون بمكانٍ يقالُ له العماق، فيقتتلون، فيقتلُ منَ المسلمين الثُّلُث أو نحو ذلك، ثم يقتتلون يوماً آخر، فيقتل منَ المسلمين نحو ذلك، ثُم يقتتلُون اليوم الثالِث، فيكُون على الرُّوم، فلا يزالونَ حتى يفتحوا القُسْطَنطينية، فبينما هُم يقتسمونَ فيها بالأترسةِ، إذ أتاهُمْ صارخٌ أن الدَّجَّال قد خلفكُم في ذراريكُمْ. (رواه الخطيب في المتفق والمفترق بسند حسن)
Terjemahan:
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bangsa Rom akan bersiap untuk memerangi seorang pemerintah dari kalangan keturunanku, yang namanya sama dengan namaku. Lalu mereka bertembung di suatu tempat yang dinamakan ‘Ammaq. Maka mereka pun berperang hingga terbunuh dari kalangan kaum muslimin sebanyak sepertiga atau seumpama jumlah itu. Kemudian mereka berperang lagi pada hari yang lain, hingga terbunuh dari kalangan kaum muslimin sebanyak jumlah tadi. Kemudian mereka berperang lagi pada hari yang ketiga hingga dapat mengatasi Rom. Mereka terus berjuang sehingga mereka berjaya menakluki Kostantinopel. Maka ketika mereka membahagi-bahagikan rampasan di sana dengan perisai, tiba-tiba datang seseorang yang menyeru: ‘Sesungguhnya Dajjal telah muncul dalam kalangan keluarga kalian’.”

عَنْ يُسَيْرِ بْنِ جَابِرٍ، قَالَ: هَاجَتْ رِيحٌ حَمْرَاءُ بِالْكُوفَةِ، فَجَاءَ رَجُلٌ لَيْسَ لَهُ هِجِّيرَى إِلَّا: يَا عَبْدَ اللهِ بْنَ مَسْعُودٍ جَاءَتِ السَّاعَةُ، قَالَ: فَقَعَدَ وَكَانَ مُتَّكِئًا، فَقَالَ: إِنَّ السَّاعَةَ لَا تَقُومُ، حَتَّى لَا يُقْسَمَ مِيرَاثٌ، وَلَا يُفْرَحَ بِغَنِيمَةٍ، ثُمَّ قَالَ بِيَدِهِ هَكَذَا - وَنَحَّاهَا نَحْوَ الشَّأْمِ - فَقَالَ: عَدُوٌّ يَجْمَعُونَ لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ، وَيَجْمَعُ لَهُمْ أَهْلُ الْإِسْلَامِ، قُلْتُ: الرُّومَ تَعْنِي؟ قَالَ: نَعَمْ، وَتَكُونُ عِنْدَ ذَاكُمُ الْقِتَالِ رَدَّةٌ شَدِيدَةٌ، فَيَشْتَرِطُ الْمُسْلِمُونَ شُرْطَةً لِلْمَوْتِ لَا تَرْجِعُ إِلَّا غَالِبَةً، فَيَقْتَتِلُونَ حَتَّى يَحْجُزَ بَيْنَهُمُ اللَّيْلُ، فَيَفِيءُ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ، كُلٌّ غَيْرُ غَالِبٍ، وَتَفْنَى الشُّرْطَةُ، ثُمَّ يَشْتَرِطُ الْمُسْلِمُونَ شُرْطَةً لِلْمَوْتِ، لَا تَرْجِعُ إِلَّا غَالِبَةً، فَيَقْتَتِلُونَ حَتَّى يَحْجُزَ بَيْنَهُمُ اللَّيْلُ، فَيَفِيءُ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ، كُلٌّ غَيْرُ غَالِبٍ، وَتَفْنَى الشُّرْطَةُ، ثُمَّ يَشْتَرِطُ الْمُسْلِمُونَ شُرْطَةً لِلْمَوْتِ، لَا تَرْجِعُ إِلَّا غَالِبَةً، فَيَقْتَتِلُونَ حَتَّى يُمْسُوا، فَيَفِيءُ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ، كُلٌّ غَيْرُ غَالِبٍ، وَتَفْنَى الشُّرْطَةُ، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الرَّابِعِ، نَهَدَ إِلَيْهِمْ بَقِيَّةُ أَهْلِ الْإِسْلَامِ، فَيَجْعَلُ اللهُ الدَّبْرَةَ عَلَيْهِمْ، فَيَقْتُلُونَ مَقْتَلَةً - إِمَّا قَالَ: لَا يُرَى مِثْلُهَا، وَإِمَّا قَالَ: لَمْ يُرَ مِثْلُهَا - حَتَّى إِنَّ الطَّائِرَ لَيَمُرُّ بِجَنَبَاتِهِمْ، فَمَا يُخَلِّفُهُمْ حَتَّى يَخِرَّ مَيْتًا، فَيَتَعَادُّ بَنُو الْأَبِ، كَانُوا مِائَةً، فَلَا يَجِدُونَهُ بَقِيَ مِنْهُمْ إِلَّا الرَّجُلُ الْوَاحِدُ، فَبِأَيِّ غَنِيمَةٍ يُفْرَحُ؟ أَوْ أَيُّ مِيرَاثٍ يُقَاسَمُ، فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذْ سَمِعُوا بِبَأْسٍ، هُوَ أَكْبَرُ مِنْ ذَلِكَ، فَجَاءَهُمُ الصَّرِيخُ، إِنَّ الدَّجَّالَ قَدْ خَلَفَهُمْ فِي ذَرَارِيِّهِمْ، فَيَرْفُضُونَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ، وَيُقْبِلُونَ، فَيَبْعَثُونَ عَشَرَةَ فَوَارِسَ طَلِيعَةً، قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنِّي لَأَعْرِفُ أَسْمَاءَهُمْ وَأَسْمَاءَ آبَائِهِمْ، وَأَلْوَانَ خُيُولِهِمْ، هُمْ خَيْرُ فَوَارِسَ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ - أَوْ مِنْ خَيْرِ فَوَارِسَ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ -». أخرجه مسلم (4/2223، رقم 2899) وأحمد (1/384، رقم 3643)، وغيرهما.
Terjemahan:
Dari Yusair bin Jabir berkata: Pernah angin merah bertiup begitu kencang di Kufah, lalu datang seorang lelaki yang tidak memiliki kebiasaan lain selain berkata: “Wahai ‘Abdullah bin Mas'ud, kiamat telah tiba!” Yusair bercerita: Ibnu Mas'ud terus segera duduk sedang sebelumnya beliau hanya bersandar, lalu berkata: “Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga harta warisan tidak lagi dibahagi-bahagi dan harta rampasan tidak lagi menggembirakan”. Setelah itu, beliau berisyarat dengan tangannya seperti demikian, iaitu menunjukkannya ke arah Syam, lalu berkata: “Ada satu musuh yang akan berkumpul untuk menghadapi kaum muslimin dan kaum muslimin juga berkumpul untuk menghadapi mereka”. Aku bertanya: “Rom yang tuan maksudkan?” Beliau menjawab: “Ya, dan akan terjadi saat peperangan itu serang balas yang amat sengit sekali. Maka, kaum muslimin pun menyusun sekelompok pasukan berani mati yang tidak boleh kembali kecuali dalam keadaan menang. Mereka pun berperang sehinggalah tiba waktu malam menghalang mereka, lalu masing-masing pun kembali berlindung dan kedua-dua pihak tiada yang menang, sedang sekelompok pasukan tadi pula habis tewas. Kemudian, kaum muslimin menyusun lagi sekelompok pasukan berani mati yang tidak boleh kembali kecuali dalam keadaan menang. Mereka pun berperang lagi sehinggalah waktu malam menghalang mereka, lalu masing-masing pun kembali lagi berlindung dan kedua-dua pihak masih lagi tiada yang menang, sedang sekelompok pasukan tadi pula habis tewas. Kemudian, kaum muslimin menyusun lagi sekelompok pasukan berani mati yang tidak boleh kembali kecuali dalam keadaan menang. Mereka pun berperang lagi sehingga tiba waktu malam, lalu masing-masing pun kembali lagi berlindung dan kedua-dua pihak juga masih tiada yang menang, sedang sekelompok pasukan tadi pula habis tewas. Maka apabila tiba hari keempat, baki kaum muslimin yang masih ada telah bangkit menentang mereka, lalu Allah pun menjadikan kekalahan buat mereka. Mereka telah membunuh musuh dengan jumlah kematian yang tidak akan lagi dapat dilihat seumpamanya - atau pun perawi berkata: …yang belum pernah lagi dilihat seumpamanya - hinggakan jika ada burung yang terbang melintasi penjuru-penjuru mayat mereka sahaja tidak akan melepasi mereka melainkan ia pasti akan jatuh tersungkur mati. Maka, ada kabilah yang menghitung ahli mereka (yang berperang) yang mulanya berjumlah seratus orang, namun mereka tidak menemui orang yang masih hidup daripada mereka kecuali hanya satu orang sahaja. Justeru, dengan harta rampasan yang mana yang akan membuat rasa gembira atau harta pusaka yang mana yang akan dapat dibahagi-bahagi? Sementara mereka di saat seperti itu, tiba-tiba mereka mendengar pula satu ancaman yang lebih besar dari itu. Lalu datang kepada mereka orang yang menyeru bahawa Dajjal telah pun muncul di kalangan keluarga mereka. Lantas mereka pun segera membuang apa yang ada di tangan mereka dan terus pulang. Setelah itu, mereka mengutus sepuluh orang pahlawan berkuda ke baris hadapan”. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku mengetahui nama-nama mereka, nama-nama bapa mereka dan warna kuda-kuda mereka. Mereka adalah pahlawan yang terbaik di atas muka bumi pada masa itu - atau: …antara pahlawan yang terbaik di atas muka bumi pada masa itu -." (HR Muslim, Ahmad dll)

