Pages

Tuesday, December 15, 2009

Kata-kata Hikmah Ibn 'Arabi رحمه الله


Hikam Ibn ‘Arabi

Kitab Hikam al-Syaikh al-Akbar adalah antara kitab-kitab Hikam yang masyhur dalam ilmu tasawuf selain Hikam Abi Madyan, Hikam Ibn ‘Ata’illah, Hikam al-Haddad dan lain-lain. Ia mengandungi berbagai hikmah dan kaedah sufiyyah, dan telah disyarah oleh beberapa ulama antaranya oleh; Syeikh Muhammad bin Mahmud bin ‘Ali al-Damauni dan Syeikh Mulla Hasan bin Musa al-Kurdi al-Bani. Sebahagiannya telah diterjemahkan ke bahasa Melayu seperti yang dapat dilihat dalam lawan sesawang Syeikh Yusuf Muhyiddin al-Bakhur al-Hasani (klik sini). Di bawah ini saya pilih 21 buah hikam daripadanya untuk kita renungi dan ambil iktibar, iaitu:

كل منحة وافقت هواك، فهي محنة، وكل محنة خالفت هواك فهي منحة

4. Segala anugerah yang sesuai dengan hawa nafsumu maka itu adalah ujian, dan segala ujian yang menyalahi hawa nafsumu maka itu adalah anugerah.

ليس الزاهد من زهد في الدرهم والدينار، إنما الزاهد من زهد فيما سوى الجبار

11. Seorang zahid bukanlah orang yang zuhud dari dirham dan dinar (harta), akan tetapi seorang zahid adalah yang zuhud dari yang selain daripada Yang Maha Perkasa (Allah).

لا ينال غاية رضاه من في قلبه شيء سواه

12. Tidak akan memperoleh puncak keredhaanNYA seorang yang di dalam hatinya ada sesuatu yang selain NYA.

لا يرتجى الوصول ممن لم يتابع الرسول r

14. Tidak dapat diharapkan sampai kepada Allah dari orang yang tidak mengikuti Rasululllah SAW.

لا يعرف ما نقول إلا من اقتفى أثر الرسول r

17. Tidak akan faham apa yang kami katakan, kecuali orang yang telah mengikuti jejak Rasulullah SAW.

لا تأخذ العلم إلا عمن يعمل به

18. Janganlah engkau mengambil ilmu kecuali dari orang yang mengamalkannya.

ما دمت في طلب الحق، فلا تقف مع الخلق

20. Selama engkau dalam pencarian al-Haq (Allah), maka janganlah berdiri bersama makhluk.

من أخلص لله نيته، تولاه الله وملائكته

23. Barangsiapa yang ikhlas niatnya karena Allah semata-mata, maka Allah dan para malaikatNYA akan melindunginya.

من لم يأخذ الطريق من الرجال، فهو ينتقل من محال إلى محال

27. Barangsiapa yang tidak mengambil jalan ini (jalan menuju kepada Allah) daripada para rijal (ahli ma’rifah), maka ia terus berpindah dari mustahil kepada mustahil.

لا تكون عبدا لله، وأنت تميل إلى شيء سواه

32. Engkau tidak akan menjadi hamba bagi Allah sedang engkau cenderung (hati) kepada sesuatu yang selainNYA.

لا تصحب من الرجال إلا من كان حاله يترجم دون المقال

39. Janganlah engkau bersahabat kepada para rijal melainkan orang yang halnya (perilaku zahir dan batinnya) menterjemahkan dirinya, bukan perkataannya.

الحقيقة لا ينطق بها لسان، بل هي ذوق ووجدان

40. Hakikat itu tidak dapat diucapkan oleh lisan, bahkan ia adalah perasaan batin (zauq) dan emosi yang halus (wujdan).

من عرف الحق، استغنى به عن الخلق

48. Barangsiapa telah mengenal al-Haq (Allah), maka ia tidak lagi memerlukan makhluk.

من توكل على الله في جميع أموره ووالاه، أتاه برزق من حيث لا يحتسب وتولاه

50. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah dalam semua urusan dan taat setia kepadaNYA, maka Allah akan mendatangkan rezekinya dari sumber yang ia tidak sangka-sangka dan Allah akan melindunginya.

لا تصحب من الإخوان إلا صادق اللسان

69. Janganlah engkau bersahabat kepada teman-teman melainkan yang jujur perkataannya.

أكل الشبهات يورث في القلب القساوات

76. Memakan yang subhat itu dapat mewariskan hati yang keras.

من قنع من الدنيا باليسير، هان عليه كل عسير

80. Barangsiapa yang menerima hatinya (qana’ah) dengan dunia (harta) yang sedikit, maka akan mudah baginya segala kesulitan.

من لازم ذكر الله، قطعه عن كل شيء سواه

89. Barangsiapa yang melazimkan zikir Allah, maka Allah akan memutuskan dia dari segala sesuatu selainNYA.

التوبة هي ترك الإصرار وملازمة الاستغفار

108. Taubat itu ialah meninggalkan kebiasaan membuat dosa serta melazimi istighfar.

من أصدق توجهه إلى الله، أعطاه الله كل ما يتمناه

112. Sesiapa yang jujur penumpuan hatinya menghadap kepada Allah (sidq tawajjuh) maka Allah akan memberikannya segala yang ia harapkan.

