Semakin banyak wabak menakutkan yang timbul, dari taun (wabak era klasik), virus nipah, japanese encephalitis (JE), selsema burung (H5N1), meningitis, hinggalah selsema babi (H1N1) sekarang ini. Ini sepatutnya menyedarkan kita dan mengembalikan diri kita kepada Tuhan. Namun, masih ramai mereka yang terus lalai dan jauh daripada-Nya. Wabak ini merupakan salah satu daripada makhluk Allah yang menjadi tentera-Nya secara senyap. Manusia sepatutnya mengambil iktibar dan pengajaran serta insaf dari perlakuan maksiat dan kemungkaran yang mereka lakukan. Ini kerana mati akan datang menjemput pada bila-bila masa sahaja.
Selain langkah-langkah pencegahan fizikal, langkah-langkah pencegahan spiritual sepatutnya dilaksanakan juga. Doa dan selawat perlu dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Kuasa, yang berkuasa untuk menahan dan menarik wabak ini. Doa adalah senjata orang mukmin, dan selawat pula dapat menarik rahmat Allah SWT ; sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW sekali, Allah SWT akan berselawat (memberi rahmat) ke atasnya sebanyak 10 kali.
Berikut adalah Selawat Badriyyah yang menghimpunkan antara selawat dan doa sekaligus:
Terjemahan:
"Selawat Allah, sejahtera Allah * atas Taha utusan Allah
Selawat Allah, sejahtera Allah * atas Yasin kekasih Allah
Kami bertawassul dengan Bismillah * dan al-Hadi Rasulillah
dan semua mujahid kerana Allah * dengan barakah ahli Badar, ya Allah
Tuhanku, selamatkanlah ummah * dari kebinasaan dan malapetaka
dan dari gelisah dan juga gundah * dengan barakah ahli Badar, ya Allah
Tuhanku, selamatkan kami dan jauhkan * segala marabahaya, dan hindarkan
tipu daya musuh, dan kasihanilah * dengan barakah ahli Badar, ya Allah
Tuhanku, lenyapkan bencana * dari orang-orang yang derhaka dan ingkar ini
dan juga segala bala dan wabak * dengan barakah ahli Badar, ya Allah"...
2 comments:
SALAM USTAZ.
CADANGAN USTAZ LETAK AMALAN NABI SEMASA MENGHADAPI WABAK. BOLEH GAK KITA IKUT SEMPENA MEWNYAMBUT KEDATANGAN SELSEMA BABI
Salam sidi Ust.Mohon diijazahkan kepada kami selawat ini.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.