Setelah jelas dengan pentakrifan ego, maka perlu kita lihat perbandingan antara ego orang jahil dengan ego orang alim. Apa yang saya maksudkan ialah berkaitan dalam ilmu-ilmu agama sahaja. Boleh jadi orang yang jahil itu 'alim' dalam bidang pengkhususannya, seperti peniaga, doktor, jurutera, peguam, mekanik, programer dan sebagainya.
Ego orang jahil lazimnya merosakkan dirinya seorang sahaja, misalnya seorang perempuan yang disuruh memakai tudung tetapi kerana degil dan egonya dia enggan memakai tudung dan lebih suka berdandan dengan rambut warna-warninya. Ego ini hanya akan membinasakan dirinya sahaja di akhirat kelak.
Akan tetapi ego orang alim, bukan setakat memudaratkan dirinya sahaja, bahkan memudaratkan para pengikut dan murid-muridnya sekali. Apatah lagi apabila ajaran/fatwa yang disampaikan itu terang-terangan berlawanan dengan nas-nas syarak. Bukan dia sahaja yang mempertahankannya, bahkan para pengikut dan murid-muridnya akan bermati-matian mempertahankan ajaran/fatwa gurunya itu.
Adapun jika ajaran/fatwa tersebut hanya berbentuk masalah furu'/khilafiyyah, isu tidak timbul jika masing-masing memahami adab-adab ikhtilaf (perselisihan faham). Tetapi isu akan timbul apabila berlaku perbezaan pandangan dalam menganggap sesuatu masalah itu sebagai furu' ataupun usul. Masalah-masalah yang 'famous' dalam kategori ini ialah seperti persoalan takwil, bid'ah, tawassul, tabarruk, mawlid, tariqat dan seumpamanya. Akhirnya boleh berlaku juga perbalahan dan masing-masing mempertahankan pendapat masing-masing. Di sinilah bahayanya ego orang alim.. Bukan dia sahaja yang turun ke 'gelanggang' tetapi para pengikutnya pun 'tumpang sekaki'. Lebih membimbangkan apabila berlakunya bid'ah-membid'ah, sesat-menyesat dan kafir-mengkafir. Ini merupakan sesuatu yang serius. Inilah punca perbalahan dan perpecahan umat Islam..
Bersambung..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.