من خاف الله مولاه، خاف منه كل ما سواه

113. Barangsiapa yang takut kepada Allah sebagai Tuhannya, maka akan takut kepadanya segala yang selainNYA.

Saturday, December 12, 2009

Ibnu 'Arabi al-Hatimi: Memurni Pendirian Keliru (3)

Berikut adalah sebuah laman sesawang khas untuk Ibn 'Arabi yang diselia dan dipantau oleh Dr. Muhammad 'Ali Haji Yusuf. (link).



Riwayat hidup lengkap Ibn 'Arabi yang ditulis oleh Dr. Muhammad 'Ali Haji Yusuf berjudul (شمس المغرب سيرة الشيخ الأكبر محيي الدين ابن العربي ومذهبه) juga dapat dibaca secara online di sini. Kitab ini diterbitkan oleh Dar Fussilat di Halab, Syria, dengan diberi kata aluan oleh Syeikh Ramadhan Subhi Dib.

Antara fasal penting yang berkaitan dengan topik kita ialah seperti berikut;

الفَصْلُ السَّابِع... العِشَاء

بعد وفاته رحمه الله سنة 638/1240

أنصاره ومعارضوه وتأثيره في الفكر الإسلامي والعالمي

الخلاصة
اختلاف الناس حول الشيخ الأكبر
أنصار الشيخ الأكبر
صدر الدين القونوي (القرن السابع)
إسماعيل ابن سودكين النوري (القرن السابع)
مجد الدين الفيروزابادي (القرن الثامن)
عبد الرزاق القاشاني (القرن الثامن)
حيدر الآملي (القرن الثامن)
عبد الكريم الجيلي (القرن الثامن)
عبد الرحمن الجامي (القرن التاسع)
جلال الدين السيوطي (القرن التاسع)
عبد الوهاب الشعراني (القرن العاشر)
ابن ميمون المغربي (القرن العاشر)
عبد الرؤوف المناوي (القرن الحادي عشر)
أحمد الحضرمي (القرن الحادي عشر)
يوسف النبهاني (القرن الرابع عشر)
بداية انتشار علوم ابن العربي في العالم الغربي
القرن الخامس عشر الهجري
شهادات بعض العلماء في الشيخ محيي الدين
كرامات الشيخ محيي الدين
المنتقدون لابن العربي
اتهامه بالتشيّع
مشكلة التكفير
العلماء الذين يكفّرون ابن العربي
الشيخ برهان الدين البقاعي
شيخ الإسلام ابن تيمية
تقارب مذهب ابن تيمية مع مذهب ابن العربي
تكفير ابن تيمية لابن العربي
الولاية والنبوة
دعوى مدح الكفار وانتقاص بعض المسلمين والرسل عليهم الصلاة والسلام
دعوى الاتحاد والحلول
وحدة الوجود
دعوى قِدم العالم
مسألة إيمان فرعون
دعوى عدم وجوب شكر الله تعالى

Pautan-pautan lain:

1. Biografi Ibn 'Arabi (Wikipedia).

Friday, December 11, 2009

Ibnu 'Arabi al-Hatimi: Memurni Pendirian Keliru (2)

Kata Syeikh 'Abdullah al-Talidi (حفظه الله) di dalam al-Mutrib bi Masyahir Awliya' al-Maghrib :


"Maka, lelaki ini (Ibn 'Arabi) sebenarnya adalah daripada lambang kebanggaan dan tokoh besar umat ini. Khususiyyah dan ma'rifah beliau dengan Allah Taala serta keteguhan pendiriannya di dalam tauhid dan berpegang dengan syarak telah disaksikan oleh ramai tokoh-tokoh besar seperti Abu Madyan al-Ghawth, al-'Izz bin 'Abdil Salam, Fakhruddin al-Razi, katanya: Beliau adalah wali yang agung. al-Syihab al-Suhrawardi, al-'Arif Sayyidi Mustafa al-Bakri, al-'Arif Sayyidi 'Abdul Qadir al-'Idrus, Syeikh Zakariyya al-Ansari, Ibn Hajar al-Haytami, al-'Arif al-Yafi'i, al-Fairuzabadi pengarang al-Qamus, al-'Arif Ibn 'Ata'illah,... "
"... penyusun al-Hikam, al-Qutb al-Sya'rani, al-Hafiz al-Suyuti, al-'Arif al-Nabulusi, al-'Arif Ibn 'Ajibah, Abu 'Abdillah ibn Ja'far al-Kattani, Khatimah al-'Arifin Sayyidi Muhammad bin al-Siddiq, dan lain-lain lagi dari kalangan tokoh-tokoh sepanjang zaman. Ia adalah penyaksian adil daripada para imam besar berkenaan yang dapat menyabitkan ketokohan lelaki ini (Ibn 'Arabi), sifat istiqamah dan khususiyyah beliau, serta kebebasan beliau daripada kecaman-kecaman yang ditujukan kepadanya. Sesungguhnya mereka itu adalah imam-imam hidayah, serta pemimpin-pemimpin tarbiah dan islah. Maka penyaksian mereka adalah didahulukan ke atas sesiapa yang mengecam dan mengkritiknya, kerana mereka mengkritiknya dengan perkara yang mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan lengkap tentangnya, dan tidak sampai kepada mereka takwilnya. Maka mereka tidak mengetahui maksud beliau berbanding tokoh-tokoh tersebut."

