Pages

Thursday, December 17, 2009

Takhrij Doa Akhir dan Awal Tahun

Pertanyaan:

Ada disebut tentang kelebihan membaca doa awal dan akhir tahun. Antaranya : Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Dari manakah asalnya? Dan bolehkah kita mengamalkannya?

Jawapan:

Ada yang menyebut bahawa doa akhir dan awal tahun terdapat di dalam kitab al-Jami' al-Kabir oleh Imam al-Suyuti. Teks doa akhir tahun tersebut:

اللهم ما عملتُ في هذه السنةِ مما نهيتني عنه ولم ترضه، وحلمتَ عليّ فيه مع قدرتك على عقوبتي، ودعوتني إلى الطاعة بعد جرأتي على معصيتك فإني أستغفرك منه ، وما عملتُ فيها من عملٍ ترضاه ووعدتني عليه الثوابَ فإني أسألك أن تتقبله مني ولا تقطع رجائي منك يا كريم وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصبه وسلم .

Manakala teks doa awal tahun:

اللهم أنت الأبديُّ القديم وهذه سنةٌ جديدة أسألك فيها العصمةَ من الشيطانِ وأوليائه والعونَ على هذه النفسِ الأمّارةِ بالسوء والاشتغالَ بما يقربني إليك وإلى رضاك يا كريم يا ذا الجلال والإكرام،

Juga dinyatakan kelebihannya; akan dipelihara daripada syaitan dan dipermudahkan segala urusannya, dan jika ia hidup hingga akhir tahun, syaitan akan berkata: "Kami telah hampa daripadanya sepanjang tahun ini".

Bagaimanapun, setelah disemak doa ini tidak ditemukan di dalam kitab al-Jami' al-Kabir yang ada sekarang. Maka tidak dapat dipastikan dari manakah sumber sebenar riwayat doa ini. Justeru, sebagai berwaspada kita tidak boleh menyandarkannya kepada Nabi SAW.

Namun, dari sudut pengamalan, doa berkenaan tidak mengandungi perkara yang menyalahi syarak, maka harus untuk kita membacanya berdasarkan dalil umum suruhan dan galakan agar berdoa. Dengan syarat jangan kita yakin memperolehi ganjaran seperti yang dinyatakan, namun tidak mengapa jika kita mengharapkannya sahaja kerana harapan itu adalah termasuk doa dan sangka baik terhadap Allah SWT.

والله أعلم

2 comments:

Anonymous said...

salam ustaz. betul dan setuju dengan ustaz. cuma mungkin bukan ganjaran tapi maakna doa tu kita baca kan mintak perlindungan dari segala godaan syaitan untuk tahun ni so kalau Allah makbul doa tu memang terlepaslah dari godaan syaitan. betul tak he he

Anonymous said...

salam al-fadil al-ustaz..saya setuju dg galakan berdoa ni..pada pandangan kami yg daif ni..doa tu adalah seumpama "ikrar" kita pd allah s.w.t. setiap kita berdoa..sebenarnya kita adalah "membaharui" ikrar kita pdNya..utk melaksanakan perintah dan menjauhi larangan..bukan doa itu yg mengabulkan..ia adalah semata fadal (limpah kurnia) ilahi pd org yg berdoa..krn Dia redo dan mengilhamkan "ikhtiar" kpd mereka yg berdoa itu..lantaran ketaatan mereka..wallahu a'lam