Dalam hadis di atas dan hadis-hadis sebelumnya digambarkan beberapa peralatan perang klasik seperti kuda, pedang dan tombak. Berdasarkan zahir hadis, tidak mustahil ianya memang berbentuk hakiki dan bukannya majazi. Jika ia secara hakiki, maka tidak mustahil jika akan terjadi pada masa itu kekurangan berbagai sumber penting, kehabisan tenaga asas dan kegagalan fungsi berbagai sistem teknologi. Allah SWT yang memberinya kepada kita, maka Dia juga berkuasa untuk menariknya semula.

عن نَهِيك بن صُرَيْم قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لتُقاتِلنَّ المشركينَ حتَّى تُقاتلَ بقيتُكم على نهرِ الأُردن الدَّجَّالَ أنتُم شرقيُّهُ وهُمْ غربيُّهُ. قال: ولا أعلم أين الأردن يومئذٍ منَ الأرضِ. أخرجه الطبراني كما في مجمع الزوائد للهيثمي (7/349) وقال: رواه الطبراني والبزار، ورجال البزار ثقات. وأورده الحافظ فى الإصابة (6/476) وعزاه للطبراني وابن منده. وفي لفظ الطبراني في الأوسط: لا تزالون تقاتلون الكفار..إلخ.
Terjemahan:
Dari Nahik bin Suraim katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Kamu akan berperang dengan kaum musyrikin sehinggalah baki kamu yang masih tinggal akan memerangi Dajjal di atas sungai Jordan, kamu di sisi timurnya dan mereka di sisi baratnya.” Kata Nahik: Dan aku tidak tahu pun di mana letaknya bumi Jordan pada waktu itu. (HR at-Tabarani. Kata al-Haythami dalam Majma‘ az-Zawa’id: Ia riwayat at-Tabarani dan al-Bazzar, dan para perawi al-Bazzar adalah thiqah)