- Masih ada banyak lagi tokoh besar yang tidak disebutkan oleh Syeikh al-Talidi seperti Ibn Kamal Basya, Ibn al-'Imad al-Hanbali, al-'Allamah al-Munawi, Syeikh Ahmad al-Sirhindi, Syeikh Hayat al-Sindi, Syeikh Abu al-Mahasin al-Qawuqji, Imam 'Abdullah al-Haddad, al-Amir 'Abdul Qadir al-Jaza'iri dan sebagainya.

Kaedah Penting:
"Kata al-Qutb al-Sya'rani dalam al-Tabaqat sesudah beliau memberikan Ibn 'Arabi gelaran-gelaran tinggi: Para muhaqqiqun dari kalangan ahlullah 'azza wajalla telah berijmak terhadap kehebatan beliau dalam segala ilmu, sebagaimana yang dapat disaksikan untuk itu akan kitab-kitabnya. Tidaklah orang yang ingkar itu mengingkari beliau melainkan kerana kehalusan kata-katanya, bukan sebab yang lain. Justeru, mereka (para muhaqqiqun) mengingkari sesiapa yang menelaah kata-katanya tanpa melalui jalan riyadhah (tarbiah sufiyyah) kerana ditakuti akan terjadi kekeliruan pada akidahnya....".

- Ya, ulama tasawuf mengharamkan orang membaca kitab-kitab Ibn 'Arabi tanpa melalui jalan rohani ahli sufi kerana dikhuatiri mereka akan tersalah faham dan tersesat, atau menyebabkan dia mengkafirkannya kerana menyangka beliau telah murtad!!

Illustrasi pelukis potrait Ibn 'Arabi.

Pautan-pautan lain:


1. Pandangan Dr. 'Umar Mas'ud.
2. Pandangan Syeikh 'Abdul Salam Yasin.
3. Karya 'Ali al-Khatib.
4. Pandangan Syeikh Hayat al-Sindi.
5. Pandangan Ibn al-'Imad al-Hanbali.
6. Karya al-Suyuti.
7. Pandangan Syeikh Muhammad Salamah Jabr.
8. Karya Syeikh 'Abdul Hadi al-Kharsah.
9. Karya-karya Syeikh Mahmud Ghurab.
10. Komplot ke atas Fusus al-Hikam.

Ibnu 'Arabi al-Hatimi: Memurni Pendirian Keliru

1- Pertamanya, tokoh yang akan dibicarakan ini mempunyai kaitan dengan aliran-aliran pemikiran yang bertelagah pada masa kini. Justeru saya mengharapkan tulisan ini dibaca dengan tenang, fikir dan sabar. Antara objektif saya sama sepertimana dalam tulisan-tulisan lain iaitu berbentuk defensif terhadap pendirian yang saya percayai dan memberi kefahaman terhadap kekeliruan yang berlaku menurut sekadar keupayaan saya, serta yang paling penting bertujuan meredakan pertentangan yang amat sengit antara aliran-aliran pemikiran ini agar ianya berlaku di dalam adab-adab yang betul, demi merealisasikan matlamat perpaduan ummah. Sebenarnya sudah banyak topik ini ditulis orang, namun ini adalah pandangan saya.

2- Nama tokoh ini popular dengan panggilan Ibn 'Arabi, namun beliau sendiri sebenarnya menuliskan namanya Ibn al-'Arabi (ada 'al-'), sama dengan gelaran Ibn al-'Arabi al-Maliki, tokoh mazhab Maliki yang masyhur. Manakala tokoh kita ini bermazhab Zahiri. Para peminatnya menggelarkan beliau "al-Syeikh al-Akbar" dan menganggapnya seorang wali besar. Namun, sebaliknya para pembencinya menganggap beliau sebagai seorang zindiq, sesat dan kafir. Dua pandangan yang sangat kontra antara satu sama lain.

3- Beliau adalah tokoh yang menjadi idola kebanyakan ahli sufi, walaupun ada antara ahli sufi yang mengkritiknya dan tidak mengiktiraf beliau sebagai wali. Justeru amat banyak kita dapati di dalam rujukan-rujukan yang berbentuk tasawuf memberikan rasa hormat dan kagum terhadap pandangan-pandangan Ibn 'Arabi ini. Malah ramai ulama yang menyusun kitab khusus untuk mempertahankan kredibiliti dan ketokohan beliau daripada serangan para pengkritiknya seperti Imam al-Suyuti, al-Fairuzabadi dan lain-lain. Secara umumnya pada masa sekarang jumhur ahli sufi dan kebanyakan aliran tradisional adalah di atas kepercayaan pada kewalian Ibn 'Arabi serta menyanjung beliau. Antara tokoh semasa yang menulis tentang ketokohan beliau ini di dalam kitab mereka atau di dalam kitab khas ialah; guru kami, Prof. Dr. Judah Abu al-Yazid al-Mahdi, naib rektor Universiti al-Azhar sekarang, di dalam bukunya (بحار الولاية المحمدية في مناقب أعلام الصوفية), al-'Allamah Syeikh 'Abdullah al-Talidi, tokoh ulama hadith Maghribi, di dalam bukunya (المطرب بمشاهير أولياء المغرب), Prof. Zakaria Stapa, UKM dan ramai lagi.

