Pages

Saturday, August 29, 2009

Hadith-hadith Tentang Khinzir


Alhamdulillah, mudah-mudahan sempena bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan ini Allah Ta'ala menarik kembali wabak selsema babi (H1N1) yang amat digeruni ini. Sempena pandemik tersebut, saya telah cuba mengumpulkan hadith-hadith Nabi SAW yang ada menyebut atau menyentuh tentang babi ini (selepas ini disebut khinzir sahaja). Hasilnya adalah sebahagian hadith-hadith seperti berikut;

Hadith-hadith Tentang Khinzir

1. Khinzir akan dibunuh oleh Sayyidina ‘Isa AS .

عَنْ أبي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَيُوشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيرَ وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ وَيَفِيضَ الْمَالُ حَتَّى لَا يَقْبَلَهُ أَحَدٌ.
[أخرجه البخاري في صحيحه، كتاب البيوع، باب قتل الخنزير وقال جابر: حرم النبي صلى الله عليه وسلم بيع الخنزير رقم2070، وفي المظالم والغصب، بَاب كَسْرِ الصَّلِيبِ وَقَتْلِ الْخِنْزِيرِ رقم2296، وفي أحاديث الأنبياء ، باب نزول عيسى ابن مريم 3192 ومسلم في صحيحه، كتاب الإيمان ، باب نزول عيسى ابن مريم حاكما بشريعة نبينا محمد رقم220 وابن ماجه في سننه رقم 4067 عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ في حديث طويل بلفظ : ..وَيَذْبَحُ الْخِنْزِيرَ..]
Terjemahan:
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Demi yang jiwaku di tangan-Nya, nescaya hampir akan turun di kalangan kamu (’Isa) Ibnu Maryam sebagai pemerintah yang adil. Maka dia akan memecahkan salib, membunuh khinzir, menghentikan jizyah dan akan melimpahkan harta sehingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya”.

2. Pengharaman khinzir

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ الْخَمْرَ وَثَمَنَهَا وَحَرَّمَ الْمَيْتَةَ وَثَمَنَهَا وَحَرَّمَ الْخِنْزِيرَ وَثَمَنَهُ
[أخرجه أبو داود في سننه، كتاب البيوع، بَاب فِي ثَمَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ رقم 3024]

Terjemahan:
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak dan harganya, mengharamkan bangkai dan harganya, serta mengharamkan khinzir dan harganya ”.

3. Ahli Kitab menghalalkan khinzir

عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمْ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمْ الْخَمْرَ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا.
[أخرجه أبو داود في سننه، كتاب الأطعمة ، بَاب الْأَكْلِ فِي آنِيَةِ أَهْلِ الْكِتَابِ رقم3342، والحاكم في مستدركه رقم457 وأخرجه أحمد في مسنده طويلاً من حديث أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ رقم17071]

Terjemahan:
Daripada Abu Tha’labah al-Khusyani bahawa dia bertanya kepada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya kami berjiran dengan ahli kitab dan mereka memasak daging khinzir dalam periuk/kuali mereka dan mereka juga minum arak dalam gelas/cawan mereka”. Maka jawab Rasulullah SAW: “Jika kamu dapat bekas yang lain, maka makan dan minumlah di dalamnya, dan jika kamu tidak perolehi bekas yang lain, maka siramlah (basuhlah) ia dengan air, dan (kemudian) makan dan minumlah dengannya”.

4. Buruknya khinzir sehingga dijadikan perumpamaan oleh Nabi SAW

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ بَاعَ الْخَمْرَ فَلْيُشَقِّصْ الْخَنَازِيرَ
[أخرجه أبو داود في سننه، كتاب البيوع، بَاب فِي ثَمَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ رقم 3027]

Terjemahan:
Daripada al-Mughirah bin Syu’bah RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang menjual arak, maka sembelih dan lapahlah daging khinzir”. Yakni kerana buruk dan kejinya kedua-dua perbuatan tersebut.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَوَاضِعُ الْعِلْمِ عِنْدَ غَيْرِ أَهْلِهِ كَمُقَلِّدِ الْخَنَازِيرِ الْجَوْهَرَ وَاللُّؤْلُؤَ وَالذَّهَبَ
[أخرجه ابن ماجه في سننه، المقدمة ، بَاب فَضْلِ الْعُلَمَاءِ وَالْحَثِّ عَلَى طَلَبِ الْعِلْمِ رقم220 ]

Terjemahan:
Daripada Anas bin Malik katanya : Sabda Rasulullah SAW: “Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim, dan orang yang meletakkan ilmu kepada orang yang bukan ahlinya adalah seperti orang yang mengkalungkan khinzir dengan batu permata, mutiara dan emas”.