6- Pembukaan Konstantinople

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ، وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ، وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ، وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ ». أخرجه أبو داود (4/110، رقم 4294)، وابن أبي شيبة (7/491، رقم 37477)، وأحمد (5/245، رقم 22174)، والطبراني (20/108، رقم 214).
Terjemahan:
Dari Muaz ibn Jabal r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: "Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib, kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-malhamah, permulaan al-malhamah merupakan tanda pembebasan Kostantinopel, pembebasan Kostantinopel merupakan tanda kemunculan Dajjal". (HR. Abu Dawud dan lain-lain)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «سَمِعْتُمْ بِمَدِينَةٍ جَانِبٌ مِنْهَا فِي الْبَرِّ وَجَانِبٌ مِنْهَا فِي الْبَحْرِ؟» قَالُوا: نَعَمْ، يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَغْزُوَهَا سَبْعُونَ أَلْفًا مِنْ بَنِي إِسْحَاقَ، فَإِذَا جَاءُوهَا نَزَلُوا، فَلَمْ يُقَاتِلُوا بِسِلَاحٍ وَلَمْ يَرْمُوا بِسَهْمٍ، قَالُوا: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، فَيَسْقُطُ أَحَدُ جَانِبَيْهَا - قَالَ ثَوْرٌ: لَا أَعْلَمُهُ إِلَّا قَالَ - الَّذِي فِي الْبَحْرِ، ثُمَّ يَقُولُوا الثَّانِيَةَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، فَيَسْقُطُ جَانِبُهَا الْآخَرُ، ثُمَّ يَقُولُوا الثَّالِثَةَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، فَيُفَرَّجُ لَهُمْ، فَيَدْخُلُوهَا فَيَغْنَمُوا، فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْمَغَانِمَ، إِذْ جَاءَهُمُ الصَّرِيخُ، فَقَالَ: إِنَّ الدَّجَّالَ قَدْ خَرَجَ، فَيَتْرُكُونَ كُلَّ شَيْءٍ وَيَرْجِعُونَ ". أخرجه مسلم (4/2238، رقم 2920) . والحاكم (4/523، رقم : 8469) وقال: يقال: إن هذه المدينة هي القسطنطينية، قد صحت الرواية أن فتحها مع قيام الساعة.اهـ
Terjemahan:
Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Pernahkah kalian mendengar suatu kota yang terletak sebahagiannya di darat dan sebahagiannya di laut?” Para sahabat menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Rasulullah meneruskan: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga ia diserang oleh 70,000 orang daripada Bani Ishaq (iaitu kumpulan bangsa Rom yang Islam). Ketika mereka telah sampai di sana, mereka pun memasukinya. Namun, mereka tidak bertempur dengan sebarang senjata pun dan tidak juga melepaskan satu anak panah. Mereka hanya mengucapkan: La ilaha illallah, wallahu akbar. Lalu, jatuhlah salah satu bahagian kota itu - berkata Thaur, perawi hadis ini: Saya tidak tahu kecuali sabda baginda: - iaitu bahagian yang berada di laut. Kemudian mereka berkata lagi kali kedua: La ilaha illallah, wallahu akbar. Maka, jatuhlah pula bahagian yang lain (bahagian yang berada di darat). Kemudian mereka berkata lagi kali ketiga: La ilaha illallah, wallahu akbar. Maka, terbukalah kota itu buat mereka. Lalu mereka pun memasukinya dan mendapatkan harta rampasan perang. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan tersebut, tiba-tiba datanglah kepada mereka seorang yang menyeru berkata, ‘Sesungguhnya Dajjal telah pun keluar’. Lantas mereka pun meninggalkan segala-galanya dan segera kembali’.” (HR. Muslim, no: 7517 dan al-Hakim)

Ulama berselisih pandangan tentang pernyataan pasukan tentera ‘daripada Bani Ishaq’ di atas. Jika riwayat tersebut benar, maka ia bermaksud kumpulan bangsa Rom yang telah memeluk Islam sebagaimana pandangan Imam Ibn Kathir. Ini sesuai dengan zahir hadis kerana bangsa Rom adalah daripada Bani Ishaq. Manakala sebahagian ulama berpandangan, kemungkinan perawi tersilap kerana lafaz yang sepatutnya ialah Bani Isma‘il yang merujuk kepada bangsa Arab dan mereka bukan Bani Ishaq. Ini dikuatkan lagi dengan riwayat-riwayat yang menunjukkan kebangkitan bangsa Arab pada masa itu.[3] Antara kedua-dua pandangan ini tidak dapat dipastikan mana yang lebih tepat. Wallahu a‘lam.

* Boleh jadi juga mereka adalah ahli kitab yang memeluk Islam selepas turunnya Nabi ‘Isa AS seperti yang dinyatakan dalam al-Quran:
 وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا 
"Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka." (an-Nisa’: 159)


Kemungkinan timbul persoalan, apakah yang dimaksudkan ialah pembukaan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fatih yang telah menguburkan Empayar Byzantine pada tahun 1453M (857H)? Berdasarkan hadis-hadis dalam isu ini menunjukkan pembukaan Konstantinopel merupakan salah satu tanda hampirnya hari kiamat. Menurut as-Sayyid Muhammad Rasul al-Barzanji (w. 1103H) dalam kitabnya al-Isya‘ah li Asyrat al-Sa‘ah, Konstantinopel yang dimaksudkan bukan Konstantinople yang ditakluk itu kerana ia sudah menjadi negara Islam, tetapi maksudnya ialah Konstantinopel Besar (Qustantiniyyah al-Kubra). as-Sayyid Muhammad Rasul al-Barzanji memetik daripada pengarang kitab ‘Iqd al-Durar bahawa Konstantinopel Besar bersambung dengan negara-negara Rumiyyah (Rome) dan Andalus (Spain). Rumiyyah ialah ibu negara-negara bangsa Rom dan orang yang memerintahnya dipanggil al-Bab (Pope), iaitu pemerintah tertinggi bagi agama Nasrani (Kristian) sepertimana kedudukan khalifah bagi kaum muslimin.[4] Gambaran ini pada masa sekarang boleh jadi merujuk kepada Vatican City, iaitu pusat utama bagi agama Kristian sedunia dekat Rome, Itali.

