Pages

Tuesday, December 19, 2017

Q & A Pengajian Hadis Bersanad & Sanad Tarekat




Q: Sy ada baca buku soal jwb hadis seorang ust tentang sanad hadis. Ada bhgian soalan tu, tentang 'kumpulan' tertentu yg dakwa memiliki sanad hingga Rasulullah saw atau fulan. Sy beranggapan, mungkin pernah berlaku sesuatu isu hingga timbul soalan tu. Mungkin ust blh bg pencerahan?

A: Saya belum lagi membaca buku berkenaan, justeru saya tak dpt nak mengulas lebih2 tentang ’isu’nya. Namun yg saya faham drp gaya bahasa ungkapan: “...'kumpulan' tertentu yg dakwa memiliki sanad hingga Rasulullah saw atau fulan,” seolah2 bertujuan utk meragukan atau membuat tuduhan secara umum trhadap kumpulan berkenaan. Secara asasnya, selain kita disuruh agar bersangka baik sesama muslim, kita juga diperintah agar bertabayyun, apatah lagi trhadap alim ulama dan para solihin. Jika kita ada hujah, kemungkinan pihak yang didakwa juga mmpunyai hujah. Hujah dgn hujah perlu dilihat secara ilmiah, telus dan tuntas, apakah kita sampai perlu ‘berperang’ atau cukup dgn berlapang dada.

Saya menyarankan agar kita perlu mempunyai maklumat yg cukup berkaitan sejarah dan latar belakang pemikiran sesuatu kumpulan sebelum kita tergesa2 merumuskan sesuatu hukuman ke atasnya. Bahkan bagi pihak ketiga, ia juga perlu mempunyai maklumat yg cukup berkaitan sejarah dan latar belakang pemikiran pihak yg membuat dakwaan trhadap kumpulan itu. Apakah ada perselisihan mazhab/aliran antara kedua2 pihak, dan sebagainya.. 

***

Q: Apakah spark issue bg pngajian hadis bersanad & ijazah di M’sia ni..

A: Menurut pengamatan saya, antara yg menjadi isu tentang pngajian hadis bersanad & ijazah di Malaysia ini ialah: ianya sudah tidak perlu/tidak releven lagi kerana semua hadis sudah pun dibukukan dan sanad sudah tidak mnjadi tumpuan utama lagi pada zaman skrg. Maka, budaya pngajian hadis bersanad & ijazah ini hanyalah sekadar utk mengambil berkat sahaja.

Antara isunya juga: sanad mungkin digunakan oleh sesuatu fahaman utk mengelirukan masyarakat awam tentang ajaran yg dibawa oleh mrk.

Bagaimanapun, isu2 ini perlu dilihat secara teliti dan tidak wajar diterima secara bulat2 tanpa soal selidik. Utk membuat sesuatu kesimpulan/hukum, kita trlebih dahulu perlu mempunyai gambaran dan maklumat yg cukup mengenai permasalahannya dari segenap aspek, sebagaimana yg telah disebutkan.       

Bagi mendalami lebih lanjut ttg isu pngajian hadis bersanad ini, boleh rujuk beberapa tulisan yg baik, spt tesis PhD oleh Dr. Farhah Zaidar bertajuk “Faktor2 Dorongan Aplikasi Talaqqi Bersanad dan Keperluannya dlm Pengajian Hadis di Malaysia” (UKM, 2014).

***

Q: Dan adakah isu tersebut timbul sbb dipengaruhi oleh taasub tarikat @ fahaman mana2?

A: Istilah ‘tarekat’ sering disalah guna oleh pihak tertentu, sedangkan tarekat yg benar adalah diiktiraf oleh ulama ASWJ. Malah, ramai ulama besar yg menjadi ahli tarekat yg boleh kita lihat sejarahnya sejak ratusan tahun lalu di dalam kitab2 biografi para ulama. Saya kira tidak timbul langsung isu taksub tarekat dalam hal berkaitan sanad kerana sebahagian besar tarekat berakhir sanad mereka kepada jalur yg sama, iaitu drpd Imam al-Hasan al-Basri yg mengambil daripada Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA. (Sanad ini turut menjadi isu bagi pihak yg menentang tarekat, meskipun ia telah dijawab berulang kali)

Saya juga tidak melihat relevennya mana2 fahaman dalam kalangan ASWJ perlu dikaitkan dgn isu taksub dlm soal pngajian hadis bersanad. Ini kerana pngajian hadis bersanad pada hakikatnya adalah antara budaya ilmu ulama Islam sejak lebih 1300 tahun lalu, sehinggalah ia cuba dihapuskan oleh sistem pendidikan baru yg diterapkan oleh para penjajah Barat yg menjarah negara2 umat Islam.

