Karya Asli Imam as-Syafi‘i! رحمه الله تعالى
1. Ramai penulis yang membincangkan tentang
kitab hadis susunan imam mazhab fiqh yang empat hanya menyebut Imam Malik dan
Imam Ahmad sahaja yang ada menyusun kitab hadis, iaitu Imam Malik (w. 179H) menyusun
kitab al-Muwatta’ dan Imam Ahmad (w. 241H) menyusun kitab al-Musnad.
Manakala Imam Abu Hanifah (w.
150H) dan Imam as-Syafi‘i (w. 204H) disebut tidak menyusun sebarang kitab
hadis. Adapun kitab Musnad Abu Hanifah dan Musnad as-Syafi‘i kedua2nya
dihimpun dan disusun oleh ulama lain yg datang kemudian. Manakala kitab Musnad
yang masyhur dinisbahkan kepada Imam as-Syafi‘i adalah disusun oleh Abu al-‘Abbas
Muhammad bin Ya‘qub bin Yusuf al-Asom (w. 346H).
2. Berdasarkan kajian Syeikh Dr. Khalil Ibrahim Mulla Khatir serta penelitian
terhadap dalil dan hujah yang dikemukakan oleh beliau, dapat dinyatakan bahawa
Imam as-Syafi‘i sebenarnya juga mempunyai kitab hadis yang disusun oleh beliau
sendiri, iaitu kitab as-Sunan. Ia merupakan sebuah kitab hadis yang lain
daripada kitab Musnad yg dinisbahkan kepadanya, meskipun ada sebahagian
orang yg terkeliru dan menganggap kedua2nya sebagai kitab yang sama.
3. Menurut Dr. Khalil Ibrahim
Mulla Khatir, bilangan hadis2 kitab as-Sunan ini adalah sebanyak 666
buah hadis. Meskipun saiznya agak
kecil, namun faedahnya amat besar sekali. Antaranya ialah sanad-sanadnya agak
tinggi dan kebanyakan hadis-hadisnya pula adalah sahih. Menurut beliau, kitab Sunan
as-Syafi‘i yang sampai kepada kita pada hari ini adalah salah satu
daripada enam buah kitab hadis yang disusun oleh Imam as-Syafi‘i dengan judul “as-Sunan”
(1/13).
4. Ada sebahagian ilmuwan yang mendakwa bhw kitab Sunan as-Syafi‘i
ini sebenarnya adalah susunan Imam Abu Ja‘far Ahmad bin Muhammad bin Salamah al-Tahawi
al-Hanafi (239 – 321H), bukannya susunan Imam as-Syafii sendiri. Namun,
pendapat ini agak lemah kerana bertentangan dengan banyak bukti. Antaranya (spt
dalam mukadimah Sunan as-Syafi‘i oleh Dr. Khalil Ibrahim Mulla
Khatir);
i.
Di awal kesemua manuskrip kitab jelas menyebut, Imam at-Tahawi mendengar
kitab Sunan as-Syafi‘i ini daripada bapa saudaranya, Imam
al-Muzani yang merupakan murid Imam as-Syafi‘i. Dicatatkan, at-Tahawi
mendengarnya daripada Imam al-Muzani pada tahun 252 H melalui pembacaan beliau kepadanya
atau bersama murid2 yg lain (قراءة منه علينا). Jelas bahawa pada masa ini, at-Tahawi masih remaja lagi dalam
usia sekitar 13 @ 14 tahun. Ini
membuktikan bahawa Imam at-Tahawi hanya sebagai perawi kitab sahaja, bukannya
pengarang kitab dengan usia yg semuda itu. Malah, banyak tempat di dalam kitab as-Sunan
ini yg mengisyaratkan demikian.
ii.
Dalam setengah manuskrip, ada disebutkan Imam al-Muzani mendengarnya
daripada Imam as-Syafi‘i secara imla’ (penuturan) daripada dirinya
sendiri kepada beliau atau bersama murid2 yg lain (إملاء
منه علينا) (1/14).
Ini juga membuktikan bahawa Imam al-Muzani hanya sebagai perawi kitab sahaja, bukannya
pengarang kitab.
iii.
Ada terdapat di dalam manuskrip-manuskrip as-Sunan ini, ulasan2 daripada
Imam at-Tahawi dan sebilangan hadis yang ditambah oleh beliau sebagai nota tepi
atau nota kaki sahaja. Namun, sebahagian penyalin manuskrip telah memasukkan sebahagian
ulasan2 Imam at-Tahawi itu ke dalam isi
kandungan kitab, manakala sebahagiannya masih kekal sebagai nota tepi atau nota
kaki. (1/14-15)
iv.
Banyak fakta yg menunjukkan wujud periwayatan kitab as-Sunan ini oleh
murid-murid Imam as-Syafi‘i, spt Qahzam bin ‘Abdullah bin Qahzam al-Aswani,
Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abd al-Hakam, Harmalah bin Yahya at-Tajibi, Abu
Ibrahim Isma‘il bin Yahya al-Muzani, al-Hasan bin Muhammad bin as-Sabbah az-Za‘farani,
ar-Rabi‘ bin Sulaiman dll. (1/16-17)
v.
Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya Manaqib as-Syafi‘i menyebut
secara jelas bahawa Imam as-Syafi‘i ada mempunyai kitab as-Sunan.
vi.
Ibn Yunus pula menyebut di dalam kitabnya Tarikh Misr bahawa Imam
at-Tahawi telah mendengar kitab as-Sunan daripada pakciknya, Abu Ibrahim
Isma‘il al-Muzani, yang diriwayatkannya daripada Imam as-Syafi‘i. (1/18)
vii.
Al-Hafiz Ibn Hajar merekodkan di dalam kitabnya (المعجم المفهرس) dua buah versi kitab Sunan as-Syafi‘i,
iaitu riwayat al-Muzani daripada as-Syafi‘i dan riwayat Muhammad bin ‘Abdullah
bin ‘Abd al-Hakam daripada as-Syafi‘i.
viii.
Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam Tabaqat as-Syafi‘iyyahnya turut
menyebut ada meriwayatkan kitab Sunan as-Syafi‘i ini. Beliau
menyebutnya sebagai as-Sunan as-Saghir. (1/19)
ix.
Syeikh Muhammad bin Ja‘far al-Kattani (w. 1345H) turut merekodkannya di
dalam kitab (الرسالة المستطرفة لبيان مشهور كتب السنة المشرفة), kata beliau: “Sunan al-Imam as-Syafi‘i; diriwayatkan
oleh Abu Ibrahim Isma‘il bin Yahya al-Muzani, kemudian diriwayatkan oleh Abu Ja‘far
Ahmad bin Muhammad bin Salamah al-Tahawi, di dalam satu jilid.”
x.
Al-Hafiz as-Suyuti dalam Husn al-Muhadharah menyatakan bahawa antara
kitab-kitab edisi baru yang disusun oleh Imam as-Syafi‘i ketika di Mesir ialah kitab
as-Sunan.
xi.
Kesemua lafaz periwayatan kitab yang termaktub pada manuskrip jelas
menyebutkan judulnya sebagai Sunan as-Syafi‘i, dan tiada yang
menyebutnya sebagai Sunan at-Tahawi atau seumpamanya. (1/24)
5. Menurut Syeikh Dr. Khalil Ibrahim Mulla Khatir, tidak ada di dalam kitab
as-Sunan ini satu hadis pun yang tidak diamalkan atau ia daif yang tidak
ada sebarang penguat mahu pun penyokong baginya, bahkan kesemuanya - kecuali
yang telah diterangkan ilatnya dan wahamnya oleh Imam as-Syafi‘i – adalah sahih
secara zatnya atau pun sahih/sabit melalui riwayat2 sokongannya. (1/40)
6. Berbeza dengan Musnad as-Syafi‘i, kitab Sunan as-Syafi‘i
ini kurang disyarah dan diberi perhatian oleh ulama terdahulu. Usaha
menggabungkan hadis2 al-Musnad dan as-Sunan ini pernah dilakukan
oleh Syeikh Ahmad bin ‘Abd al-Rahman al-Banna as-Sa‘ati, bapa Syeikh Hasan
al-Banna. Karyanya itu diberi judul: (بدائع المنن في جمع وترتيب مسند الشافعي والسنن). Beliau juga menyertakannya
dengan syarah ringkas yg diberi judul: (القول الحسن شرح بدائع المنن).
7. Perlu ditegaskan juga bahawa bukan di dalam kedua2 kitab ini sahaja
hadis2 yg diriwayatkan oleh Imam as-Syafi‘i. Dr. Rif‘at Fauzi ‘Abd al-Muttalib
telah berusaha menghimpunkan kesemua riwayat Imam as-Syafi‘i drpd berbagai
sumber rujukan seperti kitab al-Umm dan lain-lain. Beliau mendapati
jumlah hadis dan athar yang diriwayatkan oleh Imam as-Syafi‘i menurut
semakannya berjumlah sebanyak 4,663 buah! Kesemua atau kebanyakannya di dalam
bab hukum hakam. Jumlah ini boleh dikatakan setanding dengan jumlah riwayat yg
terkandung di dalam kitab-kitab Sunan yg lain.
8. Sekurang2nya kini terdapat dua buah versi cetakan kitab Sunan
as-Syafi‘i, iaitu cetakan yg ditahkik oleh Dr. ‘Abd al-Mu‘ti Amin
Qal‘aji dengan judul: as-Sunan al-Ma’thurah pada tahun 1986 dan cetakan
yg lebih teliti ditahkik oleh Syeikh Dr. Khalil Ibrahim Mulla Khatir dengan
judul: as-Sunan pada tahun 1989. Justeru, diharapkan para penulis
selepas ini, tidak hanya menyebut kitab al-Muwatta’ sebagai karya Imam
Malik dan kitab al-Musnad sebagai karya Imam Ahmad sahaja, bagi kitab
hadis yg disusun oleh imam mujtahid yang empat, tetapi turut menyatakan: kitab as-Sunan
sebagai karya Imam as-Syafi‘i!
Wallahu a‘lam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.