Penaklukan Konstantinopel ini termasuk antara penaklukan yang unik, kerana negeri itu berhasil dikuasai oleh kaum muslimin tanpa senjata, melainkan dengan tahlil dan takbir sebagaimana dijelaskan dalam hadis. Menurut Dr. Syaraf al-Qudhah pula, maksud pembukaan Konstantinopel ini ialah pembukaan Konstantinopel kali yang kedua di mana akan gugurnya sistem sekular di negara tersebut (yakni di Turki). Maka, sebab itu ia berjaya ditakluk tanpa sebarang senjata, tetapi dengan tahlil dan takbir kerana penduduknya memang sudah pun Islam.[5]

Kedua-dua pandangan ini mungkin dapat disatukan di mana akan berlaku kedua-dua pembukaan sekaligus, iaitu pembukaan Konstantinopel kali kedua (Istanbul) dan pembukaan Konstantinopel Besar (Rome). Wallahu a‘lam. Buktinya terdapat hadis-hadis yang menggambarkan kedua-dua pembukaan tersebut iaitu:
عن عَبْد اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ حَوْلَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَكْتُبُ، إِذْ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ الْمَدِينَتَيْنِ تُفْتَحُ أَوَّلًا: قُسْطَنْطِينِيَّةُ أَوْ رُومِيَّةُ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَدِينَةُ هِرَقْلَ تُفْتَحُ أَوَّلًا» يَعْنِي قُسْطَنْطِينِيَّةَ. أخرجه أحمد (6645) والدارمي (503) والحاكم (8662) وقال: صحيح على شرط الشيخين، ووافقه الذهبي.
Terjemahan:
Dari ‘Abdullah bin 'Amr r.a. berkata: 'Sewaktu kami berada di sekeliling Rasullullah SAW kami menulis (hadis-hadis) tiba-tiba Rasulullah SAW ditanya: Manakah antara dua kota yang pertama sekali akan ditaklukkan, Konstantinopel atau Rumiyyah (Rome)?’ Lalu Nabi SAW menjawab: “Kota Hiraql (Heraclius) yang akan dibuka terlebih dahulu", iaitu Konstantinopel. (HR Ahmad, al-Darimi 486 dan al-Hakim) 

روي عن عمرو بن عوف مرفوعاً قال: لاَ تقُومُ السَّاعةُ حتَّى يفتح اللهُ عزَّ وجلَّ على المؤمنينَ القُسْطنطينية والرُّومية بالتَّسبيحِ والتَّكبيرِ. رواه الديلمي في مسند الفردوس بسند ضعيف.
Terjemahan:
Dari ‘Amru bin ‘Auf secara marfu‘ sabda baginda SAW: “Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah Allah ‘azza wajalla membukakan ke atas orang mukminin kota Kostantinopel dan Rumiyyah (Rome) dengan tasbih dan takbir”. (HR al-Dailami)

Terdapat hadis yang menentukan tempoh antara al-Malhamah al-Kubra, pembebasan Kostantinopel dan kemunculan Dajjal iaitu;
عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-: « الْمَلْحَمَةُ الْكُبْرَى وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ وَخُرُوجُ الدَّجَّالِ فِى سَبْعَةِ أَشْهُرٍ ». أخرجه أبو داود (4/110، رقم 4295)، والترمذي (4/509، رقم 2238) وقال: حسن غريب، وابن ماجه (2/1370، رقم 4092)، وأحمد (5/234، رقم 22098)، والحاكم (4/473، رقم 8313)، والطبراني (20/91، رقم 173).
Terjemahan:
Dari Muaz ibn Jabal r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: "Al-Malhamah al-Kubra, pembebasan Kostantinopel dan kemunculan Dajjal adalah dalam tempoh 7 bulan". (HR. Abu Dawud, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain)

Namun, dalam riwayat lain disebut:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ: « بَيْنَ الْمَلْحَمَةِ وَفَتْحِ الْمَدِينَةِ سِتُّ سِنِينَ وَيَخْرُجُ الْمَسِيحُ الدَّجَّالُ فِى السَّابِعَةِ ». أخرجه أبو داود (4/110، رقم 4296)، وابن ماجه (2/1370، رقم 4093)، وأحمد (4/189، رقم 17727)، والبزار (8/431، رقم 3505) وغيرهم، وسنده حسن.
Terjemahan:
Dari ‘Abdullah ibn Busr r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Antara al-Malhamah dan pembebasan kota itu adalah dalam tempoh 6 tahun dan al-Masih Dajjal akan muncul pada tahun yang ketujuh". (HR. Abu Dawud, Ibn Majah, Ahmad, al-Bazzar dan lain-lain)

Kemungkinan akan berlaku banyak al-malhamah, bermula dengan al-malhamah yang pertama hingga al-malhamah yang terakhir, sebab itu ia juga disebut secara jamak ‘al-malahim’. Maka, hadis ‘Abdullah ibn Busr r.a. ini dapat ditafsirkan bahawa jarak antara al-malhamah yang pertama dengan pembebasan Konstantinopel itu adalah dalam tempoh 6 tahun. Manakala antara al-malhamah yang terakhir yang merupakan al-Malhamah al-Kubra, pembebasan Kostantinopel dan kemunculan Dajjal adalah dalam tempoh 7 bulan, iaitu hingga masuk tahun yang ketujuh.[6]  

7- Saat Kehancuran Pihak Kristian

عَنْ الْمُسْتَوْرِد قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « أَشَدُّ النَّاسِ عَلَيْكُمُ الرُّومُ وَإِنَّمَا هَلَكَتُهُمْ مَعَ السَّاعَةِ ». أخرجه أحمد (4/230، رقم 18052). قال الهيثمي (6/212): فيه ابن لهيعة، وفيه ضعف وحديثه حسن، وبقية رجاله رجال الصحيح.اهـ، وحسَّنه السيوطي في الجامع الصغير.
Terjemahan:
Dari al-Mustaurid r.a: katanya: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Manusia yang paling keras ke atas kamu sekalian ialah bangsa Rom. Akan tetapi kehancuran mereka adalah bersama hari kiamat". (HR. Ahmad)

عن أَبي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا، فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيرَ وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ، وَيَفِيضَ الْمَالُ حَتَّى لَا يَقْبَلَهُ أَحَدٌ. متفق عليه
Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga turun kepada kamu sekalian Isa bin Maryam sebagai hakim yang adil. Maka, dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, mengenakan jizyah dan harta akan melimpah ruah sehingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya". (HR al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan Nabi Isa AS akan menghancurkan salib dan mengenakan jizyah itu memberi isyarat berakhirnya pengaruh kuasa Kristian pada masa itu. Orang-orang Kristian yang tidak mahu memeluk Islam akan dikenakan jizyah ke atas mereka setelah sekian lama kewajipan tersebut tergendala.

