Mohon tahu status hadis ini. Syukran.
Jawapan:
Waalaikumussalam wrt.
Hadis:
"يَأْتِي عَلَى
النَّاسِ زَمَانٌ، يَحُجُّ أَغْنِيَاءُ أُمَّتِي لِلنُّزْهَةِ، وَأَوْسَاطُهُمْ
لِلتِّجَارَةِ، وَقُرَّاؤُهُمْ لِلرِّيَاءِ وَالسُّمْعَةِ، وَفُقَرَاؤُهُمْ
لِلْمَسْأَلَةِ".
Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dlm
Tarikhnya dan al-Dailami dlm Musnad al-Firdaus dgn sanad yg daif.
Ibn al-Jawzi dlm kitabnya al-‘Ilal al-Mutanahiyah
menyebut statusnya: “Hadis ini tidak sahih drp Rasulullah SAW dan
kebanyakan perawinya majhul tidak diketahui (sbg ahli riwayat)”.
Bagaimanapun, di dlm kitabnya Muthir
al-Gharam al-Sakin ila Asyraf al-Amakin, Ibn al-Jawzi menjadikan hadis ini
sbg sandaran kepada katanya:
وينبغي أَنْ
يُصَحِّحَ قَصْدَهُ لِلْحَجِّ، وَإِنْ أَرَادَ التِّجَارَةَ، فلتكن ضِمْنًا
وَتَبَعًا، وَلا تَكُونُ هِيَ الْمَقْصُودَ الْأَكْبَرَ.
Maksudnya: “Dan sewajarnya dia
memperbetulkan niatnya untuk menunaikan haji, dan sekiranya dia ingin berniaga,
maka jadikanlah ia sebagai iringan dan ikutan saja, dan janganlah pula ia
menjadi maksud utamanya”.
1. Hadis daif
menurut beliau masih mempunyai peranan dan tidak ditolak secara total, khususnya
dlm bab fadha’il amal atau targhib dan tarhib.
2.
al-Hafiz Ibn
al-Jawzi meskipun agak keras di dlm kitab al-Maudhu‘at, namun beliau masih
mengikut kaedah jumhur ulama dlm masalah penggunaan hadis daif.
3. Ungkapan hadis
ini 'tidak sahih’ (لا يَصِحُّ) di dlm kitab al-‘Ilal
al-Mutanahiyah tidak semestinya menunjukkan hadis itu palsu. Berbeza dlm kitab al-Maudhu‘at, krn ungkapan tersebut di sisi beliau adalah bermaksud hadis palsu.
Wallahu a‘lam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.