Al-‘Alim al-Rabbani Syeikh Muhammad Sa‘id al-Kuhail al-Himsi رحمه الله
Imam dan khatib Masjid Saidina Khalid bin al-Walid RA di Bandar Hims, Syria
dan syeikh Tariqat Syaziliyyah Darqawiyyah di Syam, al-‘Arif Syeikh as-Sayyid
Muhammad Sa‘id al-Kuhail al-Himsi al-Hanafi ad-Darqawi telah meninggal dunia
pada hari Selasa lepas, 25/09/2012 di Jeddah, Arab Saudi. Jenazah beliau kemudian
dimakamkan di perkuburan al-Baqi‘, Madinah al-Munawwarah. Beliau dilahirkan
pada tahun 1353H/ 1933.
Syeikh Muhammad Sa‘id al-Kuhail adalah murid dan khalifah Syeikh Tariqat
Syaziliyyah Darqawiyyah di Syam sebelumnya, Mawlana al-‘Arif Syeikh ‘Abd
ar-Rahman as-Syaghuri ad-Dimasyqi (1331 - 1425H).
Beliau meriwayatkan sanad
keilmuan dari ramai tokoh ulama besar di Syam, Mesir, Maghribi dan lain-lain.
Beliau pernah mengaji kitab (نخبة الفكر) dalam mustalah al-hadith daripada
al-‘Allamah al-Hafiz Sayyid Ahmad ibn al-Siddiq al-Ghumari (1320 - 1380H).
Antara guru beliau yang
lain ialah al-‘Allamah Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masysyat al-Maliki al-Makki
(1317 - 1399H), al-‘Allamah as-Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maliki al-Hasani
(1325 - 1391H), al-‘Allamah al-Kabir Syeikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani
al-Maliki (1313 - 1390H), Syeikh Muhammad Nur Saif al-Hilali al-Maliki (1323 -
1403H), al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Muhammad Ibrahim bin Sa‘dullah
al-Khutani al-Bukhari al-Hanafi al-Madani (1311 - 1387H) dan lain-lain.
رحمه الله تعالى رحمة واسعة
- الفاتحة -
Rujukan:
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.