Namun kebelakangan ini, budaya pngajian hadis bersanad yg hampir pupus ini telah dihidupkan kembali oleh ramai pihak yang mempunyai kesedaran mengenainya, baik di Timur tengah, Afrika utara, mahu pun di Nusantara. Manakala di India & Pakistan, sistem ini mungkin tidak terusik dan terus kekal hingga ke hari ini.

***

Q: Setakat pembacaan sy utk pngjian hadis bersanad ni, dtgnya drp ulama' yg belajar di India, aliran deobandi. Dan pngajian hadis mggunakan aliran deobandi ni, mudah katanya diiktiraf. Bgaimana pula bg pengajian yg tak berasas kpd deobandi tu? Adakah wujud di negara kita khususnya daurah bg pnganugerahan ijzah bersanad yg x mengikut asas dsiplin ilmu ijazah sanad ni?

Bagaimana pula dgn ijazah serban, tasbih, rida' dan lain-lain?

A: Ya, oleh kerana sistem ini tidak terusik di India & Pakistan, maka pengaruhnya memang tidak dpt dinafikan. Namun, ia bukan bermakna hanya ulama yg belajar di India shj yg memberi pengaruh, kerana sebelum itu, ulama Melayu yg belajar di Makkah terlebih dahulu memainkan peranan dalam pengajian bersanad ini. Pada masa kini pula, ulama2 dr Timur Tengah baik dr Mesir, Syria dan Yaman sendiri yang datang ke Malaysia mula memberi pengaruh secara langsung.

Tradisi pengajian hadis adalah sama sejak dahulu sehinggalah kini, di mana kaedah2 at-tahammul wal-ada’ (penerimaan & penyampaian) dipraktikkan. Begitu juga dlm mmpraktikkan adab2 al-muhaddith wa talib al-hadith (guru & murid). Huraian lanjut mengenai semua ini boleh dirujuk dalam kitab2 mustalah al-hadith. Maka, pada saya sekarang sudah tidak timbul soal “aliran deobandi mudah diiktiraf”.   

Setakat pengetahuan saya, tidak wujud daurah bg pnganugerahan ijazah bersanad di kalangan ulama ASWJ yg tak mengikut asas dsiplin ilmu ijazah sanad. Ini kerana pengijazahan sanad bukanlah sesuatu yg sukar dan rumit, malah ia dapat dilakukan secara lisan, ibarat seperti akad juga. Cuma ia berbeza dari segi kekuatan dan kelemahannya. Perbincangan lanjut tentangnya juga dpt dirujuk dalam kitab2 mustalah al-hadith.

Berhubung ijazah serban, tasbih, rida' dan lain-lain, ianya juga telah dibahaskan oleh sebilangan ulama, apakah ada asalnya daripada Nabi SAW atau pun tidak. Jika benar sekalipun ia tidak bersambung sampai kepada Nabi SAW, setidak2nya rantaian sanad berkenaan bersambung2 dgn para solihin dan para ulama amilin sampai kepada para salafussoleh yg mana akhlak dan amalan mrklah yg menjadi ikutan dan tauladan bagi kita semua. Inilah antara matlamat yg sebenarnya, iaitu sisi tarbiah dan rahsia rohani yg jarang diberi perhatian oleh ramai orang. Manakala serban, tasbih, rida' dan seumpamanya itu hanya alat sahaja.   

***

Q: Bagaimana pula dgn pengijazahan tanpa pemhaman yg detail? Cth, daurah kitab hadis 4o secara qira'ah dr pg-ptg. Kmudian dberi ijazah. Apakah tuntutan ijazah tersebut.

A: Pengijazahan tanpa pemhaman yg detail, bukanlah mnjadi isu utama dalam pengajian hadis bersanad. Pemahaman yang detail merupakan masalah pd diri murid, bukannya masalah pd proses pengajian bersanad. Maksudnya, murid perlu berusaha lebih lagi pada masa seterusnya utk belajar & memahami kerana pembelajaran ilmu itu memang suatu proses yang berterusan sepanjang hidup kita semua. Malah pada masa dahulu, para ilmuwan membawa anak-anak mereka ke majlis2 hadis agar mereka beroleh ijazah sanad, meskipun mrk masih belum faham sepenuhnya. Kata al-Hafiz Ibn al-Salah (m. 643H):
ولم يزالوا قديما وحديثا يحضرون الصبيان مجالس التحديث والسماع ويعتدون بروايتهم لذلك.
“Mereka (para ahli ilmu) sejak dahulu dan kini, sering membawa anak-anak ke majlis2 penyampaian dan pendengaran hadis, serta mengiktiraf riwayat mereka (di kemudian hari) dengan sebab itu”.

