Dr. Harith bin Sulaiman bin Dhari
ad-Dhari at-Ta’i, setiausaha agung Majlis Ulama Islam Iraq telah kembali ke
rahmatullah pada pagi hari Khamis 21 Jamadil Awal 1436 bersamaan 12 Mac 2015. Jasadnya
telah dikebumikan di perkuburan Sahab di selatan ibu kota
Amman , Jordan .
Dr. Harith adalah salah seorang
pemimpin reformasi dan jihad Iraq
yang tegas dan antara yang menentang keras penjajahan Amerika dan campur tangan
Iran di Iraq. Kerana prinsipnya yang teguh, beliau antara ulama yang sering mendapat
tentangan dan menjadi sasaran politik pihak lawan.
Beliau dilahirkan dalam daerah Baghdad pada tahun 1941. Semasa
kecil, bapanya telah menghantar beliau ke Madrasah Agama Asifiyyah di Falujah
yang juga terkenal dengan nama Madrasah Syeikh ‘Abdul ‘Aziz. Di situ, beliau
belajar fiqh Syafii, bahasa Arab, hadis, tafsir dan mantik. Kemudian, beliau ke
kota Baghdad
belajar daripada beberapa ulama seperti Syeikh Fu’ad Afandi al-Alusi, Syeikh
‘Abdul Qadir al-Khatib, Syeikh Haji Najmuddin al-Wa‘iz dan lain-lain.
Beliau kemudian melanjutkan
pelajarannya ke al-Azhar, Mesir di Fakulti Uusluddin pada tahun 1962 dan tamat
dalam jurusan tafsir dan hadis pada tahun 1967. Setelah itu, menyambung pula ke
peringkat master dalam takhassus tafsir dan selesai pada tahun 1969.
Lalu beliau kembali ke Iraq dan bertugas sebagai penyelia di
Kementerian Wakaf Iraq .
Setelah itu, pada tahun 1970 berpindah tugas pula menjadi tutor di Fakulti
al-Imam al-A‘zam. Kemudian beliau kembali semula ke al-Azhar untuk mengambil
takhassus hadis pada tahun 1971. Setelah selesai, beliau menyambung pula ke
peringkat PhD. Sementara menulis tesis, beliau kembali ke Iraq dan
bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, di samping menjadi tutor
di Fakulti al-Imam al-A‘zam.
Pada tahun 1978, beliau berjaya
menamatkan pengajian PhDnya dengan taraf cemerlang dengan judul tesisnya: (الإمام الزهري وأثره
في السنة). Pada tahun 1979, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai
pensyarah kanan di Fakulti al-Imam al-A‘zam. Nama fakulti ini kemudian ditukar
kepada Fakulti Syariah pada tahun 1980 selepas dipindahkan daripada bahagian Kementerian Wakaf ke Universiti
Baghdad.
Pada tahun 1997, beliau meminta bersara
daripada univerisiti selepas berkhidmat selama 27. Namun, menyambung khidmat
pula di Fakulti Syariah di Universiti Yarmuk, Jordan (1997), seterusnya Fakulti
Pengajian Islam dan Arab di Dubai, Emiriah (2000) dan Universiti ‘Ajman di
Fujairah, Emiriah (2002).
Selepas penjajahan Amerika,
beliau kembali semula ke Iraq
pada bulan Julai 2003. Beliau antara yang berperanan utama dalam penubuhan
Majlis Ulama Islam Iraq
yang menangani banyak isu-isu penting.
Penulisan
Antara karya-karya Dr. Harith
ialah;
1. (الإمام الزهري وأثره في السنة)
2. (القرآن الكريم، تلاوته ومعانيه للصف
السادس الإعدادي ، مشاركة مع آخرين)
3. (محاضرات في علوم الحديث)
yang telah banyak kali diulang cetak.
Antara artikel-artikel ilmiah beliau pula;
1. (علم
الجرح والتعديل)
2. (الإسناد
عند المحدثين)
3. (التعارض
والترجيح في الحديث)
4. (الإدراج
في الحديث)
5. (التصحيف
في الحديث)
6. (المكاتبة
عند المحدثين)
7. (الكتب
الستة ومكانتها عند المسلمين)
8. (الإمام
مجد الدين بن الأثير وجهوده في الحديث)
9. (الأربعينيات
في الحديث)
10. (حقوق
الإنسان والتمييز فيها)
11. (أبو
هريرة الداعية)
12. (الماسونية
والأديان السماوية)
13. (وحدة
الأمة ووسائل المحافظة عليها)
Rujukan:
Laman web beliau,
http://www.harithaldhari.com/Portal/news.php?action=view&id=396
رحمه الله رحمة واسعة وأسكنه فسيح جناته
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.