4- Itu adalah hakikat di dalam aliran tradisional. Manakala di sisi aliran yang bertentangan iaitu aliran "tajdid" (wahabi, salafi etc.) mereka menganggap Ibn 'Arabi adalah tokoh zindiq besar yang perlu diperangi pemikirannya habis-habisan. Idola mereka dalam medan ini ialah Ibn Taymiyah. Ini kerana Ibn Taymiyah adalah antara orang yang lantang menyelar pemikiran Ibn 'Arabi, walaupun beliau pada mulanya amat mengkagumi tulisan-tulisannya. Namun setelah membaca kitab 'al-Fusus' beliau bertukar fikiran kepada mengkufurkan Ibn 'Arabi. Secara umumnya, sehingga sekarang serangan aliran "tajdid" terhadap aliran tradisional adalah juga berkaitan dengan perselisihan dalam kefahaman ini. Mana-mana ulama yang mendokong atau menyokong fahaman Ibn 'Arabi mudah sahaja dihukumkan mereka sebagai sesat dan bidaah! Walaupun mereka itu terdiri daripada sejumlah besar ulama dan tokoh ummah...

5- Dari sudut yang lain, sebahagian aliran tradisional bertindak mempertahankan pendirian mereka lalu membawa pula kepada membongkar kesalahan-kesalahan Ibn Taymiyyah. Natijahnya mereka melihat Ibn Taymiyyah sebagai seorang tokoh yang sesat serta keliru, dan sebagai penganut ajaran Mujassimah (Tuhan bersifat makhluk). Nah, suatu gambaran yang berbeza daripada yang diberikan oleh pemintanya sebagai "mujaddid" dan "Syeikhul- Islam". Maka percaturan sengit ini berterusan sehinggalah sekarang ini dan jika tidak ditangani ianya akan menjadi lebih mudarat.

6- Penyelesaian secara teori mudahnya bagi merealisasikan matlamat perpaduan antara aliran-aliran ini ialah jika semua ahli sufi dan aliran tradisional dapat menerima Ibn Taymiyyah, setidak-tidaknya menerima pemikirannya yang bernas dan mengenepikan pandangannya yang ganjil, dan semua golongan "tajdid" (salafi, wahabi, islahi, etc.) dapat menerima Ibn 'Arabi, setidak-tidaknya mengakui kedudukan istimewa beliau di dalam jiwa ahli sufi dan menerima alasan-alasan yang diberikan oleh mereka seperti syatahat dan tulisan-tulisan yang diselewengkan oleh musuh, maka jika ini dapat dilaksanakan bererti satu harapan baru dan satu langkah yang baik ke arah penyatuan ummah.

7- Perkara yang saya huraikan ini juga ada disentuh oleh Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti di dalam bukunya "al-Salafiyyah". Malah saya melihat sebahagian ulama yang telahpun berbuat demikian yang sewajarnya dicontohi dan diteladani oleh kita semua sepertimana yang dapat dilihat dalam tulisan-tulisan mereka yang mengambil pandangan dan pemikiran bernas Ibn 'Arabi dan Ibn Taymiyyah sekaligus, seperti 'Allamah al-Syam Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi al-Dimasyqi, Syeikhul-Hadith Mawlana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi, Mufti Mesir Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf dan lain-lain. Termasuklah Syeikh 'Abdul Fattah Abu Ghuddah, tokoh kajian master saya, saya dapati beliau amat menghormati pendirian ahli-ahli sufi dan tidak merendahkan martabat mana-mana tokoh tasawuf apabila nama mereka disebutkan, termasuklah Ibn 'Arabi. Seingat saya ada dua tempat beliau memetik kata-kata bernas Ibn 'Arabi di dalam nota kaki Risalah al-Mustarsyidin kerana menyokong kata-kata berkenaan, melalui petikan kitab Faidhul Qadir oleh Imam 'Abdul Ra'uf al-Munawi.

8- Sebahagian ulama yang mengkritik Ibn Taymiyyah amat berhati-hati dalam mengkritiknya kerana yang dikritik ialah pemikirannya, bukan peribadinya seperti guru kami, Syeikh Dr. Mahmud Sa'id Mamduh, Dr. Salahuddin al-Idlibi, Dr. 'Umar 'Abdullah Kamil, al-Marhum Imam Dr. al-Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki dan lain-lain. Justeru mereka mengucapkan tarahhum (menyebut rahimahullah atau rahmatullah 'alaih) apabila menulis nama Ibn Taymiyyah. Inilah adab yang betul dalam berbeza pendapat. Maka, perlu kita tanyakan apakah golongan "tajdid" ini berbuat demikian apabila menulis nama Ibn 'Arabi ketika mengkritiknya???!!!... Inilah pendirian dan pandangan saya (وما توفيقي إلا بالله). Wallahu a'lam.

