1. Pernah suatu masa dahulu,
kebanyakan bidang hadis dikuasai oleh ulama mazhab SYAFII sehingga ulama2
mazhab lain hanya skadar mengikut usul & kaedah ilmu hadis yang telah
dibangunkan oleh alim ulama Syafii spt al-Hakim an-Naisaburi, al-Khatib
al-Baghdadi, Ibn as-Solah, al-Nawawi, al-‘Iraqi, Ibn Hajar al-‘Asqalani,
al-Sakhawi, al-Suyuti dsb. Namun, pada masa kini, ulama Syafii tidak lagi
menonjol sebagaimana zaman kegemilangan tokoh2 hadis mereka. Manhaj hadis
mereka kelihatan tenggelam dalam ‘gelombang’ kebangkitan hadis di benua India
dan Timur Tengah.
2. Meskipun ‘gelombang’
kebangkitan hadis kini zahirnya di atas keghairahan untuk kembali kepada sunnah
Nabi SAW yang tulen, namun hakikatnya sama ada kita sedar atau tidak, ia juga bertitik
tolak daripada dorongan fahaman dan unsur kemazhaban. Tulisan ini bukan
bertujuan utk mengupas tentang perselisihan antara mazhab, tetapi lbh bertujuan
ingin menyorot tentang manhaj hadis yang melatari ‘gelombang’ kebangkitan hadis
pada masa sekarang ini.
3. Sejak kurun ke-12 H, benua India masyhur
disebut sebagai pusat pengajian hadis. Sehingga kini, banyak pusat pengajian
hadis yang telah dibangunkan oleh alim ulama India . Namun, ada dua aliran yang
berbeza di kalangan mereka. Pertama, aliran hadis mazhab HANAFI yang merupakan
pegangan majoriti ulama India .
Dan kedua, aliran hadis manhaj ghair muqallidin yang mendakwa diri
mereka tidak bertaklid dengan mazhab fiqh yang empat, tetapi mengikut mazhab
Ahlul Hadis.
4. Aliran kedua di atas kemudian
menular ke Timur Tengah dengan lebih pesat di zaman Syeikh Muhammad Rasyid
Redha. Ia turut membangkitkan manhaj hadis mazhab HANBALI di Arab Saudi dan
juga manhaj hadis Nuqqad Mutaqaddimin kemudiannya. Kedua-dua manhaj ini zahirnya
kelihatan bersinonim kerana Imam Ahmad bin Hanbal sendiri adalah tergolong
dalam kalangan Nuqqad Mutaqaddimin. Cuma bezanya, manhaj Nuqqad Mutaqaddimin
tidak terikat dengan mana-mana mazhab fiqh. Ia berbeza pula dgn manhaj hadis
ghair muqallidin lain yang hampir kebanyakannya mengikut usul & kaedah
ilmu hadis susunan ulama Syafii sahaja seumpama Ibn as-Solah, al-‘Iraqi, Ibn
Hajar al-‘Asqalani dll sptmn yang telah disebutkan. Bagaimanapun, kesamaan yang
hampir ada pada kesemua mereka ialah kecenderungan kepada manhaj mutasyaddidin
(aliran keras).
5. Manakala Maghribi yang
menjadikan mazhab MALIKI sbg mazhab rasmi sejak dahulu juga kelihatan sudah mula
menghidupkan manhaj hadis mereka. Maka, jika diperhatikan, masing-masing manhaj
hadis mempunyai negara yang menjadi pusat naungan dan perkembangan pengajian hadis
mereka. Mazhab HANAFI mempunyai ulama benua India yang telah menggemblengkan
banyak usaha dalam berkhidmat trhadapnya seperti ulama Deoband dan lain-lain.
Mazhab HANBALI pula mempunyai ulama Arab Saudi yang juga telah membangunkan
banyak usaha dalam mengembangkan manhaj hadisnya, sama ada mereka mengisytiharkannya
atau pun tidak.
6. Namun, mazhab SYAFII kini
tidak bernasib seperti mazhab-mazhab tersebut, meskipun ia tersebar luas di banyak
negara Islam. Ini kerana secara zahir, belum ada negara yang menjadi pusat naungan
dan perkembangan pengajian hadis mereka. Meskipun pernah suatu masa dahulu, Makkah
& Madinah (Hijjaz) dalam kurun ke 12 – 14 H hampir dapat dikatakan sebagai pusat
rujukan hadis mazhab SYAFII. Sehinggalah ia ditutupi dengan kewafatan Musnid
ad-Dunia Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani.
-
Justeru, jika mazhab HANAFI ada Deoband.
-
Mazhab HANBALI ada Arab Saudi.
-
Mazhab MALIKI ada Maghribi.
-
Bagaimana pula dgn mazhab SYAFII...?
7. Kemungkinan sudah sampai masanya, ulama Nusantara, khususnya Malaysia
yang sejak sekian lama bermazhab dengan mazhab SYAFII melihat potensi untuk
menjadikan rantau ini sebagai pusat manhaj hadis mazhab SYAFII. Dan saranan ini tentunya memerlukan kepada
komitmen ramai pihak dan tidak dapat direalisasikan oleh hanya segelintir individu.
8. Perlu diingatkan, perbincangan mengenai manhaj hadis mazhab2 fiqh ini bukanlah
berkait dgn soal menyeru kepada jumud dan taksub mazhab. Tidak sama sekali,
tetapi ia berkait dengan soal ijtihad para ulama, berdasarkan kaedah (الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد) “Ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad lain”. Jadi sudah
sampai masanya, alim ulama Malaysia mendalami dan menguasai semula manhaj hadis
mazhab SYAFII, mengkaji dan menaikkan semula metode tokoh2 besar hadis mereka sendiri,
seumpama al-Baihaqi, Ibn as-Solah, an-Nawawi, al-Rafii, Ibn Daqiq al-‘Id, al-Subki,
al-Zarkasyi, al-‘Iraqi, Ibn Hajar, as-Sakhawi, as-Suyuti, al-Tarmasi dsb. tanpa
trpengaruh dgn manhaj hadis pilihan sebahagian sarjana2 moden yg hakikatnya
cenderung kepada manhaj mutasyaddidin...
Sekadar lontaran untuk difikirkan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.