Menghidupkan kembali tradisi pengajian yang menjadikan umat Islam dahulu berjaya mencapai kecemerlangan ini adalah sesuatu yang wajar dipuji dan digalakkan. Tradisi yang tlh menjadikan ilmu umat Islam sebagai ilmu yang paling sahih secara umumnya krn dipindahkan daripada generasi guru kepada generasi murid tanpa terputus sedikit pun hingga ke hari ini.  

Sanad merupakan keistimewaan khusus bagi umat Nabi SAW. Ia merupakan bukti nyata kpd musuh2 Islam seperti orientalis Barat misalnya, bahawa ilmu Islam adalah ilmu yang auntentik dan terpelihara tradisinya hingga ke hari ini tanpa terputus. Justeru, jika seseorg ilmuwan itu tidak mempunyai sanad dan ilmu yang dipelajarinya juga terputus sanad, apakah ia berani berbangga dengannya trhadap musuh2 Islam itu?

Tuntutan ijazah sebenarnya bukan sekadar mengambil berkat semata2, bahkan selain mendapat ilmu kitab yang lengkap (apabila khatam sesebuah kitab misalnya, tanpa dipilih2 sptmn sukatan pelajaran pd hari ini), ia turut mendidik diri kita dengan berbagai sifat mahmudah spt sabar, tekun, tawakkal, ikhlas, istiqamah, hormat dan sebagainya, juga dapat menerapkan banyak adab pd diri kita, spt adab majlis, adab berguru, adab belajar dan lain2. Selain dapat berzikir dan berselawat serta meraih doa para malaikat dan rahmat yang turun ketika majlis ilmu.

Dengan berkat dan rahmat ini, kita berharap dapat mengikut jejak orang-orang yang telah berjaya itu, malah berharap dapat bersama-sama dgn mereka atau setidak2nya memperoleh syafaat mereka di Akhirat kelak. Mereka yg tidak menghargai banyak hikmah2 trsirat ini sahaja yg tentunya akan memandang sepi kepada majlis2 pengajian hadis bersanad.

Mrk yg berpendapat, ‘nilai sanad pd zmn skrg sudah tidak relevan & kepentingannya tidak lg signifikan kerana zaman kpntingan sanad sudah berlalu’, mungkin merujuk kepada kata2 al-Hafiz Ibn al-Salah (m. 643H):
فآل الأمر إذا، في معرفة الصحيح والحسن، إلى الاعتماد على ما نص عليه أئمة الحديث في تصانيفهم المعتمدة المشهورة التي يؤمن فيها – لشهرتها - من التغيير والتحريف. وصار معظم المقصود، بما يتداول من الأسانيد خارجا عن ذلك، إبقاء سلسلة الإسناد التي خصت بها هذه الأمة.
“Maka, hal – dalam mengenali sahih & hasan - ini jika begitu, kembali berpegang kepada apa yg telah dinaskan oleh imam-imam hadis di dalam karangan2 mrk yg muktamad lg masyhur, yg terpelihara kandungannya - kerana kemasyhurannya -daripada perubahan dan penyelewengn. Jadinya, kebanyakan maksud sanad-sanad yang disebarkan (sesudah itu), yg terkeluar daripada yg demikian ialah bagi mengekalkan rantaian sanad yg telah dikhususkan bagi umat ini”.

Namun, realitinya al-Hafiz Ibn al-Salah & semua ulama yg datang selepasnya tidaklah meremehkan tradisi pengajian bersanad ini sebagaimana yg dapat kita rujuk dlm biografi2 mereka. al-Hafiz Ibn al-Salah sendiri pernah mengkhatamkan kitab al-Sunan al-Kubra karangan Imam al-Bayhaqi dlm pengajian bersanad beliau, yang mana jumlah keseluruhan majlis periwayatan kitab itu shj sebanyak 757 buah majlis! (lihat: Safhah Musyriqah min Tarikh Sama‘at al-Hadith ‘ind al-Muhaddithin oleh al-‘Allamah Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah)  

***

Q: Soal jawab dlm buku tu begini, "terdapat banyak aliran tarikat dgn bermacam-macam nama & gelaran, ritual & amalan yg tersendiri dgn maksud ibadah. Masing2 mendakwa memiliki sanad yg sohih. Apa komentar ust?"