________________
Pautan-pautan lain:

Wednesday, December 9, 2009

Hemah Tinggi... (Marhaban Ya Sayyid 'Abdul Majid al-Ghawri)

Memang langka untuk kita temukan orang-orang yang berhemah tinggi. Namun, alhamdulillah tidak sikit orang-orang sedemikian yang saya temui. Namun bila mengingat tahap intelek masyarakat, kadang-kadang merasakan bagai ada jarak yang sangat jauh bagai langit dengan bumi. Kadang-kadang imbauan sebegini jika tidak bijak dapat membunuh semangat untuk berhemah tinggi. Alangkah jauhnya masyarakat untuk memahami apa yang bermain di fikiran intelek orang-orang sebegini. Kadang-kadang oleh kerana tidak mengerti, masyarakat hanya memandang sepi kepada mereka. Melihat dengan padangan kosong tanpa makna. Mereka lebih faham untuk mengagung dan menghormati artis atau selebriti berbanding menyanjung dan menjunjung ulama dan ahli ilmu. Kalau nampak penghormatan tersebut kepada orang alim pun mungkin ketika ada kematian atau kenduri sahaja. Alangkah miskinnya...

Antara orang-orang seperti yang saya sebutkan itu ialah Syeikh Sayyid 'Abdul Majid al-Ghawri, felo penyelidik INHAD yang berasal daripada Haidarabad, India. Dalam usia yang muda, 32 beliau telah menghasilkan lebih daripada 40 buah kitab, 26 daripadanya telah dicetak oleh Dar Ibn Kathir, Dimasyq, Syria. Malah sesetengahnya menerima pujian daripada beberapa ulama yang terkenal seperti Dr. Nuruddin 'Itr dan Dr. Wahbah al-Zuhayli. Kebanyakan karya beliau lebih ditumpukan kepada bidang hadith, di samping karya-karya tentang biografi dan pemikiran Syeikh 'Abu al-Hasan 'Ali al-Nadwi serta suntingan karya-karyanya, dan juga karya-karya berkaitan Muhammad Iqbal, pemikir dan penyair agung yang masyhur.

Dalam pada melayari laman-laman web saya ada menemukan hikmah pendek (berupa hadith-hadith tanpa takhrij) oleh Syeikh al-Ghawri tentang makna orang mukmin di sini. Teksnya ;

من المؤمن؟

المؤمن أخو المؤمن لا يدع نصيحته على كل حال.
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً.
المؤمن مرآة المؤمن.
المؤمن من أمنته الناس على دمائهم وأموالهم.
المؤمن ولي الله وفي ستر الله.
المؤمن يألف ويؤلف، ولا خير فيمن لا يألف ولا يؤلف.
المؤمن يغار والله أشد غيرة منه.
المؤمن لا يزيده طول العمر إلا خيراً.
المؤمن هين لين جواد سمح.
المؤمن لا ينجس.
المؤمن كيس فطن حَذر.
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف.
المؤمن أكرم على الله من بعض ملائكته.

سيد عبدالماجد الغوري
جامعة ندوة العلماء لكهنؤ الهند

Terjemahan:

Siapa Mukmin?

Mukmin itu saudara mukmin yang lain, tidak dibiar tanpa menasihatinya dalam apa jua keadaan.
Mukmin kepada mukmin yang lain seumpama satu bangunan yang saling menyokong.
Mukmin itu adalah cermin mukmin yang lain.
Mukmin itu orang lain merasa aman dengannya pada darah dan harta mereka.
Mukmin adalah wali Allah dan dalam lindungan-Nya.
Mukmin itu bersikap baik hati dan dapat didekati, dan tiada kebaikan pada orang yang tidak baik dan tidak dapat didekati.
Mukmin itu bersikap 'cemburu', dan Allah lebih 'cemburu' daripadanya.
Mukmin itu tidak menambahkan panjang umurnya melainkan kebaikan.
Mukmin itu bersifat sopan, lemah-lembut, pemurah dan pemaaf.
Mukmin itu tidak 'najis'.
Mukmin itu bersikap bijak, pintar dan berhati-hati.
Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai Allah daripada mukmin yang lemah.
Mukmin itu lebih mulia kepada Allah daripada sebahagian para malaikat-Nya.


Antara karya-karya beliau ialah;

1. أعلام المحدثين في الهند في القرن الرابع عشر الهجري وآثارهم في الحديث وعلومه، طبعة دار ابن كثير – دمشق، 1424هـ.

2. ديوان محمد إقبال: الأعمال الكاملة - مجلدان – دار ابن كثير.

3. محمد إقبال: الشاعر المفكر الفيلسوف – دار ابن كثير – دمشق، 2000 .

4. المدخل إلى دراسة جامع الترمذي (المعروف بالعلل الصغير).

5. الوضع في الحديث.

6. معجم ألفاظ وعبارات الجرح والتعديل المشهورة والنادرة.

7. الميسر في علم الجرح والتعديل.

8. الميسر في علم علل الحديث.

9. الميسر في علم الرجال.

10. محمد حميد الله: سفير الإسلام.

11. موسوعة علوم الحديث وفنونه – ثلاثة مجلدات.

12. القاديانية: مؤامرة خطيرة وثورة شنيعة على النبوة المحمدية – دار الفارابي.

13. المدخل إلى علم الرجال.

14. المدخل إلى علم الجرح والتعديل.