8- Jaminan Kemenangan Untuk Tentera Islam

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، عَنْ نَافِعِ بْنِ عُتْبَةَ، قَالَ: كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فِي غَزْوَةٍ، قَالَ: فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَوْمٌ مِنْ قِبَلِ الْمَغْرِبِ، عَلَيْهِمْ ثِيَابُ الصُّوفِ، فَوَافَقُوهُ عِنْدَ أَكَمَةٍ، فَإِنَّهُمْ لَقِيَامٌ وَرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ، قَالَ: فَقَالَتْ لِي نَفْسِي: ائْتِهِمْ فَقُمْ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَهُ لَا يَغْتَالُونَهُ، قَالَ: ثُمَّ قُلْتُ: لَعَلَّهُ نَجِيٌّ مَعَهُمْ، فَأَتَيْتُهُمْ فَقُمْتُ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَهُ، قَالَ: فَحَفِظْتُ مِنْهُ أَرْبَعَ كَلِمَاتٍ، أَعُدُّهُنَّ فِي يَدِي، قَالَ: «تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللهُ، ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللهُ» قَالَ: فَقَالَ نَافِعٌ: يَا جَابِرُ، لَا نَرَى الدَّجَّالَ يَخْرُجُ، حَتَّى تُفْتَحَ الرُّومُ. أخرجه مسلم (4/2225، رقم 2900) وأحمد (4/337، رقم 18994)، وغيرهما.
Terjemahan:
Dari Jabir bin Samurah dari Nafi' bin Utbah berkata: Kami pernah bersama Rasulullah SAW dalam suatu peperangan. Ia (Nafi') bercerita: Maka ada suatu kaum dari sebelah Maghrib datang menemui Nabi SAW dan mereka itu memakai baju bulu. Mereka menemui baginda dekat dengan sebuah bukit. Mereka berdiri sementara Rasulullah SAW duduk. Ia berkata lagi: Hatiku berkata: Datangilah mereka dan berdirilah di antara mereka dan baginda SAW agar mereka tidak mengapa-apakan baginda. Lalu aku berkata: Mungkin baginda berbicara sulit dengan mereka. Maka aku pun mendatangi mereka, lalu aku berdiri di antara mereka dan baginda. Aku menghafal empat kalimat dari baginda, aku menghitungnya dengan tanganku. Baginda bersabda: "Kamu sekalian akan memerangi semenanjung Arab lalu Allah akan menaklukkannya, setelah itu Parsi lalu Allah akan menaklukkannya, kemudian kamu sekalian akan memerangi Rom lalu Allah akan menaklukkannya, selanjutnya kalian akan memerangi Dajjal lalu Allah akan menaklukkannya juga." Kemudian Nafi' berkata: Wahai Jabir, kami tidak berpendapat Dajjal akan muncul sehinggalah Rom ditakluki. (HR Muslim 5161, Ahmad dan lain-lain)




[1] Tarikh al-Umam wa al-Muluk – Muhammad bin Jarir al-Tabari, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1407H, 2/448-450.
[2] Perang Salib Dan Kejayaan Salahuddin Al-Ayubi Mengembalikan Islamicjerusalem Kepada Umat Islam - Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Shakila Mohd Noor, Jurnal Al-Tamaddun Bil. 7 (1) 2012, hlm. 61-74.
[3] Wa’il Ibrahim Mahmud al-‘Asud, 2008, al-Ahadith al-Waridah fi al-Malhamah al-Kubra – ‘Amman: Dar al-Furqan, h. 297 & 307. Muhammad ‘Abd al-Rahman al-‘Arifi, 2011, Nihayah al-‘Alam: Asyrat al-Sa‘ah al-Sughra wa al-Kubra, cet. 10, Riyadh: Dar al-Tadmuriyyah, h. 157.
[4] as-Sayyid Muhammad Rasul al-Barzanji, 1997, al-Isya‘ah li Asyrat al-Sa‘ah, Jeddah: Dar al-Minhaj, h. 219 & 222.
[5] Dr. Syaraf al-Qudhah, 2009, Kharitah al-Mustaqbal fi al-Hadith al-Nabawi (Ahadith al-Mubasysyarat wa al-Fitan), edisi kedua, Amman, Jordan, h. 35-36.
[6] Wa’il Ibrahim Mahmud al-‘Asud, 2008, al-Ahadith al-Waridah fi al-Malhamah al-Kubra – ‘Amman: Dar al-Furqan, h. 353-355.

Saturday, November 8, 2014

Ustaz Hj. Misnan bin Amir رحمه الله تعالى



Pada Hari Jumaat 7 November 2014 bersamaan 14 Muharram 1436H telah pulang ke rahmatullah seorang wali Allah yang arif, soleh dan warak yang mungkin tidak ramai mengenalinya. Beliau ialah Ustaz Hj. Misnan bin Amir رحمه الله تعالى. Beliau meninggal dunia dalam usia kira-kira 71 tahun, atau sekitar 73 tahun menurut taqwim Hijrah. Menurut orang kampung, beliau tidak sakit apa-apa dan baru sahaja bermenung-menung dan berborak-borak di sebelah paginya. Sesudah itu pada tengah harinya, beliau pun meninggal dunia. 

Saya pernah menziarahi beliau pada April 2013 bersamaan dengan Jamadilakhir 1434, hari Selasa bersama rakan-rakan di rumahnya di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Saya telah menulis hampir keseluruhan isi hasil ziarah tersebut di dalam sebuah risalah yang saya beri judul bahasa Arab: إتحاف الخِلاّن بزيارةِ وَلِيّ مِن أوليآءِ الرّحمن في بعض مناقب العارف بالله الأستاذ مِسنان. Banyak cerita luar biasa atau karamah mengenai diri beliau. Persediaan ilmu, akal dan rohani penting kerana cerita-cerita tersebut adakalanya di luar jangkauan fikiran kita. Hakikatnya, karamah para wali sebenarnya juga adalah mukjizat bagi Nabi SAW kerana mereka adalah pengikutnya dan baginda adalah imam mereka.