Sy melihat jwpn yg dikemukakan oleh penulis, mengatakan sanad ilmuwan yg wujud hr ini lbh kpd berbentuk tradisi shja, kepentingan tidak lg signifikan kerana zaman kpntingan sanad sudah berlalu, individu dlm sanad yg didakwa itu tiada rekod dr segi 'adalah & dhabt, status sanad yg didakwa tidak dpt ditentukan kesinambungan drp pihak yg didakwa diambil darinya.  Lebih kepada nilai sanad tersebut pd zmn skg, tidak relevan berdasar kpd hujah yg beliau kemukakan & hanya berbentuk tradisi shja.

Apa yg sy dpt simpulkan, sanad zmn skg, lbih kpd meneruskan tradisi ilmu para ulama terdahulu dlm pngjian hadis. Adapun selebihnya dakwaan berkenaan ia mempengaruhi status hadis dsb, tidak timbul.

A: Ya, semua tarekat yg muktabar memiliki sanad yg sahih di sisi pandangan mereka. Namun, oleh kerana para sufi & para solihin ini mempunyai hati yg bersih dan mrk lebih gemar bersangka baik serta terus beramal secara istiqamah, maka disiplin periwayatan mrk sering dikritik oleh ahli hadis.      

Perlu diketahui bhw sejak zaman awal pembukuan ilmu Islam lagi, sudah mula ada seperti ‘gap’ (jurang) antara dua pihak ini, iaitu antara ahli hadis dan ahli sufi. Maka, kemungkinan ada ahli hadis yg tidak mengenali sebahagian ahli sufi secara dekat utk dinilai sifat ‘adalah dan dhabt (sifat adil & hafazan) mrk secara tepat. Kebanyakan ahli hadis juga mengukur dhabt (hafazan) seseorg perawi dengan memeriksa dan membandingkan riwayat2 mrk dengan riwayat2 perawi thiqah. Mrk turut menitik beratkan fakta pertemuan antara para perawi. Jika mrk tidak menemukannya atau meragukannya, mungkin sanad trsebut dianggap terputus. Maka, tidak hairan jika ada ahli sufi yg dihukum lemah atau daif oleh ahli hadis dgn sebab2 ini.

Jika diamati, hal ini hakikatnya masih bersifat ijtihadi drpd ahli hadis, bukanlah ianya wahyu pemutus bicara. Namun, bukan bermaksud kita meremehkan metode mrk. Tidak sekali2. Tetapi maksudnya, penilaian kredibiliti dan fakta pertemuan antara para perawi daripada satu pihak sahaja bukanlah satu2nya kaedah penentuan kerana masih ada pertimbangan2 yg perlu kita libatkan, spt hal antara si perawi dan pengkritiknya, keadaan periwayatan, pandangan pihak lain, capaian dimensi ilmu serta situasi yg berlegar di sekitarnya. Malah adakalanya, penilaian kredibiliti perawi masih diperselisihkan dan wujudnya fakta pertemuan antara perawi yg tidak sampai ke pengetahuan pihak yg mengkritik atau masih dalam kondisi pro-kontra. Hal2 sbegini yg dimaksudkan masih bersifat ijtihadi.

Di antara adab ahli sufi ialah ikhlas dan bersangka baik dgn guru. Justeru, mrk menganggap apa yg disampaikan oleh guru adalah sahih atau pun sekurang2nya tidak melanggar syarak. Dari sini, mrk turut dikritik oleh ahli hadis apabila mrk meriwayatkan riwayat2 yg daif atau palsu di sisi ahli hadis, atau mengamalkan sesuatu yg dihukum bidaah atau tidak harus di sisi ahli hadis. Kebanyakan penilaian ini hakikatnya bukanlah penilaian yg muktamad krn banyak antara perkara2 yg dikritik itu didapati masih di dalam medan perbincangan dan ruang lingkup ijtihad. Apa pun, kedua2 disiplin ahli hadis dan ahli sufi ini terus berkembang sehingga ke hari ini.

Maka itu, kita lihat ahli tarekat menyatakan mrk memiliki sanad yg sahih, sedangkan ia dilihat sbg daif oleh kebanyakan atau sebahagian ahli hadis. Perselisihan ini turut membawa polemik yg berpanjangan sehingga kini. Pada hemat saya, nilai sahih yg dimaksudkan oleh ahli tarekat itu tentunya tidak sama taraf dgn nilai sahih yg dikehendaki oleh ahli hadis. Sebagaimana nilai sahih oleh sebahagian ahli fiqah juga tidak dipersetujui oleh ahli hadis, sptmn dalam isu hadis mursal contohnya. Apa pun, masing-masing mempunyai alasan dan hujah. Maka, berlapang dada adalah jalan yg lebih baik.     