Karya beliau yang khusus berkaitan Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi ;

1. السيد أبو الحسن على الحسني الندوي: المفكر، الداعية، الأديب (ت 1420 هـ/1999م)، دمشق : دار ابن كثير.

2. مقالات حول السيرة النبوية للعلامة الإمام السيد أبي الحسن علي الحسني الندوي - دار ابن كثير (إعداد).

3. محاضرات إسلامية في الفكر والدعوة للعلامة الإمام السيد أبي الحسن علي الحسني الندوي، دمشق : دار ابن كثير، 2001، (إعداد).

4. العقيدة والعبادة والسلوك في ضوء الكتاب والسنة والسيرة النبوية لأبي الحسن الندوي، (اعتناء).

5. رسائل الأعلام إلى السيد أبي الحسن على الحسني الندوي (جمع وإعداد).

6. دراسات قرآنية للعلامة أبي الحسن الندوي - مجموعة من المحاضرات (إعداد).

Lihat kupasan tentang kitab Dirasat Qur'aniyyah oleh al-Nadwi di sini.

Tuesday, December 8, 2009

Review Buku Baru Beli


Saya baru beli buku ini dan ingat hendak menulis sesuatu tentangnya, namun rupanya ada orang yang dah mendahului. Disebabkan malas nak tulis perkara yang orang dah tulis, maka di bawah ini saya petikkan saja tulisan beliau yang diterbit di dalam blognya, Ikan Tongkol (apa la nama, bagi la yang islamik atau ilmiah sikit... pasal isi ada). Saya berpendapat ia sebuah buku yang baik, lebih-lebih lagi ia adalah hasil buah tangan tokoh yang masyhur. Memiliki buku yang ditulis oleh orang-orang yang ada nama sepatutnya menjadi salah satu minat utama kita (kalau ada ongkosnya).

____________________


Kitab Qatrul Ghaithiyyah (قطر الغيثية) yang dikarang oleh Tuan Husain Kedah adalah merupakan salah satu kitab yang sering dijadikan teks pengajian agama dalam bidang tasawwuf. Kitab ini telah ditulis oleh Tuan Husain Kedah kira-kira 70-80 tahun yang lalu. Dengan lenggok gaya bahasa lama, sesetengah pembaca mungkin berasa sukar untuk menelusuri kandungan teks kitab tersebut melainkan dengan mendengar syarahan ulama yang arif dalam mengupas kitab itu. Apabila menyebut tentang kupasan kitab, salah satu kitab mutakhir yang berada di pasaran yang mengupas kitab ulama ulung dari Kedah ini ialah kitab yang berjudul al-Jawahir al-Sufiyyah, yang ada dalam koleksi saya ini. Kitab ini ditulis oleh Dato Sheikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar, ahli jawatankuasa fatwa Negeri Kedah Darul Aman dan disunting oleh Prof. Madya Dr. Abdul Basir bin Haji Mohamad, pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Dato Sheikh Zakaria bukanlah asing bagi masyarakat Utara Semenanjung kerana beliau sering mengadakan majlis pengajian di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah dan Pulau Pinang. Dato Sheikh Zakaria mendapat pendidikan di Madrasah Dar al-'Ulum al-Diniyyah Makkah dan Universiti al-Azhar Mesir dalam bidang ilmu Tafsir dan Hadith. Beliau turut mengikuti pengajian halaqah di Masjidil Haram lebih kurang 12 tahun. Antara ulama masyhur yang menjadi gurunya ialah Syeikh Muhammad 'Ali al-Maliki al-Makki, Syeikh Ibrahim Fathani, Syeikh Abdul Qadir Talib al-Mandili, Syeikh Muhammad Yasin Isa al-Fadani, Syeikh Ismail Abdul Qadir al-Fathani atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Da Eil dan Syeikh Hussain al-Falembani.

Saya mendapat maklumat tentang kitab kupasan yang ditulis oleh Dato Sheikh Zakaria ini setelah terbaca dalam satu makalah Prosiding Nadwah Ulama yang ditulis oleh Dr. Abdul Basir (kalau tak salah saya) kira-kira dua tahun yang lepas. Dalam makalah tersebut ada disebut nama judul kitab ini sebagai antara puluhan kitab yang ditulis oleh Dato Sheikh Zakaria tetapi apabila saya membuat carian di kedai-kedai ternyata buku tersebut belum lagi berada di pasaran. Sehinggalah pada awal tahun ini (rasanya dalam bulan 2 kut), barulah saya berjaya menemuinya di pasaran. Kitab ini dterbit di bawah label Mahzum Book Services. Kitab setebal 116 mukasurat ini dibahagikan kepada empat fasal tidak termasuk mukadimah dan khatimah. Selain dari kupasan terhadap teks Qatrul Ghaithiyyah, turut dimuatkan ialah nota kaki (tahkik Dr. Abdul Basir), yang ada di antaranya mengandungi biografi ringkas tokoh-tokoh besar dalam Islam.

