Pages

Thursday, August 1, 2013

Jalan Yang Satu Ini


Jalan Yang Satu Ini
(Sempena Berduka Penggulingan Morsi)

Jalan ini, jalan keramat
Berbukit terjal, bertebing zulmat
Tiada taburan bunga dan hamparan permaidani
Tiada sambutan mesra dan dendangan nyanyi
Jauh sekali tawaran emas dan batu permata
Hanya impian ganjaran di sebelah sana

Jalan ini berranjau bahaya
Sering berhujan fitnah dan nista
Gempuran lawan tak sesaat pun reda
Sesekali jua ayunan belati saudara
Pedih dan perit deritanya
Menjadi santapan rutin yang biasa

Gembira banyak jiwa besar di sini
Datang dan pergi mengabdi diri
Demi menggapai matlamat pasti
Gigih mendagang wadah suci  
Kadangkala dipikul dan dijunjung
Kadangkala digalas dan dijinjing

Ada keringat yang bercucur
Ada linangan air mata yang berjurai
Ada darah yang tertumpah
Kerana itulah nilai harga laluannya
Jalan ini berkerikil dan berduri
Jalan ini, jalan para Nabi dan wali!

-          Julai 2013 /
      Ramadhan 1434