Biasanya di akhir majlis, dibaca kaffaratul majlis (atau tasbih kaffarah) dengan surah al-'Asr. Namun yang dianjurkan oleh Nabi SAW ialah membaca kaffaratul majlis sahaja, kerana tidak ada riwayat daripada baginda SAW tentang anjuran membaca surah al-'Asr.
Bagaimanapun membaca surah al-'Asr bukanlah satu bidaah kerana ia bersandarkan kepada athar berikut yang diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat (5/215) no. hadith: 5124. Daripada Abu Madinah al-Darimi r.a. katanya:
كان الرجلان من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا التقيا لم يفترقا حتى يقرأ أحدهما على الآخر: { والعصر إن الإنسان لفي خسر.. } ثم يسلم أحدهما على الآخر.
Terjemahan: "Apabila dua orang sahabat Nabi SAW bertemu mereka tidak akan berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membacakan : Wal 'Asr, Innal Insan..., kemudian salah seorang daripada mereka akan memberi salam".
Kata al-Haythami dalam Majma' al-Zawa'id (10/307): Para periwayatnya adalah para periwayat Sahih kecuali Ibn 'A'isyah, beliau adalah thiqah. Maka sanad athar ini adalah sahih.
Ini juga merupakan bukti wujudnya bidaah hasanah!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.