Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW bukan sahaja berlaku
semasa hayat baginda semata-mata, malah ia berterusan walaupun sesudah
kewafatan baginda, bahkan sesudah lebih dari 1,400 tahun.
Kebencian musuh Islam terhadap Islam bukan sahaja ditumpukan
kepada umat Islam, tetapi lebih utama lagi ditumpukan kepada teraju utamanya
iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW terus dihina dan dicaci oleh para musuhnya.
Ia juga sebenarnya merupakan satu ujian kepada umat Islam, umat Baginda SAW.
Bagaimanakah tindakan dan reaksi mereka apabila nabi mereka atau agama mereka
dihina?? Apakah hati masih ada iman yang akan terasa ‘sakit’nya atau hanya diam
sahaja tanpa endah apa-apa?
Dari satu sudut yang boleh diambil pengajaran, kita sewajarnya
dapat mendidik diri kita sendiri dengan sifat tabah dan sabar sekiranya menerima
cacian dan makian. Jika Junjungan Nabi SAW yang merupakan kekasih Allah SWT sendiri
menerima penghinaan dan cacian daripada musuh-musuhnya, maka apa sangatlah diri
kita jika menerima penghinaan dan cacian daripada orang lain. Maka bersabarlah serta
berihtisab...
Namun, berasa marah kerana Allah Taala dalam isu ini adalah wajib
ke atas setiap umat Islam.
Saya kongsikan
sebuah entri lama dengan sedikit tambahan untuk kita renungi...
.........................
Kronologi Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW :
.:: 1988 ::.
Salman Rushdie menghina Nabi saw dalam karyanya “The Satanic
Verses”.
Kerajaan British menganugerahkan pengurniaan pingat ‘Knigh
Bachelor’ (membawa gelaran Sir) kepada penulis novel ‘Surah Syaitan’ kelahiran India , Salman
Rushdie dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar.
Penulis buku “ The Satanic Verses” yang menghina Islam dan
Rasulullah SAW menerima anugerah tersebut dalam satu majlis sempena ulangtahun
kelahiran Ratu Elizabeth II yang ke-81.
Ia satu tindakan yang menghina Islam kerana tindakan tersebut
sebagai tanda kerajaan Britain
berbangga dengan pencapaian buku “The Satanic Verses”. Seharusnya ia tidak
dipersetujui oleh umat Islam seluruhnya, kerana melambangkan betapa sensitiviti
kita dalam beragama terus cuba
diperkotak katikkan oleh musuh Islam.
Salman Rusdie, 60, anak seorang Muslim dilahirkan di Bombay pada
19 June 1947 dan bersekolah di Gereja John Conon kemudian di King Kolej,
Cambridge.
Pada tahun 1988 dia menulis novel ‘The Satanic Versus’ (Surah-surah
Syaitan) yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Pada 14 Febuari 1989 pemimpin Republik Iran , Khomeini mengeluarkan fatwa
supaya Salman Rusdie dihukum bunuh. Sejak itu Salman tidak muncul di khalayak
ramai dan bersembunyi di Britain.
.:: 1990-an ::.
- Taslima Nasreen (warga Bangladesh ) menghina Nabi s.a.w.
dalam karyanya dan hidup mewah dengan hasil jualan karyanya.
- Haidar bin Haidar (warga Syria bermastautin di Mesir)
memasukkan keluarga Nabi sebagai watak dalam novelnya dan menghina mereka.
- Seorang editor akhbar “Nigeria This Day” telah menghina Nabi
dalam kolumnya dengan mengatakan Nabi akan membenarkan pertandingan ratu cantik
di Nigeria
dan memilih salah seorang sebagai isterinya.
.:: 1997 ::.
Tatyana Suskin (wanita Yahudi) membuat dan menyebarkan 20 poster
yang menghina Islam dan Nabi SAW, antaranya gambar seekor babi.
.:: 2000 ::.
Farish Noor menulis artikelnya “Let Islam lead the way with its
progressive view on sexuality” dalam New Straits Times menghina Nabi SAW.
.:: 2002 ::.
Islama Daniel (jurnalis Nigeria ) menulis tentang Rasul dan
Miss World. Pertandingan itu adalah untuk memperlekehkan
pelaksanaan syariah Islam di Nigeria.
.:: 2004 ::.
Theo Van Gogh (producer filem) menghina Islam
dan Nabi s.a.w. dalam sebuah dokumentari atas dasar kebebasan berkarya.
.:: 2005 ::.
Akhbar Denmark “Jylands Posten” menerbitkan
kartun Nabi sebagai pengganas yang tidak berakhlak. Akhbar-akhbar dari Jerman,
Perancis, Belanda, Itali dan Sepanyol turut mengeluarkan kartun yang sama untuk
menyokong tindakan akhbar denmark itu.
- “Sarawak Tribune” menyiarkan kartun
menghina Nabi .
- “Guang Ming Daily’ mengeluarkan foto akhbar
yang menyiarkan karikatur itu.
- “New Straits Times” menyiarkan kartun lain
yang menghina Islam dan Nabi saw.
.:: 2007 ::.
Salman Rushdie mendapat gelaran “ SIR” dari
kerajaan British atas karyanya “The Satanic Verses”.
...............................
> 2008
Di Mesir – seorang
penulis wanita bernama Basant Rasyad menulis buku berbahasa Arab (الحب والجنس في حياة النبي) [Cinta & Seks Dalam
Hidup Nabi] yang merendah-rendahkan peribadi Nabi Muhammad SAW.
> 2011
Di Malaysia - seorang
wanita ‘iblis’ dengan nama samaran ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ giat menghina
Allah SWT, al-Quran dan Nabi Muhammad SAW melalui blog dan twitternya. Sungguh
mengecewakan blog ‘lucah’nya yang keji hingga kini masih boleh dilayari, mohon pihak JAKIM atau pihak berkuasa agar menyekatnya dengan
segera!..
> 2012
Di Amerika, September
- Penerbitan filem “Innocence of Muslims” menghina Nabi Muhammad SAW dan
Islam. Penulis dan pengarah filem itu, Sam Bacile didalangi oleh
pihak Yahudi. Filem tersebut dikatakan mendapat derma dari 100
orang Yahudi berjumlah USD 5 juta dan melibatkan lebih kurang 60 orang pelakon serta
45 orang krew. Penerbit yang keji itu berkata: "Islam is a cancer, the
movie is a political movie, it's not a religious movie".
Ya
Allah, hinakanlah mereka yang menghina Nabi-Mu…
Dan hantarkanlah
kepada mereka singa-singa-Mu…
Amin...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.