Oleh: Ustaz Muhammad Husni Ginting al-Langkati
Maulid Barzanji merupakan kitab yang memuji dan menceritakan kehidupan Rasulullah s.a.w, selalu dibaca dan dilantunkan orang ketika datangnya bulan Rabi`ul awwal di berbagai daerah dan negara seperti
Kitab Maulid Barzanji diserang dan diperangi oleh sebahagian orang yang menganggap acara Maulid Nabi Muhammad s.a.w. adalah salah satu perbuatan bid`ah, tetapi permasalahan ini adalah masalah khilafiyah yang kebanyakkan umat Islam berpegang teguh dengan bolehnya mengadakan maulid Rasul selama cara tersebut tidak berunsur hal-hal yang haram dan dilarang oleh Allah dan Nabi-Nya.
Maulid Barzanji adalah karangan dari seorang ulama besar terkemuka di masa beliau, telah berhasil memberikan jasa dan peninggalan yang berharga bagi umat Islam.
Nama Lengkap Pengarang Barzanji
Sayyid Ja`far bin Sayyid Hasan bin Sayyid Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Abdur Rasul al-Barzanji al-Madani as-Syafi`i.
Beliau dilahirkan di
Syeikh Muhammad Khalil al-Muradi pengarang kitab Silku ad-Durar memuji beliau dengan ungkapan : Beliau seorang Syeikh yang mulia lagi alim, satu-satunya orang yang hebat di dalam segala bidang ilmu, Mufti mazhab Syafi`iyyah di
Selanjutnya Syeikh Muhammad Khalil al-Muradi memuji lagi : Beliau hebat di dalam berpidato dan membuat karangan, sehingga beliau menjadi seorang imam dan khatib Masjid Nabawi, dan beliau juga seorang tenaga pengajar di Masjid Nabawi. Menulis berbagai macam kitab yang bermanfa`at dan karangan yang indah.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1177 hijriyyah sebagaimana yang telah disebutkan didalam kitab Silku ad-Durar.
Sanad Kami Kepada Imam Ja`far al-Barzanji
Berkata seorang hamba yang faqir lagi hina Muhammad Husni Ginting bin Muhammad Hayat Ginting al-Langkati :
Saya meriwayatkan kitab Maulid Barzanji dari Syeikh Saya al-Alim as-Syeikh Ahmad Damanhuri bin Arman al-Banteni wafat tahun 1426 hijriyah, beliau meriwayatkan dari gurunya al-Allamah al-Muhaddis as-Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi at-Tunisi al-Madani wafat tahun 1368 hijriyyah, beliau meriwayatkan dari al-Allamah Syeikh Sayyid Ahmad bin Ismail al-Barzanji Mufti mazhab Syafi`i di Madinah, beliau meriwayatkan dari ayahandanya Sayyid Ismail bin Sayyid Zainal Abidin al-Barzanji, beliau meriwayatkan dari ayahnya al-Allamah Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Muhammad Abdul Hadi al-Barzanji, beliau meriwayatkan dari ayahandanya al-Allamah Sayyid Muhammad Abdul Hadi al-Barzanji, beliau meriwayatkan dari pamannya al-Allamah al-Faqih Syeikh Sayyid Ja`far bin Sayyid Hasan bin Sayyid Abdul Karim al-Barzanji, pengarang kitab " Maulid al-Barzanji ".
Saya al-Faqir al-Langkati mengijazahkan sanad khusus ini bagi siapa saja yang ingin menerimanya, semoga berkat dan kita termasuk orang yang menyampaikan ilmu dan amanat kepada umat Islam.
- Zaqaziq , Syarqia, Mesir,
12 Rabi`ul Awwal 1432 hijriyyah.
Rujukan :
1 - Silku ad-Durar Fi A`yani al-Qarni as-Tsani Asyar : 13 / 2 ,karangan Syeikh Muhammad Khalil al-Muradi al-Hanafi, terbitan Dar Sodir Bairut, cetakkan pertama tahun 1422/2001.
2 - Maulid al-Barzanji (download).
----------------------
p/s: Rakaman audio nadir bacaan Maulid al-Barzanji lengkap oleh al-Imam al-'Allamah al-Kabir al-Mufassir al-Muhaddith Syeikh 'Abdullah Sirajuddin al-Halabi al-Husaini رحمه الله pada tahun 1406H (Sila klik).
2 comments:
menarik, tp nak buka fail tu pakai software apa ye?
syukran.
qobiltu
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.