5. Bani Isra’il ditukar rupa menjadi kera dan khinzir

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: ... وَذُكِرَتْ عِنْدَهُ الْقِرَدَةُ - قَالَ مِسْعَرٌ وَأُرَاهُ قَالَ: - وَالْخَنَازِيرُ مِنْ مَسْخٍ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَجْعَلْ لِمَسْخٍ نَسْلًا وَلَا عَقِبًا وَقَدْ كَانَتْ الْقِرَدَةُ وَالْخَنَازِيرُ قَبْلَ ذَلِكَ
[أخرجه مسلم في صحيحه، كتاب القدر ، بَاب بَيَانِ أَنَّ الْآجَالَ وَالْأَرْزَاقَ وَغَيْرَهَا لَا تَزِيدُ وَلَا تَنْقُصُ عَمَّا سَبَقَ بِهِ الْقَدَرُ رقم4814 وأخرجه أحمد في مسنده ، مسند عبد الله بن مسعود رقم3517، 3560 وفيه: فَلَمَّا غَضِبَ اللَّهُ عَلَى الْيَهُودِ مَسَخَهُمْ فَجَعَلَهُمْ مِثْلَهُمْ.]

Terjemahan:
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud katanya: … Rasulullah SAW ditanya tentang kaum yang diubah menjadi kera dan khinzir, lalu jawab Nabi SAW: “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan bagi kaum yang diubah itu berketurunan mahupun zuriat. Adapun kera dan khinzir yang sebenar memang telahpun wujud sebelum itu”. Dalam satu riwayat Ahmad: “Ketika Allah murka ke atas kaum Yahudi itu, Dia telah merubah mereka dan menjadikan mereka seumpama kera dan khinzir”.

6. Umat Nabi SAW yang ditukar rupa menjadi kera dan khinzir

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمْ الْأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمْ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ
[أخرجه ابن ماجه في سننه، كتاب الفتن، باب العقوبات رقم4010 ، وقد روى البخاري في صحيحه نحوه معلقاً في كتاب الأشربة، بَاب مَا جَاءَ فِيمَنْ يَسْتَحِلُّ الْخَمْرَ وَيُسَمِّيهِ بِغَيْرِ اسْمِهِ]

Terjemahan:
Daripada Abu Malik al-Asy’ari katanya : Sabda Rasulullah SAW: “Nescaya akan ada sekumpulan manusia dari kalangan umatku yang meminum arak. Mereka menamakannya dengan nama lain, sedang alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita pula berdendang di atas kepala-kepala mereka. Lalu Allah menenggelamkan mereka ke perut bumi dan menjadikan sebahagian mereka kera dan khinzir”.

2 comments:

Anonymous said...

yg dlm ayat Quran kata nabi isa akan bunuh anjing dan babi tu perumpamaan sebenarnya.sangat halus kiasan Allah bagi sampai kita rasa kita takde kena mengena dgn anjing dan babi.kita rasa, oo tu binatang2 tu nanti zaman nabi isa dah takde agaknya.tapi bukan begitu sebenarnya. manusia yg berperangai macam anjing dan babi makin ramai akhir zaman dan akan dihapuskan sedikit demi sedikit.dan yg tinggal dgn nabi isa cuma sedikit je.sangat sedikit.moga kita bukan tergolong dari golongan buruk tersebut, nauzubillah. wallahua'lam.

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

Saudara/i pengulas..

Musykil betul saya.. Antara kemusykilan yang penting;

1. Kata-kata saudara/i, "yg dlm ayat Quran kata nabi isa akan bunuh anjing dan babi tu perumpamaan sebenarnya".
Boleh saya tahu ayat berapa dan dalam surah mana?

2. Kata-kata saudara/i, "dan yg tinggal dgn nabi isa cuma sedikit je.sangat sedikit". Boleh takhrijkan hadith yang kata pengikutnya sangat-sangat sedikit tu?

[Konfius aku, konfius..]