((Tiga peringkat dalam mempelajari ilmu mustalah
al-hadith))
Bagi mengukuhkan manhaj hadis mazhab Syafi‘i, pembelajaran dan penguasaan terhadap
ilmu mustalah al-hadith adalah amat penting. Tahap untuk mempelajari
ilmu mustalah al-hadith ini mungkin dapat dibahagikan kepada 3 peringkat:
a. Peringkat rendah:
Mempelajari nazam ilmu mustalah al-hadith
yang ringkas seperti:
- al-Qasidah al-Gharamiyyah oleh al-‘Allamah Ahmad bin Farh al-Isybili (w. 699 H).
- al-Manzumah al-Bayquniyyah oleh al-‘Allamah ‘Umar bin Muhammad bin Fatuh al-Bayquni (w. 1080 H).
Juga mempelajari matan ilmu mustalah al-hadith
yang ringkas seperti:
- Nukhbah
al-Fikar fi Mustalah Ahl al-Athar oleh
al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852 H)
- Zawal al-Tarah Sharh Manzumah Ibn Farh oleh al-‘Allamah Badr al-Din ibn Jama‘ah al-Kinani (w. 733 H).
b. Peringkat menengah:
Mempelajari kitab ilmu mustalah al-hadith
yang lebih luas seperti:
- Nuzhah
al-Nazar Sharh Nukhbah al-Fikar oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852 H),
- al-Taqrib wa al-Taysir li Ma‘rifah Sunan
al-Bashir al-Nadhir oleh Imam
Muhyi al-Din al-Nawawi (w.
676 H),
- al-Khulasah fi Usul al-Hadith oleh al-‘Allamah Syaraf al-Din al-Tibi (w. 743 H)
- al-Muqizah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith oleh
al-Hafiz al-Dhahabi (w. 748 H).
- Safwah al-Mulah bi Sharh Manzumah al-Bayquni fi Fann al-Mustalah oleh al-‘Allamah
Abu Hamid Ibn al-Mayyit al-Budayri al-Dimyati (w. 1140 H).
c. Peringkat tinggi:
Mempelajari atau menelaah kitab ilmu mustalah al-hadith
yang lebih dalam seperti:
- Fath al-Mughith bi Sharh Alfiyah al-Hadith oleh al-Hafiz al-Sakhawi (w. 902 H)
- Tadrib al-Rawi fi Sharh Taqrib a-Nawawi oleh al-Hafiz al-Suyuti (w. 911 H)
- Manhaj
Dhawi al-Nazar fi Sharh Manzumah ‘Ilm al-Athar oleh Syeikh Muhammad Mahfuz al-Tarmasi (w. 1338 H).
Istimewanya, kesemua karya klasik ilmu mustalah al-hadith ini disusun oleh ulama mazhab Syafi‘i yang juga merupakan
rujukan penting dalam disiplin berkenaan sehingga kini. Disiplin ini merupakan
asas kepada dunia hadis dan merupakan teori yang perlu dipraktikkan sepenuhnya.
Jika tidak, pembelajaran ilmu ini tidak akan mencapai tujuannya yang sebenar
sekiranya tidak membuahkan sebarang hasil.
Wallahu a‘lam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.