Pages

Sunday, August 9, 2009

Pemuda yang Akan Dibunuh Dajjal Sudah Muncul?

Matan Hadith:

أخرج البخاري في صحيحه عن أبي سعيد الخدري قال: حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما حديثا طويلا عن الدجال ، فكان فيما يحدثنا به أنه قال : ( يأتي الدجال ، وهو محرم عليه أن يدخل نقاب المدينة ، فينزل بعض السباخ التي تلي المدينة ، فيخرج إليه يومئذ رجل ، وهو خير الناس ، أو من خيار الناس ، فيقول : أشهد أنك الدجال الذي حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم حديثه ، فيقول الدجال : أرأيتم إن قتلت هذا ثم أحييته ، هل تشكون في الأمر ؟ فيقولون : لا ، فيقتله ، ثم يحييه ، فيقول : والله ما كنت فيك أشد بصيرة مني اليوم ، فيريد الدجال أن يقتله فلا يسلط عليه ) . - الرقم: 7132 ومسلم: 5229

Terjemahan dan Huraian:

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami pada satu hari, cerita yang panjang tentang Dajjal. Antara perkara yang baginda ceritakan kepada kami ialah sabdanya: Dajjal akan datang sedangkan dia tidak dapat memasuki jalan-jalan dan lereng-lereng bukit di Madinah maka dia berhenti di kawasan tanah yang gersang (tiada tumbuhan) yang terletak berdekatan Madinah. Maka keluar pada hari itu seorang lelaki yang paling baik atau (keraguan rawi) antara manusia yang baik, lalu lelaki itu berkata kepada Dajjal: Aku bersaksi sesungguhnya engkau ini adalah Dajjal sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya. Dajjal pun berkata: Apa pendapat kamu sekalian sekiranya aku mematikan yang ini kemudian aku menghidupkannya semula? Adakah kamu ragu-ragu tentang perkara itu? Orang-orang menjawab: Tidak. Maka Dajjal pun membunuhnya, kemudian menghidupkannya semula. Lalu lelaki itu berkata sebaik sahaja Dajjal menghidupkannya: Demi Allah, aku lebih yakin tentang dirimu sekarang ini dari apa yang aku tahu sebelum ini. Lantas Dajjal pun ingin membunuh lelaki itu tetapi tidak berjaya. (al-Bukhari: 7132 dan Muslim: 5229)

Menurut Abu Ishaq, murid Imam Muslim: Dikatakan lelaki tersebut ialah Nabi Khidir AS. Mungkin ini bersandarkan kepada pendapat Ma'mar di dalam kitab Jami'nya, kata beliau : Dikhabarkan padaku bahawa orang yang dibunuh oleh Dajjal itu ialah Khidir. Namun, Ibn al-'Arabi mengkritik dakwaan berkenaan katanya: Dakwaan ini tidak ada buktinya. (Lihat: Ibn Hajar dalam Fath al-Bari)

Ada juga yang mengatakan, lelaki tersebut ialah Imam Mahdi. Pendapat ini juga tidak ada dalilnya, kerana hadith sahih di atas hanya menyebut seorang lelaki (رجل) dari kalangan orang mukmin yang terbaik. Justeru, tidak perlu ditentukan siapakah lelaki berkenaan berdasarkan hadith al-Bukhari dan Muslim di atas. Yang pastinya, dia adalah seorang wali dan wira yang hebat.

Di internet melalui youtube, telah tersebar rakaman di bawah ini tentang kisah seorang bayi yang lahir di Gaza, Palestin kira-kira 4 tahun lalu dan bercakap bahawa dia adalah lelaki yang akan dibunuh oleh Dajjal dan dihidupkan kembali olehnya. Subhanallah.. bayi bercakap? Jika benar, ia adalah karamah pertama baginya sehinggalah dia akan menzahirkan karamah besar sebagai mukjizat daripada perkhabaran Nabi SAW apabila dia akan berhadapan dengan Dajjal tanpa rasa gentar sedikitpun.

Sama ada kita nak percaya atau tidak, yang pasti dunia sudah tiba di penghujungnya dan tanda-tandanya sungguh banyak. Bukan soal percaya atau tidak, tetapi apakah persediaan kita sekarang ini? Wallahu a'lam.

3 comments:

BabaKaisah said...

citer2 yg mcmni bule memalsukan kebenaran...terlalu ramai yg ngaku imam mahdi sehingga imam mahdi itu sendiri diragui kewujudannye..sedangkan dtg ada hadith yg dipercayai sumbernya..

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

Kebanyakan ulama hadith dan ulama tasawuf tidak mempertikaikan kemunculan Imam Mahdi.

Yang biasa mempertikaikannya ialah sebahagian daripada ulama fiqah dan ulama usul.

Bagaimanapun saya berpendapat, pemuda berkenaan yang dibunuh oleh Dajjal lalu dihidupkan semula bukanlah Imam Mahdi, tetapi hanya seorang perwira. (Lihat huraian yang telah saya tambahkan)

Si PeNCaRi KeBeNaRaN... said...

sbg umat islam kita just prcaya sdh dgn kedatangan imam mahdi