Antara bab penting yang terkandung dalam kitab ini ialah bab mushahadah. Makna mushahadah dinyatakan seperti berikut; Mushahadah dari sudut bahasa adalah al-ittila’ 'ala al-shay’ iyanan bererti melihat sesuatu dengan sebenar-benar melihat iaitu seorang melihat sesuatu dengan matanya sendiri. Manakala dari sudut istilah pula adalah an yudim al-ittila’ ‘ala Allah Ta’ala bi ‘ayn qalbih bererti bahawa seorang mengekalkan melihat Allah Ta’ala dengan mata hatinya.[1] Mushahadah itu adalah semulia-mulia keadaan bagi ahli sufi dan bagi mereka terdapat beberapa darjat mushahadah haqq Allah Ta’ala iaitu;
1. Mushahadah kepada segala perbuatan Allah Ta’ala.
2. Mushahadah kepada segala sifat-sifat Allah Ta’ala.
3. Mushahadah kepada zat Allah Ta’ala.
[2]

Kupasan tentang faktor-faktor yang menghalang perjalanan salikin menuju kepada Allah Ta’ala juga mudah dihadam. Sebagai contoh, perbezaan antara awa’iq, awarid dan qawadih ada dinyatakan didalam kitab ini.[3] Di bahagian akhir kitab, doa al-marhum Tuan Hussain Kedah turut dimuatkan.

______________________
[1] Zakaria Ahmad Wan Besar. 2009. Al-Jawahir al-Sufiyyah Huraian Kitab Qatrul Ghaithiyyah (ed. Abdul Basir Mohamad). Mahzum Book Services. Batu Caves. Selangor. m. 24.
[2] m. 24.
[3] m. 80.

Sunday, December 6, 2009

Dalil Solat Sunat Taubah

Soalan:

Ada seorang "ustaz" mengatakan bahawa solat sunat taubah tiada dalilnya. Dan taubat dapat dilakukan dengan hanya bertaubat memohon ampun kepada Allah SWT serta menyesal terhadap apa yang dilakukan sahaja tanpa perlu bersolat. Beliau juga mengatakan hadith solat taubat adalah hadith yang direka. Benarkah demikian?

Jawapan:

Ada solat sunat yang bersandarkan kepada hadith-hadith yang sabit (sahih dan hasan), maka ini hukumnya sunat diamalkan, dan ada solat sunat yang bersandarkan kepada hadith-hadith yang tidak sabit (daif dan palsu), maka ini hukumnya tidak harus diamalkan. Adapun solat sunat taubah ianya bersandarkan kepada hadith yang sahih. Dalilnya:

عن أبي بكر رضي الله عنه أنه قال: "سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: " ما من عبد يذنب ذنباً فيُحسِنُ الطهور ثم يقوم فيصلي ركعتين ثم يستغفر الله إلا غفر الله له " ثم قرأ هذه الآية {وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ} آل عمران: الآية 135 . رواه أبو داود (1521) وهو حديث حسن.

Daripada Abu Bakar RA katanya : Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba itu melakukan suatu dosa, lalu dia mengelokkan bersucinya (berwuduk) kemudian dia berdiri dan bersolat dua rakaat, kemudian dia beristighfar kepada Allah, melainkan Allah akan mengampunkan dosanya”. Kemudian baginda membaca ayat ini: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Riwayat Abu Dawud - hadith hasan)

عن عبد الله بن بريدة عن أبيه رضي الله عنه قال: أصبح رسول الله يوماً فدعا بلالاً، فقال: "يا بلال بم سبقتني إلى الجنة؟ إني دخلت البارحة الجنة فسمعت خشخشتك أمامي" فقال بلال: "يا رسول الله ما أذنبت قط إلا صليت ركعتين، وما أصابني حدث قط إلا توضأت عندها". وفي رواية : وَرَأَيْتُ أَنَّ لِلَّهِ عَلَيَّ رَكْعَتَيْنِ. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "بهذا". رواه أحمد والترمذي (3622) وقال: وَفِي ‏ ‏الْبَاب ‏ ‏عَنْ ‏ ‏جَابِرٍ ‏ ‏وَمُعَاذٍ ‏ ‏وَأَنَسٍ ‏ ‏وَأَبِي هُرَيْرَةَ و ‏قَالَ : ‏ ‏هَذَا ‏ ‏حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ.

Daripada ‘Abdullah bin Buraidah daripada bapanya Buraidah RA katanya: Suatu pagi Rasulullah memanggil Bilal dan bertanya: “Wahai Bilal, dengan amalan apa yang menyebabkan engkau mendahuluiku ke syurga? Sesungguhnya semalam aku memasuki syurga lalu aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku”. Jawab Bilal: “Wahai Rasulullah, tiadalah aku melakukan suatu dosa melainkan aku akan bersolat dua rakaat, dan tiadalah aku mengalami suatu hadas melainkan aku akan berwuduk kerananya”. Dalam satu riwayat: “…dan aku lihat bahawa wajib ke atasku kerana Allah bersolat dua rakaat”. Maka jawab Rasulullah SAW: ”Dengan amalan inilah”. (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, katanya: Hadith hasan sahih gharib)

Berdasarkan dua hadith ini, maka jelaslah bahawa solat sunat taubah itu ada asalnya dan bukan direka-reka. Ada beberapa buku yang disusun oleh ahli ilmu bagi menjelaskan mengenainya, antaranya;
1. (ثلاث صلوات عظيمة مهجورة فاحيها يا عبد الله : صلاة الاستخارة ، ، صلاة التوبة ، صلاة التسبيح والغفران ) oleh 'Adnan 'Ar'ur (1991).
2. (غسل الحوبة في صلاة التوبة ) oleh Majdi Fathi as-Sayyid Ibrahim (1996).
4. Lihat juga sini (Arab).

