Soalan:
مثل أهل
بيتي فيكم كمثل سفينة نوح في قوم نوح ، من ركبها نجا، ومن تخلف عنها هلك، ومثل باب
حطة في بني إسرائيل .
روى
الطبراني بسنده عن أبي ذر .
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Mohon pencerahan Dr tentang status hadith di atas dalam membicarakan
kelebihan Ahli bait.
Ulasan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Hadis ini merupakan salah satu hadis
mengenai fadha’il (kelebihan) Ahli Bait, iaitu ahli keluarga Baginda
Nabi ﷺ. Antara matan hadisnya yg masyhur: (مَثَلُ أهْل بيتِى مَثَلُ سَفِينةِ نُوحٍ، مَنْ رَكِبَها نَجَا، وَمَنْ
تَخلفَ عَنها غَرِقَ). Maksudnya: “Perumpamaan
Ahli Baitku adalah seumpama kapal Nabi Nuh AS. Sesiapa yang menaikinya akan selamat
dan sesiapa yang tertinggal daripadanya akan tenggelam”.
Hadis brbunyi demikian dan yg semakna dgnnya
diriwayatkan melalui beberapa jalan riwayat spt brikut;
1. Hadis Ibn
Abbas RA: (مثل أهل
بيتى مثل سفينة نوح من ركب فيها نجا ومن تخلف عنها غرق).
HR al-Bazzar, at-Tabarani dlm al-Kabir
dan Abu Nuaim dlm al-Hilyah. Kata al-Bazzar ttg al-Hasan bin Abi Jaafar: “Tidak
kuat”. Kata al-Haithami: “Matruk”. Kata al-Bukhari: “Munkar al-hadith”. Kata Muslim
b. Ibrahim: “Beliau termasuk golongan orang yang baik”. Kata Ibn ‘Adi: “Beliau
di sisiku bukan dari kalangan org yang sengaja berdusta”. Kata Ibn Hibban: “al-Jufri
termasuk dr kalangan ahli ibadat yg mustajab doanya, ttp beliau antara org yg mengabaikan
seni hadis, maka tidak boleh brhujah dgnnya”. Kata Abu Bakr bin Abi al-Aswad drpd
pakciknya ‘Abdur Rahman bin Mahdi: “Beliau tlh mengeluarkan kpdku kitab
ad-Diyat, lalu meriwayatkan kpdku drpd al-Hasan b. Abi Jaafar. Lalu aku bertanya:
Bukankah pakcik dulu tlh mengenepikan hadisnya? Jawab beliau: Wahai anakku, aku
tlh merenunginya jika pd hari Kiamat kelak beliau bangkit lalu bergayut dgnku serta
berkata: Ya Rabb, tanyakan kpd ‘Abdur Rahman sebab apa dia menggugurkan sifat
adilku? Sedangkan aku tidak mempunyai hujah utk menjawab di sisi Tuhanku. Justeru
itulah, aku berpendapat utk meriwayatkan semula hadis daripadanya”. (Mizan al-I‘tidal
1/482)
2. Hadis Ibn az-Zubair RA: (مثل أهل بيتى مثل سفينة نوح من
ركبها سلم، ومن تركها غرق).
HR al-Bazzar dan pada sanadnya ada Ibn
Lahi‘ah yang dikritik kedudukannya. Namun, riwayat2 sokongan lain menunjukkan
beliau tidak bertafarrud (bersendirian) dlm meriwayatkan hadis ini.
3. Hadis Abu Zar RA, yang mempunyai beberapa jalur riwayat spt berikut;
[i] HR at-Tabarani dan al-Bazzar dgn
sanadnya trdapat al-Hasan bin Abi Jaafar drpd ‘Ali bin Zaid, kedua2nya adalah
daif.
[ii] Dlm jalan riwayat at-Tabarani yg
lain: (مثل أهل بيتى فيكم كمثل سفينة نوح فى قوم
نوح من ركب فيها نجا ومن تخلف عنها هلك ومثل باب حطة فى بنى إسرائيل) trdapat pd sanadnya ‘Abdullah bin Abd al-Quddus perawi yg
dinilai daif oleh jumhur dan ‘Abdullah bin Dahir al-Razi yg matruk.
[iii] Dlm riwayat al-Hakim: (مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق) trdapat pd sanadnya al-Mufaddal bin Solih. Walaupun dinilai
oleh al-Hakim sbg: “Sahih menurut syarat Muslim”, namun kata az-Zahabi: “Mufaddal
hanya dikeluarkan oleh at-Tirmizi shj dan para ulama mendaifkannya”. Kata at-Tirmizi:
“Di sisi ahli hadis, beliau bukanlah begitu al-hafiz” [namun beliau menilai hadis riwayatnya sbg:
Hasan Sahih (no. 2592)!]. Kata al-Bukhari: “Munkar
al-hadith”. Kata Ibn ‘Adi: “Paling mungkar yg aku dapati padanya hadis al-Hasan
b. ‘Ali RA, manakala baki keseluruhannya aku harap beliau sbg seorg yg lurus”.
Namun, kata az-Zahabi dlm al-Mizan: “Hadis kapal Nabi Nuh lebih munkar, lebih
munkar”. Penilaian az-Zahabi yg agak keras ini ditolak oleh Sayyidi Ahmad
al-Ghumari dlm Fath al-Wahhab disebabkan hadis ini mempunyai brbagai jalur
riwayat. Abu Ishaq as-Sabiie, thiqah mudallis, dan Hanasy bin al-Mu‘tamir, saduq
terdapat kelemahan pdnya.
