Israel mula bimbang apabila Syeikh al-Qaradawi buat pertama kalinya menyampaikan khutbah Jumaat di Medan Tahrir setelah 30 tahun beliau diusir oleh Rejim Mubarak dari Mesir. Kali terakhir beliau menyampaikan khutbahnya di Mesir ialah pada tahun 1981 di mana beliau telah dihalang setelah itu kerana pendirian politiknya dan peranannya dalam jemaah Ikhwan Muslimin.
Dalam khutbah Jumaat yang dihadiri oleh 2 juta orang bagi meraikan kejayaan revolusi itu, Syeikh al-Qaradawi menyeru agar pihak tentera Mesir membuka ruang sempadan Rafah bagi mengangkat sekatan terhadap Genting Gaza di Palestin. Pastinya Israel sangat bimbang dengan pengaruh Syeikh al-Qaradawi yang amat besar di dunia Islam..
Allahu Akbar!
- Youm7.
3 comments:
As-Salam ustaz. Ustaz, mohon untuk translate video2 ni boleh tak ustaz? Kalau boleh ana nak jugak tahu dia punya teks arab. Boleh Ustaz? (n_n)
insya Allah anti ana taip teks arab dia =)
Ustaz belum punya masa luang waktu ni..
Takpa, ramai peminat Syeikh Qaradawi di Malaysia ni, mungkin ada la nanti orang yang menterjemahkannya..
Tunggu saja.. kalau ada. Tapi kena la rajin menggoogle atau surf blog/web para ustaz ni..
:)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.