Sanad-sanad tarekat secara rumusannya adalah sanad bersuhbah (perdampingan/pertalian antara guru dgn murid) sbg jalan menuju kepada Allah SWT. Adapun ‘ritual & amalan yg tersendiri dgn maksud ibadah’ itu bukanlah termasuk dalam periwayatan sanad tarekat. Ia merupakan ajaran guru2 mursyid (bahkan mujtahid dlm ilmu tasawuf, sptmana mujtahid dlm ilmu fiqh, ilmu hadis dan sebagainya) yg masih di dalam ruang lingkup ijtihad.

Pernyataan ‘ritual & amalan yg tersendiri dgn maksud ibadah’ itu juga mungkin kurang tepat kerana membayangkan seolah2 ahli sufi boleh sesuka hati mereka-cipta apa jua amal ibadah. Sedangkan secara rumusannya, selain mempraktikkan disiplin ilmu tasawuf, amalan utama tarekat hanyalah melibatkan bab zikir, wirid, doa, selawat, istighfar & seumpamanya, iaitu bab yg luas di sisi mereka menerusi dalil2 yg umum dan khusus dalam syariat Islam. Dlm menguruskannya pula, mungkin melibatkan penentuan bilangan, hari atau tempoh tertentu.  

Perkara2 ijtihadi berkaitan amalan tarekat ini mungkin tidak dipersetujui oleh sbahagian ulama lain seumpama ahli hadis misalnya. Namun, perlu kita faham bahawa setiap pihak mempunyai disiplin ilmu yg mencakupi kaedah2 dan usul2 yg digariskan oleh imam masing-masing. Maka, sekali lagi berlapang dada itu adalah lebih baik. Malah, integrasi antara ahli hadis & ahli sufi sebenarnya turut berlaku di sepanjang lembaran sejarah, yg perlu kita perkasakan lagi kini jalinannya.

Sanad tarekat pada masa sekarang sebenarnya adalah amat penting bagi membezakan antara tarekat yg sesat dan tarekat yang benar. Ia bukan semata2 tradisi. Misalnya, pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan amat mengambil berat soal ini, selain drpd memastikan ada guru yg mursyid dan amalan yang berbentuk syar‘i. Justeru, ada tarekat2 yg tidak diiktiraf oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan kerana tidak memenuhi syarat2 tersebut. Ini sepatutnya dicontohi oleh jabatan2 mufti negeri yg lain.

***

Q: Kiranya, pengajian n pengijazahan sanad ni memg tiada kaitan langsung dgn aliran/tariqat lah, ust? Lbh kepada kefahaman & kesedaran kaedah pngjian hadis scra talaqqi bersanad & pengijazahan sanad.

A: Sebaiknya dipisahkan perbincangan antara sanad tarekat dgn pengajian hadis bersanad. Perbincangan tentang sanad tarekat ini perlu diasingkan sepertimana juga perbincangan ttg sanad qiraat al-Quran. Masing2 mmpunyai disiplin ilmu tersendiri yg bukannya muncul dalam tempoh setahun dua.  

Misalnya, jika Imam Hafs dihukum oleh ahli hadis sbg matruk (tahap sangat daif), maka apakah ilmu qiraatnya juga dihukum sangat daif? Sedangkan lebih kurang 90% umat Islam kini membaca al-Quran dgn qiraat Imam Hafs...!?

***

Q: Tapi, tak salah kan ust, kalau sy kata pengajian hadis ni, agak susah berbanding ilmu lain? Baik dr segi istilah & muqarrar2 bab hadis ni. Kebanyakan yg libatkan diri dgn pngjian hdis, byk dr kalangan lelaki. Adapun perempuan, jarang dengar.

A: Saya kurang pasti dgn dakwaan ‘pengajian hadis agak susah berbanding ilmu lain’. Mungkin ia berdasarkan persepsi individu sahaja, maka terpulanglah kpd diri masing2. Tetapi memang benar, kebanyakan yg melibatkan diri dgn pengajian hadis, banyak dr kalangan lelaki dan jarang dr kalangan perempuan. Namun, bukan bermakna ada sekatan/halangan trhadap mrk, cuma mungkin ‘nature’ semulajadinya begitu. Wallahu a’lam. Sila lihat tulisan terdahulu saya: http://sawanih.blogspot.my/2012/05/orang-perempuan-kurang-riwayat-hadis.html

Wallahu a’lam.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.