[iv] HR ad-Daulabi dlm
al-Kuna (419) dan Abu as-Syaikh dlm al-Amthal (333): (مَثَلُ أَهْلِ بَيْتِي مَثَلُ سَفِينَةِ
نُوحٍ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا وَمَنْ تَرَكَهَا غَرِقَ). Dlm
versi riwayat ad-Daulabi sanadnya sehingga Abu at-Tufail ‘Amir b. Wathilah RA
saja. Manakala dlm riwayat Abu as-Syaikh, Abu at-Tufail RA sbenarnya mendengarnya
drpd Abu Zar RA. Namun, pada sanadnya ada ‘Abdul Karim b. Hilal yang mnurut
az-Zahabi dlm al-Mizan: “Tak diketahui siapa dia”.
4. Hadis Abu Said al-Khudri RA: (إنما مثل أهل بيتى فيكم كمثل سفينة
نوح من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق وإنما مثل أهل بيتى فيكم مثل باب حطة فى بنى
إسرائيل من دخله غفر له).
HR at-Tabarani dlm al-Saghir dan al-Awsat.
Kata al-Haithami: “Padanya trdapat beberapa perawi yg aku tidak kenali.”
5. Hadis Anas bin Malik RA: (إِنَّمَا مَثَلِي وَمَثَلُ أَهْلِ
بَيْتِي كَسَفِينَةِ نُوحٍ مَنْ رَكِبَهَا؛ نَجَا وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا؛
غَرِقَ).
HR al-Khatib al-Baghdadi dlm Tarikh Baghdad
dgn sanadnya ada Aban bin Abi ‘Ayyasy, matruk menurut ramai pengkritik hadis
spt Ahmad, Ibn Ma‘in, an-Nasaie, ad-Daraqutni dan Abu Hatim, serta tambahnya: “Beliau
seorg yg soleh, ttp diuji dgn hafazan yg buruk”. Abu Zur‘ah ditanya: “Adakah
beliau sengaja berdusta?” Jawabnya: “Tidak, beliau mendengar hadis drpd Anas
dan org yg masyhur, juga drpd al-Hasan, namun beliau tidak membezakan antaranya”.
Kata Malik b. Dinar: “Aban bin Abi ‘Ayyasy adalah burung merak para qurra’ (طاوس القراء)”. Kata Ayyub: “Kami
sentiasa mengenali beliau dengan kebaikan sejak dulu lagi”. Namun, Syu‘bah
mengkritik beliau dgn cukup keras sekali hingga menuduhnya berdusta.
6. Athar ‘Ali bin Abi Talib RA, iaitu:
عَنْ
عَبَّادِ بْنِ عَبْدِ الله الأَسْدِىِّ قَالَ: بَيْنَا أَنَا عِنْدَ عَلىِّ بْنِ
أَبِى طَالبٍ فِى الرَّحْبَةِ إِذْ أَتَاهُ رَجُلٌ فَسَأَلَهُ عَنْ هذِهِ الآيَةِ:
{أَفَمَنْ كَانَ عَلَى بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّهِ وَيَتْلُوهُ شَاهِدٌ مِنْهُ} فَقَالَ: مَا مِنْ رَجُلٍ مِنْ
قُرَيْشٍ جَرَتْ عَلَيْهِ الْمُوسَى إِلاَّ قَدْ نَزَلَتْ فِيه طَائِفَةٌ مِنَ
الْقُرْآنِ وَالله وَالله (لاَ يَكُونوا تَعْلَمُونَ مَا سَبَقَ لَنا عَلَى
لِسَانِ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ - صلى الله عليه وسلم - إِلَىَّ مِنْ أَنْ يَكُون
لِى) مِلْءُ هَذِهِ الرَّحْبَةِ ذَهَبًا وَفِضَّةً، والله إِنَّ مَثَلَنَا فِى
هَذِهِ كَمَثَلِ سَفِينَةِ نُوحٍ فِى قَوْمِ نُوحٍ، وَأَنَّ مَثَلَنَا في هذِهِ
الأُمَةِ كَمَثَل بَابِ حِطَّة فِى بَنِى إِسْرائِيلَ". أبو سهل القطان في أماليه، وابن مردويه. والرحبة: محلة بالكوفة
Sumbernya menurut as-Suyuti dlm al-Jami‘
al-Kabir: “Abu Sahl al-Qattan dlm kitab Amalinya dan Ibn Marduyah dlm Tafsirnya”.
Manakala dlm ad-Durr al-Manthur: “Ibn Abi Hatim, Ibn Marduyah dan Abu Nuaim dlm
kitab al-Ma‘rifah”. Bagaimanapun, ‘Abbad adalah daif (Taqrib 1/392).
Status Hadis:
Imam as-Suyuti dlm al-Jami‘ as-Saghir menilai
brdasarkan majmuk tiga jalan riwayat pertama di atas sbg sahih. Zahirnya beliau
mengambil kira penilaian al-Hakim. Apa pun secara ringkas, kesemua riwayat ini
meskipun bermasalah setiap satunya, namun ia saling kuat menguatkan antara satu
sama lain dan secara majmuk meningkatkan makna hadis paling tidak drp daif kepada
hasan li-ghairih.
Wallahu a‘lam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.