Barangkali tidak ramai yang mengenali Ustaz Misnan, apatah lagi di luar Selangor. Sebahagian yang mengenali beliau mungkin berasa hairan dengan pendapat-pendapat beliau yang pelik. Setelah bertemu dengan Ustaz Misnan, memang benar saya dapati banyak pendapat-pendapat beliau yang saya kira akan dilihat janggal dan aneh oleh orang lain. Namun, menurut pengamatan saya kesemuanya masih tidak lari daripada kerangka al-Quran dan hadis, baik secara tersurat mahupun tersirat. Ada orang yang mendengar perkara-perkara tersebut tidak mampu menerimanya dan mentohmah beliau dengan pelbagai tohmahan. Bagaimanapun menurut firasatnya, beliau mempercayai kami. Justeru, beliau tidak henti-henti mengkongsikan pengetahuannya sehinggalah kami terpaksa meminta diri.

Ustaz Misnan adalah bekas pengetua Markas Tahfiz Selangor (Martah) di Jugra, Banting. Beliau juga adalah guru pakar bahasa Arab. Sesudah bersara, hidupnya hanya bersolat, berzikir dan membaca al-Quran. Katanya, beliau memperoleh kekuatan dan kesihatan melalui berzikir. Beliau menyatakan, ada sembilan amalan kesemuanya yang perlu dihabiskan dalam sehari. Tasbihnya berjumlah 10,000 kali. Manakala, kesemua wiridnya berjumlah satu juta. Dalam seminggu pula, beliau akan mengkhatam al-Quran sebanyak dua kali. Beliau membaca dan memahami semua makna yang terkandung di dalam al-Quran. Apabila membaca al-Quran, banyak perkara yang dibukakan oleh Allah SWT kepadanya bagi ayat-ayat yang sebelum ini hanya diketahui makna zahirnya sahaja, tanpa difahami rahsia dan maksud tersirat yang terkandung di dalamnya.

Beliau adalah mursyid Tariqat Hisabiyyah, sebuah tariqat yang dibangunkan oleh beliau sendiri dan memang belum pernah didengar sebelum ini. Kalimah ‘Hisabiyyah’ itu kerana tariqatnya banyak menggunakan kaedah kiraan hisab (tentunya menurut tafsiran beliau, bukan sepertimana yang kita faham). Jika bersama ahli tariqatnya, mereka akan dapat mengkhatamkan al-Quran dalam masa dua jam sahaja. Setelah mengkhatamkan al-Quran, beliau akan membaca istighfar sebanyak 33,000 kali. Ia juga boleh dipecahkan mengikut juzuk-juzuk al-Quran, iaitu setiap kali habis 1 juzuk, baca 1,100 kali istighfar. Setiap hari juga beliau sentiasa memberi sedekah kepada ahli kubur, iaitu bacaan tasbih/zikir sebanyak 3,000 – 4,000 kali. Menurut beliau, sejak 28 tahun lalu beliau tidak pernah terlepas memperolehi malam Lailatul Qadar.

Beliau bukan sahaja mengetahui kiraan kalendar qamari (hijrah) mengikut kiraan yang betul dan lebih tepat, malah mengetahui juga kiraan kalendar alam secara tepat. Katanya, beliau mempunyai kalendar alam ini dan sedang menyiapkannya. Melaluinya, beliau dapat mengukur umur dunia dan berbagai lagi. Apa yang didakwa oleh pengkaji Barat bahawa usia bumi ini ialah 200 juta tahun (dan sebagainya) adalah dusta belaka kerana ia tidak sejauh itu. 

Dalam masa hampir lima jam kami duduk mendengar bicara beliau, sangat banyak perkara yang beliau sampaikan sama ada berbentuk nafahat (limpahan ilham), futuhat (pembukaan ilmu), waridat (pembukaan tabir) mahupun mukasyafat (singkapan hijab). Ada yang ringan dan ada juga yang berat. Ia adalah limpahan hakikat dan makrifat yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya.

Memang ada yang menuduh beliau sudah tidak betul. Dan ada juga yang menuduh beliau membela jin, sedangkan menurutnya, jin juga takut kepadanya. Jin yang mengenali nama beliau tidak akan berani membuat kacau dalam kawasan Kuala Langat. Menurutnya, ada dua orang yang ditakuti oleh golongan jin dalam daerah Kuala langat, iaitu beliau sendiri dan juga seorang daripada kalangan orang bunian bernama, Jalaluddin.

Kesibukan dan keasyikan beliau dengan amalannya, menyebabkan beliau sudah tidak lagi menghiraukan kenikmatan dan keseronokan duniawi yang sifatnya hanya sementara sahaja. Baginya sudah tidak ada apa-apa benda yang menarik dan hebat di atas dunia ini. Jiwa dalaman beliau yang sudah bersih tidak lagi dapat menerima makanan yang dimasak sembarangan dan berunsur syubahat. Beliau lebih senang memasak sendiri secara ringkas.

Menurut beliau, amalanlah yang sebenarnya akan menjadikan seseorang itu ‘jutawan’ di akhirat kelak. Di akhirat nanti akan diisytiharkan siapa yang sebenarnya menjadi ‘jutawan’. Disebabkan itu, beliau sudah tidak menghiraukan lagi kenikmatan dan keseronokan duniawi yang hanya sementara di alam fana ini. Walaupun berbagai perkara telah disampaikan, beliau mengingatkan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (Al-Isra’: 85).

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya ke atas roh beliau serta menempatkannya bersama para anbiya’ dan para solihin. Amin..

