- Telah kembali ke rahmatullah al-‘Allamah
al-Muhaddith Syeikh Dr. Mahmud bin Ahmad Mirah pada jam 8.30 pagi hari Jumaat
27 Syawwal 1441 H (19 Jun 2020) dlm usia 94 tahun. Semoga Allah merahmati dan meredhai
beliau, mengampuni dan mengasihi beliau, meninggikan darjat beliau dan
meletakkan beliau di tempat yang selayaknya di Akhirat sana.
وإنَا ولله وإنَّا إليه راجعون.
- Syeikh Mahmud Mirah lahir di kampung
al-Kallasah, Halab, Syria pd bulan Ramadan 1347H (1929).
- Beliau pernah belajar di Madrasah
Syaabaniyyah (Maahad al-‘Ulum as-Syar‘iyyah) dan tamat di situ pd tahun 1954.
- Kemudian belajar di Fakulti Syariah,
Universiti Syria (Universiti Dimasyq) dan tamat pd tahun 1960.
- Beliau juga memperolehi Diploma Pendidikan dari
universiti yg sama pd tahun 1961.
- Beliau kemudian menjadi khatib di Masjid
Sakkar, Kampung al-Kallasah antara tahun 1950 hingga tahun 1965.
- Kemudian beliau berpindah ke Arab Saudi pd
tahun 1385H (1965) dan tinggal di Madinah Munawwarah sbg guru di Maahad Thanawi,
di bawah Universiti Islam Madinah antara tahun 1965 hingga tahun 1973.
- Beliau memperolehi ijazah sarjana (master)
drpd Universiti al-Azhar Mesir pd tahun 1968 dlm tempoh masa 2 tahun dengan kajiannya
yg bertajuk:
دراسة حديث (يا أبا عُمَير، ما فعل النُّغَير؟) حديثيًّا وفقهيًّا، مع
تحقيق رسالة أبي العباس ابن القاصِّ أحمد بن أبي أحمد الطبري (ت 335هـ): (فوائد
حديث أبي عُمير)
Beliau tlh mengeluarkan dlm kajiannya 60 faedah
ilmiah dari aspek2 fiqah dan adab.
- Kemudian beliau memperolehi ijazah kedoktoran
(PhD) dgn pangkat as-Syaraf al-Ula dlm ilmu hadis drp Universiti al-Azhar juga
pd tahun 1972 dengan tajuk tesisnya:
(الحاكم
النيسابوري وكتابه المستدرك على الصحيحين).
- Seterusnya beliau dilantik sbg pensyarah di
Universiti Islam Madinah, beliau mengajar di Fakulti Dakwah dan Fakulti Syariah
dr tahun 1973 hingga tahun 1986 (1406).
- Kemudian beliau brpindah ke Riyadh sbg
pensyarah di Universiti Islam Muhammad bin Suud dr tahun 1986 (1406) hingga
tahun 1996 (1416).
- Beliau terus tinggal di Riyadh dan meneruskan
usahanya mentahkik kitab Mustadrak al-Hakim. Rumahnya sentiasa menjadi tempat
rujuk para pelajar dan para tetamu yg datang berkunjung.
رحمه الله تعالى وتقبله في الصالحين من عباده.
(Kredit: fb Syeikhuna Dr. Majd Makki)
- Antara
guru2 beliau ialah:
1. Syeikh
Raghib at-Tabbakh, Muhaddith Halab.
2. Syeikh ‘Abd
al-Fattah Abu Ghuddah.
3. Syeikh
Ahmad al-Qalasy
4. Syeikh ‘Abdullah
Siraj ad-Din, Muhaddith Halab.
5. Syeikh
Abu al-Yusr ‘Abidin, Mufti Syria.
6. Syeikh
Mustafa az-Zarqa.
7. Syeikh Mustafa
al-Khin.
8. Dr.
Muhammad Muhammad as-Samahi.
9. Syeikh ‘Abd
al-Wahhab ‘Abd al-Latif.
10. Syeikh
Mustafa Amin at-Tazi.
(Kredit: Mu‘jam as-Syuyukh oleh Dr. Safwan
Dawudi)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.