Thursday, December 3, 2009

Kekuatan di Sebalik Peribadi Sultan al-Fatih

Matan Hadith:

أخرج أحمد في المسند (18189) والبخاري في التاريخ الكبير (1760) والحاكم في المستدرك (8300) والبزار والطبراني عن عبدالله بن بشر الغنوي عن أبيه أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول: لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش .

Terjemahan:

"Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya".

Syarah Hadith:

Ramai ulama yang berpendapat bahawa pemimpin yang dimaksudkan dalam hadith di atas ialah Sultan Muhammad II bin Sultan Murad II al-'Uthmani yang masyhur dengan gelaran "al-Fatih" (m. 886H). Beliaulah yang berjaya menakluk kota Constantinople dan mengubahnya menjadi pusat pemerintahan Kerajaan 'Uthmaniyyah yang terkenal dengan nama 'Islambul' (yang bermakna Kota Islam), yang sekarang disebut 'Istanbul', di Turki. Maka mereka menyebut bahawa ini adalah satu penghormatan kepada Sultan Muhammad al-Fatih di mana Nabi SAW telah mengkhabarkan tentang kemunculannya serta memujinya.

Sebenarnya sebelum beliau, atas semangat menjadikan diri masing-masing yang dimaksudkan oleh Nabi SAW itu, ramai pemimpin Islam berusaha untuk menawan kota Costantinople berkenaan.

1. Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan.

2. Di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-'Ibar oleh Ibnu Khaldun 3/70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315)

3. Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H.

4. Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pula oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk. Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjaya mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M.

5. Daulah ‘Uthmaniyyah di awal kurun ke-8H/14M, telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Di zaman Sultan Yildrim Beyazid (m. 1402M) beliau telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H/1393M. dan memaksa Maharaja Byzantine menyerahkan Costantinople secara aman kepada umat Islam. Tetapi, usahanya itu menemui kegagalan kerana tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah ‘Uthmaniyyah dan telah memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Namun, beliau telah ditawan.

6. Kemudian Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) meneruskan usaha menawan Costantinople, namun tidak berjaya sehinggalah ke zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah ‘Uthmaniyyah.

Peribadi Sultan al-Fatih

Sultan Muhammad Al-Fatih menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, dan kekuatan beliau banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Ini kerana atas keprihatinan ayahnya, semenjak kecil beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terkenal di zamannya. Antara gurunya ialah Syeikh Ahmad bin Ismail Al-Kurani (m. 893H), orang yang disebut oleh Sultan al-Fatih sebagai "Abu Hanifah di Zamannya". Beliau juga mempunyai hubungan yang baik dengan para ulama lain antaranya;

1. seorang syeikh Tariqat Naqsyabandiyyah, al-Mulla 'Abdul Rahman al-Jami (m. 898H),

2. seorang pakar ilmu kalam, al-Qadhi Mustafa bin Yusuf yang masyhur dengan gelaran "Khawajah Zadah" (m. 893H), yang telah menyusun kitab al-Tahafut dengan perintah Sultan al-Fatih, iaitu tentang kajian komparatif antara kitab Tahafut al-Falasifah oleh al-Ghazali dan kitab Tahafut al-Hukama' oleh Ibn Rusyd,

3. seorang alim sufi, Syeikh Muhammad bin Hamzah yang masyhur dengan gelaran "Aq Syamsuddin" Ad-Dimasyqi Ar-Rumi (nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA).

Yang terakhir di atas, mengajar al-Fatih ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur'an, Hadith, Fiqh, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya. Syeikh Aq Syamsuddin telah berfirasat bahawa al-Fatih adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan, lalu beliau memberikannya sokongan dan meyakinkannya. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemuinya lalu menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan.

Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi beliau dan mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri baginda dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, "...Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Syeikh Aq Syamsuddin."

Sebagaimana yang diketahui, kebanyakan ulama dalam Kerajaan 'Uthmaniyyah adalah bermazhab Maturidiyyah dari segi akidah, bermazhab Hanafi dari segi fiqh dan merupakan ahli tasawuf. Didikan dan bimbingan yang diterima oleh Sultan Muhammad al-Fatih dari para ulama inilah antara rahsia kekuatan dan kejayaan baginda. Sehingga Nabi SAW memberitakan tentang diri beliau serta memujinya ratusan tahun sebelum kemunculannya. Fakta ini mungkin menyebabkan kumpulan "tajdid" yang membenci aliran tradisi berasa kurang senang. Maka cara menangkisnya ialah dengan mengatakan bahawa hadith ini adalah da'if! Bagaimana mereka dapat menangkis jika ramai ulama yang menyatakan bahawa ianya sabit dari Rasulullah SAW seperti al-Hakim, Ibn 'Abdil Barr dan lain-lain... lalu dipegang kenyataan mereka sehingga hari kiamat, walau hukum 'palsu' sekalipun yang diberi oleh mereka yang jengkel itu...


Rujukan dan pautan lain:
1. Darul Fatwa.
2. Khaira Ummah.
3. منتدى الحوار
4. روض الرياحين - هنا - هنا