Saturday, October 25, 2014

Riwayat Sahih Doa Awal Tahun


Tulisan ini hanya sebagai tambahan kepada tulisan berkaitan doa akhir dan awal tahun yang pernah saya tulis dahulu (boleh dirujuk di sini: sawanih). Ia berkaitan membaca doa pada awal tahun atau awal bulan yang sebenarnya dilakukan oleh para sahabat RA. Dalilnya:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ هِشَامٍ قَالَ: كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَتَعَلَّمُونَ هَذَا الدُّعَاءَ – وفي رواية: كما يتعلَّمون القرآن - إِذَا دَخَلَتِ السَّنَةُ أَوِ الشَّهْرُ: "اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَرِضْوَانٍ مِنَ الرَّحْمَنِ، وَجَوَازٍ مِنَ الشَّيْطَانِ". (رَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ فِي المعجم الْأَوْسَطِ، والبغوي في معجم الصحابة ، وقال الهيثمي في مجمع الزوائد: وَإِسْنَادُهُ حَسَنٌ)
Terjemahan:
Daripada Abdullah bin Hisyam katanya: Para sahabat Rasulullah s.a.w. mempelajari doa ini – dalam satu riwayat: sebagaimana mereka mempelajari al-Quran - apabila masuk awal tahun atau bulan: "Ya Allah, masukkanlah ia ke atas kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan, keislaman, keredhaan dari ar-Rahman (Yang Maha Pengasih) serta kelepasan dari syaitan".

Takhrij & Ulasan:
Ia diriwayatkan oleh Imam al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan Imam al-Baghawi dalam Mu‘jam al-Sahabah. Kata al-Hafiz al-Haithami dalam Majma az-Zawa’id: “Dan sanadnya hasan”. Walaupun ada yang mempertikaikan jalur riwayat at-Tabarani, namun ia disokong oleh jalur riwayat al-Baghawi dan menjadikannya kuat. Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab al-Isabah, sanad yang diriwayatkan oleh al-Baghawi merupakan khabar mauquf yang memenuhi syarat sahih Imam al-Bukhari.

Menurut saya, riwayat ini walaupun mauquf (terhenti) pada sahabat RA, namun ia mempunyai hukum marfu‘ (sampai kepada Rasulullah SAW) kerana tidak mungkin sahabat mereka-reka sendiri doa berkenaan dan sudah tentu mereka mempelajarinya daripada Rasulullah SAW juga. Ini disungguhkan dengan ungkapan yang menunjukkan perhatian khas daripada para sahabat RA terhadapnya dalam riwayat al-Baghawi: “…mempelajari doa ini sebagaimana mereka mempelajari al-Quran’. Riwayat ini adalah berbeza dengan beberapa riwayat lain yang hanya menyebut Nabi SAW berdoa di setiap awal bulan tanpa menyebut tahun, antaranya riwayat;

عن طلحة بن عبيدِ اللهِ - رضي الله عنه - أنَّ النبيَّ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ إِذَا رَأى الهلاَلَ قَالَ: "اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ". (رواه أحمد والدارمي والترمذي وقال: حديث حسن غريب، وأخرجه الدارمي أيضاً وابن حبان في صحيحه عن ابن عمر نحوه)
Terjemahan: Daripada Talhah bin ‘Ubaidillah RA bahawa Nabi s.a.w. apabila melihat anak bulan (ertinya masuk awal bulan) baginda berdoa: "Ya Allah, sinarkanlah ia ke atas kami dengan keberkatan, keimanan, keselamatan dan keislaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah". (HR Ahmad, ad-Darimi dan at-Tirmizi, katanya: Hadis hasan gharib. Juga dikeluarkan oleh ad-Darimi dan Ibn Hibban dalam Sahihnya daripada Ibn ‘Umar RA seumpamanya)

Wallahu a‘lam.


Friday, September 5, 2014

Ustaz Datuk Hashim Yahya رحمه الله


27 Ogos 2014:- Al-Fadhil Ustaz Datuk  Md. Hashim Yahya (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan & Mantan pimpinan Abim Wilayah Persekutuan) telah kembali ke rahmatullah pada hari ini (Rabu, 27 Ogos 2014). Allahyarham Ustaz juga adalah Suami kepada Ustazah Aminah Zakaria (Mantan Ketua Helwa ABIM), merupakan ulama' yang prolifik sepanjang terbabit dalam pelbagai kegiatan dakwah. Ketegasan beliau dalam mengetengahkan beberapa isu kritikal telah mengundang rasa hormat di kalangan sahabat-sahabat seperjuangan dan anak-anak muridnya. Jejaknya kini diteruskan oleh Dr Ashraf Hashim (UIA), salah seorang pakar rujuk syariah dan kewangan Islam. Jenazah telah selamat dikebumikan di Shah Alam pada jam 5.30 petang. (Sumber: ABIM)

Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Al Islam, Kampung Baru Kuala Lumpur jam 1:50 tengah hari hari Rabu1 Zulkaedah 1435 Hijrah bersamaan  27 Ogos 2014 dalam usia 75 tahunJenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di No 90 Jalan 9/6 Seksyen 9 Shah Alam dan dikebumikan di perkuburan di situ.

BIODATA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEEMPAT


Name : DATUK HJ. MD. HASHIM YAHAYA
PJN, DSPN, ASK


Date of Birth : 3 July 1939
Place of Birth : Bukit Mertajam, Pulau Pinang



EDUCATION


- B.A Syariah, Al-Azhar University, Egypt
- Diploma of Education, Ain Sham University, Cairo, Egypt 
- Master of Syariah, Al-Azhar University, Egypt 



WORKING EXPERIENCES 


1970 - 1980 : Lecturer/Dean/Vice Principal of Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan
1981 – 1995 : Lecturer/Dean/Head of Islamic Academy, Malaya University 
1995 - 1997 : Lecturer of Kuliah of Law, International Islamic University of Malaysia 
1997 –2003 : Mufti of Federal Territory 


ACTIVE IN ACTIVITY


Committee at National Level 

a) Fiqah Islami Member Council of OIC
b) Member Council Syariah Adviser of Sri Langka Takaful
c) Syariah Member Council Islamic Development Bank, IDB, Jeddah


