Pages

Tuesday, June 23, 2009

Membantai Tasawuf Kerana Jahil

(Reaksi kepada gerakan pembantaian senyap terhadap ilmu Tasawuf yang semakin marak)

al-Din ini berdiri di atas tiga pokok utama; al-Iman, al-Islam dan al-Ihsan. Secara umum, al-Iman telah melahirkan ilmu Tauhid, al-Islam telah melahirkan ilmu Fiqh, dan al-Ihsan telah melahirkan ilmu Tasawuf. Peranan masing-masing ialah ; ilmu tauhid mengurus hal-hal berkaitan akal dan kepercayaannya, ilmu Fiqh mengurus hal-hal berkaitan jasmani dan perlaksanaannya, dan ilmu Tasawuf mengurus hal-hal berkaitan rohani dan penyuciannya. Imam al-Ghazali, tokoh agung Islam telah menggabung dan menghuraikan ketiga-tiga asas penting ini di dalam kitabnya yang mengkagumkan; 'Ihya' 'Ulum al-Din'.

Oleh kerana kejelasan ilmu Tauhid dan ilmu Fiqh, maka tidak ada yang menafikan kewujudan dan kepentingannya. Ini berbeza dengan ilmu Tasawuf, oleh kerana ia bersifat alam rohani dan zauq, maka ada sebilangan orang yang menafikan wujudnya, dan hanya selesa dengan istilah yang lebih jelas iaitu 'ilmu akhlak'. Bagaimanapun 'ilmu akhlak' tafsiran mereka ini dari segi praktisnya tidak ada pun direkodkan mampu mencapai hakikat sabdaan Nabi SAW yang amat dalam dan penuh dengan rahsia, iaitu ; (أن تعبد الله كأنك تراه) "Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya"!

Oleh kerana kejahilan mereka tentang hakikat Tasawuf dan halusnya, (dan barangkali kerana malas beramal ibadat, lalu tanpa disedari mereka menjadi alat syaitan dalam menyeru agar manusia semua malas beramal ibadat) mereka membantai ahli-ahli Tasawuf. Kata-kata ahli sufi yang bersifat zauq dan majazi disukat dengan kefahaman syariat mereka yang dangkal. Maka berlakulah tafsiran-tafsiran yang seolah-olah mereka telah 'membelah dada' ahli sufi tersebut bagi memastikan nawaitunya!

Misalnya, mereka merumuskan bahawa ahli sufi ini menganggap diri mereka lebih mulia daripada para nabi AS, apabila Abu Yazid al-Bustami berkata: “Kami telah mengharung samudera yang para nabi berdiri di tebingnya". Bagaimana kata-kata dalam situasi jazbah (keadaan diri yg sedar bahawa Allah mendahului segala-galanya apabila melihat sesuatu - Kamus Dewan) ini dianggap sebagai bukti ampuh? Apakah tidak boleh ditafsirkan, 'kami telah mengharung samudera yang sudah pun dilalui oleh para nabi dahulu, dan mereka telah pun sampai serta berdiri di tebingnya menanti kami'... ? Bukankah lebih baik jika kita tidak tahu, katakan sahaja : "Saya tak tahu sebenarnya". Ego sangatkah kita??

اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون

3 comments:

Anonymous said...

caya lah ustaz.

BabaKaisah said...

pernahkah golongan yg mengaku salafi membela dan menyokong mana2 kumpulan tarekat?

siapakah yg mengislamkan warga nusantara 700 tahun lalu..golongan yg ngaku salafi ker?

adakah golongan tauhid dan sunnah? salafi yg 'haq'? siapa?

Anonymous said...

Aku rasalah salaf (moyang-moyang) aku dulu ada terlibat..