Contribution to society 

a) Member Council of Muzakarah Fatwa Kebangsaan
b) Chairman of Syariah Panel Research, Department of Islamic Advancement of Malaysia (JAKIM)
c) Committee Member of Akidah (Theology) Research Panel, Department of Islamic Advancement of Malaysia
d) Member of Islamic Council of Federal Territory
e) Syariah Committee of Amanah Saham Angkasa Johor
f) Syariah Committee of Amanah Saham Darul Iman, Terengganu
g) Syariah Adviser Council of KFC
h) Adviser Committee of Akdemi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, KIAS
i) Syariah Adviser of EPF/RHB Capital Berhad / RHB Unit Trust Management Berhad / Bank of Development and Infrastructure Malaysia Berhad 
j) Supervise Member of Central Bank/Islamic Banking/Security Commission/Syarikat Takaful/Bank Rakyat
k) Syariah Adviser of Southern Bank Berhad/AM Bank/ Islamic Banking Department of Malaysia Rating Corporation Berhad / Public Bank / Malayan Banking & Maybank Dana Yakin

Sumber: INFAD, USIM


Catatan Ustaz Zaharudin Nawi:

Ketika awal tahun 80an masjid Muhammadi Kota Bharu memiliki ramai tenaga pengajar "kuliah maghrib" yang hebat-hebat samada daripada kalangan tok-tok guru pondok maupun di kalangan pensyarah-pensyarah Akedemi Islam Nilam Puri. Saya masih ingat antara yang popular waktu itu adalah Ustaz Hashim Yahya. Kuliah tafsir malam jumaatnya dihadiri oleh ramai jemaah. Rumah saya berdekatan dengan masjid. Saya masih dapat bayangkan Ustaz keluar dari kereta dengan berserban putih,berbaju Melayu dan bersarong pelikat. Beliau menuju ke tangga masjid sambil mengilik kitab di tangan dan berjalan seperti orang yang kakinya bermasalah. Beliau mengajar dalam loghat Utara. Selepas itu tiba-tiba sahaja kuliah malam jumaat menjadi sepi. Rupa-rupanya Ustaz telah berpindah ke Kuala Lumpur kerana Akedemi Islam Nilam Puri berpindah ke sana. 

Kemasyuran Ustaz pada waktu itu sedikit sebanyak mempengaruhi diri saya. Sesungguhnya saya terlewat untuk menziarahi beliau. Saya sememangnya berhasrat untuk menziarahi ustaz. selepas pulang dari belajar agama. Oleh kerana terlalu sibuk dengan aktivi harian maka saya menangguh-nanguhkannya samapailah hari ini tanggal 27 Ogos 2014 saya dikejutkan dengan berita sedih ini.

Semoga Allah mengampuni beliau dan meletakkan beliau di tempat yang selayaknya untuk mereka yang berkhidmat untuk agamanya.Ameen. (Sumber: ihyaaturaathina)


Catatan al-Faqir:

Antara nasihat al-Marhum Datuk Hashim yang paling berharga kepada kami yang pernah menjadi anak-anak murid kepada isteri beliau, Ustazah Aminah ialah berusahalah mempelajari bahasa Arab dengan bersungguh-sungguh, antaranya dengan cara meluangkan masa setiap hari membaca sebanyak-banyaknya apa sahaja bahan berbahasa Arab yang ada seperti buku, surat khabar, iklan dan seumpamanya tanpa banyak melihat kamus kecuali jika benar-benar perlu sahaja. Itulah antara kaedah beliau berjaya menguasai bahasa Arab. Dengan nasihat beliau itu, al-faqir yang bebal ini dapatlah serba sedikit menguasai selok belok bahasa Arab semasa di Mesir dahulu, walhamdulillah. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada roh beliau serta menempatkannya dalam kalangan para salihin. Amin...

Thursday, August 14, 2014

أهم المراحل لتعلم عقيدة أهل السنة والجماعة على طريقة السادة الأشاعرة

من أهم المراحل لتعلم العقيدة الأشعرية:

1 -دراسة المتون العقدية المباركة وشروحها: كمتن "أم البراهين" وشروحه، ومن أحسنها شرح سعيد فودة، ومتن "جوهرة التوحيد" وشروحها، ومتن "العقيدة الطحاوية" وشروحه، ومن أجودها أيضاً شرح سعيد فودة، ومتن "الخريدة" وشرحه كلاهما للإمام الدردير. ويمكن إضافة إلى هذه المرحلة منظومة "عقيدة العوام" المعروفة عند الجاويين، وأحسن شروحها شرح الشيخ نووي البنتني "نور الظلام"، مع العلم أن هذه المنظومة غير مشهورة عند علماء الشرق الأوسط. ومن أفضل ما ألف في هذا المجال أيضاً منظومة "عقيدة الخطيب" لمولانا السيد محمد خليل الخطيب وشرحها له "الجنة".
2 -دراسة كتب الحجة الغزالي كعقيدته و"الاقتصاد" و"إلجام العوام"، ومتن "النسفية" وشروحه، وأهمها شرح التفتازاني، وكتاب "كبرى اليقينيات الكونية" للبوطي، و"العقيدة الإسلامية" لحبنكة، و"العقيدة الإسلامية" أيضاً لقحطان الدوري.
3 -دراسة كتب الإمام الأشعري، والفخر الرازي، وإمام الحرمين الجويني، وغيرهم من الأئمة الكبار.
4- دراسة كتب الدفاع عن الأشعرية: ككتاب "براءة الأشعريين" لابن مرزوق (وهو الشيخ محمد العربي التباني)، وتحقيقات الإمام الكوثري، وكتب الشيخ سعيد فودة، وتحقيقات د. طه الحبيشي، وكتاب "القول التمام" لسيف العصري، وكتاب "تنزيه الحق المعبود" للحاضري، وكتب السيد محمد علوي المالكي، وغيرها... ويلزم على كل أشعري أن يقرأ كتاب "تبيين كذب المفتري" للحافظ ابن عساكر! وهو مهم جداً جداً..
فهذه هي أهم المراحل التي ينبغي على كل سنّي أن يتبعها في دراسة عقيدته ويتقنها ويعتني بتلك المؤلفات السنية القيمة ..
والله أعلم..

ورضي الله تعالى عن الجميع..